"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Monday, June 30, 2008

Smart Solat Dun Gombak Setia: Mantap dan Hebat!! | 29 Jun 2008

Pusat Khidmat Dun Gombak Setia meneruskan perjuangan membangunkan modal insan di sekitar dun itu. Pada kali ini, sebagai melabuhkan tirai program bagi diri saya di bulan Jun, saya diberikan peluang oleh rakan2 untuk bersama mereka menjayakan Smart Solat yang hanya sehari ini bagi sebuah masjid di dun ini. Difahamkan ini merupakan masjid ke-6 yang telah diadakan kursus solat seumpama ini.

Masjid kali ini ialah Masjid Khairiah Tmn Sri Gombak dan kehadiran sangat menggalakan iaitu seramai 400 orang. Mengikut maklumat dari urusetia, saya dimaklumkan mereka hanya mensasarkan peserta seramai 150-200 org. Tapi inilah kehebatan Allah yang Maha Besar, tuhan yang mampu mengubah hati dan jiwa manusia. Hidayah Allah itu mudah meresap dan sampai kepada mereka melalui kehendak-Nya. Seperti mafhum sepotong ayat Quran, "Apabila Allah berkehendakkan sesuatu Dia hanya perlu menyebut,Jadilah!!Maka jadilah kejadian itu."

Subhanallah. Inilah aura roh tarbiyah ruhiyyah yang dicari ibu bapa. Konsep kursus yang menyedarkan anak2 berkaitan peri penting SOLAT amat dicari2 apatah lagi yuran RM 5 bagi kemasukan seorang peserta amatlah murah dan termurah yang pernah saya dengar. Ini kerana yuran itu telah 'cover' kos makanan 3 (kali makan), penceramah, fasilitator dan logistik (fail dan sijil) amatlah berpadanan.

Matlamat

Kita mahu melahirkan Jil Al Quran (Genarasi AL Quran) dan Jil Al Mansyud (Generasi yang di Nanti2). Anak2 ini perlu diberikan pendedahan yang sebenar situasi disekeliling mereka. Tahniah!! Itu ucapan yang boleh saya kalung kan kepada YB Dato' Dr Hasan Ali kerana kesungguhannya untuk membangunkan modal insan. Saya kira, pendedahan YANG TERBAIK dan LUARBIASA telah diberikan kepada para peserta kerana mereka bukan sahaja melalui proses teori dan amali wudhu' serta solat malahan mereka turut disaji dan dijamu dengan klips serta video yang menginsafkan tentang Palestin dan masyarakat Islam lain yang menderita.

LDK

Ada juga ibu bapa setelah tamat program bertanyakan dan membisikkan sesuatu ke telinga urusetia. Kata mereka, "Bila lagi program ini?" , "Di mana lagi?" , "Nak hantar lagi boleh tak?" Allahu Akbar. Itulah kehendak para waris yang cintakan ISLAM agar tersubur di hati anak mereka. Ketika sesi post mortem, Dr Affandi, salah seorang fasilitator, mengucapkan TAHNIAH kepada semua fasi kerana dia menyatakan inilah program yang dihadiri paling RAMAI PESERTA dan paling BEKESAN gerak kerja fasilitator walaupun fasilitator sangat sedikit. Bayangkan utk sesi LDK saya bersendirian terpaksa memantau 35 orang peserta.

Post Mortem

Kata Akmal Solihi, "Nie BUKAN Latih Dalam Kumpulan TAPI Latih Dalam Kelas" walaupun dia sendiri tidak hadir kerana ada urusan peribadi. Daripada raut wajah Dr Affandi, saya lihat kolam air matanya seakan ditahan dari terus menerjah keluar membanjiri pipinya yang bersih. Hebat sungguh dan terkesan betul diri ini apabila Dr Affandi menyatakan bahawa program ini BERKESAN kerana semua penggerak yang HADIR adalah mereka yang IKHLAS berjuang kerana ISLAM.

Kepada para peserta, Semoga kejayaan sentiasa dihadapan ANDA.


[Sebahagian adik2 saya yang comel]

[Praktikal solat di bahagian putri]

[Time beratur nak amik makanan. Sempat lagi berposing bersama Zaim dan adik2]

Sunday, June 29, 2008

ISTIMEWANYA SOlat di SK Cheras Jaya | 28Jun 08

Dalam kesempitan ruang yang diberikan, saya beranikan diri menyahut panggilan ceramah yang dijemput oleh Sdr Hariri Daud untuk bersama para pelajar SK Cheras Jaya berhampiran Balakong. Terima kasih Hariri. Perjalananan dari Gombak hampir 45 minit menjadi bertambah lama apabila 'sesat sekejap' sebelum kembali ke 'jalan yang benar'.

Kali ini, tajuk yang diberikan begitu unik dan berlainan dari sebelum2 ini. Saya perlu membentangkan sebuah tajuk di Kem Bestari Solat Perdana iaitu Keistimewaan Solat dan saya simpulkan tajuk saya dengan Smart Solat : Keisitimewaan dan Kelebihan.

