"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Wednesday, December 31, 2008

Majlis Pernikahan Abg Pejan dan Kak Wan Shamimi [2712087]


Sebelum saya berlepas pulang ke UIA semula setelah saya sempat meluangkan masa bersama di walimah Kasyfi, saya terlihat satu sampul yang tertera nama saya di atasnya. Ketika mula membuka sampul itu tiba –tiba saya begitu terkejut apabila mendapat tahu bahawa sampul itu mengandungi satu jemputan kahwin untuk pernikahan antara Abg Faizal Mahyaidin (Abg Pejan) dan Kak Wan Shamimi.

Kedua – dua mempelai ini merupakan pemimpin pelajar sewaktu di bangku university dulu. Abg Faizal merupakan Mantan Setiausaha Agung Kelab Makruf dan Kak Wan Shamimi merupakan Manta Exco Kebajikan Persatuan Mahasiswa Undang – Undang UIA. Jemputan ini terus saya penuhi bukan kerana sekadar hubungan baik saya bersama Abg Pejan dalam Persatuan Mahasiswa Islam Kedah (PMIK) tetapi hubungan baik saya antara adiknya, Hafiz (Ex Presiden PKMK UKM). Hubungan baik ini bermula ketika saya menuntut di KUSZA dan berkekalan hingga ke hari ini.

Kepada Abg Pejan dan Kak Wan Shamimi saya ucapkan tahniah dan Barakallahufikum. Tahniah juga buat Hafiz yang kini mempunyai kakak ipar baru dari Kelate wei.

Saturday, December 27, 2008

Walimah Kasyfi dan Solehah di Kedah [251208]

[Sebahagian hantaran dari Kasyfi buat isteri tersayang]

[Satu kenangan di rumah pengantin perempuan]


[Sebahagian rakan - rakan dari UIAM, USIM dan KUSZA]

Sekalung tahniah saya ucapkan buat SAHABAT BAIK saya Mohd Kasyfi Mohd Taufik (Ex S/U Agong MPP Kusza) dan Solehah atas pernikahan mereka di Sg Lalang dan Merbok, Kedah. Seorang sahabat yang cukup berdedikasi dalam gerak kerja ketika di sekolah, kampus dan kini di tempat kerja. Seorang sahabat yang cukup memahami hati dan budi serta perasaan sahabat lain.

Saya kira cukup bertuah punya insan seperti Kasyfi. Tidak pernah sesekali merungut atas sikap saya yang suka menyakat. Tidak pernah berkira berapa kali yang dia sanggup BELANJA saya tidak kira di mana. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas kesanggupan dia menerima saya bermalam di rumahnya ketika membuat BANCIAN di Penang dulu.

Bahkan merupakan anak yang taat kepada ibu. Belum pernah saya dengar cerita rakan - rakan lain yang begitu sayangkan ibunya melainkan Kasyfi. Pernah beberapa kali saya diajak menemaninya membeli barang - barang rumah untuk ibunya di Tesco, SP. Sebelum saya pulang dari kendurinya saya sempat berpesan kepada isterinya (Solehah), "Jangan biarkan sahabat baik SAYA ini menangis!!" Itu pesanan terakhir saya sebelum berpisah. Tahniah Kasyfi!!Barakallahufikum.

Friday, December 26, 2008

Fikry dan Marlina di Shah Alam [211208]

Tahniah diucapkan buat rakan saya, Sdr Fikry dan Marliana (Ex pimpinan Ma'ruf Club UIAM) atas pernikahan kalian di Shah Alam 21 Disember 2008 yang lalu. Saya memohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat meraikan Fikry di Kelantan yang dijadualkan pada hujung minggu ini. Semoga kebahagian yang bakal dikecapi berkekalan selama - lamanya.

[Saya dan Akmal bersebelahan pengantin]

[Zul beserta isteri-satu kenangan kerana ketidakhadiran saya di walimah mereka]


Wednesday, December 24, 2008

Perkongsian Idea di Shah Alam (211208)

[Komitmen para peserta yang seharian berprogram]

[Wajah srikandi Malaysia sebelum bertolak ke luar negara]

["Kenapa sampai pakcik bas pun disalahkan..?"]

Sehari sebelum saya berkongsi idea tentang Kuasa Matlamat, saya telah dikejutkan dengan panggilan dari Ustaz Ridhauddin yang mahukan saya menggantikan Sdr Amin Idris bagi memberikan perkongsian idea ini. Selepas diteliti masa yang diberikan maka saya pun percaya bahawa perlunya saya meluangkan masa bersama rakan - rakan di Intec, UiTM.

