"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Thursday, April 30, 2009

Laptop CRASH!!!

Kepada sahabat2 pembaca budiman. Izinkan saya melarik seribu kemaafan andainya tidak sempat untuk 'update' blog dalam minggu ini dan depan. Baru - baru ini ketika saya baru pulang dari Terengganu, Laptop saya 'halted' dan 'crashed'. Jadi kerja2 untuk menaiktaraf maklumat mungkin terganggu seketika. I'allah saya akan cuba juga mencari alternatif untuk 'update' blog.

Tuesday, April 28, 2009

Kursus HPA di Adamson Hotel, Kuala Lumpur

[Lepak sebentar. Bak kata iklan Radix, 'Mai Secawan...']

[Sebahagia peserta puteri]

[Sesi Praktikal rawatan Iridiology]

Pada 18hb Jun 2009, setelah tamat sudah ranjau berduri yang telah Berjaya kuharungi dalam menyahut peperiksaan akhir semester, Farhan, pelajar IRK akhir semester mengajak untuk bersamanya dalam kursus HPA (Herba Perubatan Al Wahida), salah satu syarikat MLM bumiputera yang sedang meningkat maju bersama produk2 Muslim.

Peluang yang ada tidak disia – siakan kerana farhan boleh dikatakan bersungguh – sungguh mengajak saya sejak awal tahun lalu. Namun disebabkan program yang memakan masa selama dua hari pada hujung minggu, maka saya terpaksa menolaknya dengan sopan sebelum ini kerana saya terikat dengan komitmen latihan SUKSIS.

Segalanya menarik dalam kursus ini yang dinamakan sebagai Kursus Program Bijak Cemerlang (PBC). Kami didedahkan pada hari pertama tentang Perubatan Tapak tangan iaitu melihat penyakit melalui tapak tangan. Allahuakbar! Itulah kalimah mulia terpacul dari lidahku pabila memikirkan kehebatan-Nya yan menciptakan manusia dengan segala kelebihan. Penyakit pun dapat diketahui simptomnya melalui tapak tangan. Syukur, mungkin perkataan yang sesuai untuk dilafazkan kerana kini sudah Berjaya menguasai sikit tekniknya. Jadi kepada sesiapa yang berminat utk bertanyakan penyakitnya bolehlah berjumpa dengan saya.

Keesokkan harinya, kami didedahkan pula dengan Perubatan Iridology iaitu melihat symptom penyakit melalui mata. Memang menarik dan tidak diduga bahawa penyakit pun boleh dilihat melalui kesannya pada mata. Bila sudah diketahui penyakitnya, maka kami didedahkan pula pada ubat untuk mengubati penyakit melalui herba – herba HPA. Petangnya pula latihan praktikal dengan menjual produk HPA kepada orang ramai. Bayangkan rupa saya yang terpaksa melalui jalan2 Chow Kit dengan menjual kopi Radix dan produk HPA. Nampak macam kelakar kan? Tapi itulah pengalamn menarik.

Jadi, kepada sesiapa yang ingin terlibat dalam PBC utnuk mengenali Perubatan Tapak Tangan dan Iridology bolehlah menghubungi saya pada bila2 masa.

Saturday, April 25, 2009

TIPS PEPERIKSAAN DARI PELAJAR CEMERLANG


Isu yang ingin saya bangkitkan ialah TEMPAT ‘STUDY’ yang Cemerlang. Di mana? Berikut hasil penelitian saya sepanjang bersama – sama dengan rakan2 yang cemerlang.

