"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, August 29, 2008

Tahniah Kepada Para Graduan UIA 08/09

[Rakan2 saya dari Kuantan-semuanya teman baik di Matrik PJ]

[Adik saya yang keempat kini di Matrik PJ dalam jurusan Sains Biologi (Hayat)]

[Adik saya kedua-siswazah dari UKM]

[Bersama ayahanda dan bonda yang tercinta]

Sebelum saya meneruskan tinta emas ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua graduan UIA amnya dan AIKOL umumnya kerana telah berjaya menamatkan pengajian selama ini.

Saya juga ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu - ibu yang berjaya mendidik kami (para graduan) sehingga berjaya ke hari ini, kepada bapa - bapa yang tidak pernah kenal erti penat lelah mencari duit secukupnya untuk menampung perbelanjaan kami. Sekalung terima kasih buat adinda2 kami, yang lelaki dan perempuan yang tidak putus2 doa untuk menghadiahkan kejyaan buat abang2 dan kakak mereka. Kepada para pensyarah yang sentiasa memberikan pendidikan dan pelajaran secukupnya, serta tidak lupa rakan2 seperjuangan dan teman2 rapat kerana telah memberikan sokongan dan dorongan yang tidak terkira banyaknya.

Saya rakamkan ucapan khas buat sahabat baik saya; Najmuddin yang sentiasa bersama saya tidak kira waktu dan tempat - terima kasih kerana sanggup melayani karenah saya, buat teman2 bilik; Yasir, Yahya, Najmuddin, terima kasih tidak terhingga kerana masih setia akrab sehingga ke hari ini. Terima kasih buat rakan rapat seperjuangan di AIKOl; Zukhairi, Hanif Mohsein, Hanis, Maar, Dur, Adib, Dhany, Hamidullah dll yang pernah membantu saya ketika susah dan gundah gulana, teman rapat satu sekolah yang berlainan fakulti; Shakir yang tidak pernah jemu dengan kelakarnya, adik2 saya, Akmal Solihi, Izat Amin, Ashraf Tajari, Zaim, Hafiz, Hisham Shahrir Long, kerana tidak bosan melayan saya.

Sesungguhnya, segulung ijazah ini saya hadiahkan buat kalian yang tidak jemu membantu saya selama ini. Jazakallahukhairan kathira.

Wednesday, August 27, 2008

Kronologi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh: Anwar menang besar: Majoriti 15,671

Sumber: Malaysikini.com

9.47 malam: Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.

Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.

Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.

Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.

9.15 malam: Keputusan awal setakat ini, daripada sumber rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 14,551 undi.

Sebanyak 11 kotak undi belum dihitung. Pengiraan masih berjalan.

8.00 malam: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang dengan majoriti tidak rasmi sebanyak 16,210 undi.

Menurut sumber-sumber yang mengetahui, Anwar mendapat 26,646 manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 10,436 undi.

Pengiraan masih dijalankan.

7.59 mlm: Pengiraan tidak rasmi menunjukkan Anwar setakat ini mendapat 16,101 undi mendahului Arif Shah yang mendapat 6,071 undi. Pengiraan masih dijalankan.

7.30 mlm: SPR mula mengumumkan keputusan mengikut kotak undi. Setakat ini Anwar mendahului dengan 3,507 undi atau 48.11 peratus, iaitu PKR 5,398, BN (1,891) dan Akim (9).

Sebanyak 20 daripada 111 kotak undi telah dikira.

6.55 ptg: Proses pengiraan undi sedang berjalan di 25 pusat pengundian. Menurut sumber-sumber dalaman, Anwar mendahului di semua saluran.

6.30 ptg: Ribuan penyokong, sebahagian besarnya dari PKR, berhimpun di semua pusat pengundian. Polis turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke pusat pengiraan.

Kira-kira 30 anggota polis dan trak FRU juga dilihat di tempat-tempat berkenaan.

6.05 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman, seramai 38,144 atau 65.25 peratus keluar mengundi.

5.53 ptg: Polis telah menutup jalan utama menuju ke pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun, tempat keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh akan diumumkan.

5.00 ptg: Proses pengundian tamat dan ini akan diikuti dengan proses pengiraan undi.

4.25 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Kamaruzaman Mohd Noor berkata sehingga jam 3 petang tadi, hanya 53.5 peratus keluar mengundi. Beliau juga menafikan khabar angin yang tempoh pengundian dilanjutkan hingga jam 6 petang.


1.33 tghari: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi Malaysiakini berkata, keadaan keseluruhan terkawal. Beliau mengesahkan seorang penyokong Pakatan ditahan pagi tadi kerana melempar objek dan menghalang tugas polis.

Menurutnya, kesesakan juga berlaku kerana faktor manusia yang tidak patuhi undang-undng dan ikut emosi sendiri.

1.30 tghari: Masih terdapat 200 penyokong Pakatan di SK Sri Penanti. Kelihatan 10 trak FRU serta trak meriam air ditempatkan di situ.

1.00 tghari: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, setakat jam 12 tengahari, 44.8 peratus pengundi telah membuang undi.

