"Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2013"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, February 27, 2009

MPV Proton-Proton Exora !!!

[Ruangan Radio dan Aircond]

[Stereng]

[Gambar terkini MPV Proton]


Proton MPV due in 2009

The Proton MPV will begin on-road testing from the 12th of September 2008 onwards, so we’ll be able to spot it on our local roads and hopefully get some nice clear photos possibly from mid-September onwards. It will be launched to the public in March 2009.

Proton sources have confirmed that the Proton MPV will initially come with the 125 horsepower Campro CPS found in the highline GEN2 CPS facelift. The car will ride on 15 inch wheels which should be easy on the fuel consumption as well as tyre change bills as smaller tyres are cheaper. 125hp is far from sprinty on a heavy vehicle especially with all 7 seats occupied, but it is still more powerful than the 1.3, 1.5 and 1.6 liter engines that almost all B-segment Japanese MPVs have to make do with.

A turbocharged Campro engine is said to be in the works but according to inside sources if any other engine options other than the CPS engine are to be available for the Proton MPV, next in line is more likely to be a turbodiesel engine. In fact, Proton may have played a part in (successfully) lobbying for the recent drop of diesel road tax rates to the same level as petrol road tax rates.

Exterior

Overall shape is like the Toyota Wish but the rear section of the roof does not slope down slightly like the Wish to improve headroom for the third row.



Tail lamps use LEDs and have a vertical design extending from the top to down, unlike the Wish’s which do not extend into the D pillar. The tail lamps are slimmer at the top but curve out a little at the bottom, similiar to the Volvo XC90’s design. The signal lamps in the light cluster are positioned towards the top for better visibility. You can actually see this in the previously revealed sketch and the teaser video above.



There is a swage line on the side profile of the MPV.



Regular swing doors instead of sliding doors.



The spare tyre is installed outside under the chassis instead of kept in the car so that you can get access to it easily when the luggage space is occupied.

Interior

The peekaboo box revealed a two-tone beige interior, but sources in Proton say the colour of the interior has not been finalised. It may be either beige or grey.



Luggage space is not that great with the third row of seats in place, but can fit one large golf bag. This means balik kampung with 7 people loaded and luggage for 7 will be a challenge.
Second row splits 60:40 while the third row is a 50:50 split. The seats fold flat.



Interior roof height is designed to be quite decent to accomodate people who want to ride with songkoks and turbans.



The shifter uses a gated shift and is dashboard-mounted rather than mounted between the front two seats, a common modern trend with MPV-like vehicles.



The in-car entertainment is a 2-DIN unit. There are options for a DVD player with an LCD display for the movie mounted at the second row roof area. There is also an option in the future for GPS navigation.



The 2-DIN head unit is at the top of the center dash area below the aircond vents, and below it comes the air conditioning controls which are three knobs arranged in a triangle shape. Below that is the shifter.



There are aircond blowers for the second and third row situation at the top left and right of the cabin roof (near the grip handles). Proton source says after testing this produced the best airflow.




There is no armrest between the front two seats but the armrest is instead a fold-down type integrated into the seat itself.

Chassis

The wheelbase of the chassis is estimated to be more than 2,700mm but less than 2,800mm. In comparison, the Honda Stream has a wheelbase of 2740mm, the Wish is 2,750mm, the Innova 2,750mm, the Livina 2600mm, and the Mazda5 2750mm.



The front suspension design uses MacPherson struts and the rear design uses a torsion beam to minimize suspension system intrusion into cabin.



The front end is designed, supplied and assembled as a single module for weight reduction and ease of installation to minimize QC problems.



The MPV is said to have very good crash safety design from Proton internal crash tests. A few MPVs will be sent for official crash testing and rating soon.

