"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Tuesday, September 30, 2008

Malang Tidak Berbau!!!

[Keadaan dalaman setelah cermin tingkap yang dipecahkan]

[Tingkap sisi kiri penumpang 'diratah' penyangak tarbus]

[nombor plat pun hilang-mungkin ada 'ong' kot nombor tu]

[roadtax yang baru 'renew' pun kena balas]

['cap' tayar pun sekali dia sapu-macam ali baba kasim selamat]

Malang tidak berbau. Tepat sekali pepatah melayu yang dapat kita buktikan kebenarannya. Dalam sehari dua sebelum kita menyambut kegembiraan Aidilfitri, Allah sekali lagi menguji jiwa insan yang kerdil ini dengan bala bencana mungkin sebagai tanda kasih dan sayang serta kifarat dosa lampau.

Alhamdullilah dan bersyukur kepada Allah yang masih sayangkanku, walaupun keta dan hartaku dirampas, tapi Allah masih membiarkan ruh mengisi tubuh jisim badanku. ini antara cubaan yang paling besar diuji keimanan dan keredhaan seoranbg hamba.

Jaket AIKOL, nombor plat keta, roadtax, smart tag, duit syiling, stiker keta (jihad jalan kami), cap tayar suma dikebas ala2 penyamun tarbus. Kejadiaan dianggarkan berlaku dihadapan jalan rumah dalam jam 3.00am-4.00am. Walau apa berlaku, ini hnayalah bala kecik. Tetiba hati ini teringat sepotong hadis yang mafhumnya, "Cubaan dan dugaan yang paling besar ialah cubaan yang ditanggung para nabi" Kalau sekadar tingkap dipecah dan harta dicuri, ini hanyalah cubaan kecik. Kepada sahabat yang dikasihi, pastikan kereta anda dikuci setiap masa.

Tazkirah dan Majlis Berbuka di Surau An Nur, Puchong

[Sesungguhnya Al Quran itu diturunkan di bulan Ramadhan-Mafhum Al Quran]

Tinggal sehari sahaja saya perlu melangkah pulang ke bumi jelapang padi. Dengan harapan untuk tidak menghampakan perasaan pakteh (Dr Azhar) selaku pengerusi Surau An Nur., maka saya penuhi juga permintaannya agar dapat meluangkan masa untuk memberikan tazkirah. Alhamdullilah, dengan bertemankan Akmal Solihi (Najmuddin jual mahal, zukhairi ada kelas dan ramai lagi yang bagi alasan) maka kami berdua pergi dan terus ke surau untuk berbuka di sana. Subhanallah, banyak sungguh makanan yang disediakan. Mungkin ini pengalaman pertama buat akmal tapi seingat saya sudah 3 hingga 4 orang teman yang saya bawa ke sini.

[Dr Azhar dan sebahagian jemaah bertadaruss]

Malam itu, seperti yang dijanjikan saya terpaksa jadi imam Tarawikh dan sudah pasti saya muzakkirnya. Akmal pula ditugaskan untuk menjadi Imam Witir. Sesudah selesai tazkirah maka kami pun di’terjah’kan dengan moreh. Seterusnya, sesi Mari Mengaji iaitu tadarus. Maka saya pun bersama2 Akmal memeriahkan tadarus sehingga jam 12.30am sehingga berjaya khatam Al Quran.

Alhamdullilah, tugas saya dan akmal seleseai apabila berjaya mengimamkan solat Subuh berjemaah. Harapan besarnya ialah semoga langkahku selama ini ikhlas kerana-Mu Ya Allah

[It's my turn now...]

Friday, September 26, 2008

Harga Petrol dan Diesel TURUN RM0.10 Sahaja!!!


Harga petrol dan disel dikurangkan 10 sen lagi. Ia berkuatkuasa mulai Khamis. Berita ini diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad di Putrajaya menjelang Hari Raya ini.

Thursday, September 25, 2008

Majlis Iftar Mawaddah Day: Menggalakan!!! | 230908

[Mahasiswi golongan paling laku dalam setiap acara di AIKOL]

[Tak bajet pun nak bergambar tapi Professor Abd Rahman yang ajak]

Timbalan Dekan Kulliyyah Undang – Undang Ahmad Ibrahim, Assoc Prof Dr Iqbal, tersenyum lebar bila mula nampak saya ada bersamanya dalam majlis iftar anjuran Persatuan Undang2 AIKOL (Lawsoc). Perkataan pertama yang dilayangkan kepada saya ialah, “Apa khabar Tuan Haji??” Itulah antara nada jenaka yang selalu bermain dibibirnya apabila bertemu saya.

