"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Monday, March 30, 2009

Sepagi bersama Pengawas dan Ketua Kelas di Sek Keb Cheras Indah, Ampang (SKCI)

[Wajah2 Ketua Kelas, Pengawas ICT, Sekolah dan Pusat Sumber]

Pada hari Jumaat lepas, saya telah meluangkan masa saya untuk bersama dengan para pemimpin pelajar di SKCI. Perjumpaan seawal jam 8.00am memberikan peluang untuk saya mengenali dengan lebih dekat lagi reality hidup di Bandar metropolitan seperti Ampang. Sesak. Itulah kalimat yang terpantul apabila saya tersangkut dalam lalulintas pada pagi itu. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Abg Amin Idris kerana sudi mencadangkan nama saya kepada pihak sekolah.

Mari lihat apakah tugasan yang diberikan kepada saya. Antara tugasan yang perlu saya siapkan sepanjang berada di SKCI ialah:

1. Potensi Diri
2. Jatidiri Pemimpin
3. Pengurusan Masa


Maka secara tuntasnya perkongsian selama 4 jam itu dimanfaatkan sepenuhnya. Pemimpin perlu mempunyai kuasa yang dinamakan personality. Lihatlah kewibawaan yang dimiliki oleh pejuang kemerdekaan India, Mahatma Gandhi. Walaupun beliau tidak mempunyai jawatan dan pakaian tertentu, namun rakyat India tetap hormat kepadanya. Kerana apa? Hal ini kerana beliau mempunyai potensi personality yang tinggi.

Akhirnya, kehebatan personality Mahatma Gandhi perlu dicontohi oleh setiap pemimpin pelajar untuk membantu diri mereka bekerjasama dengan rakan – rakan sekolah lain. Terima kasih juga buat Cikgu Nurkamar dan Cikgu Faezah yang sudi menjemput saya.

Friday, March 27, 2009

Takziah Buat Najib Ismail dan Musfirah serta Keluarga

Takziah buat sahabat saya Najib Ismail dan isterinya, Musfirah, yang baru sahaja kehilangan seorang bapa mertua tercinta yang baru pulang ke rahmatullah pada hari ini. Jenazah akan dikebumikan pada keesokkan harinya (Sabtu) pada jam 11.00am. Kepada yang berkesempatan bolehlah menziarahi jenazah di rumah keluarga mertuanya di Selayang. Semoga almarhum ditempatkan bersama para salihin. Al Fatihah!

Thursday, March 26, 2009

Irfan dan Nazir : Adik Beradik Mantop!!

[Nazif di pangkuan saya dan Irfan di sebelah kanan]

Belum pernah saya berjumpa dengan kanak-kanak yang mampu untuk bertutur dalam bahasa inggeris dengan begitu lancar. Dalam bahasa mudah, di kampus saya kebanyakan orang menggelar mereka orang yang ‘fluent’ dan fasih dalam pertuturan.
Tips dan resepinya mudah untuk menjadi seperti mereka.

Pertama:
Perlu ada satu suasana keluarga yang berbahasa dalam bahasa inggeris. Hampir 80 peratus komunikasi keluarga mereka dalam bahasa inggeris.

Kedua:
Komuniti setempat. Kejiranan di kediaman mereka juga semuanya boleh dikategorikan sebagai elit dan ada juga jiran2 mereka yang terdiri di kalangan warga asing.

Ketiga:
Asas Pendidikan. Kesemua keluarga mereka mendapat asas pendidikan di sekolah bertaraf antarabangsa (international school). Maka tidak hairanlah mereka mampu bertutur secara fasih dalam bahasa inggeris kerana bahasa pengantara utama di sekolah ialah bahasa inggeris. Disamping itu, terdapat juga rakan2 sekolah mereka dari kalangan warga asing dan membantu mereka dalam berkomunikasi.

Namun apa yang menakutkan ialah tentang yuran pengajian di sekolah itu. Sudah pastilah yuran yang tinggi kerana disediakan khas untuk mereka yang mampu dan terdiri daripada kalangan elit.

Tuesday, March 24, 2009

Study Circle Terakhir di UIA

[bersama dengan semua ahli Study Circle UIAM]

Saya berpuas hati dengan ‘performance’ para pelajar yang terdiri dari pelajar Kuliyyah Arkitek dan Seni Bina Alam Sekitar UIAM yang bertungkus lumus memberikan kerjasama yang padu sepanjang saya mengendalikan Study Circle dalam semester ini.