“Kalau study di Library musim ‘exam’ selalu saja rasa sejuk dan bising. Boleh menyebabkan mengantuk. Saya pilih untuk ‘study’ di kelas.
-Adam Al Baqir-Deans’ List Class of 2009


“ ’Study’ di Library boleh focus dan bersemangat’ ”
-Siddiq Masror-Rectors’ List Class of 2008 & Deans’ List Class of 2009

“ ‘Library’ bukan ukuran tempat orang yang cemerlang belajar. Tempat yang sesuai belajar ialah ditentukan diri sendiri. Kadang2 orang sesuai ‘study’ di bilik, kelas, masjid dan sebagainya selain daripada ‘Library’. Malahan orang yang Berjaya adakalanya lebih baik dari orang yang ‘study’ di ‘Library’.”
-Adib Saat- Rectors’ List Class of 2008 & Deans’ List Class of 2009


Oleh itu, secara peribadi, saya tujukan tips ini kepada mereka yang masih lagi berbaki peperiksaan akhir semester. Ingatlah, sememangnya TEMPAT merupakan antara factor kejayaan seseorang. Namun kefahaman dalam mengulangkaji lebih penting daripada lokasi dan tempat belajar.

Jangan anda sempitkan pemikiran hanya STUDY di LIBRARY sahaja seseorang boleh cemerlang. Bahkan kalau anda ‘study’ di mana – mana pun selagi tumpuan tidak hilang dan terjejas, percayalah kejayaan akan menjadi milik anda. Jangan sesekali menghina apatah lagi mengeji rakan – rakan anda yang tidak ‘study’ di Library.

Yakinlah, kejayaan bukan dicapai dengan SIKAP MENUNJUK DIRI kononnya ANDA rajin ‘study’ di ‘Library’, dan rakan anda yang tidak berada di Library dianggap MALAS dan RUGI. Tetapi kejayaan merupakan hasil dari keikhlasan dan tulus hati budi kerana ALLAH. Selamat Belajar!!

Tuesday, April 21, 2009

Kenangan Terakhir Ijazah Kedua Shariah

[Bersama Dato' Salleh Ahmad-Pensyarah Sistem Kehakiman]

[Bersama Dr Abdullahi Mohd-Pensyarah Mauritia]

Berlalu sudah penantian selama setahun untuk mendapatkan segulung ijazah dalam jurusan undang – undang Shariah. Tepat jam 12.15pm pada hari Sabtu bersamaan 18 April 2009, apabila Ketua Pengawas membuat pengumuman supaya meletakkan pen untuk berhenti menulis, saya akur dan terus sahaja bertawakal.

Sepanjang tarikh keramat 1 April sehingga 18 April 2009 (waktu berlangsungnya Peperiksaan Akhir Semester-Ijazah Kedua) hati saya sentiasa berdebar2 dalam lingkungan waktu itu. Apa tidaknya, sepanjang tarikh itulah saya terpaksa bergelumang hidup bersama dengan pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan. Antara gerak kerja yang perlu diselesaikan seperti ‘submission’ artikel mingguan, Kelas Asas Bimbingan Al Quran, ‘Update’ entri blog dan sebagainya.

Saya cuba untuk menghapuskan persepsi ‘Aku Sibuk”, “Aku tak ada masa”, “Musim Exam Nie. Kena Fokus!!” dan sebagainya. Sebenarnya itu Semua adalah ALASAN!!! Semester lepas ketika saya mengulangkaji pelajaran bersama rakan saya (tak perlu dinyatakan nama) ketika dalam ‘revision week’ musim ‘exam’ bayangkan rakan saya tadi sempat utk bermain futsal jam 3am walaupun esok dan lusa harinya exam. Akhirnya apabila keputusan diumumkan dia Berjaya mendapat Dean’s List.

Sebenarnya kita semua mempunyai masa walaupun dalam waktu Exam. Persoalannya ialah Bijak atau tidak dalam menguruskan masa.? Disiplin atau tidak dalam menguruskan masa? Bayangkan untuk bekerja dan meng’update entry’, kita hanya perlu pastikan waktu rehat dalam waktu ‘study’ dimanfaatkan sebaiknya.

Ramai kalangan pelajar yang saya perhatikan mereka apabila rehat daripada ‘revision’ lebih cenderung untuk main ‘game’, layan Filem, sembang kosong dan sebagainya. Jika perkara ini berlaku, maka anda sebenarnya memang TIDAK BIJAK manfaatkan masa dan Pelbagai ALASAN anda ciptakan untuk menutup kelemahan anda. Mari kita belajar bersama menguruskan Masa..!!