Pelajar – pelajar ini merupakan pelajar-pelajar yang terpilih dan akan melanjutkan pelajaran di luar Negara. Boleh dikatakan majoritinya bakal meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan. Saya sempat berkongsi dengan mereka bagaimana membina matlamat dalam meneruskan cita – cita murni mereka. Apa yang saya sempat tekankan ialah kita mahu anak bangsa kita yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke tahap yang tinggi ini mempunyai matlamat yang jelas.

Kita tidak mahu melahirkan bakal - bakal jurutera yang ber’MATLAMAT’kan WANG semata – mata. Akhirnya apa yang berlaku, seperti mana kejadian yang telah menimpa Highland Towers pada 11 Disember 1992. Keruntuhan itu berpunca dari kelalaian (negligence) juruteranya. Jurutera bagi pembinaan Highland Towers sebenarnya gagal untuk ‘examine’ keutuhan tanah sebelum pembinaannya. Sepatutnya tanah itu perlu dibawa ke makmal untuk diujikaji dari segi geologinya tahap ketahanannya dan BUKAN sekadar mengkaji dengan memegang tanah dan dilihat secara mata kasar tentang kelempabannya.

Oleh itu, maka lahirlah jurutera yang TEMPANG AGAMAnya dengan mendahulukan harta sebagai ‘qasad’ atau niatnya. Ingat para pelajar sekalian, kalian adalah DUTA BESAR dari kampong kalian. Buktikan kemampuan kalian dan jadilah JURUTERA ISLAM. Seperti yang saya harapkan, balik dari luar Negara nanti, pastikan penduduk di kampong kalian menerima balasan yang sepatutnya dari pengajian kalian.

Tuesday, December 23, 2008

Tulang ‘DISLOCATED’ di Ampang Puteri KPJ (201208)

[Muka orang sakit yang masih lagi 'cool']

[lama jugak mamat ni dalam hospital]

Semasa cuti hujung minggu, saya sempat meluangkan masa untuk menziarahi sahabat saya yang telah dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri yang terletak di Ampang. Memang tidak diduga apabila beliau dimasukkan kerana ditimpa musibah apabila tulang kiri bahunya terkeluar (dislocated). Malam sebelum saya menziarahinya, beliau dimasukkan ke ‘operation room’ lebih kurang jam 8.30pm dan berakhir pada jam 11.00mlm. Memang terlalu lama.

Alhamdullilah, jom kita bersyukur kerana nikmat sihat yang diberikan Allah. Saya teringat sepotong mafhum hadis yang menyatakan, “Dua nikmat yang seringkali manusia lalai dan lupa iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.”Bila kita sakit baru kita tahu betapa SAYANGNYA ALLAH pada kita apabila memberikan peluang untuk kita meneruskan peluang kehidupan. Kepada Acap semoga Allah cepat memberikan kesembuhan pada musibah ini.

Monday, December 22, 2008

Kalumpang Resort

SPIES 2008 merupakan satu program yang telah dirancang oleh Kerajaan Selangor bagi meningkatkan sahsiah, akhlak dan intelektual mahasiswa.
SPIES mengandungi beberapa elemen penting iaitu :

1. Spiritual
2. Physical
3. Intellectual
4. Emotional
5. Social

Saya juga berkesempatan baru – baru ini berada bersama RK Training & Management bersama Modul Alihan Pelajar (MAP Consultant) bagi menjayakan program yang dianjurkan kerajaan Selangor di Kelumpang Resort Training Centre, Hulu Selangor. Sasaran utk kali ini ialah mahasiswa – mahasiswa Selangor yang kini menuntut di Instutusi Pengajian Tinggi seluruh Negara. Walaubagaimanapun, kehadiran rata – ratanya dari kelompok mahasiswa Lembah Klang kerana banyak university yang masih lagi dalam sesi percutian.

Alhamdullilah, di dalam program ini para pelajar telah didedahkan kemahiran berfikir, memimpin, berpidato dan berkomunikasi. Saya juga sempat diberikan peluang untuk menyertai Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dibahagikan dalam pelbagai universiti.

Tahniah saya ucapkan kepada semua ahli kumpulan saya (Aizat, Arif, Aiman, Zul, Mahiran, Izyan, Aishah, Izyan, dan beberapa rakan mereka lagi-Maaf terlupa) serta seluruh peserta yang telah menghadiri SPIES 2008. Semoga kalian semua berjaya di kemudian hari.