Persiapan yang saya ambil selama dua hari untuk membuat 'research' dan 'upload' video baru ternyata berhasil. Cuma pada hari ceramah saya, LCD agak kurang berfungsi ditambah dengan kehangatan para peserta seramai 300 orang sudah cukup untuk membuatkan kita 'panas'. Tambahan lagi waktu 3.00pm adalah 'peak hour' untuk para plejar tewas dihanyut buaian mimpi. Saya selami diri mereka dan bangkitkan perbualan antara saya dan mereka agar saya tidak tertipu dengan diri sendiri.


Beberapa IDEA YANG TERBAIK sempat saya kongsikan bersama anda tentang KEISTIMEWAAN SOLAT.

a)Niat (Penghayatan konsep Ihsan)
Dalam kita menunaikan ibadah kepada ALLAH, niat amat diperlukan bagi memacu diri kita kepada Matlamat. Matlamat ditentukan dengan niat. Dalam solat niat yang kita lakukan adalah Ikhlas kerana Allah. Matlamatnya jelas iaitu untuk mendapat ganjaran hasil keikhlasan kita. Aplikasinya dalam kehidupan ialah solat sendiri telah mengajar kita untuk mempunyai Matlamat. Mantap bukan? Secara tidak langsung, niat juga menggambarkan konsep kita beribadah seakan melihat Allah dan Allah melihat kita. Ini yang dikatakan sebagai IHSAN iaitu antara darjat Ikhlas yang tertinggi.

b)Wudhu' (Elemen Disiplin)

Syarat sah solat ialah kita mesti berwudhu. Sedarkah kita bahawa wudhu telah memberikan pengajaran tentang keperluan berdisiplin. Disiplin yang ditetapkan di sini ialah ia perlu dilakukan secara tertib. Kita perlu memulakan dan mengakhirkan anggota wudhu seperti yang ditetapkan. Tanpa rukun ini, wudhu dikira terbatal. hebat betul kuasa wudhu dalam menjadikan kita berdisiplin. Praktikalnya, dalam hidup terutama ketika kita belajar, kita harus berdisiplin. Saya telah terangkan kepada anda bahawa, kerja perlu dibahagikan mengikut 'priority.' Ada yang perlu di'dulu'kan dan yang perlu di'kemudian'kan. Konsep ini ternyata sama dengan konsep wudhu.

c)Akur kepada Perintah

Dalam erti kata lain, solat mengajar kita definisi kepatuhan dan ketaatan. Kita perlu taat kepada tuntutan solat. Tuntutannya ialah kusyuk, ikhlas dan zikir kepada Allah. Tanpa ketaatan kepada tuntutan ini solat dikira terbatal. Secara realiti, sebagai pelajar kita perlu patuh akan perintah guru. Dengan kepatuhan ini, kecemerlangan akan mudah meresap dalam jiwa kita. Cantik bukan konsep solat yang sedia ada? Solat telah mengajar kita erti kepatuhan dan ketaatan yang membawa kepada kecemerlangan hidup.

d)Fokus
khusyuk merupakan elemen terpenting dalam solat. Banyak ayat yang menyentuh kepentingan kusyuk dalam solat. Bahkan orang yang rugi juga terdiri dari mereka yang tidak kusyuk dalam solat. Kusyuk adalah umpama fokus dalam kehidupan. Kalau anda pergi ke kelas tanpa fokus kepada apa yang diajarkan maka anda akan dikira sebagai rugu dan sia2 usaha selama ini. Sekali lagi solat menunjukkan keistimewaannya.

e)Tawakkal
Redha dan Berserah merupakan konsep tawakkal. Dalam setiap keadaan kita perlu berserah kepada Allah. Walau sehebat mana doa yang dipohon, walau sebanyak mana rakaat yang didirikan, makbul atau tidak terletak ditangan-Nya. Konsep tawakkal ini memberikan motivasi kepada individu2 cemerlang. Amalinya, kalau anda telah berusaha bersungguh2 dalam pelajaran, maka anda perlu berserah kepada Allah. itulah yang dikatakan konsep tawakkal yang dididik melalui tarbiyyah solat.

Secara konklusinya, anda semua perlu yakin bahawa SOLAT bukan sahaja menunaikan hubungan antara Makhluk dan Pencipta tetapi SOLAT merupakan bentuk MOTIVASI YANG TERBAIK. Alangkah ISTIMEWA SOLAT kalau kita berjaya mengambil pengajaran darinya.

[INGAT: Solat mencegah keburukan dan kejahatan]

[Adik2 putri yang begitu komited dan ceria]

Friday, June 27, 2008

Malaysia Frnce Institute - Program Pelajar Tajaan Mara | 24-26 Jun 08

Malaysia France Institute (MFI) bukan hebat pada nama sahaja. Dengan berkonsepkan bangunan yang ala industri, saya beranikan diri untuk menjejaki bumi yang telah pun diduduki oleh pakcik saya sebagai pensyarah, Ir. Mahadi Murad yang kini dalam proses utk pengajian Phd di UK.

Kali ini saya bersemuka dengan para pelajar 'terpilih' utk Kem Kecemerlangan Pelajar Tajaan Mara yang terdiri dari mereka yang sedang menduduki IPTS yang ditaja oleh Mara seperti Kolej Lagenda, MFI, Twintech College dsb. Menarik!! Itu ungkapan pertama bila saya sampai dan bertemu para pelajar di sana kerana inilah kali pertama saya tgk ramai budak lelaki yang seiras2 wajah 'Korean Guy' dengan berambut panjang siap bewarna lagi yang kesemuanya adalah beragama Islam. Hebatkan??