Thursday, April 16, 2009

Salam Kenangan kepada Dr Said Bouheraoua


Semester ini saya amik satu subjek yang bagi saya sangat penting dalam kehidupan orang yang digelar mukalaf. Subjek itu ialah Fiqh Zakat and Its Contemporary Issues. Ramai sebenarnya yang tidak mengetahui secara mendalam apa yang dimaksudkan dengan kewajiban membayar zakat? Ramai juga yang tidak mengetahui pengiraan zakat. Berikut disimpulkan beberapa jenis zakat yang perlu diketahui bersama:

1. Zakat Emas dan Perak (Termasuk Perhiasan)

2. Zakat Pendapatan

3. Zakat Harta (Mustaqalat)

4. Zakat Perniagaan

5. Zakat Harta Anak2 Belum Baligh

6. Zakat Sayur dan Buah2an

7. Zakat Saham

8. Zakat Simpanan (Sanadat)

Untuk itu, terdapat beberapa perbezaan pendapat antara imam2 mazhab tentang kewajiban dan keharusan menunaikan zakat seperti di atas. Untuk disebut di sini memerlukan masa dan ruang yang panjang dan besar utk dibahaskan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Prof Madya Dr Said Bouheraoua yang begitu komited dalam mengajar kami subjek ini. Walaupuan merupakan pensyarah berasal dari Algeria (Al Jazair), beliau tetap tabah dan sabar mengikut karenah kami.

Tuesday, April 14, 2009

Menghadapi Rakan yang ‘moody’

Masalah
Baru – baru ini saya menerima satu persoalan yang diajukan oleh seorang mahasiswi yang bertanyakan tentang bagaimana menghadapi masalah rakan atau sahabat yang mudah ‘moody’. Soalan ini juga akan bertambah menarik sekiranya rakan yang ‘moody’ itu tidak mahu berbicara dengan rakannya selama beberapa hari ataupun minggu.

Mungkin bunyinya lawak tapi itulah reality apabila kita berhadapan orang yang ‘moody’. Mereka bertindak sesuka hati tanpa menghiraukan perasaan orang disekeliling mereka. Yang penting bagi mereka (orang yang moody) cukuplah dengan sikap moody mereka memuaskan hati mereka. Hati orang lain tidak perlu dijaga kerana mereka memang terkenal dengan sikap PENTINGKAN DIRI.

Penyelasaian
Baiklah, mari kita lihat penyelesaiannya. Bagi saya, mereka yang menghadapi orang ‘moody’, mereka perlu BERSABAR. Cubalah berkawan juga dengannya walaupun orang ‘moody’ ini kasar pada kita. Sabar mereka ini akan dijanjikan balasan ALLAH. Kedua, YAKIN kerana Allah akan membalas sikap buruk orang ‘moody’ dengan seadilnya. Balasan Allah kadang berupa azab, hidayah dan sebagainya. Yang ketiga, kita perlu rajin BERDOA. Doakan agar Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada rakan kita ini. Ingat kita berhadapan orang yang menjadikan emosi sebagai teman dan kita juga perlukan jadikan Allah sebagai teman. Teruskan amal ibadah dengan solat jemaah dan sunnat kerana Allah akan menemani kita berhadapan dengan emosi dan nafsu yang menemani orang ‘moody’.

Ingat, walau baik macam mana sekalipun kita bersamanya, kita tiada kuasa untuk memberikan hidayah padanya. Sepertimana kasihnya Nabi pada bapa saudaranya, Abu Talib, beliau tetap mati dalam kekufuran. Lalu nabi berdoa agar Allah memasukkan Abu Talib dalam golongan salihin kelak. Tetapi Allah menemplak nabi dengan mafhumnya, “Sesungguhnya kamu tidak mampu memberikan Hidayah terhadap orang yang kamu kasihi. Tetapi Allah mampu memberi hidayah kepada siapa yang beliau kehendaki.” Selamat Berukhwah!