Manakala Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula menganggarkan sehingga jam 1 tengahari, peratusnya dijangka meningkat kepada 53 peratus.
12.10 tghari: Seperti yang diramalkan oleh Jabatan Kaji Cuaca, hujan mulai turun di sekitar Permatang Pauh dan diramalkan juga akan berpanjangan hingga ke malam.

11.20 pagi: Bilik gerakan SPR di Permatang Pauh ketika dihubungi berkata, hanya Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor yang boleh memberitahu peratus pengundian. Kamaruzaman kini sedang meninjau perjalanan proses pengundian.

11.05 pagi: Ejen pengundian PKR, Rodziah Ismail, sahkan nama pengundi dalam kedua-dua versi daftar pengundi di SK Seberang Jaya 2, adalah sama, hanya muka surat yang berbeza.

11.00 pagi: Ramai penyokong BN dan Pakatan di SK Sri Penanti sudah beredar. Hanya tinggal kira-kira 100 penyokong BN dan kira-kira 200 penyokong Pakatan yang masih kelihatan di situ. Anggota polis masih mengawal keadaan di situ.

10.52 pagi: Calon Akim, Hanafi Mamat memberitahu Malaysiakini, beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang.

Beliau menaruh harapan dan menegaskan, jika kalahpun "mesej kita sudah sampai kepada pengundi dan mereka boleh menilai".

10.42 pagi: Ketua Penerangan PKR, Tian Chua sedang berunding dengan pihak polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar.
10.42 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob tiba di tempat kejadian. Selepas berbincang dengan para pegawainya, polis mengarahkan penyokong kedua belah pihak supaya beredar.

Terdapat kira-kira 1,000 penyokong parti politik di situ, yang terdiri daripada kira-kira 400 penyokong BN dan 600 penyokong Pakatan.

10.30 pagi: seorang penyokong Pakatan ditahan di SK Sri Penanti kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN.
10.10 pagi: Anwar berkata beliau berharap dapat angkat sumpah di Parlimen esok dan "kita akan masuk Parlimen dengan agenda yang jelas dan mereka (BN) patut bangun dengan menerima realitinya".

Dalam ucapan ringkasnya selepas membuang undi, Anwar berkata, beliau menerima sokongan kuat penduduk Permatang Pauh.
10.05 pagi: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh berkata pihaknya sedang menyemak perbezaan muka surat dalam daftar pengundi yang diberi pada PKR dan yang digunakan di saluran dua, SK Seberang Jaya 2.

Katanya, muka surat 8 hingga 21 dalam daftar yang diberikan kepada PKR adalah untuk pengundi saluran dua, tetapi mengikut daftar pemilih yang digunakan oleh SPR pagi ini, bagi pengundi saluran dua adalah muka surat 1 hingga 14.

10.00 pagi: Anwar dan Dr Wan Azizah beredar dari SK Seri Penanti selepas kedua-dua mengundi di SK Sri Penanti. Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, ia bukan Anwar lawan calon BN, tetapi melawan seluruh jentera kerajaan. Bagaimanapun, Anwar yakin menang.

9.38 pagi: Anwar tiba di SK Sri Penanti untuk membuang undi. Beliau yang berbaju kameja biru dan bersongkok, bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

9.31 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertembung Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang di pusat pengundian di SK Seberang Jaya 2.

Penyokong Pakatan melaungkan 'Altantuya, pembohong, penipu' manakala penyokong BN pula melaungkan 'Hidup BN'

9.30 pagi. Menurut sumber yang layak dipercayai, 9 daripada 10 pengundi di SK Sri Penanti difahamkan memilih Anwar.


9.10 pagi PKR menghantar ‘alert' menyatakan senarai daftar pengundi yang digunakan di SMK Seberang Jaya 2, dalam DUN Seberang Jaya 2, berbeza dengan senarai yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini. Bagaimanapun, difahamkan berlaku perbezaan muka surat dalam daftar pemilih yang digunakan oleh pihak parti dan SPR di pusat pengundian tersebut.

9.05 pagi: Jumlah penyokong Pakatan di SK Sri Penanti, semakin bertambah mencecah kira-kira 700 orang. Manakala penyokong BN pula dianggarkan seramai 300 orang.

8.45 pagi: Kira-kira 30 sedang berbaris untuk mengundi di SK Sri Penanti. Manakala jumlah penyokong BN bertambah kepada kira-kira 250 orang manakala penyokong Pakatan pula meningkatkan kepada kira-kira 300 orang.

Penyokong BN kedengaran melaung liwat, penyokong Pakatan ada kata Altantuya, Ada juga penyokong Pakatan tunjuk wang kertas RM50 ke arah penyokong BN. Ada penyokong Pakatan Tanya BN ‘Tak nyanyi lagu ke'. Penyokong BN jawab ‘liwat'. Bila kenderaan lalu, mereka bersorak.

8.30 pagi: Terdapat kira-kira 200 penyokong BN dan 200 penyokong Pakatan berada di SK Sri Penanti menunggu ketibaan Anwar. Kedua belah pihak dipisahkan oleh jalanraya dan berada kira-kira 20 meter dari situ. Penyokong PKR melaungkan ‘Reformasi' manakala di pihak BN, mereka menyanyikan lagi ‘Barisan Kita". Kelihatan kira-kira 50 anggota polis bertugas mengawal keadaan di situ.