Peluang yang diberikan oleh Puan Rosnah (Penyeleras Persatuan Sri Belia Al Ain) untuk menghadiri program ini tidak disia2kan. Terima kasih Puan Rosnah. Tambahan lagi program kali ini diceriakan dengan barisan pembentang kretas kerja yang hebat dan bukan calang2. Mereka ialah Tuan Haji Muhammad Zakaria (Ketua Editor Telaga Biru), Prof Madya Izzudin Hj Ali (Prof Izzi-Tazkirah Hot.fm), Ustaz Zahazan Mohamed (Kuliah Tafsir IKIM.fm) dan Ustaz Badlishah (Forum Perdana Ehwal islam).


Masing - masing membawakan topik dan tajuk yang tidak kurang hebatnya. Tuan Haji Muhammad membawakan tajuk Ciri - ciri Pelajar Cemerlang: Belajar Berkumpulan. dalam ceramah beliau banyak dibawakan kata2 perangsang dari tokoh2 agung dan kata hikmah. Saya masih lagi ingat 'words of wisdom' yang diberikannya iaitu 'Teamwork divides the task but doubles the success.' kata2 ini sebagai perangsang untuk mereka yang ingin belajar secara berkumpulan.

Manakala Prof Izzi pula membawakan tajuk, Kepimpinan: Intergriti dan Etika Terhadap Diri dan Masyarakat. Dalam sesi pembentangan, saya amat mengkagumi bagaimana cara beliau membuat 'attraction' terhadap 'audience'. Beliau banyak mempamerkan wajahnya2 (gambar) bersama dengan para personaliti termasuk gaya dan 'style' pemakaiannya. Hampir setiap slide diselang selikan gambarnya. Menarik bukan? Satu teknik baru dalam menyampaikan motivasi. Baliau juga banyak menggunakan intonasi yang 'high pitching' dalam meraih fokus para penonton. Patutlah penampilan beliau sekarang nie macam pisang goreng.

Ustaz Zahazan pula memberikan pembentangan dengan penuh ilmiah. Sebelum ini kita selalu disuapkan dengan tazkirahnya di corong radio dan tv. Namun pada kali ini, beliau menyampaikan motivasi bertajuk Pengurusan Masa, Emosi dan Stress. Satu tajuk yang begitu jauh dari kalis wajahnya. Alhamdullilah, dengan kehebatan yang dimilikinya, beliau mampu menyampaikan ceramahnya dengan baik. Hampir 11 petua telah 'dimuntahkannya' demi anak bangsa yang tercinta.

Yang terbaik telah diberikan oleh Ustaz BAdlishah melalui tajuk 'Kecerdasan Minda melalui Amalan Kerohanian dan Pemakanan.' Lawak bukan kepalang lagi dibuatnya oleh penyampaian Ustaz Badlishah. Beliau menyentuh berkaitan kehebatan otak kiri dan kanan. Mantap dan terbaik.

Itulah antara yang menarik dalam kem yang telah dibuat dengan kerjasama Telaga Biru Sdn Bhd. Cuma yang amat menyedihkan ialah masa LDK yang terlalu singkat. Sedih kerana saya tidak sempat untuk bersama dengan adik2 yang begitu semangat untuk berkongsi pengalaman. Semoga diberikan peluang sekali lagi, agar dapat kita berjumpa lagi.

[Gaya selamba Prof Izzi]

[Jom kita perhati apa adik2 tengah buat]


[Bersama Salah seorang 'anak buah' (orang Sabah) ]

Thursday, June 26, 2008

Kuasa Ghairah di SMK Teknik Kajang | 21 Jun 08

[Bersama adik yang baru masuk Pusat Asasi]

[Adik2 lain yang nak join sekali bergambar]

Sebelum saya terus menekan papan kekunci saya, pertama, izinkan saya memohon jutaan kemaafan kepada En Amin Idris kerana tidak dapat memenuhi janji saya untuk bersama beliau bagi mengendalikan program RK Training & Management di Sg Congkak kerana pada waktu yang dijanjikan itu (21-22/6/08), kebetulan keluarga saya datang bagi menghantar adik saya yang perlu mendaftarkan diri di Pusat Asasi UIAM pada hari Ahad. Maka saya tidqak dapat menghadirkan diri ke sana. Maafkan saya En Amin Idrs. :)

Namun disebabkan saya sudah berjanji dengan kawan saya, Akhyar Mustapa bahwa saya akan membantu beliau untuk program di SMK Teknik Kajang yang berlangsung selama hanya dua jam, maka ayah saya mengizinkan agar ke sana tetapi dengan waktu yang terbatas kerana adik saya masih banyak lagi keperluan diri yang belum dibeli untuk ke CFFS IIUM.

Sekali lagi, saya berkongsi dengan para pelajar idea yang telah dibawakan oleh Tuan Haji Ahmad Fazli Yusof bahawa dalam mengejar matlamat kita perlu mempunyai Kuasa Ghairah. Para pelajar boleh meneruskan pembacaan dalam buku Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah. Tokot terkemuka, Almarhum Harun M.Hashim menyatakan bahawa jawatan yang banyak dipikulnya dapat dijalankan dengan baik kerana beliau Ghairah Bekerja.