Saturday, April 11, 2009

Makan Besar Sup Gearbox [010409]

[Sidiq dengan penuh semangat melapah tulang lembu]

[Satay yang disediakan oleh Zack]

Habis sahaja ‘paper’ yang pertama pagi tu, jadi kami students shariah terus ‘plan’ utk makan besar di Pinggiran Batu Caves. Malam tu memang ‘punctual’ abis budak2 yang datang kelas lambat. Biasalah makan. Mesti hendak cepat.

Kami bertolak ke sana dengan 4 buah kereta. Biasalah ukhwah antara ‘students’ Shariah ini lebih kuat dan mantap. Maklumlah, dalam kelas kami hanya bersebelas sahaja lelaki dan bakinya sudah tentu perempuan.

Pesanan dimulakan dengan ‘order’ minuman Jus buah. Biasalah kalau makan ‘free’ mesti semua orang cari air yang paling ‘best’ ada di kedai. Lepas itu, kami ‘order’ 3 Mangkuk Sup Gearbox, 3 Mangkuk Sup Daging, 3 Pinggan Sayur Kailan Ikan Masin, 4 Pinggan telur dadar dan 3 pinggan nasi tambah. Berapa banyak Nombor 3 daa. Tapi nombor nie memang cukup sinonim dengan saya. Kenduri kami makin ‘best’ bila Zack sudi untuk belanja satay.

Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi datang memeriahkan Makan Besar kita. Doakan kejayaan kita bersama untuk semester yang terakhir ini.

[Inilah dia sup Gearbox]

[Muka2 yang puas hati makan Sup Gearbox free]

Friday, April 10, 2009

Salam Peperiksaan


Salam Kejayaan!!!

Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir Semester buat semua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia.

Thursday, April 9, 2009

Senarai Kabinet Baru Malaysia

Sumber: Siasahdaily

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak
Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad MaslanT Murugiah

Menteri kewangan I:Datuk Seri Najib Razak
Menteri kewangan II:Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
timbalan Datuk Chor Chee Heung, Datuk Dr Awang Adek Hussin

Menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin
timbalan Datuk Dr Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi

Menteri pengangkutan Datuk Ong Tee Keat
timbalan Datuk Abdul Rahim Bakri dan Datuk Robert Lau Hoi Chew

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi Tan Sri Bernard Dompok
timbalan Datuk Hamzah Zainudin

Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
timbalan Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Jelaing Mersat

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim
timbalan Datuk Joseph Salang Gandum dan Senator Heng Seai Kie

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air Datuk Peter Chin Fah Kui
timbalan Noriah Kasnon

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal
timbalan Datuk Hassan Malek dan Datuk Joseph Entulu Belaun

Menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
timbalan Datuk Dr Hou Kok Chung dan Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri Datuk Mustapa Mohamed
timbalan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Jacob Dungau Sagan

Menteri sains, teknologi dan inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili
timbalan Fadillah Yusof

Menteri sumber asli dan alam sekitar Datuk Douglas Uggah Embas
timbalan Tan Sri Joseph Kurup

Menteri pelancongan Datuk Ng Yen Yen
timbalan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

Menteri pertanian dan industri asas industri Datuk Noh Omar
timbalan Datuk Johari Baharum dan Datuk Rohani Abdul Karim

Menteri pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
timbalan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Menteri kerja raya Datuk Shaziman Abu Mansor
timbalan Datuk Yong Khoon Seng

Menteri kesihatan Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek
timbalan Datuk Razali Ibrahim (timbalan)Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia Datuk Dr S Subramaniam
timbalan Datuk Maznah Mazlan

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna Datuk Ismail Sabri Yaakob
timbalan Datuk Tan Lian Hoe

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan Datuk Kong Cho Ha
timbalan Datuk Lajim Ukin

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Sharizat Jalil timbalan Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri luar Datuk Anifah Aman
timbalan A Kohilan Pillay dan Datuk Lee Chee Leong

Menteri wilayah persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
timbalan Datuk M Saravanan

Wednesday, April 8, 2009

Malam Tautan Kasih Suksis Tahap Tiga

[Majlis pun dah selesai...]

[Jom kipas sama2!!!]