Pengundi dijangka keluar awal untuk mengundi ekoran Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dan ribut petir akan berlaku di sebelah petang.

8.15 pagi: Keadaan lalu lintas di sekitar Permatang Pauh terkawal dan kenderaan yang membawa lambang BN dan PKR mundar-mandir mengangkut pengundi.

Seramai 6,000 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan keselamatan di Permatang Pauh untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

8.08 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah merupakan antara orang pertama membuang undi sebaik sahaja pusat pengundian di buka di SK Seberang Jaya 2. Anwar dijadual mengundi jam 9 pagi.

Ketika ditemui pemberita, Arif Shah menyifatkan angka 8 adalah nombor bertuah baginya. Isteri beliau, Datin Latifah Asmawi dan anak sulung mereka, Izwan Shah, turut mengundi di tempat yang sama.

Terdapat kira-kira penyokong kedua belah pihak membawa bendera parti masing-masing Penyokong Pakatan juga kelihatan memakain topeng Anwar dan bersorak antara satu lain.

8 pagi: Sejumlah 110 saluran di 25 pusat mengundi, dibuka kepada 58,459 pengundi membuang undi dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Tujuh daripada 25 pusat mengundi itu terletak di sekolah menengah kebangsaan manakala bakinya terletak di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan serta dewan orang ramai.

Pilihanraya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah 51; calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61, dan Hanafi Hamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Ia diadakan berikutan peletakan jawatan anggota parlimennya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihanraya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.

Anwar mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Penanti manakala Arif Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jaya 2.

Monday, August 25, 2008

Kedah Juara Lagi !!!

Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bersama-sama Ketua Pasukan Kedah , Victor Andrag menjulang Piala Malaysia yang dimenangi skuad Hijau Kuning selepas menewaskan Selangor 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil

Sumber:Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Kedah membuktikan kejaguhan mereka sebagai gergasi bola sepak negara selepas membenam Selangor 3-2 pada perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-82 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.Kejayaan itu sekali gus menjulang Kedah untuk terus mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu juara liga, Piala FA dan Piala Malaysia buat musim kedua berturut-turut.

Di samping itu, ia merupakan kali keempat Kedah menjulang Piala Malaysia selepas melakukannya pada 1990, 1993 dan 2007.

Lebih manis, kejayaan Kedah itu dicipta di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan kira-kira 50,000 penonton.

Kejayaan gemilang ini turut dilihat sebagai hadiah perpisahan paling bermakna buat Marlon, Nelson dan Cornelius Bernard Huggins ekoran larangan terhadap khidmat pemain asing mulai musim depan.

Marlon dan Nelson menyeksa Selangor dengan dua gol dalam tempoh dua minit mulai minit ke-30 disusuli Fadly pada minit ke-38 sementara Selangor membuka jaringan menerusi pemain import dari Liberia, Frank Seator, minit ke-17 sebelum Safee Sali cuba merapatkan jurang kedudukan pada minit ke-77.

Anak didik Azraai Khor Abdullah turut menyekat hajat Gergasi Merah Kuning bimbingan Dollah Salleh untuk menebus dendam kekalahan 3-2 pada perlawanan akhir Piala FA di Shah Alam, 21 Jun lalu.

Thursday, August 21, 2008

MPP UIA mahu pakaian konvokesyen lama dikekalkan

Sumber: harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Hrkh) - Permohonan Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk mengekalkan pakaian rasmi Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-25 iaitu jubah hijau beserta songkok ditolak pihak universiti.

Dalam satu pertemuan wakil SRC dengan Timbalan Rektor Bahagian Akademik dan Penyelidikan, Prof Dato' Dr Md Tahir Azhar bersama Presiden SRC, Muhamad Adib Hatim, Timbalannya, Nor Hafizah Ismail dan Abdul Hayyi Salim pihak universiti bertegas mahu meneruskan pembaharuan yang telah dirancang dengan alasan ia adalah sempena ulang tahun universiti tersebut ke-25.

Mengulas mengenai keputusan pihak universiti itu, Adib berkata pihaknya kesal dengan ketetapan yang diambil memandangkan alasan yang tidak dapat diterima pihak mahasiswa.

"Kami kesal kerana pihak universiti menolak pandangan kami sedangkan yang hendak mengenakan pakaian tersebut adalah kalangan mahasiswa, bahkan dengan kos RM2.1 juta yang dihabiskan, ianya suatu pembaziran," katanya kepada pemberita.

Tambahnya, dalam pertemuan bersama pihak universiti sebelum ini pihak universiti juga tidak mahu mengiktiraf petisyen yang dihantar dengan alasan jumlah tersebut terlalu sedikit bagi mewakili sejumlah 25,000 mahasiswa UIAM lain.

Sempena majlis Istiadat Konvokesyen kali ini, pihak UIAM telah membuat pembaharuan pakaian penerima ijazah iaitu jubah yang berwarna hijau sebelum ini kepada warna biru turquoise dan songkok atau tudung putih kepada topi mortar.