Inilah yang saya nyatakan sebagai Kuasa Ghairah.
Kuasa Ghairah akan menolak kekurangan, kegagalan dan keletihan.

1.Kuasa Ghairah TOLAK Kekurangan
Ramai orang yang redha dan terus menerima kekurangan yang mereka hadapi. Secara tidak langsung, mereka cepat berputus asa. saya ingin mengajak anda semua melihat beberapa tokoh yang ghairah bekerja dan menolak kekurangan yang anda.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhairy bukanlah merupakan graduan dari IPTA apatah lagi bukan dari oversea. Beliau hanyalah mendapatkan pendidikan SPM dan mula berniaga seawal usia 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) . Namun beliau ghairah bekerja sehingga melupakan kekurangan beliau iaitu BUKAN lepasan ijazah dan kini telah mengumpul kekayaan sebanyak RM1,425 juta dan merupakan orang Ke 7 terkaya di Malaysia. Mengikut majalah Forbes beliau merupakan orang Ke 32 terkaya di Asia Tenggara. Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat.


2.Kuasa Ghairah TOLAK Kegagalan
Begitu juga situasinya bilamana kita berhadapan dengan kegagalan. Pepatah Melayu pernah menyatakan Gagal sekali BUKAN bermakna gagal selama2nya. Maka apabila kita ingin berjaya, kita perlu berhadapan dengan kegagalan. Sebagai contoh, Abraham Lincoln, kisah masa kecilnya sangat bermakna. Berjalan beberapa kilometer dari rumahnya untuk meminjam buku, laluan hidupnya penuh dengan kegagalan.Ketika berusia 21 tahun, beliau gagal sama sekali dalam perniagaan. Tewas dalam persaingan perundangan ketika berusia 22 tahun.Menghadapi kematian kekasih ketika berumur 26 tahun. Patah hati pada usia 27 tahun. Gagal mendapatkan tempat di Kongres ketika berusia 34 tahun.Tewas persaingan senator ketika berusia 45 tahun. Kalah lagi dalam pertandingan merebut jawatan senator ketika berusia 49 tahun.

Namun usaha yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal jemu akhirnya membuahkan hasil apabila beliau dipilih menjadi presiden Amerika Syarikat ketika berusia 52 tahun.Ketokohannya menjadi ikutan seluruh rakyat negara itu.

Begitu juga, Walt Disney, seorang pelukis kartun muda, kecewa apabila editor akhbar sentiasa menolak lukisan kartunnya. Apa yang mereka kata? 'Awak tidak ada bakat!' Namun Disney mahu mencipta sejarah.

Suatu hari seorang paderi gereja mengupah beliau untuk melukis beberapa keping kartun.Tempat kerjanya hanyalah di sebuah bangsal di sebelah gereja itu yang banyak tikus. Itulah permulaan Mickey Mouse. Kini beliau telah menjadi terkenal dengan hasil karyanya.

3.Kuasa Ghairah TOLAK Keletihan
Malahan, apa yang menakjubkan, ramai tokoh yang cemerlang menolak segala penat lelah dan keletihan semata - mata ingin mencapai matlamat mereka. Mereka gagah dan melawan arus dengan ghairah bekerja. Mari kita lihat kisah Abu Zar Al Ghifari.

Abu Zar yang berasal dari keturunan Bani Ghifar, satu kabilah Arab yang terkenal kerana suka merompak. Namun beliau berjalan ke Mekah seorang diri untuk menerima Islam dan ingin berdakwah. Beliau pernah dipukul teruk sebaik sahaja mengisytiharkan diri memeluk Islam.Abu Zar sungguh tabah dan yakin apa yang dibuatnya merupakan sesuatu yang sangat mulia.

Justeru beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan kaum yang jahil, ganas dan kejam. Beliau mahu seluruh Bani Ghifar menjadi puak yang paling alim dan pendokong Islam. Abu Zar tidak pernah kecewa dan putus asa.Dakwah Abu Zar sangat hebat. Ketakwaan yang ada padanya begitu mantap.

Akhirnya seluruh Bani Ghifar menerima cahaya Islam, diikuti oleh Bani Aslam.Kesungguhan dan keikhlasan Abu Zar sebagai seorang pendakwah yang berjaya dan cemerlang telah dipuji oleh Rasulullah dan menjadi kebanggaan Bani Ghifar.

Semasa bertemu dengan Abu Zar, Rasulullah bersabda: "Bani Ghifar telah diampunkan Allah dan Bani Aslam telah mendapat kesejahteraan daripada Allah."Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya.

Jom kita teliti kisah Umar Mukhtar yang juga digelar ”Singa Cyrenaica.” Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka.

Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.

Inilah antara contoh yang menunjukkan bahawa walaupun usianya telah mencecah hingga ke 70-an tetapi beliau masih lagi ghairah untuk mencapai matlamatnya iaitu mencapai kemerdekaan dari Itali.

Oleh yang demikian, saya berpandangan bahawa anda semua para pelajar SMT Kajang mampu buat yang terbaik pada SPM tahun ini. Salam Kejayaan dan Ghairahkan diri anda dalam mengejar matlamat anda!!!