Seperti kebiasaan, pengisian saya amat mudah dengan sedikit perkongsian dari saya dan saya lebih suka kepada komunikasi dua hala (two ways communication). Oleh itu, saya menyediakan mereka tugasan (assignment) untuk mereka bentangkan mengikut jadual pembentangan.

Maka para pelajar telah menunjukkan komitmen yang padu dan bersedia berkongsi idea mereka dengan mengedar ‘handout’ kepada semua rakan sebelum memulakan slot pembentangan. Saya bersyukur dan selalu menyediakan sedikit ‘refreshment’ setiap kali Study Cirle. Bagi saya mudah, biarlah kita ‘invest’ sedikit wang kita demi dakwah. Yang penting dakwah itu sampai. Inilah mesej yang selalu di bawa oleh Perdana Menteri iaitu ‘delivery system’.

Tahniah kepada semua kerana berjaya menghabiskan semua sessi Study Circle. Semoga anda semua mendapat manfaat sebaiknya. Maafkan saya sekiranya sepanjang penglibatan saya selama satu semester mendatang masalah kepada anda. Semoga Berjaya !!!

Monday, March 23, 2009

Minggu - Minggu Terakhir yang Meletihkan!!!

Minggu ini merupakan antara minggu yang meletihkan. Namun saya tetap positif dalam semua tindakan dan bersedia menerima cabaran. Jom temani saya dalam mengharungi segala cabaran ini. Saksikan kehangatannya!!!

Berikut senarai 'test' yang telah dan bakal saya hadapi:

20 Mac 09 - Islamic Banking & Finance
21 Mac 09 - Suksis
23 Mac09 - Fiqh Zakat
25 Mac 09 - Maqasid Syariyah

Berikut aktiviti sampingan yang telah dan bakal dihadapi:

18 Mac 09 - Study Circle UIA
18 Mac 09 - 'Submission' penulisan saya ke akhbar mingguan
19 Mac 09 - Ceramah di Kem Ibadah Surau Amadiah Kg Kerdas Gombak
19 Mac 09 - Pengajian USIM
22 Mac 09 - Kelas Bimbingan Al Quran
23 Mac 09 - Kelas Bimbingan Al Quran
24 Mac 09 - Kelas Bimbingan Al Quran
25 Mac 09 - 'Submission' penulisan saya ke akhbar mingguan
25 Mac 09 - Kelas Bimbingan Al Quran
26 Mac 09 - Pengajian USIM
27 Mac 09 - Ceramah Kepimpinan Sek Keb Cheras Perdana

Semoga dengan berkat doa rakan - rakan pembaca, segala urusan saya dapat dipermudahkan, Insya Allah.

Sunday, March 22, 2009

Kem Ibadah Surau Amaniah Kg Kerdas 2, Gombak 2009

[bersama dengan adik2 putri]

[Bersama dengan adik2 putra]

Baru2 ini saya telah dijemput oleh pengurusan Surau Amaniah Kg Kerdas 2, Gombak bagi menjayakan sebuah Kem Ibadah 2009. Para peserta rata2nya dari kalangan penduduk setempat yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya telah diberikan satu slot yang membicarakan tentang Aurat, Aqil, Baliqh dan Pergaulan Dalam Islam.

Tajuk ini merupakan tajuk penting bagi kebanyakan para pelajar sekolah rendah dan menengah kerana sesetengah di kalangan mereka akan mula menjejak ke alam ini. Antara beberapa tips yang sempat kongsikan ialah:

1. Aqil dan Baligh
Pengertian dan Tanda2nya

Tuntutan Aqil dan Baligh
1. Tuntutan Beraqidah
2. Tuntutan Beribadah
3. Tuntutan Berilmu dan beramal

2. Aurat
Pengertian dan Hukum

Tuntutan Aurat
1. Menjaga perhiasan mereka khususnya perempuan
2. Menjaga hak dan tuntutan agama
3. Lambang kehormatan dan mengelak budaya social

3. Pergaulan dalam Islam
Pergaulan bersama Ibu bapa
Pergaulan Bersama sahabat dan Rakan
Pergaulan Bersama Lelaki dan Perempuan

Friday, March 20, 2009

Antara Sahabat Karib dan Rakan Kenalan

Bah. Kedua

Imam Ghazali dalam bukunya yang bertajuk Bidayatul Hidayah menceritakan panjang lebar hubungan dan adab2 tentang persahabatan dalam Islam. Beliau telah membahagikan adab2 antara Sahabat Karib dan Rahabat Kenalan (Bukan sahabat Karib).