Harakahdaily mendapatkan pandangan Md Tahir selepas pertemuan bersama wakil SRC untuk menjelaskan pendirian dan reaksi beliau ekoran permintaan mahasiswa terhadap pembaharuan yang dibuat.

"Pihak universiti telah terlebih awal merancang membuat keputusan ini selain menyelaraskan pakaian ini dengan Institusi Pengajian Tinggi," katanya.

Beliau turut menafikan terdapat unsur pembaziran dengan kos RM2.1 juta untuk tujuan penambah baikan ini.

"Saya tahu bukan mahasiswa sahaja tidak bersetuju, bahkan pensyarah dan kakitangan pun ada yang bantah pembaharuan ini.

"Ianya bukan bermaksud membuang nilai Islam dalam majlis istiadat tahunan ini, tetapi ia adalah proses biasa," ujarnya.

Ditanya mengenai pertemuan sebelum ini bersama wakil pimpinan mahasiswa, beliau menegaskan bahawa tidak semua perkara perlu dibincangkan bersama mereka.

"Kami kesal kerana pihak universiti menolak pandangan kami sedangkan yang hendak mengenakan pakaian tersebut adalah kalangan mahasiswa, bahkan dengan kos RM2.1 juta yang dihabiskan, ianya suatu pembaziran-Adib Hatim (Pres MPP UIAM)"

Md Tahir turut menerangkan bahawa pakaian rasmi yang digunakan pada majlis konvokesyen sebelum ini akan dijual kepada pembeli tertentu, namun enggan mengulas lanjut mengenai urusan pembeliannya.

Dalam pertemuan ringkas di pejabatnya, beliau menerima petisyen dan referendum mahasiswa UIAM yang mendesak dibatalkan perlaksanaan pembaharuan tersebut dengan alasan ia adalah identiti UIAM yang tersendiri.

Mereka turut membantahnya dengan alasan pembaziran akibat kos yang tinggi digunakan bagi tujuan itu.

Kajian mengenai pembaharuan ke atas 4,000 mahasiswa UIAM juga mendapati 83 peratus daripadanya tidak bersetuju dengan pembaharuan tersebut.

Namun, Md Tahir tetap menegaskan reaksi mahasiswa yang mahu mempertahankan itu adalah disebabkan mereka masih bernostalgia dengan kenangan lalu selain terpengaruh dengan rakan-rakan dalam menyatakan pendirian.

"Kalau nak kata ia bukan imej Islam, kita tak perlu adakan majlis secara besar-besaran seumpama sebelum ini.

"Buat penyerahan skrol sahaja kerana ia adalah cara kristian, lebih memudahkan pihak universiti," katanya lagi.

Ditanya pemilihan masa perubahan ini dibuat, beliau berkata ia adalah sempena ulang tahun ke-25 kampus tersebut.

"Kalau kita buat tahun depan, orang tanya kenapa tak buat tahun ini," ujarnya lagi.

Namun, ia menimbulkan tanda tanya kepada mahasiswa memandangkan kampus berkenaan telah 25 tahun ditubuhkan yang pada ketika itu IPT lain telah pun memiliki pakaian rasmi kononnya kini baru sahaja mahu digunakan oleh UIAM.

Kira-kira 200 mahasiswa berkumpul di perkarangan masjid UIAM membantah tindakan pihak universiti melaksanakan pembaharuan pakaian rasmi majlis konvokesyen kali ini.

Mereka diarahkan bersurai oleh pihak keselamatan universiti sebaik azan Zohor berkumandang.

Menurutnya, majlis istiadat konvokesyen tahun ini akan melibatkan sejumlah 4119 mahasiswa.

Tuesday, August 19, 2008

Makan2 di Rumah Baru Najib | 17 Ogos 08

[Tengok rumah belakang boleh dapat bayangkan rumah Najib]

[Dari kiri-hafizbad,hanif,najib, hafiz ganu, paklah]

Najib Ismail bagi saya merupakan sahabat yang agak 'nakal' ketika di universiti dan sekolah. Nakal di sini bukan bermaksud buas dan jahat tetapi nakal di sini bermaksud seseorang yang mampu mengusik jiwa dan hati seorang rakan yang lain. Beliau seorang yang mampu meredakan kegelisahan orang dan mampu juga membuatkan orang naik minyak.

Baru2 nie di kesempatan yang ada, saya bersama rakan2 yang lain mengunjungi rumah pak mentuanya yang baru. Maka satu 'makan2' telah diadakan bagi meraikan rumah yang baru itu. Dalam masa yang sama say juga telah dimaklumkan oleh Najjib yang isterinya-Feera-'due' utk kandungannya ialah bulan 10 (Oktober)ini. Tahniah Najib. Semoga dengan kelahiran insan baru ini bakal memberikan petanda baik dan murah rezeki anda.

Terima kasih atas makanan yang sedap hari itu. Segala macam makanan (sate, ayam, daging, dll) semua saya 'taruk semcam'.

