"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Sunday, November 30, 2008

Kembara di Sungai Petani Bersama Faiz (271108)

[Faiz Abu Samah-Itulah nama diberi-Di Pantai Merdeka, tempat dikunjungi]

[Plat besi besar pada jam besar SP-lama nie]

[Jom makan ais krim!!!]


Kembara di Sungai Petani bersama Faiz Abu Samah memang menyeronokkan. Baru2 nie tak ada ribut tak ada taufan, tiba2 jadi plak mamat sorang nie nak duduk Kedah lama2. Bagi saya memang tak ada masalah. Rumah saya dah dikunjung oleh beberapa rakan yang memang bukan berasal dari Kedah. Antaranya Kelantan (Adib), Terengganu (Najmuddin), N9 (Hazwan), Melaka (Zukhairi), dan kini Kuala Lumpur (Faiz Abu Samah).

Sekali tengok memang happy abis kawan saya nie. Mana tidaknya, dia dah berada di Langkawi samapai 1 minggu lebih. Kemudian ke Perlis 2 hari, lepas tu ke Baling sampai sempat mandi air hangat di Legong. Kemudian berangkat plak ke rumah saya di Sungai Petani(Bandar paling maju di Kedah).
[Gambar sebelah-Faiz kat jam besar SP]

Hari pertama dia sampai memang petang sangat lepas Asar. Jadi kami tak ke mana2 sebab saya pun baru balik dari Bayan Lepas buat survey MOSTI.

Maknanya, saya dan Faiz akan meulakan perjalanan kami pada keesokkan harinya. Jadi ceritanya bermula pada esok, bila destinasi pertama kami ialah di Tg Dawai dan Pantai Merdeka. Seperti biasa, saya dan FAiz memulakan langkah dengan menaiki bot laju untuk ke Pantai Merdeka. Disana kami makan rojak, Ais krim dan jalan2 amik angin.

Lepas tu kami balik dan menuju ke Sungai Petani sebab perut pun dah berkeroncong. Jadi, saya bawa Faiz ke Radix Fried Chicken (RFC) kepunyaan HPA. Syarikat ini adalah syarikat pertama kepunyaan bumiputera yang memasarkan produk resipi ayam goreng ala2 KFC. Yang paling penting RFC ini hanya boleh didapati di Sungai Petani. Itu yang uniknya kampung halaman saya.

Sudah habis makan, kami bergerak pula ke Village Mall yang dalamnya macam khas untuk korporat sahaja. Village Mall ni macam shopping complex yang biasa cuma dalam dia ada shop lot banyak dan tak ada hyper market yang share dengannya. Antaranya, Starbuck, Secret Recipi, Pizza Hut, NashDonnut dan banyak lagi.


Lepas tu, kami ke Masjid Daerah Sungai Petani yang senibinanya di ambil dari Masjid Morroco yang terletak di Rabat, Morroco. Memang cantik. Sudah abis solat kami bergerak pula ke Central Square (CS). Di sana, Faiz nak dapatkan key chain tapi macam tak ada. I'allah lepas ini, saya cuba dapatkan untuk Faiz. Bila dah habis pusing CS, kami ke SP Plaza. Di sana kami menunaikan solat Asar. SP Plaza adalah pusat pentadbiran PBT MPSPK. Dalamnya ada shop lot dan hyper market. Lepas tu, kami park keta di sana dan bergegas berjalan kaki pula ke Jam Besar SP (satu peninggalan sejarah). Selepas tu bergegas mencari tiket keretapi utk Faiz balik KL tapi malang sekali tiket semuanya sudah abis. Jadi kesimpulan dia kena cari tiket bas. Faiz tak berminat naik bas sebab tiket dia mahal. Sebab tu yang mencari2 tiket naik ketapi.
Alhamdullilah bila dah jumpa tiket bas yang paling murah (RM36) untuk perjalanan esok, saya pun menghalakan kereta saya yang tua nie ke rumah. Maka itulah perjalanan saya yang jauh dan berliku. Apapun memang sangat menyeronokkan sebab dalam saya bekerja sempat juga utk release tension dengan berjalan2 dua hari dengan kawan.
I'allah, esok saya akan menghabiskan kerja saya di Telok Bahang dan Kg Nelayan, Balik Pulau. Doakan segala2nya.