[Sesi meluahkan perasaan dalam kelas]

[Kalau tak nak tanya soalan, saya tanya anda]

[Peserta lelaki yang 'sporting']

[Jom kita lihat kenali potensi diri]

Tuesday, June 24, 2008

Program JAKIM di Jelebu | 16-19 Jun 08

[Penerangan Konsep Ikhtiar Hidup (KIH) di hutan Jelebu]

[Antara model Menara Kempimpinan SMK Jengka Pusat 2 dan SMK Jengka 1o]

[Macam rumah betul plak]

[Ini tangan peserta lelaki]

[bunga sebagai pagar yang disimbolkan sebagai iman yang memagari diri-menarik??]

4 hari saya dan rakan berkampung di Pusat Pemulihan Akidah Jelebu Jakim (PPAJ), merupakan antara program terlama saya dalam bulan ini. Banyak saya pelajari dalam memantau dan membantu dengan adik - adik yang 'terpilih' untuk menghadiri kursus ini. Pada mulanya, saya beranggapan bahawa saya bakal menghadapi mad'u yang agak istimewa. Namun apabila saya berada di sana hampir 4 hari, saya mendapati para pelajar ini semuanya sama sahaja dengan pelajar yang lain.

Walaupun mereka diklasifikasikan dengan label - label yang tak menyenangkan oleh pihak sekolah dan guru - guru, namun saya berpendapat bahawa mereka sebenarnya Bukan GAGAL dalam hidup mereka TETAPI mereka Belum BERJAYA. Mereka perlukan sokongan dan bantuan ibu bapa. Selain itu, mereka juga perlukan dorongan dan motivasi daripada kaunselor dan guru. Faktor ekonomi dan suasana yang mempengaruhi mereka sehingga mereka menjadi sedemikian.

Saya agak terkesan bila membaca penulisan Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah tulisan Tuan Haji Ahmad Fazli Yusof yang menerangkan panjang lebar bahwa sekiranya seseorang yang inginkan perubahan maka mereka perlu lakukan perubahan. Pelbagai kisah dan fakta telah dimuatkan olehnya agar menjadi pedoman kepada para pelajar.

Antaranya ialah tentang kisah Kolonel Sandlers yang merupakan tua empunya resipi ayam goreng terkenal di dunia. Beliau merupakan pesara tentera yang berusia 65 tahun dan berikhtiar untuk memasarkan masakan dan resipi ayam gorengnya. Beliau telah mencuba beberapa kali dengan menghantar ke restoran untuk dipasarkan. Namun, resipinya telah ditolak mentah2. Beliau tetap berazam dan tidak putus asa. Ratusan kali beliau mencuba namun masih gagal. Pada kali yang ke-1008, resipi beliau tetap ditolak. Langit tidak semestinya mendung selalu, akhirnya resipi beliau diterima dan diberikan nama sempena tempat hasilnya resipi beliau Kentucky dan kini terdapat ribuan restoran beliau diseluruh dunia iaitu KFC.

Apa yang kita pelajari ialah, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya2. Kalau kita inginkan perubahan kita mestikan lakukan perubahan itu. Perubahan pula perlu dilakukan secara relevan dan spesifik agar mudah dicapai. Malahan pelan jangka masa juga diperlukan agar memudahkan perjalanan perubahan yang ingin dicorakkan. Selamat Maju Jaya buat para pelajar Sekolah Menengah Jengka 10 dan Sekolah Menengah Jengka Pusat 2, kami di sini yakin anda mampu lakukan perubahan. Berubah atau tidak, itu terletak di tangan Anda.

[Majlis Penutup bersama Penguasa JAKIM]

[Mari kita lihat siapa yang kena]

[Jom senaman tentara Korea]

[Bersama dengan adik2 dan abg macho]

[Tengah menilai dan mendengar penerangan kumpulan pelajar putra]

Monday, June 23, 2008

RFC: Simbol Kemenangan Makanan Segera Muslim Malaysia

[Ruangan kaunter RFC]

Semasa saya berada di Kedah, alhamdulillah, Allah telah mengizinkan saya bersama rakan2 yang lain untuk bertemu dan bersua sambil menikmati resipi Ayam Goreng milik penuh syarikat bumiputera muslim. Syarikat itu merupakan syarikat yang pertama ditubuhkan di Malaysia dan beroperasi di Sungai Petani. Ia adalah Radix Fried Chicken (RFC).

[Ahli Usrah Sungai Petani di RFC]

[Pandangan sisi meja makan kami]

Radix Fried Chicken (RFC) adalah merupakan kepunyaan penuh syarikat HPA. Kini HPA telah melangkah setapak dalam mempromosikan makanan segera Islam di Malaysia. Khabarnya, sebuah lagi restoran seumpama itu akan diwujudkan di Alor Setar. Hampir keseluruhan makan dan minuman itu diberikan nama Radix sebagai permulaannya. Sbg contoh Radix Cola, Radix Rasbery dan makanan plak contoh Radix Delight B, Radix Combo A dsb.