[Barisan Fasilitator dan peserta dari UM]

[Bersama YM Dr Tengku Asmadi (MAP)]

[Kalumpang Resort Hulu Selangor]

Friday, December 19, 2008

Lagi Ucapan Tahniah Buat Affuan Che Mansor!!

Saya sempat bersama kasyfi dan akmal ke rumah sahabat lama; Affuan di Kuala Sungai. Walaupun lambat namun kehadiran masih lagi ramai. Tambahan lagi kami sempat bertemu dengan beberapa orang kenamaan yang memeriahkan kenduri Affuan dan Saidah antaranya Dato' Mufti Kedah, Sheikh HAsbullah dan Exco Kanan Kedah YB Ir.Amiruddin Hamzah.

Semoga tarikh keramat ini (131208) antara Affuan (Ex YDP Kesatuan Pelajar Melayu Jordan)dan Saidah (UIAM) kekal abadi.

[Perwakilan dari SP, Kedah]

[Suapan tangan mithali]

[Bersama Exco Kanan Kedah]

[Selamat Pengantin Baru]

Thursday, December 18, 2008

Tahniah Atas Perkahwinan Kalian!!!

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kedua - dua rakan saya yang kini sudah tidak lagi 'solo' dan 'berteman' sudah. Semoga kekal hingga ke anak cucu Insyallah. Tahniah buat Syaari dan Nurul (UIAM) (091208) serta Samad dan Iman (UKM) (091208).

[bersama Syaari dan Nurul di Kota Sarang Semut]

[Samad dan Iman di Baling, Kedah]

Tuesday, December 9, 2008

Monday, December 8, 2008

Eid Adha Mubarak !!


Salam Aidil Adha saya ucapkan buat semua rakan2, teman2, para guru dan pensyarah yang mendidik saya, para pelajar serta bloggers sekalian. Hayati semangat pengorbanan sebenar. Jom bertakbir !!!

Friday, December 5, 2008

Makluman !!!!

Untuk melayari penulisan saya dalam akhbar perdana layari

http://www.hafizbad-kenyataanakhbar.blogspot.com.

Blog ini memuatkan semua penulisan saya yang terkini. Selamat Membaca !!!

Wednesday, December 3, 2008

Berehat Setelah Habis Bancian di Telok Bahang [011208]

[Di Taman Rama2 Pulau Pinang]

[Baru jer abis mandi laut di Telok Bahang]

[Jalan2 kat Taman Rimba Penang]

[Di Batu Feringgi Nite Market]

Alhamdullilah. Akhirnya saya sempat juga menyiapkan segala kajian dan bancian daerah Barat Daya Pulau Pinang. Tempat terakhir saya ialah Telok Bahang. Apabila dilihat ‘mileage meter’ kereta, saya dapati dari mula saya bergerak ke rumah kesemua jumlah perjalanan ialah 820km. Memang banyak habis sebab selalu ulang-alik dari Kedah ke Pulau Pinang. Semua resit yang telah digunakan akan dikembalikan kepada mereka yang patut.

Petang hari terakhir saya mencari tempat berteduh bagi merumuskan hasil bancian. Jadi seperti biasa, bosan pula berseorangan di depan laut jadi saya panggil rakan saya yang sorang nie, Pak Leh (Akmal). Malam tue dia sampai dan saya berjalanlah dengan dia di Batu Feringghi Night Market. Boleh tahan juga barang2 kat sini. Malam tu kami makan kat kedai mamak sambil guna ‘wifi’ yang memang ada kat sana.

Esok pula kami bersiap awal pagi dan pergi mandi laut yang sememangnya dekat dengan chalet. Sudah abis mandi tidur kejap sebelum bersiap untuk ‘check out’. Saya yang tidur sorang. Lepas tu, kami pun ‘explore’ Telok Bahang. Berjalan2 ke Taman Rama2, Hutan Rimba Penang dan balik naik feri. Ok juga bila penat selama ini dibalas dengan keseronokan berjalan2 sekitar Pulau Pinang.