Saturday, November 29, 2008

Membanci di Balik Pulau, Pulau Pinang [231108]

[Nie hari pertama semasa di Pekan Balik Pulau]

Ni sedikit cenderahati buat tatapan semua pembaca budiman sepanjang pengembaraan saya di bumi Francis Light. Memang menarik!! Bnyk pengalaman berharga yang saya perolehi sepanjang di sini. Ada yang bagi nasihat suruh mengaji rajin2. Ada yang bagi nasihat suruh 'improve'kan tempat kawasan perumahan polis tapi interms of ne techno dalam kerja risikan.

Memang banyak yang saya dapt pelajari. Paling best bila saya terjumpa dengan seorang makcik tua nie. Dia tak tau cakap melayu dan hanya tau cakap orang puteh jer, tapi dari segi penampilan memang bersahaja...pakai kain batik dengan baju t-shirt...tgh menyapu kat luaq rumah..orangnya sederhana...dari segi background memang hanya sampai menengah jer..tapi hebat berbahasa sebab dulu sekolah inggeris..dia siap pesan demi kebaikan orang melayu bukan tertumpu untuk orang Penang sahaja..Utk belajar rajin2..

I'allah, saya berjanji dan akan cuba setia kepada kata2..Akan menyambung M.A dan PHD sekiranya berkesempatan. Jom kita survey berapa 'fee' M.A. utk setiap kampus.

[Di atas bukit Relau, 'on the way' ke Balik Pulau]

[Di kedai goreng pisang pun jadi kerja]

[Di satu kawasan di Permatang Pasir, P.Pinang]

[Nie hari berikutnya di Teluk Kumbar, Bayan Lepas-Suma umah pasang Astro]

Tuesday, November 25, 2008

Blog Tak Dapat 'Update'

Makluman Penting !!!

Kepada pembaca budiman,

1. Saya sekarang (minggu ini) sedang menjalankan satu kajian di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Pulau Pinang dan mungkin tidak dapat untuk 'update' berita dan info terbaru untuk minggu ini. Walaubagaimanapun saya akan cuba untuk mendapatkan akses internet dari masa ke semasa.

I'allah dalam entry akan datang akan saya ceritakan sedikit pengalaman dan pengembaraan saya sepanjang membuat kajian di Pulau Pinang (BALIK PULAU) ini.

2. Saya tidak akan memaparkan lagi kenyataan akhbar saya dalam blog ini kerana saya akan menyediakan satu lagi blog khas untuk kenyataan akhbar saya. Diharap kepada para pembaca yang setia mengikuti penulisan saya dalam akhbar perdana boleh melayari secara maya dan mudah dicapai selepas daripada ini. I'allah, alamat domain akan saya maklumkan pada suatu masa yang ditetapkan nanti.

Sunday, November 23, 2008

Pertunangan Kakngah !!! | 231108

[Bersama kakngah yang masih lagi dalam persalinan pertunangan]

[hantaran pihak lelaki]

Semalam satu majlis keraian pertunangan adik saya telah berlangsung dengan selamat. Seronok bila melihat telatah orang tua – tua nak mula majlis peminangan ini. Bermula dengan bahasa kiasan kuno seperti kumbang, bunga di taman dan sebagainya menandakan bahawa kita masih lagi mengamalkan adab sopan dan tatasusila Melayu. Saya merasa bangga dan bersyukur kerana punya bangsa yang masih lagi sayangkan bahasa dan adat.

Namun tidak keterlaluan untuk saya menyebut bahawa biarlah AGAMA itu Melangkaui ADAT. Bagi saya secara peribadi, AGAMA sahaja merupakan jalan keluar untuk memacu kehidupan kita. Jangan biarkan pepatah melayu Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat menguasai budaya kita. Ini boleh menyebabkan kita mengutamakan sesuatu perkara yang kadangkala bertentangan dengan kehendak syarak. Moga kita semua selamat dan sejahtera dalam Naungan Ilahi.

[Yang pelik & Yang Jelik-Semua nie sepupu]

[Gambar pihak lelaki dalam rumah saya]

Beberapa perkara yang sempat saya perhatikan sepanjang majlis pertunangan:

1. Adab dan sopan seseorang yang bertunang (selalunya wanita - perlu berhias).
2. Satu majlis untuk meletakkan harga hantaran dan mas kahwin.
3. Majlis persarungan cincin pertunangan oleh bakal ibu mertua.
4. Hantaran pertunangan yang ‘simple’ tetapi masih lagi dalam bilangan ganjil dan nisbah 1:2 (lelaki & perempuan)

Nota kaki: Kebiasaannya sekiranya seseorang yang bertunang dan bakal berkahwin awal dari kakak atau abang (langkah bendul) maka perlu dihadiahkan sepersalinan sebagai hadiah kepada kakak atau abang yang belum berkahwin.