Sepanjang pembukaannya, hampir setiap hari dipenuhi pelanggan terutamanya golongan berkopiah dan berkain pelikat. Kini, masyarakat Islam sudah mula berani dan beralih arah kepada produk Muslim total. Saya juga berpeluang beratur panjang selama satu jam setengah kerana ingin mendapatkan makanan tersebut. Perkara ini berlaku dua kalai di waktu yang berlainan. bayangkan betapa kuatnya sokongan umat Islam.

Saya juga mengucapkan syabas kepada HPA kerana memilih Sungai Petani sebagai HPA Town pertama di Malaysia. Syarikat HPA telah memeblei dan menyewa beberapa pintu kedai untuk anak syarikat Malaysia. Ini boleh dilihat seperti HPA Holdings Sdn Bhd, HPA Design Sdn Bhd, Az Az Zahra Hotel milik penuh HPA, Stokis HPA dsb. Semuanya bangaun berasingan dan berwarna warni. Bandar ini seakan2 bandar Rawang yang dibangunkan oleh Rufaqa' Sdn Bhd. Subhannallah, hebat sungguh perancangan HPA.

Membangun Bersama ISLAM

[Ruang dalaman yang selesa]

Friday, June 20, 2008

Pengalaman DJ di Kenduri Kahwin

[DJ Hafiz menanti di konti]

Majlis Perkahwinan pasangan sejoli, Khairul Fikri dan Nurul Hayati Husna telah diraikan dengan meriah sekali. Sahabat handai, rakan taulan dan para pendidik dari Maktab Mahmud semua sekali terlibat dan hadir bagi memeriahkan lagi tautan kasih suci antara suami dan isteri yang bakal diredhai ilahi. Saya terlebih awal dihubungi Fikri kerana dia mahu saya menjadi deejay bagi majlis perkahwinannya.

DJ??Ya, itu pengalaman pertama seumur hidup saya. Tidak pernah sekali pun terbayang bahawa diri ini akan menjadi DJ pada suatu ketika nanti. Saya terima dengan hati yang tenang dan terbuka serta berfikiran positif bahawa saya mampu lakukannya.

Beberapa tips menarik saya pelajari sepanjang menjadi DJ:

I)Ceria
Untuk menjadi DJ terbaik, anda perlu sentiasa ceria. Pamerkan wajah anda seceria yang mungkin kerana dengan sifat ini, ia akan menghilangkan perasaan gugup anda. Selain itu, ia bakal menambahkan keyakinan orang ramai yang mendengar dan melihat anda dari dekat terutama kanak - kanak riang.

II)Spontan
Perkataaan yang dihamburkan perlulah sepontan agar ia tampak 'natural' semasa bercakap. Tidak perlu kepada karangan, draf ataupun skrip kerana ia bakal merosakkan 'mood' pendengar dan kelihatan 'skema' serta formal

III)Nada dan Intonasi
Ini adalah bahagian yang paling susah untuk saya sendiri praktikkan. Anda boleh meniru nada dan intonasi mana2 gaya DJ terhebat di Malaysia tapi pastikan anda tidak ter'over' kerana dengan tindakan itu, para hadirin akan terkejut tambahan pula kepada majlis yang dihadiri oleh penduduk kampung. Jalan yang selamat - Be yourself!!

[ Bersama pasangan bahagia, Fikri & Husna-Ambil Berkat :) ]


Setelah bertugas dari pukul 1pm sehingga 5pm, saya pun mengambil peluang mengajak adik2 yang datang dari Kelantan serta Alor Setar untuk bertandang ke rumah saya. Turut dijemput juga konvoi UIA Gombak sebanyak 5 buah kereta. Namun hajat mereka untuk bersama saya tidak kesampaian kerana beberapa rakan mereka bakal menduduki peperiksaan semester keesokkan harinya. Maka mereka perlu bertolak lebih awal untuk persiapan peperiksaan.

Yang paling penting, 'junior' saya, Fikri, kini sudah berumah tangga. Walaupun masih lagi berada di tangga pengajian, namun kalau dah jodoh tidak akan kemana. Tahniah Fikri. Diharapkan hidupnya akan senantiasa ceria dan diberkati Allah.

[geng2 Otai 'time' maktab dulu, la nie dah berubah]

[Aik..Semua batch muda 2 tahun??]

[Sampai juga geng2 Kelantan di teratak buruk saya nie]

Wednesday, June 11, 2008

Presiden UIA DIPECAT !!!

Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Sanusi Junid menegaskan tidak akan meletakkan jawatan sebagai Presiden universiti itu sekali pun wujud tekanan daripada pihak tertentu. Beliau berkata, dia akan terus memegang jawatan itu sehingga tamat tempoh pada 2010.

Katanya, mengikut Perlembagaan UIAM Bahagian IV (20) (iii), "Presiden boleh menulis surat kepada Ketua Perlembagaan untuk meletakkan jawatan atau jawatannya boleh ditamatkan oleh Ketua Perlembagaan atas nasihat Perdana Menteri."

"Saya tidak akan berhenti dengan sendiri daripada jawatan saya sebagai Presiden UIAM kerana menganggap tugas saya sebagai ibadat. Saya juga berhubungan sangat baik dengan Ketua Perlembagaan UIAM iaitu Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah."
-Sanusi Junid

DIPECAT

DIGANTI

"Saya tidak percaya Duli Yang Maha Mulia Ketua Perlembagaan (UIAM) akan memecat saya kecuali dengan nasihat `Host Member' iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada UIAM,"

-Sanusi Junid

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik sebagai Presiden kelima Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuat kuasa 2 Jun lalu. Beliau menggantikan Tan Sri Sanusi Junid yang tempoh perkhidmatannya dipendekkan dua tahun.