Memang memilukan bila terfikir kenangan bersama Suksis. Pertama saya mengucapkan tahniah kepada Mastermind malam ini iaitu Sdr Faiz Abu Samah yang bersungguh2 menjayakannya. Siapa sangka orangnya yang bersahaja dalam mana2 program, kawad dan suka ‘bahan’ rakan2 lain tetapi beliau menjadi serius pada malam itu. Takut!!!

Kami bakar bersama barbeque di Coliseums Engineering dan nak meraikan semua Tahap Tiga yang bakal menamatkan latihan di UPM nanti. Majlis telah Berjaya diadakan pada 28 Mac 2009 bersamaan hari Sabtu dan kehadiran amat memberangsangkan. Mungkin ini kali kedua saya direhatkan sebagai MC dalam program SUKSIS sepanjang tiga tahun ini. Kalau tak, memang saya dibuli setiap masa oleh rakan2 dan terpaksa menjadi MC.

[barbeque rentung siap utk dihidang]

Rauf dan Ismail menggegarkan suasana sebagai MC. Slide Presentation juga dimainkan bagi mengimbau kenangan bermula dari Tahap Satu hingga Tiga. Sapa sangka muka saya dan Ashraf paling banyak dalam slide itu sebab diketahui gambar semua dicedok dari kamera Acap. Kecoh juga malam itu apabila En Ramli (Sarjan Jurulatih) kena ‘bahan’ wat gimik ana hilang kat Engineering. Apalagi muka En Ramli malam tu cuak habis. Saja jer pekena sebab nak raikan ulangtahun kelahirannya.

Yang paling best, sesi bertukar hadiah. Saya pun baru dimaklumkan malam itu bahawa ada sesi ini jadi pakai amik jer hadiah2 yang pernah beli lebihan itu apa2 majlis. Maka sesi ini dilaksanakan menggunakan sesi cabutan nombor yang tertera nak pemberi hadiah. Penerima hadiah terpaksa redha dengan segala pemberian.

Yang menariknya, Acap dapat nombor cabutan saya. Apalagi, ‘stress’ dia sebab memang hadiah yang saya bekalkan itu semuanya berbentuk makanan dan Cuma satu sahaja hadiah yang boleh dimanfaatkan dan sebagai kenang2an. Kepada yang nak tahu apa hadiahnya, boleh terus berjumpa dan bertanyakannya. (Kepada Acap-Nanti ana akan gantikan hadiah yang lagi BEST sebab memang dah bajet nak kasi tau sapa2 yang dapat paper bag saya, akan digantikan hadiahnya kemudian hari.

Monday, April 6, 2009

Sesi Fotografi bersama Al Fadhil Ustaz Dato’ Hashim Yahya

[Sebahagian rakan kelas Shariah-tiada dalam gambar anak Tok Guru Nik Aziz]
Banyak kenangan selama setahun saya bersama dengan Dato’ Hashim Yahya. Beliau menjadi guru saya utk Fiqh Muqaran yang membincangkan Fatwa Muasarah dan juga guru saya bagi Nusus Syariyah yang menggunakan kitab Mughni Muhtaj.

Teknik pengajaran beliau agak menarik apabila kerap menyentuh isu semasa sebagai sampingan kepada subjek asal pengajian. Beliau juga dikenali sebagai guru yang ‘strict’ dalam memberikan markah kerana beliau mementingkan kemahiran menguasai Nahu yang tinggi. Sedikit latarbelakang pendidikan beliau yang sempat saya kongsi bersamanya ketika hari terakhir selepas ‘Final Exam’:

Mendapat pendidikan pertama di Madrasah Masriah Bukit Mertajam.
Meneruskan pengajian ke Maktab Mahmud Alor Setar (Shahadah Nihaiyah)
Selepas Berjaya mendapat sijil di MMAS, beliau menyambung pengajian di Al Azhar, Kaherah (Shariah)
Seterusnya meneruskan pengajian Sarjana di Al Azhar, Kaherah (M.A Shariah)
Kemudian dalam masa sama berjaya mendapatkan Diploma Tarbiyah (Pendidikan) di Ain Syam University

Itulah kehebatan Dato’ Hashim Yahya yang pernah menjawat jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan. Beliau berpesan supaya terus memperjuangkan Islam dalam mana – mana bidang. Jazakallah Ustaz.