Monday, August 18, 2008

Rakaman Astro Awani |

[Bersama YB Dr Tan Geng Siaw- MP Kepong]

[kali terakhir saya berjumpa dengan En Nazri Kahar (Host Perspektif Kita) 2004
masa beliau merupakan penerbit MHI TV3]


Letih.Bukan kerana jari jemari ini menari2 di atas papan kekunci tetapi kerana saya terpaksa melalui hari yang getir tatkala berada di Astro. Saya dan adik2 (protege) berada di sana pada Sabtu lepas mengikut rombongan Persatuan Mahasiswa Undang - Undang AIKOL utk sesi rakaman bagi channel Astro Awani dalam rancangan Perspektif Kita. Rakaman dijalankan utk 2 Slot iaitu Masyarkat Berintegriti dan Intergriti Badan Kehakiman.

Tapi apa yang berlaku sebaliknya apabila pihak ASTRO nak kami semua 'stay' dengan rakaman untuk rancangan TEMUJANJI sebanyak 2 rakaman. Apa lagi 'drag' ler masa citenya. Dari bleh sampai UIA kul 3pm tapi sampai UIA pukul 6.00pm. tapi ada cerita menarik disebaliknya.

Utk sesi pertama, kami semua telah dihidangkan dengan rancangan Perspektif Kita (Masyarakat Berintegriti) yang membariskan beberapa panelis yang egah dan berkarisma iaitu:

1.Datuk Siva Subramaniam(Pesuruhjaya SUHAKAM)
2.Dr Chandra Muzaffar(AJK Institut Integriti Malayasia)
3.Prof Dr Ibrahim Barjunid
4.Datuk Izzat

Temujanji
1.Prof Datuk Dr Ibrahim Abu Shah
(Naib Chancellor UiTM)

Perspektif Kita (Intergriti Badan kehakiman)
1.Prof Abd Aziz bari
2.YB Dr Tan Seng Giaw
3.Pemuda MIC
4.Timbalan Presiden IIM

Temujanji
1.Mirnawan Nawawi (Bekas Pemain Hoki Kebangsaan)

[Abg Mirnawan Nawawi bersama UIA students]

Untuk pengetahuan semua rakaman ini akan ditayangkan dua minggu dari sekarang melalui Astro Awani. Oleh itu, dengan rasa rendah diri saya menjemput rakan2 pembaca blog sekalian untuk mengikuti rancangan ini kerana beberapa'figure' telah muncul dan melontarklan idea sebagai mawakili gagasan mahasiswa Malaysia.

Tahniah saya ucapkan kepada adik2 saya (protege) Hafriez, Fitri, Hakimi, Taufik Iqbal, Zaki dan siswi Nabilah serta Nazihah (Giah). Saya bangga dengan kalian kerana berani berdiri serta bersuara di hadapan kamera dan mampu mempersembahkan harapan rakyat dan diterjemahkan melalui rakaman rancangan ini. Alhamdullilah saya berbangga dan bersyukur. kepada adik2 sekalin teruskan berjuang kerana kamu semua adalah mata rantai perjuangan dakwah Islam. Tahniah sekali lagi.

[bersama dengan adik2 HEBAT]

Saturday, August 16, 2008

Kenyataan Akhbar : Mortar Board Ganti Songkok Di Konvo UIA 08

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA KIKIS IDENTITI MELAYU

Pesta konvokesyen merupakan hari yang dinanti-nanti oleh bakal graduan. Hari itu boleh dikatakan hari bersejarah kerana bakal graduan akan dinobatkan sebagai ‘raja sehari’ dengan meraikan segala titik peluh mereka yang diperjudikan selama ini membuahkan hasil iaitu segulung ijazah. Sambutannya begitu meriah dan sesekali terpandang tiada bezanya antara sambutan di peringkat semua universiti. Namun hakikat itu dipandang meleset kerana situasi berbeza bakal berlaku di lembah Gombak.

Mungkin ramai yang terpinga – pinga apakah perkara yang bakal terjadi sehinggalah artikel ini ditulis. Pergolakan dan rasa tidak puas hati dikalangan bakal siswazah UIAM jelas terbayang tatkala pihak pentadbiran universiti mula memperkenalkan sistem pemakaian baru sempena majlis konvokesyen. Sistem pemakaian ini dikatakan bertukar apabila UIAM sedang menyambut Sambutan Jubli Perak yang ke-25 tahun dan dikatakan sebagai satu usaha ‘standardize’ system pemakaian majlis konvokesyen. Apa yang dipersoalkan tentang sistem pemakaian baru ini ialah songkok yang telah digunapakai selama lebih daripada 20 tahun ini dalam acara rasmi majlis konvokesyen bakal digantikan dengan topi ‘mortar board’.

Identiti UIAM yang terkenal dengan pemakaian ‘songkok’ ketika majlis konvokesyen jelas berbeza antara university – university perdana di Malaysia. University ini mempunyai jatidiri tersendiri sehingga ada antara university lain turut meniru pendekatan bersongkok ketika majlis konvokesyen. Umum mengetahui bahawa budaya bersongkok memang sinonim dan sebati dengan budaya melayu. Oleh yang demikian, usaha untuk menukar penggunaan songkok boleh dilihat sebagai usaha untuk mengikis budaya dan adat resam Melayu di Universiti.