Sekitar Wacana Ilmiah Kelab Makruf

[Bersama YB Datuk Dr Puad Zarkasyi]

[ Turut Serta sebagai Panelis YB Dato' Dr Hassan Ali]

[Pensyarah Kanan UM Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah]

Tanggal keramat 24 Februari 2009 tidak akan begitu mudah dilupakan oleh mahasiswa khususnya di UIAM. Apa tidaknya, pada tarikh itulah mahasiswa di UIAM telah menyahut dan menyambut seruan Menteri Pengajian Tinggi yang membenarkan semua universiti mengadakan program diskusi ilmiah yang boleh melibatkan ahli politik tidak kira dari pembangkang mahupun kerajaan. Maka, Kelab Makruf dangan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UIAM (MPPUIAM) telah menganjurkan Wacana Ilmiah yang bertemakan ‘Bersama Mengangkat Martabat Aspirasi Ummah’ di Dewan Utama Auditorium, UIAM.

Panelis program ini terdiri dari barisan akademik, NGO, mahasiswa dan ahli politik. Mereka ialah Yang Berhormat Datuk Dr. Puad Zarkasyi (Ahli Parlimen Batu Pahat), Yang Berhormat Dato’ Dr Hassan Ali (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor), Cikgu Azmi Abdul Hamid (Presiden Teras), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (Pensyarah Kanan UM) dan saudara Faridzul Nasaruddin (Presiden Kelab Makruf) bertindak sebagai perantara forum itu. Dewan yang mampu menempatkan lebih 600 orang itu penuh sesak dan rata – rata menyatakan rasa puas hati kerana mahasiswa amat dahagakan ‘political education’ yang berjaya dijalankan secara harmoni tanpa sebarang bentuk provokasi dan sensitiviti kaum. Tidak keterlaluan untuk saya menyatakan bahawa mahasiswa UIAM mampu menjadi agen perpaduan Negara apabila Berjaya menyatukan dua parti politik berlainan idealogi dalam satu program.

Tahniah Kelab Makruf atas kejayaan kalian.

Wednesday, February 25, 2009

Kenangan Inter-Block Sports Day

[Main Indoor Games pun dapat Medal]

[Hamper yang penuh segala harta merdak makanan]

Sekali tengok macam nak tergelak. Dua kali tengok macam lawak tapi bila tiga kali tengok memang realiti. Alhamdullilah, tidak disangka pun sebenarnya nak memenangi tempat kedua dalam Indoor Games Inter-Block Sport Carnival Mahallah Bilal. Sebenarnya, tujuan saya masuk pun sekadar nak menghilangkan rasa 'boring' study di hujung minggu ketika bakal berhadapan 'Midterm-test' hari Selasa dan Rabu.

Rupanya2 nasib menyebelahi saya walupun ramai yang meramalkan saya tewas di peringkat awal terutamanya kepada adik dan sahabat baik saya, Najmuddin. Tetapi takdir menentukan segalanya.

Buat Najmuddin: Terima kasih kerana sanggup menjadi wakil saya dalam menerima 'medal' dan 'hamper' dalam majlis penutup temasya sukan Kolej Kediaman Bilal.

Sunday, February 22, 2009

Senaman Jadual Berkala [200209]

[Mangsa Kedua saya-Hafiz Efrizal-sempat kena terjahan tepung saya]

[Kathir nampak happy sebab orang celebrate dia]

[Mangsa Pertama saya utk dibaling tepung-ada lagi kesan dibaju dan tangan]

Latihan Suksis utk kawad senjata terpaksa dibatalkan kerana padang kawad (helipad) telah 'ditakluk' oleh AutoGala Car Drift yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan UIAM dalam program yang diberi nama ENGINTEX. Jadi, semua anggota SUKSIS terpaksa beralih angin menuju ke padang bola berdekatan MALE SPORT COMPLEX untuk mengikuti Latihan Senaman Berkala.

Allah sahaja mengetahui betapa seksa dan letihnya Senaman Berkala. Bayangkan bermula jam 6.45am kami panaskan badan selama sejam lebih dan diberikan waktu rehat utk makan pagi seterusnya menyambung latihan senaman sehingga jam 12pm.