“korang submit proposal bajet sikit, macam mana aku nak lulus banyak!-Dr Iqbal (Deputy Dean, AIKOL)”

Kadangkala ada sahaja benda yang nak di'bom’nya kepada saya. Allahuakbar!!! Alangkah indahnya ukhwah antara pensyarah dan pelajar. Kalaulah semua pensyarah begini, aman dan tenteram bumia UIA rasanya. Tiada lagi perkataan mencerca pensyarah, kata belakang dan mengumpat.

[backdrop Program Mawaddah Day Lawsoc]

Topik yang dibincangkan kami ialah tentang performance Lawsoc. Tapi bukanlah ‘heavy’ dan serius pun. Sekadar memberikan tumpuan kepada majlis2 makan. Saya mula bertanya kenapa dan mengapa bajet utk program makanan sikit atau tak banyak. Dengan mudah beliau menjawab, “korang submit proposal bajet sikit, macam mana aku nak lulus banyak!” Itulah kelebihan Dr Iqbal apabila bertemu dengan para pelajar yang ‘kamcing’ dengannya. Dia lebih mudah untuk bersapa menggunakan ‘aku’. Setelah mendengar jawapan yang diberikannya itu, saya terus memandang exco Lawsoc, Amirul Iman, sambil tersenyum. Kataku padanya, “Haah. Tunggu apa lagi? Doktor dah bagi 'greenlight'. Siap sedia paperwork utk Hari Raya Mass Gathering pulak.”

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Jalan Farid:Dari M'sia ke Wales, UK!!!

[Bergambar setelah Farid belanja makan di Malinja-baru2 ni]

Persahabatan yang tidak pernah mengenal erti perpisahan. Mohd Farid Abd Muttalib merupakan seorang rakan dan teman yang setia bersama saya ketika dibangku sekolah lagi. Saya masih ingat kami bersama2 duduk di rumah sewa ketika Form 1 & 2 walaupun telah ditawarkan masuk ke asrama. Kami sengaja menolak dengan alasan nak elakkan diri dari orientasi. Walaupun rumah sewa kami pada mulanya hampir empat puluh dan bilangannya semakin susut dari masa ke semasa dan akhirnya tinggallah kami berdua lelaki melayu terakhir.

Farid yang kukenali,
Sewaktu dibangku sekolah, dialah orang yang pertama mengajar saya erti dunit IT (Internet). Malahan sewaktu internet baru berkembang di Malaysia seawal tahun 1998, saya bersamanya pada waktu itu baru mula berjinak mengenali dunia tanpa sepadan. Selain itu, dialah orang yang mula memperkenalkan tangan saya ini untuk mula memegang dan memiliki sendiri bat ping pong. Dengan pujukan dialah saya pernah mendapat tempat kedua pertandingan ping pong di sekolah dulu (tu pun sebab 'by' :) )

Yang pelik pun kami pernah lakukan bersama. Sebagai contoh, masa belajar di Alor Setar dulu, kami sanggup berjalan kaki dari Bandar AS balik ke Simpang Kuala melalui jalan keretapi. Bayangkan mengikuti jambatan keretapi (jambatan sungai tu) yang sememangnya tiada jalan raya sebab hutan dan kiri serta kanan hanyalah air sungai memang sengaja kami mencari nahas. Itulah Farid yang kukenali. Berbisnes juga melalui ideanya apabila kami berdua menjual Aiskrim Malaysia di asrama yang berharga RM 0.10 selepas balik solat Jumaat memang menguntungkan.

Farid yang kukenali,
Habis sahaja masuk universiti, kami masih bersama. Walaupun berlainan kuliah, makan dan 'outing' masih tetap bersama. Dari Petaling Jaya ke Gombak persahabatan tetap tsabat. Saya masih lagi teringat ketika kami keluar ke Jalan Tunku Abd Rahman (Jln TAR) tahun 2002, kami berjalan hampir 3 jam mencari baju raya sampai terpaksa berbuka di Masjid Jamek kerana tak sempat balik ke Petaling Jaya. Di samping itu, ketika berada di bumi Gombak, saya masih lagi bersamanya, menziarahinya di bilikwalaupun sudah tak selalu macam dulu (di PJ).

Farid yang kukenali,
Beliau kini telah lama tamat pelajaran di UIA. Bekerja sebagai pegawai bank (AM Bank) dalam bahagian syariah sememangnya mencabar jiwa mudanya. Kini beliau melanjutkan pelajaran ke UK untuk meneruskan pengajian Master dalam bidang Islamic Banking. Tahniah Farid. Aku berbangga punya kawan sepertimu. Doakan daku semoga cita2ku seiring cita
2mu. Maafkan daku kerna tak sempat menghantarmu di KLIA. Semoga kita dapat berjumpa lagi tahun depan 2009, Bulan September seperti yang kau janjikan dengan segulung ijazah sarjana.

Tuesday, September 23, 2008

majlis Iftar Rector Message yang mengejutkan!!!

[Teammate-sapa lagi nak join jadi fasilitator UIA??]

