"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, May 30, 2008

ISU SEMASA: Ezam Md Noor Sertai UMNO


Semalam mantan Ketua Pemuda PKR telah kembali menyertai UMNO dan beliau telah mendaftar sebanyak RM 100 sebagai ahli UMNO seumru hidup. Buletin Utama TV3 memberikan ulasan lanjut berkaitan penyertaannya semula ke dalam UMNO yang dianggap sebagai positif.

Ramai yang beranggapan bahawa Sdr Ezam Md Noor telah bertekad mahu membasmi rasuah melalui dalam kerajaan dan kuasa di luar kerajaan agak terhad. Nantikan perkembagan terbaru dari ahli poltik mu da ini.

Thursday, May 29, 2008

Buku Kuasa Hijrah Kuasa Berubah Menang Anugerah!! Tahniah


Tahniah saya ucapkan kepada Sdr Fadzli Yusuf yang telah berjaya merangkul Anugerah Buku Pilihan Pembaca bagi kategori Bahasa Malaysia sempena Pesta Buku Popular, Bookfest @Malaysia 2008 baru - baru ini di KLCC. Beliau setakat ini telah menerbitkan hampir tiga puluh buah buku yang kesemuanya terbitan PTS begitu mendapat tempat di hati para pelajar sekolah.

Kepada mereka yang belum pernah memilikinya, sila dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran. Buku yang sarat dengan nasihat, tips dan petua ini perlu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat.

Tahniah sekali lagi buat Sdr Fadzli Yusuf!!


Berita penuh di link ini :-
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20080528081321/Article/

Boost Up!!! Motivasi di Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak

[Ketika berkongsi pandangan bersama para pelajar]

[Para pelajar yang 'membanjiri' surau PSAS, Perak]

[Ketika 'peak' dalam ceramah]

[Di atas surau pun ada yang kusyuk mendengar]

Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim Perak akan menjadi satu ingatan bagi saya apabila buat pertama kali, saya telah menyampaikan ceramah dihadapan hampir seribu orang (audience). Program ini berlangsung antara Maghrib dan Isyak pada 27 Mei 2008. Ini merupakan pengalaman pertama yang seumpama ini dan saya berterima kasih penuh kepada Sdr Fadzli Yusuf yang membenarkan saya mewakili RK Training & Management. Beliau adalah insan yang banyak mengajar saya erti sebuah hidup brkonsultan.

Pelbagai dorongan dan nasihat yang diberikan beliau agar saya lebih tekun memahami konsep bermotivasi. Saya juga ucapkan terima kasih tidak terhingga buat beliau kerana memberi kepercayaan kepada saya selama ini dan turut menghadiahkan bukunya untuk mmberi perangsang dan motivasi kepada saya.

Saya yakin dan percaya walaupun ceramah saya selama sejam yang saya penuhi di Politeknik itu, saya berpendapat bahawa para pelajar di sana mampu untuk mengikuti dan memahami kuasa matlamat hidup. Para pelajar perlu menyakini bahawa Matlamat Hidup tidak akan berjaya sekiranya tanpa usaha berlipat ganda.

Kuasa Matlamat + Kuasa Usaha = ANDA Berjaya!!

Kuasa Matlamat
Pernah saya nyatakan bahawa sejarah Islm membuktikan para sahabat berjuang kerana mereka mempunyai MATLAMAT YANG JELAS. Lihatlah para sahabat seperti Bilal bin Rabbah yang diletakkan batu di atasnya beliau masih lagi meyakini Keesaan Allah. Begitu juga kuasa hebat matlamat keluarga Yasir yang mati dibunuh dengan kejam dan merupakan syuhada' pertama dalam Islam. Matlamat mereka jelas maka segalanya pasti berubah.

Kuasa Usaha
Namun begitu matlamat perlu disatukan dengan usaha. Tanpa usaha matlamat akan menjadi sia-sia. Mari kita melihat kejayaan tokoh2 barat seperti Conrod Hilton. Beliau mempunyai matlamat yang jelas iaitu ingin menjadi pengusaha Hotel terkemuka dunia. Akhirnya, hotel beliau hampir mempunyai cawangan beselerak seluruh pelusuk dunia. Beliau berusaha gigih untuk mencapai kejayaan itu.