Penulis berpandangan bahawa walaupun UIAM berstatus university antarabangsa namun kita mampu menterjemahkan budaya kita melalui pelajar antarabangsa dengan penggunaannya dalam majlis rasmi konvokesyen. Pelajar – pelajar ini juga bakal berbangga kerana songkok bukanlah budaya mereka dan budaya ini bakal dipertontonkan di Negara mereka. Bahkan kehebatan jelas terserlah kerana penggunaan songkok dalam majlis konvokesyen merupakan penghormatan tertinggi ke atas budaya melayu yang diterapkan dalam majlis konvokeseyen.

Oleh yang demikian, penulis berharap akan wujud satu desakan dan momentum daripada NGO Melayu dan pihak berwajib agar system pemakaian topi ‘mortar board’ ini dimansuhkan. Biarlah UIAM menjadi galang ganti dan benteng terakhir mempertahankan serta memberi penghormatan tertinggi budaya Melayu yang juga jelas merupakan budaya kebangsaan dalam masalah ini kerana rata – rata university tidak lagi mengamalkannya. Semoga pengiktirafan songkok dalam majlis rasmi acara konvokesyen diteruskan dan diperjuangkan.

Sekian, terima kasih.

Kiriman Oleh:
Muhammad Hafiz bin Badarulzaman
Mantan Timb. Presiden 1
Persatuan Mahasiswa Undang – Undang,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Friday, August 15, 2008

Bersama Bakal CEO di ILSAS, UNITEN | 100808

MTDC dan FRIM telah bekerjasama mengadakan satu program ala2 Apperentice. Program ini telah berlangsung lebih 5 minggu bagi memilih beberapa peserta yang akan dilantik menjadi CEO sebuah syarikat berdaftar oleh kerajaan Malaysia. Mereka akan dibekalkan bajet permulaan sebanyak RM 500,000.00 untuk berbisnes. 'Core Bussiness' mereka ialah BIO TEKNOLOGY dan tidak hairan jika dikatakan peserta2 ini terdiri dari latarbelakang ijazah BioTek.

Setakat hari ini, hanya tinggal 24 orang sahaja peserta dan MTDC masih lagi menunggu masa samada untuk menyingkir sebahagian atau meneruskan baki peserta yang ada. Tn Hj Fadzli Yusof telah dijemput untuk memberikan galakan motivasi dan saranan kecemerlangan untuk para peserta tentang bagaimana untuk menjadi usahawan berjaya.

Saya juga telah dipanggil oleh Tn Hj Fadzli Yusof untuk membantunya sedikit modul tentang keusahawanan. Program yang telah dijalankan selama sehari ini memberikan impak yang positif terhadap para peserta dan mereka tampak makin bersemangat untuk mengekalkan kedudukan masing2 agar tidak tersingkir. Kebetulan bersama mereka, saya telah diperkenalkan oleh beberapa orang peserta yang mmerupakan 'Anak Kedah.' Tahniah semua Anak Kedah kerana berani dan bijak dalam membuat keputusan.

Diharapkan agar motivasi yang dikongsi bersama bakal menempa satu semangat dan tekad keazaman.

[Antara modul Tn Hj Fazli Yusof - Salam Kemenangan]

[...Sapa paling banyak bersalam dia dikira juara..!]

Thursday, August 14, 2008

Star Kids Camp | 090908

[Bersama dengan Ustaz Nordin Jaafar (Ex-Raihan) selaku penceramah program]

[Ingat ILMU itu perlu diamalkan-Slot Tazkirah]

Kem Bina Semangat yang dimiliki penuh oleh Yayasan Selangor merupakan sebuah pusat latihan yang terkenal dengan pelbagai kemudahan dan mempunyai harga yang berpatutan. Baru - baru ini, saya sempat meluangkan sedikit masa untuk membantu rakan saya dalam slot 'Muhasabah Diri'. Tempat ini pernahku tinggalkan lebih dari tiga tahun yang lalu. Itulah kali terakhir kaki ini menjejak ke bumi Ampang Pecah yang ketika itu saya bersama dengan rakan2 saya (Adib & Dhany)serta Abg Razak di bawah Al Farabi Konsultan untuk satu kem entah pelajarnya dari tahun berapa.

Tetapi masa yang berlalu tetap seperti dulu. Persekitaran yang tiada perubahan mengingatkan detik2 lampau tatkala merasai ukhwah berfasilitator bersama dengan rakan2 yang kini membawa jalan masing2. Mungkin segala kenangan ini ditinggalkan sementara kerana banyak perkara yang dapat berkongsi bersama dalam entry ini. Program yang melibatkan pelajar Sekolah Agama Huda Wangsa Maju telah di 'sponsor' oleh YB Datuk Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan sebagai satu medan jihad untuk tarbiyyah dan ruhiyyah diri.

Dalam program ini, saya menyedari beberapa faktor untuk menjadi fasilitator dan urusetia yang baik.

1. Fasilitator fleksibel
Ramai yang tidak mengetahui bahawa peranan fasilitator seharusnya lebih bersifat murunah (fleksibel). Seseorang itu tidak hanya bertindak menunggu arahan tetapi beliau harus bijak menimbulkan persoalan agar arahan dapat dikeluarkan dengan pantas dan jelas.