[Banner Rektor Message yang tak nampak]

[bersama rakan2 yang bertugas hari itu-Imran dan Yusaof 'naik syeikh' pakai rank Inspektor]

Majlis Berbuka bersama Rektor hampir setiap tahun 'nature'nya sama sahaja. Cuma pada tahun ini saya agak terkejut dengan beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam majlis yang berprestij ini.Apa yang membuatkan hati ini terasa geram ialah apabila kita mengetahui kehadiran tetamu ke majlis ini adalah terdiri dari pelajar antarabangsa yang rata2nya merupakan bekas penuntut di universiti Timur Tengah.


Isu besar yang berlaku pada hari itu ialah persembahan 'signature dance' setelah Ustaz Hamidon merasmikan beberapa buah makalah keluaran UIA. Signature Dance itu dipersembahkan oleh rata2nya pelajar antarabangsa yang kemungkinan besar dari Turki dan Bosnia kerana rupa mereka saling tak tumpah seperti bangsa eropah. Persembahan mereka merupakan tarian ala2 'break dance'. Cuba bayangkan perempuan yang memulakan tarian ini dengan kaki terbuka menendang sana dan sisni dalam bulan ramadhan bepakain ketat. Adalah ini formula terbaik Ramadhan kita? Nauzubillah.

Saya bukannya ingin membuatkan isu ini menjadi sensasi.Tetapi ini bukan cara kita untuk merasmikan sesuatu program. Memang benar bila kita katakan yang kita nak tengok cara dan bentuk gimik keluar dari kepompong 'stereotype' tetapi adab dan akhlak harus diutamakan.
Alhamdullilah, saya ucapkan syukur apabila selepas saja tamat persembahan beberapa pelajar antarabangsa terus meluru kearah pegawai CCAC dan menyatakan bantahan mereka pada CCAC atas persembahan tadi. Kalau harapkan pelajar Melayu, memang kita tiada 'spirit' seperti itu dan entah bila kita mampu berani seperti mereka dalam menyampaikan pandangan.

Ya Allah berikan kekuatan kepada pelajar Malaysia!!!

Monday, September 22, 2008

Majlis Iftar Bersama Timb. Ketua Polis Selangor

[Gaya Tersendiri sebagai Pengerusi Majlis-di belakang PC]

[Bersama Para Pegawai Inspektor Sukarelawan Polis]

Semalam mungkin merupakan Ramadhan terakhir saya merayakan bersama para anggota Kor Suksis UIAM. Selepas ini tiada lagi istilah beramah mesra bersama orang kenaamn polis. kalau ada pun, mungkin giliran saya pula menjadi VVIP.

[Sjn Nazri sbg Ketua Jurulatih Polis UIA]

Menjadi Pengerusi Majlis dalam program rasmi yang melibatkan orang kenamaan memang merupakan satu pengalaman yang mencabar. Dicabar dan Tercabar!!!Alhamdullilah, pada malam itu saya telah diberikan kata semangat oleh seorang Pegawai Polis, ASP Ismail. Katanya, "Suara awak tak beralun. Kalau ada turun naik, baru menarik." Terima kasih saya ucapkan kepada Uncle Ismail yang sudi membuat teguran. rupanya masih banyak lagi yang perlu saya pelajari utk menjadi 'MC' yang terbaik. Mungkin selepas ni kena amik tips dari Sdr Amin idris yang hebat sampai dah ke ASTAKA Majlis Tilawah Antarabangsa.

[Bersama Para Pegawai Polis yang belajar di AIKOL]

Sunday, September 21, 2008

Majlis Iftar PAN Gabungan Utara | 200908

‘Sharing moment’ yang singkat namun memberi kesan. Mungkin itu ayat yang boleh digambarkan apabila saya menerima kunjungan dari Persatuan Anak Negeri Kedah UIA PJ dan Nilai. Sebenarnya bukanlah saya yang ‘run’ program yang menyambung talian hubungan ukhwah antara Gombak dan Nilai tetapi saya telah dijemput pihak penganjur untuk berkongsi sedikit pengalaman melalui sesi tazkirah.


Majlis iftar ini telah diadakan di AIKOL yang menempatkan Persatuan Anak Negeri (PAN) Utara yang terdiri dari Perlis, Kedah, Penang dan Perak. Kehadiran begitu memberangsangkan di peringkat Nilai sehingga memaksa mereka untuk menyewa bas khas semata2 ingin bertemu 4 mata bersama kakak dan abang mereka.


Bila melihat terus ke wajah mereka saya terimbau kembali kenangan ketika berada di bangku kepimpinan Kedah dahulu. Maka saya telah menyentuh beberapa aspek dalam tazkirah saya iaitu berkaitan Persaudaraan Islam dan Kepentingan Hati yang Ikhlas.