Saturday, April 4, 2009

BENGKEL KESEMPURNAAN SOLAT DI JELEBU, NEGRI SEMBILAN

[Adik2 Muslimat yang bersemangat]

[Adik2 Muslimin pun boleh tahan gak]

Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hariri Daud kerana memberikan kepercayaannya kepada saya untuk memberikan pengisian yang bertajuk Kesempurnaan Solat. Program ini telah berlangsung di Pusat Pemantapan Aqidah Jakim (PPAJ), Jelebu Negeri Sembilan pada 28 Mac 2009. Pesertanya terdiri dari remaja yang berusia 15 tahun sehingga 17 tahun. Mereka merupakan anak – anak keluarga Kastam Wilayah Persekutuan.

Program ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh BAKISKA, sebuah badan kebajikan yang menaungi Kastam. Pada hari itu saya telah berkongsi selama satu jam setengah bersama para peserta menerangkan konsep asal kesempurnaan solat. Kebetulan pula saya telah mengikuti bengkel ini yang dikelolakan oleh Institut Imam As Syafie (INTIS) dibawah penasihatnya iaitu mantan Mufti Perli, Dr. Asri Zainal Abidin. Maka tidak menjadi satu kesusahan bagi saya untuk menguasai tajuk ini yang memang kerana memang saya sudah melalui pengisian seperti ini di bawah INTIS sebelum ini.

Antara perkara yang Berjaya dikongsi pada hari itu ialah:

1. Kesempurnaan Wudhu
2. Sifat Solat Nabi
3. Golongan yang tidak solat
4. Implikasi Solat
5. Bencana Meninggalkan solat


Dalam sesi ini saya sekali lagi menekankan bahawa kita juga perlu menghormati isu khilafiah dan ijtihadiah dalam memahami hadis nabi dalam bab menunaikan solat. Hal ini kerana kita bukanlah mereka yang hidup sezaman dengan nabi maka kita perlu berhujah dan berdalil bersandarkan kepada pandangan imam2 mazhab yang muktabar dalam memberikan penjelasan dan penakwilan mafhum hadis tentang solat.

Thursday, April 2, 2009

Salam Kejayaan!!


Selamat Menempuh Final Exam kepada rakan2 dan sahabat2 yang menuntut di UIAM. Semoga segala usaha yang dilaksanakan akan membuahkan hasil yang bermakna kelak. Kerapkan Berdoa dan Solat Hajat semoga dipermudahkan segalanya.

Wednesday, April 1, 2009

HAFLATUL WADA’ USIM

[Bersama pelajar TAA 5]

[Pelajar TAA 1]

[Pelajar TAA 2]

[Pelajar TAA 4]

Hati begitu terharu dan tersentuh. Manakan tidak apabila adk2 saya yang berada di USIM semuanya begitu semangat untuk menjayakan majlis perpisahan mereka. Dengan perkongsian wang ringgit yang ada pada mereka semua, maka satu majlis perpisahan berlainan kelas dijayakan.

Bagi saya, para pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Dakwah memikul bebanan dakwah yang besar dan berat. Mereka perlu terbuka dalam memberikan pandangan. Bukannya tertutup, syadid dan jumud dalam memberikan cadangan dan komen.

Itulah antara sebab saya selalu menegaskan bahawa mereka perlu memperbanyakkan bahan bacaan, menilai makalah ilmiah dan membuat kajian yang empiritis terhadap sebarang isu dan masalah.

Di kesempatan yang ada, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar FKP USIM kerana memberikan tumpuan sepenuhnya dan kerjasama yang mantap. Maaf andaikata pernah terlanjur kata, dan tersimpul bicara. Semoga kalian semua Berjaya di lapangan masing2.

[Antara Makanan yang dijamu]

[Pelajar TAA 3]

[Pelajar TAA 6]


[Hadiah dari semua wakil kelas USIM]