Tuesday, December 2, 2008

Bancian di Kg Nelayan, Kuala Sg Pinang & Telok Bahang

Kg Nelayan, Kuala Sg Pinang
Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di perkampungan moden nelayan. Selalunya kita terbayang perkampungan nelayan, kehidupan mereka susah dan perumahan mereka selalunya di hujung tanjung dan berhampiran laut. Tetapi apabila saya sempat menjengah kehidupan keluarga nelayan di sini, kehidupan mereka sederhana kerana rumah mereka telah disediakan oleh Perda, Pulau Pinang.

Namun pengetahuan mereka berkaitan Sains dan teknologi masih lagi biasa dan perlu mendapat perhatian yang secukupnya dari pihak berwajib.


[Perkampungan di Telok Bahang]

Mukim 2, Telok Bahang
Manakala perjalanan saya di sebelah petang di Telok Bahang keadaannya juga agak berbeza. Kalau sebelum ini perumahan mereka dua tingkat namun di sini banyak rumah teres. Telok Bahang menjanjikan seribu satu kenangan yang indah. Penduduknya senang didampingi. Tahap pengetahuan juga agak tinggi kerana segala kemudahan amat mudah untuk di akses.

Apa yang menarik ialah cerita berkaitan Ular Tedung Raksasa yang ditemui oleh beberapa remaja Melayu yang berasal dari Balik Pulau. Kejadian dikatakan berlaku di Empangan Pulau Pinang yang baru di bina berdekatan situ. Berita ini tersebar luas apabila aksi sang ular itu dirakam oleh rakan2 yang lain. Saya cuba mendapatkan ‘Bluetooth movie’ daripada masyarakat setempat tetapi gagal.


[Mencari - cari rumah berikutnya]

Ular Tedung Raksasa
Ular itu dikatakan setinggi pokok hutan dan sedang menjalar di atas rimbunan pokok hutan. Beberapa remaja Melayu tadi yang merasakan pelik lalu mengganggu ular tersebut untuk kepastian. Ular tadi menyedari gangguan itu terus ‘panggung kepala’ dan aksi itu sempat dirakamkan dan dikatakan panggung kepalanya setinggi pokok kelapa. Saya sendiri tidak yakin dengan realiti sumber cerita ini. Tetapi apabila ditanya kepada semua lapisan masyarakat dalam bancian saya semua versinya sama iaitu “Ular Tedung Raksasa”. Wallahualam.

Monday, December 1, 2008

Mendaki di Bukit Jambul Pulau Pinang [291108]

Rakan saya Mohd Kasyfi Mohd Taufik, yang bekerja di USM mengajak saya untuk mendaki Bukit Jambul. Inilah keunikan Pulau Pinang di mana sebuah bukit dijadikan tempat rekreasi dan riadah. Bagi saya mendaki sebuah bukit sememangnya memenatkan apatah lagi bagi individu seperti saya yang jarang mendaki bukit. Yang lebih mengejutkan lagi betapa hebat rakyat di tanjung ini apabila ramai yang mendaki ini terdiri dari orang tua berbangsa cina. Saya pula memulakan aktiviti ini sebelum melakukan rutin harian saya iaitu membanci di Teluk Bahang.

Aktiviti saya pada pagi itu lebih menarik lagi apabila diketemukan dengan tokoh sasterawan negara dan aktivis rakyat iaitu Prof Madya Dr Fatimah Busu. Beliau merupakan mantan pensyarah USM dan pernah beberapa kali mendapat anugerah hadiah kesusasteraan dari DBP dan badan berkanun serta kerajaan. Saya bertemu dengannya secara tidak sengaja di Bukit Jambul ketika saya menuruni bukit itu.

Banyak perkara yang telah dikongsi bersamanya. Sejarah kehidupannya begitu berliku dan pernah beberapa kali bakal ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana begitu lantang menyuarakan masalah rakyat. Kini beliau masih lagi menyuarakan pendapatnya namun melalui cerpen dan penulisan sastera yang boleh didapati di dalam akhbar Siasah. Antara karya terbaru beliau ialah berkaitan isu untuk membangkitkan semangat bumiputera Pulau Pinang yang dilihat seakan tersisih dari pola masyarakat Pulau Pinang.

[Ni track dalam Bukit Jambul-Kasyfi]

[Bersama Dr Fatimah Busu di Bukit Jambul]

Secara keseluruhan saya rasa bersyukur kerana telah diketemukan bersamanya dan banyak nasihat yang saya timba darinya. Beliau juga menasihatkan agar mahasiswa terus kekal dan bangkit seperti zamannya yang begitu lantang membela nasib rakyat. Siapa lagi yang akan membela nasib rakyat kalau bukan para pelajar.