Persaudaraan Islam

Kita begitu mengetahui bahawa penghijrahan nabi bermula dari kota Mekah ke bumi Madinah. Di situ telah dipertemukan dua kelompok agung yang dikenali sebagai kaum Muhajirin dan Ansar. Muhajirin bermaksud mereka yang turut serta mengikuti nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah. Manakala kaum Ansar pula dikenali sebagai penduduk tetap Madinah yang tediri dari puak Aus dan Khazraj sebagai contoh. Mengikut Sirah Ibnu Hisham, telah dinukilkan bahawa para sahabat dipersaudarakan secara dua – dua. Maksudnya mereka dijadikan sebagai pairing system antaranya Hamzah dan Zaid bin Harithah, Muaz bin Jabal dan Jaafar Abi Talib dan sebagainya. Inilah kehebatan persaudaraan dahulu, mempunyai system tersendiri sehingga menjadikan struktur organisasi mereka mantap dan hebat. Penerapan ini perlu dicontohi oleh PAN dalam menyebarkan dakwah Islamiah.


Kepentingan Hati yang Ikhlas

Hati dan Ikhlas merupakan dua topic besar namun kedua2nya mempunyai persamaan dan saling berhubung kait antara satu sama lain. Hati merupakan organ penting yang perlu dipelihara oleh manusia secara amnya. Masakan hadis nabi berbunyi, “Bagi diri manusia ada seketul daging, Sekiranya baik daging itu maka baiklah seluruh tubuh badan dan sekiranya buruknya daging itu maka buruklah tubuh badan iaitu Hati. Hati ini mudah mati dan perlu dihidupkan dari masa ke semasa. Sekiranya hati mati maka kita akan berlapang dada dengan pemergian ramadhan yang tidak terisi sebarang ibadat dan amalan.


Ikhlas pula membawa erti amalan yang dibuat semata2 kerana Allah. Tiada sebab musabab lain yang boleh menyebabkan perbuatan itu didorong oleh sifat yang bergantung kepada Allah. Mari kita renungkan sebuah kisah yang diadaptasikan melalui sebuah hadis yang mafhumnya, terdapat tiga pemuda yang melarikan diri lalu masuk ke dalam gua kemudian pintu gua itu tertutup lalu mereka tidak dapat melarikan diri. Maka berbincanglah ketiga2 mereka bagaimana untuk membuka pintu tersebut. Dipendekkan cerita masing2 berdoa tentang amalan ikhlas mereka dan memohon agar diterima Allah. Lalu Allah memakbulkan mereka akan doa tersebut. Secara tuntasnya, amalan yang diterima Allah hanyalah IKHLAS. Oleh itu, penglibatan dalam organisasi PAN perlulah IKHLAS kerana terdapat pelbagai HIKMAH disebaliknya. Ayuh Ikhlaskan diri !!!

Saturday, September 20, 2008

Berbuka Bersama YAB Datuk Seri Ahmad Said

[Perwakilan UIA bersama YAB Menteri Besar Terengganu]

Malam tadi saya sempat meluangkan masa bersama rakan saya untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Persatuan Anak – Anak Terengganu di Perantauan (PESAT). Majlis ini berlangsung dengan begitu meriah sekali apabila turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Seri Ahmad Said. Yayasan Terengganu merupakan penganjur utama yang memberikan sponsor kepada majlis ini.

[Dewan berlangsungnya Grand Iftar]

Sebenarnya program ini dikhaskan kepada anak2 Terengganu sahaja tetapi disebabkan anak2 Terengganu di UIA masih lagi dapat dilihat kelompangan maka saya diajak untuk bersama memeriahkannya di sebuah dewan Felda bertempat di Jalan Semarak KL.

Saya juga amat tersentuh kepada beberapa ‘points’ penting yang dibawakan oleh Menteri Besar Terengganu itu. Antaranya berkaitan perubahan yang telah dibawa olehnya setelah merangkul kemenangan dalam PRU 12 yang lalu. Tambahan lagi, kegembiraan begitu terpancar di wajahnya apabila PM telah memberikan semula royalty kepada kerajaan yang sah ini. Banyak kelebihan yang telah beliau berikan kepada anak2 Terengganu termasuklah menyara 100 pelajar ke luar Negara dan yang terbaru beliau berjanji untuk memberikan perkhidmatan bas percuma pergi dan balik Terengganu untuk sambutan raya tahun ini.



Walaupun, berita ini disampaikan oleh menteri besar yang bukan bertanggungjawab di negeri saya, dan bukan juga negeri saya yang mendapat kelebihannya, namun saya yakin dan percaya kelebihan dan kehebatan negeri saya (KEDAH) turut dirasai cumanya dari segi promosi dan informasi yang tidak sampai kepada rakyat. Inilah antara kelemahan yang dilalui oleh Pakatan Rakyat kerana mereka gagal menyampaikan maklumat seluasnya kepada rakyat Malaysia. Maka segala tohmahan, fitnah dan cerca mula tesebar sehingga penduduk secara umumnya mudah terpengaruh akan cerita yang dibaca mahupun yang ditonton melalui media massa.