Kalau mereka (tokoh-tokoh) ini mampu untuk menghasilkan momentum besar di peringkat dunia, apakah anda semua tidak mampu?? Jawapannya ialah YA!! Anda MAMPU. Kenapa?? Dengan Matlamat + Usaha = Kejayaan. Oleh itu, para pelajr Politeknik Sultan Azlan Shah, saya yakin Anda semua MAMPU melakukannya.

Wednesday, May 28, 2008

Motivasi bersama INTIS Consultant

[Bersama SS Dr Asri Zainal Abidin di tapak program]

[Tempat penginapan kami-Banglo Mewah Tmn Sri Ukay]

Pada 23 hingga 24 Mei 2008 yang lalu, saya sempat bersama2 dengan sahabat bagi menjayakan sebuah program di bawah naungan Konsultan Institut Pemikiran Imam Syafie (INTIS). Program telah dijalankan di Surau AL Muhajirin Tmn Sri Ukay. Alhamdullilah di sana, pelbagai pengajaran dan pengisian yang saya timba sejajar dengan tuntutan untuk beramal dengan hadis dan sunnah nabi tercinta.

'Core Bussiness' konsultan tersebut ialah modul berkaitan sifat solat nabi. Cumanya pada program kali ini INTIS telah beralih arah dengan menyepadukan antara modul penghayatan sifat solat nabi dan motivasi pendidikan. Saya sendiri bersyukur kerana telah diberikan peluang untuk berkongsi pandangan melalui slot motivasi dan tajuk Motivasi yang dibawa ialah Mengenal Potensi Diri.

Saya membawakan 7 Petua Mengenal Potensi Diri.
Petua Pertama - Kuasa Unsur Manusia

Manusia mempunyai 4 Unsur iaitu:-

1.Unsur Ruh
Perjalanan hidup manusia bermula dengan perjalan ruh. Allah pernah bersabda dalam Quran, mafhumnya:- "Bukankah Aku tuhanmu? Manusia menjawab-Bahkan, ya Tuhan kami." Ayat ini menerangkan bahawa kita sebagai manusia sudah berjanji dan berikrar bahawa Allah adalah tuhan kita. Oleh itu, matlamat penciptaan manusia ialah Ibadat dan Khilafah. Maka secara tidak langsung, setiap manusia punya matlamat yang serupa dan kejayaan matlamat ini hanya mampu dicapai bila kita mengetahui potensi diri kita.

2.Unsur Jasad
Jasad adalah sebuah jisim manusia yang dihadiahkan oleh Pencipta apabila kita melalui alam rahim selama 9 bulan. Manusia kadangkala dianugerahkan segala cukup sifat dan kadangkala diuji dengan sifat yang terhad(cacat). Tetapi potensi diri tetap sama sekiranya kita berjaya mengenalinya walaupun sifat kita berbeza. Jawapannya terletak di tangan anda.

3.Unsur Akal
Akal adalah anugerah yang paling istimewa buat manusia. Dengan akal juga merupak perbezaan antara kita dan makhluk lain. Saya teringat sebuah ayat dalam surah Al Baqarah yang mafhumnya, malaikat berkata,"bukankah kami ini makhluk yang sentiasa memuji (tahmid), membesarkan (takbir) dan mensucikan (Taqdis) Kamu, Ya Tuhan." tetapi apa yang menyebabkan mereka tunduk kepada manusia ialah kerana akal yang diberikan. Kemuliaan ruh terletak pada Akal. Teruknya ruh kerana teruknya Akal manusia.

4.Unsur Nafsu
Manusia juga dibezakan dengan makhluk lain atas 'keyword' nafsu. Namun nafsu manusia kekadang boleh merosakan dan kekadang mendatang manfaat. Tanpa nafsu manusia tidak ubah seperti binatang. Namun dengan nafsu manusia boleh berubah LEBIH dari binatang. Oleh itu, kuasa potensi diri manusia terletak pada betapa bijaknya kita menjinakkan nafsu. Sudahkan ANDA menjinakkan nafsu ANDA??