Latihan Berkala bukanlah latihan seperti biasa tetapi dipelbagaikan beberapa aktiviti yang dilakukan secara serentak dan memerlukan kekuatan yang tinggi. Tetapi latihan ini lebih menarik dari biasa kerana kami sempat 'meraikan' hari lahir beberapa anggota'. Seperti biasa, kejutan akan dibuat oleh jurulatih semata2 utk 'prank' budak2 ni yang bakal disambut hari lahir.

Selepas dah 'set up' suma kami pun 'prank' budak2 nie. Dua orang yang menjadi mangsa saya ialah Hafiz Elias dan Hafiz Haron. Puas saya mengejar budak2 nie. Lari satu padang sebab takut saya baling tepung. Tapi nasib tetap menyebelahi saya dan kedua2 Hafiz ini menjadi mangsa Hafizbad.

Maaflah kalau terasa hati sebab saya kotorkan baju kalian. Kepada Hafiz HAron, Hafiz Efrizal, dan Kathir, saya doakan moga panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segalanya.

Saturday, February 21, 2009

Tahniah Kepada Semua Pendebat USIM!!!

[Bersemangat pelajar TAA 4]

[Barisan Hukumah TAA 4]

[Tgh berbincang utk pergulungan TAA2]

[barisan Hukumah TAA 2]

Tajuk yang diberikan mudah iaitu Az Zawaj fi Asna’ Ad Dirasah. Fi Ra’yikum?. Mungkin ini terkandung dalam huraian yang telah termaktub dalam khazanah ilmu Kitab Mughni Al Muhtaj yang telah dinukilkan oleh Imam Khatib Syarbini. Namun terjemahan ini telah dilestari dengan jayanya oleh adik – adik dari Fakulti Kepimpinan Dakwah dan Pengurusan.

Tahniah kerana anda semua telah berusaha untuk memberanikan diri dalam berhujah dan berdebat dalam Bahasa Arab. Itulah yang diingin oleh pentadbiran USIM dan merupakan Hadaf Utama pengajian UTA 2082 yang mahukan para pelajar mengenali dan mampu membaca kitab turath.

Kelucuan dan keseronokan berhujah kadangkala melalaikan kita dalam menjaga masa. Sebab itu, walaupun debat yang diadakan secara informal, secara tidak langsung, debat ini ingin mengajar kita bagaimana untuk menjaga waktu. Seperti mana yang pernah dilontarkan oleh Hasan Al Banna, Al Wajibat Akthar Minal Awqat. Yang bermaksud Kewajipan kita sebagai Daie lebih banyak berbanding masa yang kita milik.

Malahan ada juga pepatah arab menyebut, Al Waqtu Kassaif, Fain Lam Taqtuq, Qata’ka, yang bermaksud masa itu diibaratkan seperti pedang, kalau anda tidak tahu membunuh menggunakan masa maka masa akan membunuh kamu. Ini bermaksud kalau dahulu dalam peperangan kita menggunakan pedang untuk membunuh. Jadi sekiranya kita lambat untuk mengayunkan pedang kepada mush maka pedang mereka pula yang akan singgah ke batang tubuh kita. Itulah yang diumpamakan masa dengan mata pedang tadi.

Ala kullihal, Alfun Mabruk Alaikum. Tahniah kerana Anda MAMPU dan BERANI !!!

Friday, February 20, 2009

Jom kita mengenali Kitab Mughni Al Muhtaj!

Kitab ini merupakan Kitab Turath yang muktabar dan digunapakai dalam kebanyakkan hujah yang dibawa oleh Peguam Syarie di Mahkamah Syariah di Malaysia. Mughni Al Muhtaj merupakan hasil karangan Imam As Syeikh Muhammad Khatib As Syarbini rahimahullah. Beliau merupakan imam dari mazhab As Syafie dan kitab ini telah mensyarahkan beberapa kitab sebelum ini.