Kita berdoa agar walau negeri manapun kita berada, Allah akan memayungi rahmat dan inayah serta mengampunkan dosa dan tindakan para pemimpin kita. Ameen.

[Kereta Kerajaan yang Kontroversi-Air Mata Rakyat]

[berlatar belakangkan papantanda Kumpulan Felda Holdings Berhad]

Friday, September 19, 2008

Majlis Berbuka Puasa Ekslusif untuk Trainer

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) akan menganjurkan majlis berbuka puasa Eksklusif untuk para penggiat industri latihan dan bina insan. Terbuka kepada penceramah, motivator, dan trainer. Hanya untuk 50 orang sahaja. Berikut adalah maklumat mengenai majlis ini.

Tarikh: 24 September 2008 (Rabu)
Tempat: Hotel De Palma, Ampang
Masa: 6.30pm
Yuran penyertaan: RM75 seorang (Majlis Ekslusif TAMRIN)

Antara yang bakal hadir ke majlis ini ialah YM Dr Tengku Asmadi, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Dr Uthman el Muhammady, Tuan Kamal Effendi, Tuan Shamsuddin Kadir, Tuan Amin Idris, dan ramai lagi.

Jika anda berminat untuk beramah mesra dan berkenal-kenalan dengan perunding-perunding dan pakar motivasi muslim yang aktif di Malaysia ini, apa kata sertai di dalam majls ini.

Untuk menyertainya, smskan nama dan nombor hp anda kepada Bendahari TAMRIN, Tuan Osman Affan atau En Arif di talian 012-9028747 dan anda akan diberitahu cara untuk mendaftarkan diri.

Thursday, September 18, 2008

YB Azmin Ali di UIA | 170808

Majlis Iftar yang dianjurkan oleh Mahallah Bilal, UIAM sedikit sebanyak telah merubah landskap semasa penerimaan UIA terhadap mana - mana ahli parti politik. Terbaru, Ahlijawatankuasa Majlis Perwakilan Kolej Mahallah Bilal telah menjemput Ahli Parlimen Gombak yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia, YB Azmin Ali, untuk bertandang ke majlis ramah mesra bersama para pelajar dan Ahli Parlimen Gombak.

Majlis tersebut dimulakan pada jam 6.30pm dengan ucapan tetamu dan seterusnya ucaptama oleh Yb Azmin Ali. Banyak perkara yang disentuh oleh YB Azmin Ali yang seharusnya diambil iktibar oleh para pelajar. Antara isi utama yang dibawakannya ialah tarikh keramat 17 Ramadhan yang menyaksikan perubahan kuasa dari wahyu diturunkan kepada Muhammad untuk menjadi Khalifah dimuka bumi. Tidak salah saya katakan bahawa ucapan beliau pada petang itu sangat bersemangat dan menghidupkan kembali nostalgia saya yang lalu diambang keremajaan mahasiswa dulu.

Sesi yang lebih menarik ialah sesi ramah mesra selepas Majlis Berbuka Puasa apabila para pelajar dibenarkan utk berkongsi pandangan dan persoalan kepada YB Azmin. Soalan menarik dimulakan oleh Pengarah Program tersebut, Saudara Syamir, yang juga merupakan Mantan Presiden GPMS UIA, yang lebih berbaur politik seakan ingin memerangkap YB Azmin Ali agar tidak dapat lagi masuk ke UIA. Soalannya berkisar dengan penahanan YB Teresa Kok dan pandangan diminta dari YB Azmin ALi.

Setelah soalan pertama diberikan berkaitan politik, maka sudah pasti soalan kedua turut diputarkan 'on the same track' iaitu berkaitan AUKU dan Kes Dato' Ahmad Ismail. Jawapan yang diberikan oleh YB Azmin Ali munasabah dan diterima akal. Belaiu berkali2 mengingatkan kepada mahasiswa yang pada waktu tu bahawa anak2 muda perlu berani untuk menyatakan perubahan kepada apa2 perkara kalau perkara itu bertentangan dengan prinsip keadilan sejagat.

[Bersama Ahli Parlimen Gombak YB Azmin Ali]

Yang pasti malam itu, menjanjikan seribu satu kenangan buat saya apabila inilah kali pertama saya bersua dengan YB Azmin Ali dan berkongsi pandangan bersamanya apatah lagi melihat secara 'live' gaya seorang pemidato yang berwibawa walaupun belai

Wednesday, September 17, 2008

Kuiz Isu Semasa - BBA Society [ENMSS]

[Among the winners of Current Issue Quiz]

Minggu lepas bersamaan hari Jumaat, saya diajak oleh Najmuddin untuk turut serta memeriahkan Kuiz Isu Semasa anjuran Persatuan Mahasiswa Pentadbiran Perniagaan (BBA Society). Dengan bayaran yuran sebanyak hanya RM6 sahaja, saya dan Najmuddin bertekad untuk memenangi Juara keseluruhan bagi kuiz itu.