Tempoh perkhidmatan Sanusi sepatutnya berakhir pada 2010. Walaupun tempoh perkhidmatan Sanusi berakhir pada tahun 2010, namun menurut Perlembagaan UIAM, kedudukan beliau selaku Presiden tidak semestinya tidak boleh diganti biarpun tempoh perkhidmatannya belum berakhir.

Sebelum ini, spekulasi timbul mengenai kedudukan Sanusi selaku Presiden UIAM berikutan tindakannya keluar Umno mengikut jejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Baca Berita Sanusi di Pecat


Sunday, June 8, 2008

Smart Camp 1: Satu Permulaan | 6-8 Jun 08

[Motivasi hebat dari YB Dr Hasan Ali]

[Barisan fasilitator yang komited]

Buat pertama kali, saya menjejaki kaki ke Kem Rebutia untuk mengikuti program rasmi. Pada kali ini program yang saya ikuti sebagai fasilitator ialah Smart Camp 1 yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia pada 6 Jun hingga 8 Jun 08. Apa yang menarik perhatian saya ialah yuran yang dikenakan begitu murah iaitu RM10 beserta sijil dan baju percuma. Itulah kelebihan Smart Camp 1.

Selama dua hari program banyak perkara yang saya timba. Saya juga sempat berkenalan dengan beberapa fasi dari IPT yang pelbagai dan fasilitator bukannya didominasi oleh para pelajar UIA. Pengisiannya juga agak berbeza dengan beberapa IPT yang lain.

Apa Khabar semua?? Sihat??Boleh saya teruskan program??Program BELUM bermula!!!

Saya terterik dengan beberapa pengisian yang diberikan oleh instructor mahupun penceramah. Seperti biasa, dalam mana2 program kuliah atau ceramah awal yang perlu disampaikan ialah berkaitan 'Mengenali Peribadi'. Maka penceramah tersebut telah memberikan pengisian penciptaan manusia, makhluk lain dan kematian. 'Slide' yang menarik ialah berkaitan tanda - tanda kematian bermula 100 hari sehingga saat nak mati. Memang ngeri kerana presentasi disertakan bersama musik dan klips. Instrutor pula selalu 'mengumpan' para pelajar dengan berkata, "Apa Khabar semua?? Sihat??Boleh saya teruskan program??Program BELUM bermula???" dengan tujuan agar para peserta sentiasa tertanya2 dan keep in touch bersamanya.

Hari kedua diteruskan sepagi hingga petang dengan permainan. Peserta seramai 130 orang memakan banyak masa utk ke setiap 10 'check point'. Saya diarahkan untuk menjaga satu 'check point' yang membawa tema Jihad. Namun pengisiannya lebih kepada teamwork. Antara pesanan yang sempat saya kongsi bersama:-


[Macam mana nak angkat botol air guna tali rafia nie???]


A.Lantiklah kepada Ketua
Islam memberikan kebebasan kepada ummatnya untuk melantik ketua. Ketua berfungsi sebagai pemimpin dalam mana2 organisasi. Maka organisasi yang terbaik bermula dengan ketua yang baik. Pepatah Cina ada menyebut, baiknya ikan bermula dengan kepalanya. Oleh itu, kepala yang dimaksudkan ialah ketua kepada badan yang digambarkan badan ikan. dia akan memacu kita kejalan yang betul. Begitu juga, dalam solat berjemaah, kita perlu melantik imam yang akan menjadi ketua solat.

B. Tegurlah Ketua
Ketua yang kurang bijak dan jahil dalam gerak kerja ialah orang yang bersifat diktator. Maka orang yang bersifat ini perlu ditegur. Kadangkala teguran bukan untuk ketua yang zalim bahkan kepada ketua yang baik yang melakukan kesalahan. Tidak salah untuk menegur namun ia perlu mengikut lunas2 yang baik dan ditetapkan Islam. Sebagai contoh, di dalam solat berjemaah imam perlu ditegur dengan sebutan 'Subhanallah'. Cantikkan islam?? Teguran boleh dilakukan namun anda memerlukan adab dan akhlak dalam menegur.

C. Taati Ketua syarat Kemenangan
Walau sehebat mana kita, ketua tetap perlu dituruti dan ditaati. Selagimana ia tidak bertentangan dengan syarak dan agama, maka wajib kita menuruti ketua. Saya telah berkongsi bersama anda bahawa dalam gerak kerja, ketua perlu memainkan peranan dalam berstrategi. Kreativitinya terletak kepada strategi yang dimainkan. Namun para pengikut tidak salah memberikan pendangan dan menegur pemimpin seperti yang saya bicarakan sebentar tadi. Dengan mentaati ketua, anda akan berjaya dalam organisasi dan gerak kerja anda.

