"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Thursday, February 28, 2008

Parti Mahasiswa Negara Ke Pilihanraya Umum??


Pada penamaan calon yang lalu, umum mengetahui bahawa Parti Mahasiswa Negara (PMN)telah cuba untuk menyertai Pilihanraya Umum Kali Ke-12. Saya telah dimaklumkan oleh beberapa rakan bahawa percubaan kali ini gagal kerana PMN tidak dibenarkan bertanding tanpa sebarang sebab dan alasan yang munasabah. Lokasi yang dipilih oelh PMN utk PRU kali ini ialah Parlimen Kepala Batas. Sekiranya dibenarkan bertanding, maka pertandingan akan berlaku 3 penjuru iaitu BN, PAS dan PMN. BN diwakili oleh Perdana Menteri manakala PAS diwakili oleh calon pilihan mereka. Apa yang mengejutkan ialah ketika berada di pintu masuk di Pusat Penamaan Calon Dewan Millenium Kepala Batas, calon PMN telah ditahan polis dan tidak membenarkannya masuk menjadi Calon.

Kenapa?? Jawapannya akan dirungkai pada entry akan datang. Saya juga mengharapkan sebarang respon positif dari pembaca!!

Friday, February 15, 2008

Family Gathering : Cameron Highland

[Subhanallah!!Kembang Bunga2 atas keizinanMu jua]
[Bersama adik bongsu-sekarang belajar di Sek Agama]

Pada 7 Februari 2008 (sempena Cuti Raya Cina) Keluarga Abu Bakar Shafie telah berjaya mengadakan family day bertempat di Lot Rumah Peranginan Rasmi Kerajaan Persekutuan selama dua hari. Family Day diadakan dalam suasana sederhana tapi penuh dengan kemeriahan.

Pengisian yang diutamakan ialah konsep ukhwah. Antaranya, solat berjemaah, tazkirah subuh, bacaan yasin dan tahlil, Games, Sight Seeing, Barbeque & Steamboat serta byk lagi. Nak karang tak cukup 'page' plak. Boleh dikatakan hampir 90%, 'we achieved the target'. Yang paling meriah sekali sudah pasti keluarga saya. Memandangkan saya cucu yang paling 'tua'.Opps, 'restructure again'..Memandangkan saya cucu yang paling berusia, maka banyak hal keadaan sepupu dan adik2 menurut jer kehendak saya (dalam hati-padan muka hampa). Maka kebetulan gak 'family' kami nie umur nak sebaya maka citarasa kami lebih kepada kebeliaan. Sebab tu kalau posing jer, dah macam iklan dan model sambilan plak.

[Bersama adik ketiga-nak kena byk tarbiyah lagi nie :) ]
[posing x rasmi kami 6 beradik]
[berlatarbelakangkan Guard Post Rumah Peranginan Rasmi Kerajaan Persekutuan]

Apapun penantian kami tetap kepada maksu saya yang berada di Jepun. Menunggu ketibaannya menjadi igauan kami sebab nie kali ketiga kami buat family gathering dan mereka hanya dapat turun sekali sahaja. Semoga ukhwah terlestari dan kasih terpatri. Terima Kasih Pakteh di atas booking Rumah Peranginan Rasmi Kerajaan Persekutuan. Rumah Agam nie macam dalam filem The Haunted Mansion. Besar bukan kepalang, kaya bukan mainan, Sejarah menjadi tarikan. Saya dimaklumkan sebelum Raja Perlis meletak jawatan dari YDPA, baginda bersemayam di rumah itu dan kini penginap seterusnya bakal menyusul tiba ialah YDPA baru yang dijadualkan akan berada rumah itu tidak lama lagi.

'Cameron Highland Memang Best'


[Allahu Akbar!! Jadikan Aku Hamba Yang Bersyukur- Suasana Ruang Tamu Yang Elegan dan Mewah]

[Sekiranya kamu mengira Nikmat Allah, tak ternilai bayaknya]

[Tautkan hati kami Hanya padaMu-Di Cactus Valley]

[Bersama adik kedua-Ala2 boyafrenz dan gilafrenz]

Thursday, February 14, 2008

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan:

Tarikh Penamaan Calon
24 Feb 2008

Tarikh Pilihanraya Umum
8 Mac 2008

8 Mac 2008 adalah permulaan cuti sekolah.

Pengerusi SPR juga menentukan bahawa Daftar Pemilih Induk 2007 yang diumumkan pada 5 Feb 2008 digunapakai yang bermakna akan terdapat 10,922,139 pemilih akan layak mengundi dimana 10,701,054 orang pemilih awam dan 221,085 orang pemilih pos.

Tempoh berkempen pilihan raya
13 hari


Jangan lupa tunaikan HAK Anda sebagai PENGUNDI. Undi adalah Amanah Rakyat. Tunaikan Sebaik2nya.

Shooting di ASTRO : Satu Pengalaman baru !!!

Pada beberapa minggu yang lepas, setelah mendapat maklumat yang pihak ASTRO menghantar jemputan ke LAWSOC UIA untuk memohon seramai hampir 40 orang supaya dapat menjadi peserta dalam satu program bincang - bincang, maka saya pun tidak melepaskan peluang. Apatah lagi rakaman program tersebut berlangsung pada hari SABTU yang kebetulan ada latihan KAWAD POLIS yang perlu saya hadiri setiap minggu, maka peluang ini direbut sebaik2nya. Rancangan tersebut ialah PERSPEKTIF KITA yang ditayangkan melalui ASTRO AWANI Channel 123.

Tajuk perbincangan dalam rancangan itu ialah, Generasi Muda masa hadapan diasuh dengan berlainan budaya. At the first instance, benda pertama masuk dalam kepala ialah tentang isu mahasiswa, maka saya dan zukhairi pun well prepared tajuk nie dan tunggu nak muntah2. Sampai jer dalam studio, baru kami dapat maklumat yang tajuknya lebih tertumpu kepada orang gaji (pembantu rumah) yang mengasuh anak2 kecik yang dianggap generasi masa hadapan. budaya lain plak ingatkan budaya kunig ka budaya barat ka.Rupa2nya budaya Indonesia yang semestinya bukan budaya malaysia. Allah! Time tu saya tepuk kepala, 'frust' menonggeng. Tajuk yang 'target' tak masuk. Maka saya pun dalam beberapa minit 'brain storm' bersama Zukhairi dan alhamdullilah kami sempat bertanya dan dah masuk TV pun (ASTRO AWANI- Sabtu-9 Ferbuari 08-9.00pm)

Apa pun kalau dulu, tempat luahan kami atau platform utk 'exercise our rights as to freedom of speech' maka tidak lain dan tidak bukan hanyalah melalui medium forum-forum tapi kini kami beralih angin masuk melalui kaca tv. Semoga Allah masih tsabat menetapkan jiwa2 kami dalam perjuangannya.

Kenangan Rakaman di Astro walaupun pada hari kejadian (tayangan Astro) tiada di depan TV sebab nak balik UIA.Huhuhu..

(ASTRO AWANI-CHAN 123-Perspektif Kita-Setiap Sabtu-9.00pm-9 Februari 08)

Pada Sahabat2 yang punya ASTRO, jgn lupa tengok rancangn ini sebab ia berbentuk ilmiah dan semua orang bebas memberikan pandangan.

[Di depan bangunan ASTRO]

[Bersama Host 'Perspektif Kita'-Suhaimi Sulaiman]

[Depan pondok pengawal pun kami balun]