"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Wednesday, July 30, 2008

Program IID IRKHSS BUKAN Panggilan IDD Antarabangsa




[Apa yang tengah dibincangkan tue..??]

Intellectual Islamic Discourse (IID 08) merupakan satu program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Ilmu Wahyu (IRKHSS) yang bakal 'meletup' pada awal bulan Ogos ini. Saya sudi untuk bagi 'a thumb up' kepada Presiden yang sedia ada kerana keberanian mereka untuk mengadakan beberapa program berbentuk wacana ilmiah yang bakal dikecapi nikmatnya oleh para pelajar dari kuliyah tersebut.

Bagi persiapan itu, maka pihak yang terbabit telah mengadakan satu Induction Course bertempat di Convest Hill pada hari Sabtu minggu yang lalu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membantu bersama - sama dengan berkongsi idea dan pengalaman dalam kursus induksi kali ini. Beberapa harapan telah diterjemahkan kepada para peserta agar lebih bersemangat dalam melaksanakan gerak kerja.

Sehingga hari ini, wehdatul fikr dan wehdatul amal menjadi nadi penggerak kepada IRKHSS untuk terus menongkah cabaran pada masa hadapan. Kita mendoakan agar segala strategi yang dirancang dapat dimanfaatkan bersama. All The Best IID 08!!!

[Takutnya sampai turn aku...]

[Apa yang sister tue tengah lakonkan??]

Monday, July 28, 2008

Bersama UTHM di Melaka

[Bersama dengan Penceramah Motivasi pagi]


[Dua Kaunselor UTHM yang komited]


[Pepasir Pantai Pengkalan Balak]

Ini kali pertama saya menghadiri program RK Training & Management di Melaka. Kali ini kami diberikan peluang untuk bersama di Pengkalan Balak, Masjid Tanah,Melaka. Sebuah resort (ISMAH Resort) telah ditempah oleh pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM).

Program ini menghimpunkan pelajar - pelajar 'istimewa' dari kampus UTHM yang bertujuan untuk memberikan rangsangan dan motivasi untuk terus KEKAL belajar di IPTA itu. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof kerana memberikan peluang untuk saya berada di sana. Kelainan di program kali ini aialh apabila adanya aktiviti Explore Race di tepi pantai. Kemungkinan ini merupakan kali pertama yang saya ikuti bersama RK dan mungkin telah beberapa kali diadakan modul seumpama ini.

Ini juga kali pertama saya mendengar betapa 'nervous' Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof ketika ingin menyampaikan ceramah kerana baginya program kali ini adalah program pertama beliau kemukakan modul baru bagi Pelajar Super. Tetapi beliau berjaya telan sifat ketakutan dalam dirinya. Inilah antara yang perlu saya pelajari daripadanya.

Tahniah kepada semua pelajar UTHM kerana berjaya memaksa diri untuk melalui 'proses redifination' ini.

Tuesday, July 15, 2008

Ayuh, Bangkitkan Momentum CONVEST 2008 | 13 Julai 2008


Convest Group Binding yang diadakan berhampiran Convest Hill menandakan permulaan gerak kerja untuk pesta konvokesyen pada tahun ini. Kehadiran yang merangkumi 'Management Board dan Program Manager Sub Programmes' sangat menggalakkan. Semangat berpasukan jelas terbayang di wajah mereka yang bakal memikul bebanan tugas sangat berat dan mengazabkan pada Ogos ini. Saya pernah mempunyai pengalaman sebanyak DUA KALI dalam CONVEST iaitu 2004 (Head Unit PUBLICITY) dan 2007 (PM Opening Ceremony). Memang pengalaman indah itu mengajar pelbagai erti ranjau dan duka bagi diri saya.

Seperti biasa, saya pada kali ini bertemankan Sdr Zukhairi yang bersama - sama menjadi instructor utk GB ini. Kami hanya sempat memuatkan beberapa modul yang dianggap sebagai PENTING dalam menjayakan GB kali ini. Beberapa sasaran telah dikenalpasti antaranya :-

1.Knowing Yourself
Slot ini dinamakan sebagai slot taaruf. Dalam aktiviti ini, para peserta akan berkenal - kenalan antara satu sama lain secara Seimbas Pandangan. Apakah 'First Impression' mereka terhadap rakan - rakan mereka? Kekadang kita hanya mengenali diri kita tanpa mengambil pandangan pihak lain. Sebab itu, saya menyarankan kepada anda semua bahawa rakan Ibarat CERMIN. Kita TIDAK NAMPAK diri kita TETAPI kita hanya dapat melihat melalui pandangan rakan. Oleh yang demikian, apa yang diberikan oleh rakan segala yang positif perlu diteruskan dan perkara negatif perlu dijauhkan.


2.Meeting Management
Ramai yang menyedari bahawa kuasa 'meeting' adalah membuat keputusan. Namun ramai juga yang tidak menyedari bahawa banyak masa diBUANG melalui meeting. Kenapa? Ini berlaku kerana pelbagai agenda yang tidak relevan dimasukkan tanpa henti - henti. Walaupun kita telah belajar bahawa dalam bermesyuarat kita perlu menghormati pandangan orang lain namun sekiranya pandangan itu berbentuk membuang masa, maka sudah menjadi tanggung jawab kita untuk menghentikannya.

3.Team Building
Semangat kerjasama perlu dipupuk agar tidak berlaku sebarang percanggahan pendapat. Tn Hj Fadzli Yusuf pernah menyebut bahawa, jangan kita menjadi orang yang akan mengangkat kera untuk orang lain. Ini menjelaskan kepada kita bahawa betapa pentingnya untuk kita bijak dalam membahagikan gerak kerja. Jangan kerana gerak kerja berlebihan kita telah 'exhausted' awal dan tidak memacu kehadapan. Bukankah ini berlawanan dengan sikap 'teambuilding'.