Program sebelah petang diteruskan dengan pengisian menyembelih ayam. Para pelejar telah diberikan penerangan bagaimana untuk menyembelih secara teori dalam 15 minit dan terus kepada praktikal. ini juga merupakan pengalaman saya kali pertama dalam kursus menyembelih ayam. Setelah selesai sembelih, para peserta perlu merendam ayam dalam air panas untuk melembutkan bulu ayam dan mereka perlu mencabut bulu ayam sehingga habis. Kemudian mereka perlu membuang perut dan isi dalaman ayam serta terus memotong ayam. Menarik dan hebatkan??


[Jom cabut bulu ayam kat sungai nie!!!]

Pada malamnya pula diadakan acara malam kebudayaan. Hampir keseluruhan peserta melakukan pentomin dan 'short play' menarik. Siapa kata pelajar sekolah tidak mampu berlakon?? Tgh malam pula, aktiviti 'Night Walk'diadakan untuk menguji keberanian para peserta. Dengan RM 10, anda dapat semua ini. Berbaloikan??

Seperti biasa, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Walaupun berat hati untuk meninggalkan bumi rebutia tapi apakan daya ini kehendak Tuhan Yang Esa.

[Cantik!!! Ukhwah yang terbina persis sekuntum bina- Bersama dengan kumpulan saya]

Friday, June 6, 2008

Resipi Kejayaan bersama Pendekatan Agama


[Alamak ngerinya gambar tuu..]


[Wajah adik2 peserta kursus motivasi]


Masjid At Tayyibin Selayang telah mengadakan Kem Motivasi Anak Soleh Cemerlang pada 4 Jun 2008. Sekali lagi saya telah diberikan peluang oleh RK Training bagi mewakili Sdr Fadzli Yusuf yang terpaksa memberikan ceramah sesi petang di Bangi. Terima kasih Sdr Fadzli Yusuf. Program ini merupakan anjuran masjid tersebut dan dihadiri oleh anak – anak kariah masjid dan beberapa peserta dari sekitar Lembah Klang.

Petang itu, saya telah berkongsi dengan beberapa pelajar Tips Resepi Kejayaan yang antara lain turut menyebut 4 Tips untuk mendapat kejayaan yang diberkati. Anda semua perlu memahami bahawa Kuasa Matlamat + Kuasa Usaha = Kejayaan namun sekiranya kejayaan ini ingin digandakan apatah lagi untuk diberkati maka formulanya mudah iaitu:-


Kuasa Matlamat + Kuasa Usaha x Kuasa Akidah + Ibadah + Akhlak
= Kejayaan Diberkati



Kuasa Akidah
Islam telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka yang tidak mensyirikkan Allah sahaja yang bakal mendapat tempat di syurga. Namun reality semasa seakan melupai konsep asas Islam ini. Ramai yang inginkan kejayaan ‘fast track’ dengan hanya memikirkan seimbas lalu dan berfikiran singkat. Antara contoh yang ketara ialah ada yang ingin Berjaya dengan cemerlang sanggup memakai tangkal dengan niat mereka akan Berjaya dengan cemerlang. Ada juga yang menyakini kemampuan air Yasin dan jampi lebih berkuasa dari Tuhan Yang Maha Esa. Kenapa perkara sebegini berlaku? Ini disebabkan mereka gagal menguasai Kuasa Akidah. Dengan Kuasa Akidah, kita semua yakin bahawa hanya Allah sahaja yang akan memberikan Kecemerlangan. Kecemerlangan bukan disebabkan tonik, tablet, ubat kuat dan sebagainya tetapi keyakinan tinggi kita kepada Allah. Antara tips akidah yang sejahtera ialah kita mengenali dan berakidah dengan tiga tauhid ini : -

1. Tauhid Uluhiyyah
2. Tauhid Rububiyyah
3. Tauhid Asma Wasifat


Kuasa Ibadah
Doa merupakan salah satu konsep ibadah. Allah telah menyebut dengan jelas di dalam Al Quran yang mafhumnya, doalah pada-Ku nescaya akan-Ku makbulkan. Namun doa sahaja tidak mencukupi. Oleh itu, saya telah menerangkan kepada anda bahawa Kuasa Matlamat bersama Kuasa Usaha akan menghasilkan Kejayaan. Namun kejayaan diberkati ialah dengan ibadah sohihah dan antaranya ialah dengan berdoa. Anda perlu melaksanakan segala amalan wajib dan sunnat maka kecemerlangan anda akan lebih mudah dan diberkati dengan izin-Nya. Maka pastikan anda tidak meninggalkan 2 amalan ini: -

1. Amalan Wajib
2. Amalan Sunnat

Kuasa Akhlak
Akhlak ialah adab. Tanpa adab anda akan dikira sebagai tidak berakhlak. Dalam bahasa moden akhlak dikenali sebagai etika dan moral. Walau apapun bahasa yang digunapakai, Kuasa Akhlak merupakan kuasa paling indah yang menyumbangkan kejayaan. Perkara penting yang perlu anda awasi dalam berakhlak ialah:

1. Ibu bapa
2. Guru
3. Rakan- rakan.


Tanpa akhlak kepada tiga entity ini, anda bakal menghadapi masalah yang paling besar dalam mengejar kejayaan. Sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan dan kecemerlangan turut bergantung kepada adab dan akhlak kita kepada ketiga2 entity ini.


[Sesi fotografi bersama peserta putra]



[adik2 putri pun nak bergambar juga]