Saya ucapkan juga khas buat rakan – rakan saya yang sedang tengah ‘berketar’ nak berkahwin pada bulan hadapan dengan ucapan, “Selamat Pengantin Baru dan Semoga Kekal ke Anak Cucu!!”

Saturday, November 22, 2008

Kursus Etika dan Pengurusan Integriti 08 [15-20 Nov 08]

[Setibanya dari Langkawi selepas berkursus]

Saya memohon kemaafan kepada rakan - rakan pembaca kerana tidak sempat untuk meng'update' blog nie disebabkan kesibukan masa. Saya baru sahaja tamat Kursus Etika dan Pengurusan Integriti (KEPI 08) di Mes Pegawai - Pegawai Kanan PDRM di Pasir Hitam Beach Resort , Langkawi. Kursus ini berlangsung sehari selepas saya tiba dari KL ke Kedah.

I'allah, esok pula saya akan ke Pulau Pinang bagi melaksanakan beberapa tugasan yang diamanahkan oleh IIUM Consultants. Nak tahu apa tugasannya?? Tunggu... Ini secebis kenangan semasa berkursus di Mes Pegawai Kanan PDRM, Langkawi.

[Mes Pegawai PDRM...]

[Bersama dengan Fasilitator Jemputan-SM Malek, SI Jamal, Sarjan Rosli]

[Para peserta Kursus KEPI 08]

[Sesi 'Documentation' di hari terakhir]

[Malam Bakat-First Time kena Mendeklamasikan Sajak]

[Malam pertama di Pasir Hitam..di barisan hadapan]

[Hari Pertama sebelum berlepas ke Langkawi]

Friday, November 21, 2008

Kursus Pengawas SMKDTHO [10-11 Nov 08]

[Bersama Osman Affan-Professional Trainer]

[Sebahagian Pengawas Muda SMKDTHO]

[Sebahagian Exco Pengawas yang baru dilantik]

[Antara Modul yang dimainkan]

[Logo Konsultan Osman Affan]

Sebelum menjelang percutian semester yang lalu, saya sempat meluangkan sedikit masa bersama dengan sebuah konsultan yang dipunyai penuh oleh seorang motivator terkenal iaitu En Osman Affan. Kali ini program yang sempat saya luangkan bertempat di Sek. Men. Keb. Desa Tun Hussien Onn, Setiawangsa. Program ini merupakan Kursus Kepimpinan Pengawas yang dijalankan selama dua hari bermula Isnin dan Selasa (10&11 November 2008)

Mungkin ini peluang keemasan saya bertemu dengan webmaster www.smartstudy.com.my. Beliau mempunyai bidang pendidikan yang unik iaitu merupakan graduan dari sebuah universiti antarabangsa di United Kingdom dalam bidang jurusan akaun. Sempat mempunyai pengalaman bekerja sebagai auditor selama tiga tahun dan akhirnya beliau memilih untuk berkecimpung sepenuh masa dalam bidang ‘training’ ini. Namun begitu, beliau masih lagi mempunyai sebuah pusat tuisyen yang menjadi tunjang dan nadi kepada beliau kerana hijrah beliau ke Kuala Lumpur sememangnya pada asalnya ingin membuka pusat tuisyen.

Pada hari kedua, saya telah diberikan peluang oleh Osman Affan untuk berkongsi pengalaman bersama para pengawas sekolah tersebut tentang bagaimana untuk menjadi Pemimpin Magnetik. Terima Kasih En Osman Affan!! Slot yang diberikan selama tiga jam kepada saya telah digunakan sebaik mungkin untuk memberi kefahaman sejati kepada para pengawas.

Antara tips menarik yang sempat dikongsi:

1. Untuk menjadi Pemimpin Magnetik anda perlu membina Kuasa Pengaruh
2. Pemimpin Magnetik adalah Mentor kepada rakan

Semoga para pengawas SMKDTHO bakal menjadi Pemimpin Magnetik yang cemerlang. Selamat Bertugas!!!

Friday, November 7, 2008

Hafizbad dalam Dewan Masyarakat


Saya dengan rendah diri menjemput sahabat2 dan rakan2 semua untuk mendapatkan Dewan Masyarakat Edisi November 2008 kerana saya telah diberikan peluang berada dalam kolum Suara Orang Muda. Tajuk yang sempat saya nukilkan ialah Karenah Birokrasi Kampus.

Sekiranya anda mempunyai sebarang komen, idea, pandangan bolehlah disuarakan melalui blog ini. Semoga kita semua mendapat istifadah dan manfaat sebaiknya.