2. Kem Komandan Yang Aktif
Timbul juga persoalan adakah perlu ada Kem Komandan bagi setiap program. Saya berpandangan ia terletak kepada kreativiti penganjur. Kadangkala peranan Kem Komandan termasuk dalam peranan Programme Koordinator. Harus diingat Kem Komandan perlu bersifat aktif bukan sekadar menumpukan 'jobscope' semata malahan perlu berfikiran 'out of box'

3. Jangan Bersifat Complicated
Saya juga berpendapat bahawa kursus motivasi tidak perlu diuruskan secara komplikated kerana ia tidak memerlukan protokol yang tinggi. Hal ini kerana ia tidak melibatkan kehadiran VVIP. Oleh yang demikian, adalah menjadi KESILAPAN yang BESAR sekiranya urusetia bertelingkah atas isu yang kecil ini kerana cuba membuat segalanya komplikated. Jangan kita samakan kursus motivasi macam program konvensyen atau kolokium kerana urusetia yang diperlukan tidak sebanyak program yang disebut.

[Adik2 manis sedang beratur menantikan sesuatu]

Wednesday, August 13, 2008

Konvensyen Saudara Baru 2008 | 090808

[Puan asal dari mana??-ketika sesi interview]

Sabtu lepas menitipkan satu sejarah yang baru. Dengan jemputan dari La Khauf Konsultan, saya memberanikan diri untuk menjadi MC ala2 Deejay bagi menjayakan "Family Day" Konvensyen Saudara Baru Peringkat Kebangsaan 2008. Pertamanya ingin saya larikkan seribu satu kemaafan buat Sdr Amin Idris dan Team RK Training yang lain kerana gagal MENGHADIRKAN DIRI ke Sek Kota Damansara yang dijadualkan bertembung bagi tarikh yang sama.

'Excuse'ini saya kira wajar apabila diambil kira situasi dan kondisi La Khauf yang ditunjangi oleh Sdr Mukhlis Nazri kerana mendapat tawaran projer dari JAKIM yang amat besar ini dengan 'man power' yang tidak mencukupi. Kekusutan yang dirasai oleh Sdr Mukhlis dapat tempiasnya apabila beberapa urusetia yang menarik diri dalam saat2 akhir.

Hebat dan Mantap!!!Itulah perkataan yang dapat diluahkan apabila saya bertemu empat mata bersama anak2 para MUALAF ataupun SAUDARA BARU. Mereka ini mempunyai potensi yang besar dalam membina kehidupan MUSLIM. Cumanya persoalan yang ditimbulkan ialah bagaimana persepsi masyarakat Islam lain terhadap mereka? Realiti menunjukkan bahawa Komuniti Muslim lain seakan tidak menghargai dan melepaskan batuk di tangga terhadap Mualaf ini. Mereka terkapai2 tanpa bantuan kuat dari rakan seagama mereka.

[Yer...Kita banyak lagi acara yang bakal dipertandingkan..]

Program yang bertemakan hari keluarga ini memuatkan beberapa aktiviti yang melibatkan anak2 sahaja, anak2 dan ibu serta ibu sahaja. Bagi kategori anak2, terdapat tiga bahagian yang dipecahkan iaitu umur 7-9 thn, 10-12thn, 13 thn ke atas. Manakala kategori ibu dan anak2 bebas. Permainan yang dipertandikan seperti, Jangan Lupa Ayat, Teka Silang kata, Spelling, Mewarna, Gubahan Bunga Kertas,Rekaan Baju Kertas dsb.

Walaubagaimanapun, saya ucapkan TAHNIAH buat JAKIM kerana berani menyediakan kepercayaan yang jitu kepada La Khauf untuk menjayakan program ini. JAKIM juga bertindak bijak memberi perkhidmatan terbaik agar kebajikan Mualaf terpelihara. Semoga program ini diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih kepada La Khauf atas jemputan.


[Tulang Belakang Hari Keluarga Mualaf 2008]

[kita mesti menang pertandingan nie..]

[Yasir yang menjadi juri bagi pertandingan Spelling]

Tuesday, August 12, 2008

Konvokesyen Kak Ngah di UKM | 110808

[Abang dia pun taknak lepaskan peluang!!!]

[bersama dengan kawan lamanya]

[Dart pun nak bergaya dengan mak jugak]

Semalam, hari bersejarah dalam family saya apabila adik saya yang kedua dinobatkan sebagai anak pertama famili En. Badarulzaman & Pn. Rohani yang kini bergelar siswazah. Amboi!! Cepat dari abang dia. Ala kullihal, siapa cepat tiada menjadi masalah kerana apa yang penting ialah tuntutan Ilmu itu menjadi perkara pokok dan asas kepada kita yang bernama Muslim. Itupun sebab abang dia sambung belajar lagi dan tahun ini juga akan konvo. Insya Allah.

Tahniah saya ucapkan kepada K.Ngah kerana kini telah bergelar graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga Allah memberkati dan melindungi dirimu serta menjadikan ilmu itu sebagai manfaat kepada manusia sehingga ke akhir hayat.