Oleh itu, pada hari Khamis malam lagi, sesudah habis mengajar, saya balik ke UIA dan terus jer pegang nota Rangkuman Seminggu Arkib berita The Star. Dengan keletihan dari Nilai, memang banyak perkara tidak dapat dilakukan tambahan jam sudah berdetik pukul 1200 malam. Alamatnya, banyak lagi berita yang tidak baca dan ditnggalkan begitu sahaja.

[Bersama Advisor EMSS yang menyumbangkan hadiah wang tunai]

Hari Jumaat itu, hanya 7 kumpulan yang turut serta. Diringkaskan cerita maka kumpulan kami menang di tangga ketiga. Hadiah bernilai RM 50 telah kami genggam tapi terlepas hadiah utama iaitu RM150.o0. Sebabnya satu sahaja iaitu banyak lagi yang perlu kami tahu dan kami baca. Sesungguhnya, isu semasa yang perlu kita kuasai bukan sekadar berkisar isu politik, nasional dan dunia, malah isu ekonomi, hiburan dan sukan tidak kurang juga peri pentingnya.

Monday, September 15, 2008

Berbuka Bersama Usahawan Internet

[Menu utama berbuka]

Iftar minggu lepas saya berpeluang bersama dengan seorang adik yang kini bergelar usahawan internet. Beliau merupakan pelajar UIA yang mendalami jurusan Bahasa Arab. Saya tak dapat untuk melpaskan peluang keemasan ini apabila beliau sendiri mengajak saya (belanja makan - free semua nak) ke Restoran Sate Kajang Hj Samuri untuk kami berbuka di sana.

[Inilah usahawan berjaya tu. Ada gaya tak??]

Di sebalik juadah berbuka ala2 hotel (makan sate tuu), saya sempat juga berkongsi dengannya beberapa perkara tentang perniagaan internet. Hampir beberapa bulan beliau berada dalam bisnes ini, beliau kini telah berjaya mengumpul wang yang mencecah ke angka ribuan ringgit. Bisnenya mudah iaitu dengan menjual 'ebooks'. Hebat tak???

Allahu Akbar!! Dalam usia yang semuda ini, beliau telah berjaya bergelar usahawan berjaya dalam hanya beberapa bulan sahaja. Saya kira ramai lagi orang dan banyak lagi yang saya perlu pelajari darinya. Perkongsian sewaktu berbuka bersama bagi saya masih belum cukup puas untuk mengenal dunia bisnes internet. Semoga Allah mempermudahkan segalanya bagi dia. Terima kasih kepada Mawardi di atas kesudian untuk berbelanja berbuka bersama saya.

[Najmuddin pun ikut serta nak dapatkan tips]

[Licin tanda lapar-Alhamdullilah]

Thursday, September 11, 2008

Ahmad Digantung Tiga Tahun

Sumber: Malaysiakini.com

Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memutuskan Datuk Ahmad Ismail digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.

Keputusan itu dibuat selepas MT mengadakan mesyuarat khas selama tiga jam di ibupejabat Umno ibunegara di ibunegara hari ini.

MT yang mempunyai 48 anggota dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi Umno itu, dijadual mula bermesyuarat jam 2.30 petang.

Mesyuarat khas itu diadakan ekoran kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Ahmad membuat kenyataan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam memutuskan untuk menyerahkan kepada Umno untuk memutuskan tindakan terhadap Ahmad.

Ketika mengumumkan keputusan itu mesyuarat MT hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno berkata, MT memandang serius perkara itu kerana kenyataan dan tindakan Ahmad telah mencetuskan ketegangan dan menimbulkan bantahan.

Katanya, parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menjejaskan kesejahteraan kaum.

Menurutnya, situasi hubungan kaum di Malaysia kini mula menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik.

Ditanya sama ada tindakan tegas akan diambil terhadap pihak-pihak yang membangkitkan isu perkauman, Abdullah berkata tindakan mungkin diambil melalui undang-undang.

Perdana menteri juga ditanya sama ada kerajaan akan mengguna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang berbuat demikian.

Menurut Abdullah, kerajaan akan berbuat demikian sekiranya ia perlu dan tindakan itu difikirkan wajar.

Ditanya sama ada tindakan menggunakan ISA itu melanggarkan kebebasan bersuara, perdana menteri berkata tidak wujud kebebasan tanpa sekatan.

Menurutnya, undang-undang mesti dihormati dan "kita tidak boleh buat apa sahaja atas nama kebebasan."