Kalau mengikut konsep Lingkaran Zon Persahabatan di dalam RK Training, sahabat Karib ialah orang yang kita kenal hati budinya manakala Rakan kenalan ialah orang yang kita kenalnya tetapi tidak kenal sangat hati budinya. Maka Imam Ghazali menekankan aspek Pemilihan Sahabat sebelum menunaikan hak sahabat.

Kata Imam Ghazali, “Jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak dijadikan sahabat.” Ini bertepatan dgn Hadis nabi yang mafhumnya, “seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya. Oleh kerana itu hendaklah seorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat.”- hadis riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Baihaqi).

Teringat saya kepada satu Hikam arab yang menyebut kalau kamu berkawan dengan penjual atar maka kamu dan orang lain juga akan terasa wangi pada kamu tetapi kalau kamu berkawan dengan tukang besi maka kamu dan orang lain juga akan terasa busuknya pada kamu. Memang Hadis dan Hikam ini tepat dalam kehidupan seharian. Kalau tidak, masakan masalah moral yang berlaku ini akan dikaitkan dgn pengaruh rakan.

Kesimpulannya mudah. Kita kena yakin dengan sahabat yang kita pilih. Pilihlah sahabat yang bila kita bersamanya, kita rasa dekat dengan Allah. Tetapi bila kita berjauhan dengannya terasa jauh kita dengan Allah. Itu sifat fitrah manusia. Kalau tidak, masakan nabi sentiasa berdampingi bersama sahabatnya. Ingat! Sahabatlah yang akan membentuk diri kita. I’allah pada entry akan datang, saya akan huraikan apa lima kretaria untuk memilih sahabat.

Wednesday, March 18, 2009

Hari2 Terakhir di Padang Kawad UIA.


Mungkin banyak konotasi yang boleh digambarkan sepanjang Ujian Kawad Suksis baru2 ini. Tapi saya kira, ujian baru2 ini merupakan ujian terakhir utk saya dan rakan2 di Tahap Tiga UIAM. Banyak kenangan indah dalam ujian kawad. Kita boleh lihat bagaimana anggota2 walau sudah 3 tahun mengikuti latihan tetapi Tetap dan Masih lagi GAGAL memberikan kata perintah.

Anyway, kenangan tetap kenangan. Harapan tetap Harapan. Jom kita mulakan hidup baru nanti!!!

Monday, March 16, 2009

Antara Dihargai dan Menghargai

Bah Pertama

Anda pernah Dihargai?
Anda pernah Menghargai?

Mungkin dua soalan sudah cukup untuk saya merungkai masalah hubungan antara rakan2. Rakan atau sahabat merupakan teman kepada sahabat yang lain. Yang menjadi permasalahan dalam hubungan persahabatan ialah PERSEFAHAMAN. Kalau salah seorang tidak belajar cara memahami, maka akan musnah persahabatan.

Dihargai
Ramai yang tidak pandai untuk menghargai penghargaan yang diberikan orang terhadap kita. Kita lebih selesa untuk senyap dan lupa untuk berterima kasih. Sikap begini tidak baik dalam pergaulan persahabatan. Kita seharusnya menginsafi apabila kita dihargai.

Menghargai
Apabila kita ditimpa musibah, dan kita dibantu oleh rakan kita, kadang2 kita lupa untuk menghargainya. Kita juga lupa untuk menghargai rakan2 yang mengambil berat terhadap kita. Kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya mudah. Kita kadang2 terlalu Pentingkan Diri.

Jom kita lihat betapa mulianya persahabatan akrab disisi Allah. Mafhum sebuah Hadis Sahih yang bermaksud, 7 gologan yang mendapat naungan Allah. Salah satu daripadanya ialah pertemuan dan perpisahan dua orang lelaki kerana Allah. Hebatkan Ukhwah kerana Allah. Itulah kelebihan yang ada apabila rakan memahami antara satu sama lain kerana Allah.

Sunday, March 15, 2009

Nasi Beriani dan Karnival Pendidikan MARA 2009


Dua hari lepas saya sempat bersama Asyraf Tajari meluangkan masa sebelah petang Jumaat untuk melawat tapak pameran Karnival Pendidikan MARA 2009 di PWTC. Pameran ini Dibuka dari 8.00am-6pm. Saya mengesyorkan kepada adik2 yang baru sahaja menamatkan pengajian SPM, STPM dan STAM agar dapat berkunjung ke pameran tersebut. Bukan khas kepada adik2 sekolah menengah, bahkan kepada adik2 yang baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree).