Wednesday, August 6, 2008

Bersama Seminar Motivasi Islam SMK Raja Ali | 2 ogos 08

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah dipanggil oleh rakan - rakan UIA untuk bersama - sama menjayakan sebuah program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam di sekolah terbabit dengan kerjasama beberapa pelajar UIA. Program sehari ini mengumpulkan hampir 70-80 pelajar terpilih putra dan putri.

Saya telah diberikan tugas untuk menyampaikan ceramah bertajuk 'Islam Sebagai Gaya Hidup' dan juga saya bersama rakan2 UIA lain turut dipilih untuk menjadi fasilitator. Konsep dan pembawakan program tetap sama namun beberapa pengisian dan pengalaman telah saya timba sepanjang program ini. Antara lain beberapa permainan yang diisi dengannya objektif namun kadangkala menjadi sukar (modul tersebut) disebabkan kurangnya kerjasama antara pelajar dan fasilitator.

Persoalan ini dapat dirungkai dengan kita melewati sejarah dan latarbelakang sekoalh tersebut. Kebetulan pulak, rakan2 saya yang sedang melalui praktikal di sekolah terbabit pernah dimaklumkan oleh para guru di sana bahawa kes2 disiplin merupakan masalah terbesar di sana. pernah beberapa ketika para pelajar cina dan india terpaksa dibawa ke balai polis kerana berlaku pergaduahan besar.

Maka secara tidak langsung, pertumbuhan yang tidak sihat ini seakan berjangkit kepada pelajar lain. Maka ini merupakan tugas kami selaku penceramah dan fasilitator memberikan kesedaran khas kepada mereka. Bibit tingkah laku itu terserlah dalam aktiviti berkumpulan apabila beberapa pelajar enggan bekerjasama (bukan semua pelajar). Maka keputusan yang dibuat oleh para fasilitator ialah dengan bersabar dan mencari alternatif lain bagi menimbulkan kesedaran.

Alhamdullilah, walaupun perjalan program ini hanya memakan sehari suntuk namun kesannya diharapkan agar membuahkan hasil. Insyaallah. Kami semua yakin anda mampu MENGUBAH NASIB anda. Teruskan Berusaha.


[Adik2 perempuan kumpulan saya]

[sebahagian peserta lelaki]

[Bergambar kenangan bersama guru panitia agama dan para fasilitator]

[peserta lelaki yang kusyuk mendengar ceramah]

[para peserta putri]

Tuesday, August 5, 2008

Israk Mikraj di Setiabudi | 300708



Terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz Zarifi Daud kerana memberikan saya peluang menggantikannya dalam menyampaikan ceramah di Sekolah Kebangsaan Setiabudi. Sekolah ini merupakan milik penuh IIUM Education Sdn Bhd dan menggunakan silibus agama yang dikeluarkan oleh JAIS.Ini bermaksud para pelajar sekolah rendah ini akan belajar matapelajaran seperti Tauhid, Fekah, Tafsir dan sebagainya. hebat bukan??

Apa yang mampu saya katakan ialah para pelajar di sana sangat bijak. Memang tidak menghairankan sekiranya orang berkata pelajar sekolah swasta 'hebat' daripada pelajar sekolah kerajaan. Bayangkan sepanjang ceramah saya kepada para pelajar tahun 4 & 5, pelbagai persoalan berkaitan Israk Mikraj semuanya dijawab dengan mudah. AllahuAkbar!! Inilah mata rantai dakwah yang dicari Ummah. Tahniah para pelajar Setiabudi.

Monday, August 4, 2008

YB Dato Dr Hasan Ali di UIAM


[Budak2 CFS kena belasah dengan team HS]

[team konvoi YB Dato' Dr Hasan Ali]

[Ajut-Org kuat Ekonomi bersama dengan Maaruf Unit SRC]

Majlis Perwakilan Pelajar UIAM telah mengadakan satu perlawanan bola sepak antara Kulliyyah di universiti ini. Pada malam Sabtu hari Jumaat, saya berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa utk memberikan sokongan kepada team yang bermain pada malam itu (final).

Apa yang menarik ialah kehadiran YB Dato' Dr Hasan Ali (Exco Kerajaan Negeri Selangor). MPP UIAM telah bersetuju mengadakan konvoi untuk menyambut kehadiran YB Dato Hasan Ali. Seperti biasa dalam mana2 aktiviti yang bersifat sosial ini memang merupakan kegemaran saya dan Alhamdulillah, malam itu saya sempat meluangkan masa bersama mereka untuk ikut serta dalam konvoi itu.

Walaupun ia hanyalah keputusan untuk bersama yang dibuat dalam masa yang singkat, saya tetap yakin bahawa mahasiswa yang ada pada malam itu, menghormati YB Dato sebagai wakil kerajaan yang sah pada malam itu. Semoga YB Dato' dapat melaungkan lagi masa bersama kami mahasiswa UIAM.

Terima kasih diucapkan kepada YB Dato atas kesudian merasmikan majlis penutup Perlawanan Bola Sepak Antara Kuliyyah UIAM.