[Malam Akhir -BBQ bersama adik2]

Selain itu, saya juga telah diamanahkan untuk menjadi fasilitator dalam program ini. Apa yang menggembirakan apabila kumpulan saya merupakan pesertanya yang terdiri dari mereka yang 'heavy weight'. Boleh dikatakan semuanya enjin 3.0 berbanding fasilitator lain yang mengawal peserta berenjin 660. Secara keseluruhan peserta kumpulan saya berusia 16thn - 20thn.

Perbincangan LDK lebih tertumpu kepada penerapan nilai2 Islam dan perbincangan berkaitan asas tauhid. Bahkan ujian tilawah Al Quran juga diadakan bagi memastikan para peserta menguasai bacaan ayat suci Al Quran.

[Ahli Usrahku-Otai berambut Jepun & Korea]

[Semua ahli jemaah fasilitator yang letih dan penat-hari akhir nie]

Friday, May 23, 2008

Tontonilah Keputusan Rasmi Perbicaraan Pulau Batu Putih melalui Hafizbad.blogspot.com dari TV 1 secaa langsung pada 23 Mei 2008 (Hari INI)

Pulau Batu Putih Sewaktu Penghujahan Dua Buah Negara

Wednesday, May 21, 2008

sumber:Malaysiakini.com

Muhyiddin: Tindakan Dr M 'kritikal'

Naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan parti itu semalam sebagai "kritikal".

Muhyiddin juga berkata tindakan Dr Mahathir itu "pastinya akan membawa kesan kepada beberapa pihak, maka anggota Umno perlulah berhati-hati supaya perpaduan orang Melayu tidak akan terjejas", lapor Bernama dari New York.

"Kalau semua orang mengambil tindakan sebegitu maka tiada orang lagi dalam Umno. Siapa yang nak berjuang untuk orang Melayu?

"Bagaimana kepimpinan kita dalam Barisan Nasional dan kerajaan?" beliau dipetik sebagai berkata sebagai mengulas ura-ura anggota Umno cawangan di Johor bakal mengikut jejak Dr Mahathir.

Melahirkan perasaan terkejutnya dengan keputusan bekas presiden Umno itu, Muhyiddin menasihati anggota Umno supaya tidak tergopoh-gapah membuat keputusan yang boleh merosakkan parti, kedudukan orang Melayu dan negara.

Beliau berkata tindakan perlu diambil secara bijaksana dan berhemah supaya keadaan tidak bertambah buruk lagi.

Muhyiddin, yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, berkata kepada pemberita selepas seminar Peluang Perniagaan Malaysia-Amerika Syarikat di negara itu semalam.

Beliau juga dilaporkan berkata, penting bagi anggota Umno menjaga keselamatan parti dan kedudukan orang Melayu kerana "parti komponen BN akan hilang keyakinan jika Umno terus bergolak."

"Kalau ada mesej daripada tindakan yang memeranjatkan ini, apa yang perlu dibuat adalah melalui proses demokrasi dalam parti melalui musyawarah, muzakarah dan perbincangan.

"Kalau mereka tidak puas hati ada caranya seperti proses pemilihan parti. Di situ ahli parti boleh memberikan cadangan yang perlu dibuat untuk menyelesaikan kemelut di dalam Umno," katanya seperti dilaporkan.

Sunday, May 18, 2008

Tontonilah Rancangan Sidang Parlimen melalui Hafizbad.blogspot.com setiap minggu:-

Sidang Parlimen Siaran Langsung
Setiap Isnin Hingga Kamis
10 pagi
RTM 1

Seminar Analisis Pasca PRU di UIA

Satu program telah berjaya dilaksanakan berkaitan dengan rumusan dan analisis PRU oleh Persatuan Pelajar Sains Politik, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM. Program ini telah mendapat kerjasama dari Pusat Penyelidikan UIAM.

Seminar Sehari ini membariskan panelis yang egah dan berkarisma seperti Steven Gan dari Malaysiakini.com, Ibrahim Suffian dari Merdeka Center, Ahli Akademik UIA dsb. program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi SPR iaitu Tan Sri Datuk Panglima Abr Rasyid Rahman.