Adalah baik utk wat ‘survey’ university mana sesuai untuk kita sambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master). Saya pun tak melepaskan peluang utk mendapatkan maklumat pinjaman MARA utk membolehkan saya menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana (Master), I’allah. Kemungkinan besar akan bermula semester depan dalam bulan Julai.

Banyak ‘booth counter’ dari pelbagai IPTA dan IPTS seluruh Negara. Tidak terkecuali juga IPT milik penuh kerajaan negeri seperti Insaniah (Kedah), Kipsas (Pahang) dsb. Hari ini (15 Mac 2009) hari akhir carnival ini. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.

[Ini dia Nasi Briani Gam Kaki Kambing]

Hari yang sama selepas letih berjalan dan meronda PWTC serta Low Yatt, saya pun ‘pekena’ Nasi Beriani di Ruz Aladdin Restoran, Ampang. Menu Istimewa di sana ialah Nasi Beriani Gam Kaki Kambing. Malam tue, kami adik beradik ‘balun’ sepuas2nya makan nasi beriani sampai kembang perut. ‘Time’ makan tu, teringat pulak masa saya makan dengan Najmuddin. Memang best masa makan ngan Mudin dulu, siap tambah2 nasi lagi. Jadi, sesiapa yang nak penangan sebenar Nasi Beriani Gam Kaki Kambing, pergilah ke Restoran Ruz Aladdin.

[Muka org yang puas hati-Mula2 jual mahal tak nak makan]

Saturday, March 14, 2009

Yahya: Penyelia Waqec UIA

Baru – baru ini saya, yasir dan yahya berkumpul kembali (reunion) setelah beberapa lama berpisah. Yahya kini bertugas sebagai Penyelia Waqec sepenuh masa, terpaksa memberikan segala komitmen tidak kira siang mahupun malam.

Yasir memberikan idea kepada saya untuk makan malam bersama Yahya sebagai meraikannya. Saya dan Yasir pun sepakat untuk belanja Yahya sebagai ‘moral support’ kepadanya ketika Waqec sekarang ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan karenah. Malam itu, Najmuddin tidak dapat hadir bersama kerana beliau agak sibuk dengan ‘assignment’. Kalau tidak memang cukup reunion sebilik.

Semoga Yahya istiqamah dalam perjuanganmu. Jangan sedih dan gulana. Sesungguhnya kami rakan2 sentiasa berdoa bersamamu.

Thursday, March 12, 2009

Sibuk dan Tiada Masa: Alasan SI PEMALAS utk Blogger dan Penulis Bebas!!!

Ramai orang bercita2 utk menjadi blogger. Mungkin ada yang bermatlamatkan utk kepuasan diri. Ada juga yang menyatakan utk menegakkan keadilan dan pendek kata byk lagi dalihan2 mereka. Begitu juga utk menjadi Penulis Bebas. Ramai orang bertanya kepada saya bagaimanakah cara untuk menjadi Penulis Bebas. Jawapannya mudah sahaja iaitu DISIPLIN.

Alhamdulillah. Saya banyak berguru dengan Penulis Buku. Orang pertama yang saya kenal semasa saya dalam pengajian tahun pertama ialah Sdr Zamri Mohamad. Dialah orang pertama yang membantu saya mengenal erti ‘paper cutting’, research internet, respon isu semasa dsb. Pesanan beliau mudah iaitu DISIPLIN.

Apabila saya di tahun akhir pengajian, sumber inspirasi saya utk terus menulis ialah Tn Hj Fadzli Yusof. Beliau menulis buku hampir 30 buah buku dan pernah mendapat buku paling diminati ramai yang berjudul Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah. Beliau berpesan kepada saya Penulisan Buku perlu disiplin tinggi iaitu sekurangnya 1 Muka Surat bagi 1 Hari.

Mentor saya yang kedua ialah Sdr Amin Idris. Seorang aktivis mahasiswa dan kini namanya semakin berada di puncak setelah bersiaran secara langsung menerusi Pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan sebagai Pengerusi Majlis. Katanya, menulis buku memerlukan komitmen tinggi pada setiap hari.

Sdr Osman Affan juga pernah memberikan tips kepada saya. Pesananya ialah beliau menulis buku dan mempunyai disiplin utk menyiapkan buku itu dalam masa 40 hari dengan menulis 4 Muka Surat Sehari. Itulah Disiplin Masa namanya.