Kitab ini mensyarahkan sebuah kitab yang ditulis oleh Imam As Syafie (maaf saya lupa nama kitab itu). Kemudian kitab tersebut telah disyarahkan oleh Imam Al Haramain (Nihayatul Matlub Fi Dirasatil Mazahib). Setelah itu, kitab ini pula disyarahkan oleh Imam Al Ghazali dengan kitabnya yang pertama iaitu Al Basit. Namun Imam Ghazali masih tidak berpuas hati dengan syarahannya dalam kitab itu dan telah mensyarahkan Al BAsit dengan kitab kedua iaitu Al Wasit.

Sungguhpun begitu, kehebatan ilmu tokoh yang diberikan gelaran Hujjatul Islam tiada tolak bandingnya apabila beliau mengarang kitab ketiga bagi mensyarahkan kitab keduanya dan diberi nama Al Wajiz. Setelah berpuas hati terhadap karangannya, Imam Rafie mengarang kitab Al Muharrar untuk mensyarahkan kitab Al Ghazali. Selepas berlalu sebuah kitab masyhur ini, maka Imam Nawawi pula mengarang kitab Minhaj Thalibin untuk disyarahkan kitab Al Muharrar.

Beberapa ketika selepas itu, maka Imam Khatib pula menulis kitab yang diberikan nama Mughni Al Muhtaj. Kitab ini merupakan seangkatan dengan beberapa kitab muktabar lain seperti Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj dan sebagainya.

Kitab ini telah saya pelajari namun tidak pada kesemua kandungan yang ada. Cuma beberapa bab yang dianggap penting untuk Ijazah Syariah. Terima Kasih saya ucapkan kepada Al Fadhil Dr Naim (Pensyarah AIKOL) yang mengajar saya dalam Kitab Nikah (Mughni Muhtaj) dan juga kepada AL Fadhil Ustaz Dato’ Hashim Yahya (Mantan Mufti W.Persekutuan-Pensyarah AIKOL) yang mengajar saya dalam Kitab Talaq, Ar Radha’, Al Adad, Al Ila’, Ar Ruj’ah, Al Kafarah, Al Lian (Mughni Muhtaj). Jasa kalian telah membentuk saya untuk menyumbang khazanah ilmi ini kepada adik2 yang berada di USIM.

Wednesday, February 18, 2009

Minggu - Minggu yang Meletihkan!!!

Hari demi hari berlalu dengan begitu pantas sekali. Namun entry baru yang ingin ditatap masih lagi tidak berkunjung tiba. Saya ingin memohon maaf kepada para pembaca budiman kerana tidak dapat untuk mengemaskini berita dan info tekini yang boleh diakses melalui hafizbad.blogspot.com. Kemungkinan masalah ini berpunca akibat beberapa 'test' yang perlu saya berikan keutamaan.

Berikut senarai 'test' yang telah dan bakal saya hadapi:

12 Feb 09 - Islamic Banking & Finance
16 Feb 09 - Fiqh Zakat
18 Feb 09 - Nizam Al Qada'
23 Feb 09 - Legal Text II
24 Feb 09 - Maqasid Syariyah

Berikut aktiviti sampingan yang telah dan bakal dihadapi:

11 Feb 09 - 'Submission' penulisan saya ke akhbar mingguan
11 Feb 09 - Study Circle UIA
13 Feb 09 - Pengajian USIM
16 Feb 09 - Kelas Bimbingan Al Quran
17 Feb 09 - Kelas Bimbingan Al Quran
18 Feb 09 - 'Submission' penulisan saya ke akhbar mingguan
18 Feb 09 - Study Circle UIA
19 Feb 09 - Pengajian USIM
21 Feb 09 - Latihan Suksis

Saya rasa, memang sudah cukup 'penat' dan 'letih' dalam menguruskan masa sepanjang semester ini. Mudah - mudahan dipermudahkan atas doa rakan - rakan pembaca.

Saturday, February 14, 2009

Aiman-Seorang Kanak-kanak riang!!