Boleh merayu

Abdullah juga berkata, Ahmad mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan MT itu.

Beliau juga memberitahu pemberita bahawa anggota juga kabinet telah berbincang mengenai hubungan kaum dalam mesyuarat mingguannya pagi tadi.

Menurutnya, kabinet berpendapat bahawa terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hubungan antara kaum tidak baik dan terdapat ketegangan antara kaum.

Keadaan itu, katanya, diburukkan dengan banyak isu-isu dan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan isu-isu yang kebiasaannya tidak dibangkitkan.

Sehubungan itu, kata perdana menteri, kerajaan tidak akan membiarkan keadaan itu berterusan.

Tuesday, September 9, 2008

Dengan rasa rendah diri, saya ingin menjemput rakan2 yang berkelapangan untuk bersama dengan saya:

Tempat: Surau An Nur, Puchong
Hari: Sabtu & Ahad (setiap minggu)
Masa: 8.30pm-10.00pm (Tarawikh Bersama)
& 5.45am-7.00am (Subuh)
Program: Tazkirah Ramadhan
Muzakkir: Hafizbad

Semoga kita dapat ganjaran bersama dengan Perkongsian Bijak melalui slot - slot tazkirah yang dianjurkan oleh
Surau An Nur, Puchong.

"Di Awal Ramadhan Rahmat, Di Pertengahannya Maghfirah, Di Akhirnya Kebebasan dari Api Neraka"

Monday, September 8, 2008

Kursus Pengawas di MTIS | 030908

[Para huffaz MTIS yang sedia untuk bermotivasi]

[Mari kita lihat Kuasa Pengaruh]

Maahad Tahfiz Ibnu Sina Permatang Pauh, Pulau Pinang. Terpandang kepada nama sekolah sudah cukup untuk memberikan gambaran bahawa orang yang mendiami bumi itu sudah pasti mereka yang mempunyai hati penuh dengan keikhlasan dan ketakwaan yang tinggi pada Allah. Bila ditanya seorang pelajar yang berusia 12 tahun, “Nta dah menghafal banyak mana?” Jawabnya, “ana dah hafal 6 juzuk.” Allahu Akbar! Hebat dan bersih sungguh hati mereka.

Saya telah diberikan tanggungjawab oleh Mudir Sekolah, Al Fadhil Ustaz Nazim, untuk berkongsi sedikit pengalaman bersama adik2 pelajar dalam dua sessi iaitu sesi pertama Motivasi Umum dan sesi kedua Kursus Pengawas. Katanya, para pelajar sekolah tersebut kekadang terasa ‘complacent’ dengan keadaan mereka dan ada yang masih tercari2 apa yang perlu mereka lakukan untuk diri mereka. Manakala kursus pengawas pula, mudir menyatakan bahawa mereka baru sahaja diberikan tanggungjawab dan tidak tahu selok belok dan tugasan umum yang perlu dilakukan.

Jawabnya, “ana dah hafal 6 juzuk.”

Saya berterima kasih kepada Sdr Amin Idris yang banyak memberikan tips bagaimana untuk menyelia dan menguruskan kursus pengawas. Alhamdulillah, ini kali pertama saya berkongsi pandangan dengan semua pengawas melalui bimbingan Sdr Amin Idris. Antara PETUA yang boleh dikongsi bersama:

A.Kuasa Pengaruh
Kajian menunjukkan bahawa kehebatan seseorang pemimpin bukan terletak kepada kepandaiannya (Ilmu) dan juga bukan terletak kepada pangkatnya (Jawatan) tetapi kehebatan mereka diukur melalui PENGARUH. Mari kita lihat situasi semasa dunia. Ramai orang mengenali Benazzir Bhuto. Beliau merupakan mantan Perdana Menteri Pakistan yang telah dibunuh baru2 ini.

Mari kita lihat apa berlaku selepas pembunuhannya. Ramai orang yang telah bersimpati dengannya sehingga ribuan dan jutaan orang memohon supaya kerajaan bertanggungjawab di atas kematiannya. Bukankah Benazzir seorang wanita yang lemah dan tidak punya jawatan rasmi dalam kerajaan tetapi kenapa orang menyokongnya. Jawapannya ialah pengaruh. Oleh itu, sebagai seorang pengawas anda perlu mempunyai Pengaruh.

[Barisan anggota Pengawas MTIS]

B.Kuasa Prihatin
Pengawas perlu menjadi sebagai seorang pemimpin yang proaktif. Jangan kita bijak membuat kesimpulan awal (prejudgment). Ini bermaksud kita mudah menyalahkan orang tanpa asal usul periksa. Tetapi apa yang perlu kita buat ialah kita perlu prihatin dengan sekeliling. Prihatin ini membawa pelbagai definisi dan maksud namun saya ingin menyentuh melalui definisi versi saya iaitu mereka perlu MEMAHAMI dan MENGENALI orang bawahan mereka. Selepas kita melalui dua proses tadi barulah kita dapat membina Lingkaran Pengaruh.