Kesimpulannya mudah. Orang yang beralasan mengatakan mereka SIBUK itu adalah alasan semata2. Di dalam buku Mengurus Kerja dan Waktu, Fadzli Yusof menyatakan bahawaHanya orang yang sibuk mempunyai masa.’ Buktinya jelas, kalau anda mempunyai Disiplin Masa yang Tinggi, bukan sahaja anda sempat untuk ‘update’ entri setiap 2-3 hari bahkan anda mampu menulis artikel setiap minggu. Saya pun masih lagi dalam proses pembelajaran untuk mendisiplinkan masa. Jom kita belajar sama2!!

Trainer yang saya sebutkan nama tadi mereka semua sibuk setiap hari bahkan ada yang menjadi Pensyarah Sambilan di IPTA tetapi mereka punya Disiplin Masa yang Tinggi.

Pesanan saya sangat mudah kepada orang yang berdalilkan Sibuk, Tak ada Masa, Tak sempat dsb. Mereka ini perlu banyak membaca buku Motivasi dan Pengurusan Masa. Kalau tak mampu mebaca buku penulis barat, baca sahaja buku penulis tempatan. Jangan kedekut duit dan masa utnk membaca. Jangan Anda menjadi Penipu terhadap diri sendiri. Mungkin jawapan ini keras tetapi itulah Hakikat. Selamat Belajar Menulis!!!

Tuesday, March 10, 2009

PPSMI di UIA beberapa hari yang lalu...

[Kepulangan MP Pasir Salak dengan awal membuatkan banyak pihak tak puas hati]

[Ucapan dari Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin]

UIA sekali lagi menjadi pentas mahasiswa dengan jayanya mengadakan diskusi ilmiah yang bertemakan MANSUHKAN PPSMI. Saya bersama rakan2 yang lain sempat untuk meluangkan masa berdiskusi dan berforum bersama mereka. Kehadiran panelis ditunggu2 oleh mahasiswa kerana forum ini melibatkan pemimpin parti pembangkang dan kerajaan.

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul


Semoga Kehebatan dan Kecemerlangan Rasul menjadi Ikutan dan Qudwah kepada kita semua.

P/S: Al Fatihah buat Datuk kepada Aiman Bazil yang baru kembali ke rahmatullah. Semoga ruhnya ditempatkan bersama orang - orang saleh.

Sunday, March 8, 2009

Selamat Menempuh Ujian!!!

[Bersama Aiman di rumahnya]

Saya ingin mengucapkan Selamat Menempuh Ujian Pertengahan Semester buat rakan2 di Kulliyyah Undang - Undang Ahmad Ibrahim. Semoga dipermudahkan segalanya. Tidak lupa juga buat adinda saya Aiman Bazil yang juga akan menempuh ujian pertengahan tahun. Selamat segalanya.

Friday, March 6, 2009

Najib Ismail dan Najib Jr.


Tiga hari lepas saya sempat berjumpa dengan Najib atas beberapa perkara penting yang tidak dapat dielakkan. Walaupun sibuk dengan jadual yang ketat, Najib (kini bergelar Tuan Majistret) sempat untuk meluangkan masa bersama dengan saya di UIA pada malam itu.

Hadiah yang paling istimewa Najib sajikan pada saya ialah memperkenalkan anaknya, Hana Ulya (kalau x silap nama itu). Mungkin gambar ini juga khas buat teman2 saya yang berada di dalam dan luar negara yang mengikuti perkembangan semasa rakan2 kita (school mate) di tanah air yang kini saya kira sudah cemerlang dilapangan masing2.

Semoga Najib dan keluarga dilimpai rahmat dan diberikan kurniaan rezeki yang berganda. Tahniah Najib!!!

Wednesday, March 4, 2009

Takziah buat Edin dan Najmuddin

[Lambaian terakhir dari keluarga Edin]


[Surau di rumah Edin]

Marilah sama2 kita membaca Alfatihah buat Almarhumah ibu kepada Edin yang baru sahaja kembali ke rahmatullah pada Ahad lepas. Semoga ruhnya bersama dengan para salihin dan mukminin.

Saya sempat bersama-sama rakan SUKSIS yang lain untuk menziarahi keluarga Edin yang baru sahaja kehilangan ibu mereka yang tercinta. Kami bergerak bersama dengan dua buah kereta (Sjn Nazri dan Saya) dari Gombak ke Ampang. Kepada Edin, bersabarlah sesungguhnya ini ketentuan Allah.

[Bersama Mudin dalam satu perbarisan-kembar tapi tak seiras]

Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Najmuddin yang baru kehilangan nenda saudaranya pada hari Isnin yang lalu. Semoga ruhnya juga dicucuri rahmat Allah. Al fatihah.