Aiman Bazil sama seperti pelajar – pelajar lain. Seorang pelajar lelaki yang periang sama seperti kanak – kanak seangkatannya. Namun pasti ada sesuatu rahsia tentangnya. Ya, itulah jawapannya. Aiman adalah seorang anak yang taat kepada ibu bapanya.

Sepanjang sebulan dua saya bersamanya, menyantuni setiap gerak harakat lafaznya, menanti setiap makraj yang berbaris meniti dibibirnya, penuh kusyuk dan tawaddu’ mengalunkan lafaz yang mulia dan kalimah yang suci dari kitab hakiki (Quran). Alhamdullilah, kehebatan Allah yang mampu menjadikannya manusia yang lancar membaca Al Quran diusia mudanya.

Saya rasa seronok ketika bersama memimpinnya membaca Al Quran, dan ketika itu juga saya dapat bersolat jemaah di waktu Maghrib dan Isyak bersamanya.Alangkah manisnya ukhwah pertemuan antara saya dan keluarga Aiman.

Kepada ibu Aiman, tahniah kerana punya anak sepertinya. Mudah mengikut apa sahaja arahan selagi tidak bertentangan syarak. Inilah anak yang kita dambakan seperti cerita Ashab Al Ukhdud.

Bila seluruh kampong dikepung oleh raja yang zalim dikoreknya parit dan dihidupkan api yang marak di dalamnya. Lalu ingin dicampak rakyat ke dalamnya kerana mereka beriman kepada Allah melalui matinya seorang Ghulam (kanak-kanak) yang Allah berikan karamah.

Tiba sahaja giliran untuk dicampak ke dalam parit berapi tadi seorang ibu dan bayinya. Lalu ibu tadi memohon tentera untuk bayinya jangan dicampak ke dalam api. Dengan kudrat Allah bayi tadi bercakap bahawa ibunya berada dalam jalan yang betul dan mahu mati bersama ibunya untuk masuk jannah Allah yang kekal abadi.


Bersyukur ibu tadi punya bayi yang boleh bercakap dan ikut mati syahid bersamanya. Hebatkan Allah? Jom kita berdoa akan dikurniakan cahaya mata yang bakal memikul mata rantai perjuangan nabi. Ameen.

Wednesday, February 11, 2009

Lagi Cerita Pasal Kawad Senjata

[Latihan minggu nie kena pakai baju kuning]
[Berhenti seketika dalam kawad senjata]

[M-16-nampak mcm ringan tapi berat 2 kilo]

Pengalaman yang paling meletihkan utk Sabtu lepas. Kawad Perlahan Jalan dan lari beberapa pusingan ketika bimbit senjata dan julang senjata. Boleh tahan..

Friday, February 6, 2009

Hafizbad: Antara Graduasi dan SUKSIS

[Kenangan Di Kem PGA Ulu Kinta, Perak]


[Bergambar selepas konvo, di sisi-Majistret Gua Musang, Hayyi]

[Graduan Ijazah Pertama Sarjana Muda Undang - Undang]

Minggu lepas ketika dalam latihan kawad, saya dan rakan sempat untuk belajar kawad bersenjata. Sedar atau tidak kini sudah tiga tahun saya menyertai badan beruniform dan bulan Jun ini bakal menamatkan segala pengalaman indah bersama Kor Sukarelawan Siswa – Siswi Polis (SUKSIS).

Terkenang kembali pengalaman, sudah pasti segalanya bakal terungkap. Bermula dengan, Team Building Camp di Bentong, Pahang; Lawatan Muzium Polis, Kuala Lumpur; Latihan Bersenjata, Ulu Kinta, Perak; Kompas dan Pandu Arah, Tupah, Bedong, Kedah dan terakhir di Mes Pegawai Kanan PDRM, Langkawi, Kedah. Kalau dibaca semua tempat ini, banyak ilmu baru dan disiplin yang telah dan sempat saya kutip.

