"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Wednesday, January 28, 2009

Majlis Pernikahan Sepupu-Azlee

[Santapan beradab]

[Nielah sepupu saya-Azlee]

Sudah dua hari family saya berada di bumi metropolitan ini. Sasarannya satu iaitu untuk meraikan majlis persandingan mempelai sejoli (Azlee dan Isteri) di Pantai Hill Park, Lembah Pantai. Majlis ini disambut girang gemirang dengan kehadiran seluruh keluarga Abu Bakar Shafie dan keluarga di sebelah bapa Azlee, Pak cik Zaraie.

Mak dan Ayah saya sekarang mula terasa seolah2 hari bermakna itu (Walimah) semakin dekat dengan keluarga kami. Kini ayah hanya menghitung hari dan dia sudah mula berkira2 bilangan jemputan, ‘preparation cost’ dan sebagainya. Apatah lagi dengan keluarga yang besar, ayah kini mula membuat jadual dan pembahagian rumah untuk tumpangan sanak saudara mahupun rakan2 saya.

Apapun saya memang puji kenduri Azlee, meriah dengan kumpulan kompang, khemah yang banyak dan sebagainya. Memang kos yang tinggi bagi mereka yang berkemampuan. Namun bagi saya kenduri ini tidak lebih sebagai iklan kepada orang ramai tentang pasangan yang baru berkahwin. Kepada mereka yang mampu, berbelanjalah secara sepatutnya dan kepada mereka yang tidak berkemampuan, nasihat saya mudah iaitu jangan sehingga perbelanjaan perkahwinan membebankan kita dengan HUTANG semata2 untuk mencapai angan – angan kononnya ‘wedding of the year’. Fikir-fikirkan.

Monday, January 26, 2009

Izzat Amin-Adik Saya yang Semakin Berisi [240109]


Alhamdulliah, teringat juga Adik kepada Abang. Saya sempat menerima panggilan telefon, bila Izzat memaklumkan untuk menziarahi saya di kampus Gombak. Bukan senang untuk bertemu Wakil Rakyat Izzat yang setiap masa sibuk. Dalam satu ‘tenure’ hamper semua jawatan dibolotnya BUKAN kerana Gila Kuasa tapi kerana KUASA KARISMA yang ada dalam diri. Memegang jawatan seperti Mantan Exco MPMUM, Mantan NYDP Palapes, dan jawatan terakhir sekarang sebelum melepaskannya iaitu Presiden PMAPIUM memang banyak dugaan. Kekadang terpaksa korbankan kesukaan dan hobi yang memang disemai dari sekolah semata – mata untuk melaksanakan Amanah Mahasiswa.

Apapun terima kasih kerana mahu bermalam di UIA menemani saya tatkala bumi Gombak ini lengang bila semua mahasiswa pulang ke kampong untuk bercuti. Semalaman kami berborak dan berbicara tentang isu di UM dan UIA untuk kepuasaan diri. Bermula dengan ‘pekena’ Lai Chee Kang sampailah bersembang di dalam bilik saya. Akhirnya kami sempat untuk QIYAM secara fardi dan bersama menunaikan Subuh Jemaah di Masjid UIA. AllahuAkbar indah sungguh bila Ukhwah Fillah.

Kepada Izzat yang akan berangkat ke Kedah hari ini, selamat jalan dan sampaikan salam buat ayahanda dan bonda tercinta.

Sunday, January 25, 2009

Takziah buat Acap (Asyraf Fauri)[240109]

[Sewaktu bersama di Kursus Etika dan Intergriti di Langkawi]

Ini merupakan kali kedua saya sempat melawat dan menziarahi Acap yang terlantar sakit di rumahnya Taman Koperasi Polis, Gombak. Sebelum ini saya sempat bersuanya di Ampang Puteri kerana melalui pembedahan bahu kerana ‘lari sendi’. Kali ini Acap ditakdirkan Allah terpaksa melalui pembedahan Appendix yang membengkak lama. Takziah dan Syafakallah buat Acap. Saya tersentuh kata – kata ibu Acap, sesungguhnya ini hanyalah kifarat dosa – dosa kecil buat dia untuk sentiasa beringat dan bersyukur.

Apapun Acap, Anda mesti tabah dan berani kerana Allah Sedang Berbicara dengan Kamu.

Saturday, January 24, 2009

Tahniah Ustaz Ridhauddin atas kurniaan Quratul Ain

Pada tanggal 20 Januari 2009, tepat jam 3.26pm maka Allah telah mengurniakan zuriat penyambung perjuangan buat Ustaz Ridhauddin dan Ustazah Arfah. Saya mengucapkan tahniah kepada kedua – dua mempelai ini yang kini sudah bergelar Ayah dan Ibu dan kedua-duanya juga merupakan pensyarah kepada INTEC.

I’allah, sekiranya diizinkan Allah saya akan cuba mencari masa untuk menziarah cahaya mata terbaru ustaz dan ustazah ini. Tahun ini dan lepas saya kira banyak kali saya ‘missed’ untuk ziarah anak – anak kenalan saya. Jadi saya kalungkan tahniah buat Najib dan Musfirah yang mendapat cahaya mata dan dijadualkan majlis Aqiqah di Kedah pada semalam.