Sunday, September 7, 2008

Pecutan Terakhir : PMR & STPM SMK Bedong | 060908

[Respon yang positif-Anda BERHAK Berjaya]

[Kehebatan Ummah terletak di tangan ANDA]

Cuti - cuti Malaysia! Ketika saya dalam percutian di Kedah (balik kampung) saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bagi para pelajar PMR & STPM Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong. Pengalaman pertama memberikan ceramah motivasi di bumi sendiri. Sebelum ini memang pernah dijemput memberikan ceramah tetapi lebih berbentuk keagamaan. Alhamdullilah, ini mungkin satu pengalaman yang berharga bagi diri saya.

Tajuk yang diberikan juga mencabar iaitu PECUTAN TERAKHIR. Memandangkan saya berhadapan dengan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan dalam masa sebulan, itulah tajuk yang paling relevan. Beberapa perkongsian yang dapat saya sisipkan bersama:

1.Tips Dr Tengku Ismadi (3S)
Ramai yang mengetahui bahawa Dr Tengku Ismadi merupakan antara motivator yang terkenal di tanah air. Beliau telah memperkenalkan konsep 3S iaitu Sasaran + Strategi + Sikap.

2. Sasaran
Bagi saya, para pelajar yang berbaki sebulan ini amat perlukan beberapa perubahan. Pertama, setelah mereka bermuhasabah diri berapa target (A) yang paling dekat dapat dicapai (Sasaran). Oleh itu, sasaran yang dapat dicapai itu perlu kepada Keserasian dengan Strategi.

3. Strategi
Untuk masa yang suntuk ini, amat malang sekiranya para pelajar baru memulakan pembacaan buku teks. Ini merupakan strategi yang teruk. Ini kerana, sekarang adalah masa yang sesuai bagi para pelajar meneliti kertas peperiksaan yang lalu dan membuat kajian bentuk soalan mana yang popular dan berulang kali masuk dalam peperiksaan. Dengan itu, kita dapat membuat tekaan dan saya mendapati ramai pelajar cemerlang yang menggunakan konsep ini.

4. Sikap
Walaubagaimanapun, kalau sasaran dan ada, strategi pun yang terbaik namun sikap gagal diubah, kehidupan kita tidak bermakna. Oleh itu, ingin saya nyatakan bahawa mengikut kajian Harvard Business School, sikaplah yang memberi peratus tertinggi dalam kejayaan individu. kajian itu menunjukkan, ilmu, maklumat dan sebagainya hanya penyumbang kecil dalam kejayaan berbanding Sikap. Oleh yang demikian, para pelajar sekalian perlu berubah SIKAP untu Berjaya.

[Bersama para pelajar SMK Bedong, Kedah]

Thursday, September 4, 2008

Salam Ramadhan buat semua pelawat blog ini. Marilah kita doakan agar kita akan jadi lebih baik untuk ramadhan kali ini.

Jom Kembara Bahasa dan Jatidiri SMAMAWP 310808

[Bersiap untuk bergerak ke Jungle Tracking]

[Dalam perjalanan kami diberikan penerangan tentang pokok KAcip Fatimah. Ini dia!!]

[Adik2 Putri dah tak sabar tu nak main air terjun]

[Hero jambu adik2 putra]


SMA MAWP telah mengingatkan saya tentang kenangan indah bersama mereka pada tahun lalu. Kalau dulu saya bersama mereka untuk kursus kepimpinan namun pada kali ini saya bersama mereka untuk Kembara Bahasa Dan Jati Diri. RK Training telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan kursus selama tiga hari ini.

Para pelajar sekolah ini amat bertuah kerana di samping mereka belajar berbahasa mereka juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti semangat berpasukan dan kekitaan. Lihatlah pada hari pertama lagi mereka telah belajar bagaimana berbahasa arab dengan sempurna dan di tengah malam pula mereka melalui night walk.

Keesokkannya pula kami dimeriahkan dengan kehadiran Coachsha yang berpengalaman dalam menguruskan kursus berbahasa Inggeris. Bila mendengar penerangan daripadanya terasa pula kaki ini bagai melangkah kembali ke pusat matrikulasi berbelajar bahasa inggeris semula. Kami dijelaskan semula penggunaan perkataan baru dalam petuturan semasa. Sebagai contoh perkataan thank you perlu diganti dengan 'You are the best' dan perkataan 'your welcome' diganti dengan 'no problem' serta banyak lagi. Hebatkan?? Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya pelajari sepanjang kem ini.

Bagi SMA MAWP, saya yakin dan percaya mereka mendapati sesuatu hasil dari program ini.

[Subhanallah. Kuatnya air yang mengalir]