[Latihan Asas Menembak di Ulu Kinta]

[Sekitar Kawad mewakili IPTA peringkat Kebangsaan untuk Perayaan Kemerdekaan 08]

[Perbarisan sebelum berkhemah di hutan Tupah]

[Ketika perbarisan utk Sambutan Jubli Perak UIA 08]

Namun persoalan yang pasti berlegar di sekeliling ialah kenapa saya masih lagi dalam SUKSIS. Sudah beratus dan beribu kali ditanya soalan yang sama. Hari ini biarkan saya leraikan semua.

Pada tahun 2007, saya mula memasuki badan beruniform ini secara sukarela. Ketika dalam sesi temuduga, saya telah ditanya oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Bukit Aman tentang adakah saya bersedia untuk berada dalam badan uniform tanpa dimasukkan dalam Testimonial Universiti dan tanpa dikira PNGK dalam ‘graduation status’ saya. Jawapan yang saya beri adalah mudah, YA.

Oleh itu, saya merupakan anggota SUKSIS yang ‘lama’ dan hampir keseluruhan jarak perbezaan umur antara saya dan anggota lain ialah 2 TAHUN Lebih Tua.

Pada tahun 2008, saya sudah bergraduasi. Saya Berjaya menamatkan pengajian dalam bidang undang – undang (LL.B) di UIAM. Kini, meneruskan pengajian dalam ijazah kedua, bidang undang – undang Shariah. Walaupun begitu, disebabkan saya masih belum lagi Tamat Latihan SUKSIS, maka saya menghabiskan usia senja saya mengikuti latihan ini. Biarpun saya bakal menamatkan pengajian dalam ijazah kedua pada tahun ini, bolehlah saya katakana tahun 2009 ialah tahun yang paling bahagia dan dinantikan. Tunggu…

Tuesday, February 3, 2009

Kisah Seorang Rakan yang bergelar Majistret.

[Zamir duduk dua dari sebelah kanan bersama saya dan rakan2]

Sudah beberapa hari saya tak dapat untuk memasukkan entry yang terbaru dalam blog ini. Mungkin kerana sibuk dengan persiapan pengajian untuk semester akhir tahun ini. I’allah bulan Ogos ini saya bersama rakan – rakan yang lain akan sekali lagi naik ke pentas konvokesyen bagi menerima Ijazah Kedua iaitu Ijazah Sarjana Muda Undang – Undang Shariah.

Beberapa hari yang lepas, apabila saya membaca dan menatap Utusan Malaysia, tiba-tiba hati saya terusik dengan sebuah berita yang merakamkan gelagat rakan sekolah saya (Maktab Mamud Alor Setar). Memang amat menyeronokkan dan saya berbangga apabila berita tentang rakan saya dimuatkan dalam akhbar apatah lagi beliau kini merupakan penjawat awam dan sudah bergelar “Tuan Majistret.”
[keratan akhbar berita tentang Tuan Zamir]

Beliau ialah Tuan Zamir Suhaimi yang merupakan rakan sekelas saya di sekolah dulu. Merupakan graduan dari UIAM dalam bidang undang- undang dan kini bertugas sebagai Majistret Butterworth, Pulau Pinang. Kalau dahulu ketika di bangku sekolah perwatakan beliau tidaklah sama seperti hari ini. Saya pernah terdengar rintihannya ketika kali pertama menjawat jawatan itu apabila beliau takut dan rungsing untuk menjatuhkah hukuman remand an penjara kepada mereka yang dituduh dan didapati bersalah. Namun kini semua perkara itu sudah menjadi lali kerana sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan Keadilan diletakkan pada tempatnya.

Tahniah Tuan Zamir. Semoga anda dapat menjadi Majistret Islam yang terkenal dan handal serta berani untuk mengeluarkan hukuman ‘without fear and favor’ terhadap mana – mana pihak. Teringin rasanya untuk bertemu dan berjumpa sekiranya diizinkan Allah.