Saya juga mengucapkan tahniah dan barakallahufikum kepada En Amin dan Cikgu Norazlina di atas kelahiran Qistina pada hujung tahun lepas serta dijadualkan majlis Aqiqah pada hari ini di Banting.

Sunday, January 11, 2009

PROGRAM UTHM DI SAMUDERA BEACH RESORT, MELAKA [09/1/09 – 11/01/09]

[Senaman Tentera Korea dalam kiraan lapan...]

[Bersama para peserta sewaktu riadhah]

[Finalis bagi pertandingan Cap-Cap Kalicap]

[Bersama Yasir setelah selesai slot kami]

[Sebahagian para peserta UTHM]

Melaka bumi yang bersejarah. Bermula 9 Januari hingga 11 Januari 2009, saya berada di bumi bertuah itu bagi mengikuti satu program yang dianjurkan oleh Universiti Tun Hussin Onn (UTHM). En Osman Affan telah dijemput untuk berkongsi idea bersama para pelajar. Saya mengucapkan terima kasih kepada En Osman Affan kerana memberi peluang untuk saya dan rakan, Yasir, turut serta dalam program ini dan membantunya.

Para peserta yang mengikuti program ini ialah mereka yang terpilih kerana keputusan akademik mereka yang agak kurang memberangsangkan. Ini merupakan pengalaman kedua saya bertemu dengan wakil Pusat Kaunseling UTHM setelah saya pernah mengikuti dulu bersama Tn Hj Fadzli Yusof. Namun pertemuan kali ini di tempat yang berbeza dan peserta yang lebih besar iaitu seramai 120 orang.

[Di Dalam Dewan Seminar]

Pengisian yang diberikan En Osman Affan ialah berkaitan Teknik Memori. Teknik ini menerangkan bagaimana ingin berjaya dalam peperiksaan dengan menggunakan strategi yang betul dan teknik yang sebenar. Antara perkara yang ditekankan ialah Nombor Istimewa, Flash Card, Teknik Belajar Visual-Auditori-Kinestatik dan sebagainya.

Saya diberikan tugasan yang berat untuk membantunya iaitu bagi Slot Riadhah dan Slot Ibadah. Alhamdulillah, walaupun resort yang terletak berdekatan pantai, dengan tiupan angin yang sejuk, saya dan para peserta sempat juga menunaikan ibadah secara berjamaah dan beriadhah. Slot ini merupakan slot yang ‘common’ bagi saya setiap kali dalam program. Namun dengan kudrat hanya saya dan Yasir, kami terpaksa mengharungi seribu satu fiil, perangai para pelajar UTHM seramai 120o rang ditambahnya lagi dengan ketiadaan pembesar suara.

Alhamdullilah, segalanya berakhir dengan selamat dan ceria. Terima kasih saya ucapkan buat semua para peserta UTHM dan Selamat Maju Jaya.

Sunday, January 4, 2009

Himpunan Mahasiswa Anti Isrel UIAM [020109]

Masjid UIAM semalam telah dimeriahkan dengan Takbir dan semangat persaudaraan Islam yang tinggi. Ramai mahasiswa telah berkumpul dan menyahut serta memberikan sokongan pada kepada umat Palestin. Situasi yang berlaku di Palestin hari ini begitu genting sehingga kematian kini mencecah ke angka hampir 500 orang. Terbaru satu serangan udara telah dilancarkan Israel sehingga memusnahkan Masjid Abu Hanifa di selatan Bandar Gaza dan serangan berkenaan disifatkan sengaja dilakukan untuk menyakiti hati umat Islam. Bahkan serangan juga telah disasarkan ke tiga buah bangunan kerajaan termasuk Parlimen.

Palestin merupakan sebuah kota suci umat Islam kerana negara itu menyimpan pelbagai rahsia dan khazanah Islam. Antara keunikkan Palestin di sisi Islam ialah sebuah masjid yang diberikan nama Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam selain masjid yang telah menjadi penghubung berlangsungnya perjalanan Israk Mikraj yang suci. Kesucian bandar Al Quds ini telah diganggu gugat oleh pendudukan dan serangan Israel laknatullahi alaihim.

Kita berdoa agar tindakan drastik dapat dilaksanakan segera tanpa mengira platform supaya keamanan diteruskan sejajar ungkapan John F.Kennedy bahawa manusia mesti menghentikan peperangan atau peperangan akan menghentikan hidup manusia. Itulah keputusan yang kita bakal hadapi sekiranya gagal untuk bertindak. Mahasiswa adalah agen terbiak untuk bertindak.
Hidup Palestin. Hidup Islam.

[mahasiswi UIA yang berdemonstrasi]

[kelibat mahasiswi undang - undang yang bersama-sama memperjuangkan isu Palestin]


[Mahasiswa yang turut membantah]

[ratusan yang bersama merasai ukhwah persahabatan Palestin]

Friday, January 2, 2009

Tahun 2009 dan 1430H


Di kesempatan yang ada saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Masehi 2009 dan Tahun Baru Hijri 1430.
Semoga kita suma menanam Azam Baru dan Mahukan PERUBAHAN HIDUP di tahun baru. Jom sama - sama kita BERUBAH dan Kekalkan Angin Perubahan. Jadikan Hijrah Nabi sebagai Iktibar untuk kita berubah.