4. Ukhwah
Konsep Ukhwah ataupun berkasih sayang sememangnya diterapkan oleh Nabi Muhammad. Ini pernah saya jelaskan kepada anda di dalam beberapa entri yang lepas. Namun u khwah yang dibina seharusnya bukan hanya atas dasar kerja , rupa paras atau warna kulit tetapi ukhwah itu perlu dibina atas nama Islam kerana Allah Taala. Maka secara praktikalnya di dalam berorganisasi semangat berukhwah sangat penting kerana ia mengajar kita erti Tafahum(memahami) dan Takaful(bantu membantu).

Semoga kecemerlangan CONVEST 2007 dimantapkan dengan kehebatan Convest 2008.

Thursday, July 3, 2008

Registration Day for Double Degree Program (Shariah)!!!


LLB.S!!Apa itu??Mungkin ramai yang tertanya, apakah maksud disebalik 'short form' ini? Tetapi ramai yang tidak janggal apabila mendengar ataupun melihat di beberapa 'business card' tertera di atasnya LLB. Penggunaannya amat ketara di kalangan para peguam. Perkataan ini berasal dari bahasa latin yang bermaksud 'Lex Legum Baccalaureus' ataupun Ijazah Sarjana Muda Undang - Undang. Namun apa pula LLB.S??

Makna dan maksudnya tiada perbezaan yang ketara. Cumanya ditambahkan perkataan 'S' di belakang yang membawa erti Shariah. Alhamdullilah, hari ini ialah hari pendaftaran bagi para pelajar yang mendaftar sebagai pelajar 'Double Degree' dalam undang - undang syariah. Saya tidak melepaskan peluang lumayan ini untuk mengaut lagi ilmu yang bakal saya layari setahun lamanya. Para pensyarah juga merupakan mereka yang terkenal dan bukan calang 2 orangnya antaranya, Dato' Hashim Yahya (Mantan Mufti W.P0, Ustaz Salleh Ahmad (Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia) dsb. RUGI dan MALANG kiranya saya meninggalkan bumi UIA ini tanpa berguru dengan ilmuan2 seperti di atas ini.

Hari ini juga kita bakal melihat berapa ramai pelajar yang akan mendaftar sebagai Mahasiswa Tahun 5 Shariah. Kebanyakan pelajar yang sebelum ini pernah mengambil subjek shariah telahpun meninggal bumi ilmiah ini dengan berkelana dalam 'chambering'. Selepas ini, mereka yang mengambil jurusan shariah ini akan memegang nombor matrik bermula ANGKA '5'di depan. Nombor ini ada 'Ong' ker??

Kepada mereka yang tengah melalui Alam Pekerjaan, saya ucapkan Selamat BEKERJA dan kepada mereka yang tengah melalui Alam Pembelajaran, saya ucapkan Selamat BELAJAR. Allah telah menetapkan kedua - dua suluk ini pelbagai kelebihan dan keberkatan sekiranya kita semua IKHLAS. Semoga kita tergolong dalam golongan MUKHLISIN.Doakan saya yang bakal meneruskan pengajian ini agar TEGUH tidak tergoda dengan pujukan selainnya (kahwin, kerja, dsb).

Wednesday, July 2, 2008

Hari - hari yang dihitung!!!


Hari ini, terdetik di hati untuk menekan papan kekunci mencari tarikh keramat 'Convocation Fiesta' untuk 2008. Cari punya cari maka terjumpa satu laman www.iiu.edu.my/convo yang memberikan seribu satu makna setelah berhempas pulas belajar 6 tahun di bumi UIA (2thn-Matriks, 4thn-Gombak).

Namun keseronokan yang dirai tidak terasa lama bahangnya apabila anak mata ini terpandang beberapa nota kaki yang disandarkan oleh urusetia berkaitan perjalanan pesta konvo. Terkejut bukan kepalang. Nasib tidak menyebelahi. Hari graduan bagi seluruh mahasiswa AIKOL ialah sesi III iaitu pada Sabtu. Maka tak dapatlah nak ambil 'scroll' dari Sultan Pahang.


Dalam masa yang sama, giliran untuk saya menerima 'scroll' tu jatuh ke tangga 158. Ok juga kena tunggu lama. Kalau boleh nak saja cepat. Tak mahu mak dengan keluarga semua menunggu bosan di luar kereta.




Yang penting, hari itu, kita kena 'happy' dan jangan susah hati. Ini beberapa peringatan buat bakal graduan:

DAY II [SESSION III ]
Sunday, 24th August 2008
[8.00 a.m -2.00pm]

Academic Attire for Graduands

The graduation attire must be worn by all graduands of the above kulliyyahs/centres during the convocation ceremony.
The graduation attire comprises three items:

Robe
Headgear
- Mortar Board (Undergraduate, Master and Post Graduate Diploma)
- Beefeater (PhD student)
Hood

The type of robe can be classified according to the stripes:

Bachelor's Degree : 1 Stripe
Master's Degree : 2 Stripes
Ph.D : 3 Stripes
Post Graduate Diploma : No Stripe

Colour of Hood : Black
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
Harun M. Hashim Law Centre

Tuesday, July 1, 2008

Nikah:Let's Halal Connected!!!


SALAM PERKAHWINAN
Ust Tarmizi Md Din dan Ustazah Arfifah Mohd Sabian
5 Julai 2008
Pahang Darul Makmur

Semoga Allah memberi Rahmat dan Inayah sepanjang meniti rumah Tangga
Amin!!!