Sesi perasmian bermula seperti biasa dan antara sedutan ucapan Tan Sri berkaitan dengan situasi PRU di Australia dan Zimbabwe. Selain itu, beliau juga turut menyentuh berkaitan pembatalan dakwat kekal di jari (indensible ink.Beliau menyatakan bahawa cadangan itu dihentikan kerana SPR mendapat maklumat bahawa PAS akan melakukan penipuan dengan pembelian dakwat serupa melalui Thailand. Ramai yang tersenyum apabila beliau menyentuh isu itu.

"Pelajar UIA berani bersuara berbanding pelajar Universiti lain sejak kebelakangan ini"
- Steven Gan


Sesi kedua yang membariskan panelis seperti Steven Gan, Ibrahim Suffian dan Dr Nik Hisyam lebih bernyawa. Ini kerana masing - masing mempamirkan 'slide' terkini beserta fakta dan statistik yang menunjukkan analisis PRU ke-12. Ibrahim Sufiian membawa fakta dan kajian berkaitan dengan:

1.Kehendak dan kemahuan rakyat Malaysia dalam PRU.
2.Ketidakpuasaan hati pengundi Melayu, Cina dan India terhadap BN
3.Isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat
4.Undi Swing dari Cina dan India.
5. Konklusi dan Rumusan kajiaannya.


Ini agak berlainan dengan presentasi oleh Dr Nik Hisyam yang membuat kajian berdasarkan pola penduduk sekitar Perlis dan Kelantan sahaja kerana negeri tersebut majoritinya adalah melayu. Apa yang berbeza ialah rata - rata melayu Perlis menyokong BN dan Melayu Kelantan menyokong PAs.

Steven Gan pula membentangkan peranan Malaysiakini yang membuat liputan sepanjang PRU. Antara pesanan beliau apabila merumuskan perbezaan antara jurnalis dan bloggers ialah:
Jurnalis:-
Perlu mencontohi bloggers yang bersifat lembut (kindness) dan professional.

Bloggers;-
Perlu mencontohi Jurnalis dari segi:-
1.Etika kewartawanan
2.Tidak menyebarluaskan 'hearsay'


Itulah antara rumusan dan konklusi yang dibuat dalam sesi pertama manakal sesi kedua menyentuh berkaitan outcomes dari analisis isu PRU.

[Bersama dengan sifu bloggers-Steven Gan]

[Steven dalam pembentangannya]

[Tidak kulupai bersama Pengerusi SPR-Tan Sri Rasyid Rahman]

Friday, May 16, 2008

Konvoi Bermotor Sempena Jubli UIA ke-25

[Peserta Konvoi Terbaik]

Konvoi bermotor merupakan satu program yang menyeronokkan. UIA telah meraikan ulangtahun penubuhannya dengan mengadakan konvoi bermotosikal. Konvoi ini telah dibantu oleh polis trafik Selangor dan Kuala Lumpur seramai 13 motosikal dan satu MPV. Dalam berkonvoi beberapa etika perlu dipatuhi antaranya:-

1.Perlu memastikan motosikal anda mengikuti nombor badan yang diberikan kepada setiap penunggang.
2.Menungggang secara berbaris dua setiap motosikal.
3.Mematuhi arahan lalulintas.

Setiap penunggang dibekalkan wang sebanyak RM 10 sebagai saguhati untuk mengisi minyak. Kami telah melalui 3 Destinasi penting iaitu:-

1.Mahallah-Mahallah
2.Istac
3.Matriks PJ

Perjalanan kami bermula dengan mengelingingi UIA. Kemudiannya berhenti di setiap mahallah beserta hadiah2 menarik dari koperasi UIAM. Soalan yang diberikan begitu mudah iaitu perkara2 berkaitan UIA seperti Siapa rektor pertama, bila ditubuhkan, tagline UIA dsbnya.

Setelah selesai semuanya dan makan tgh, kami pun bertolak ke ISTAC. Di sana kami telah disambut oleh Dekan IStac dan diberikan sedikit penjelasan berkaitan ISTAC. Saya dahulunya pernah menjejakkan kaki ke sana tetapi sebagai petugas katering dan bukannya peserta konvoi. Allahu Akbar, indah dan permai buminya. Suasana dewan menggamit jiwa tatkala melihat dekorasi dan kerusinya seakan pemandangan di gereja. Mungkin atmosfera dewan ini sesuai dengan para pelajar yang ingin mendalami sarjana dalam bidang falsafah.

Kemudianya, kami dilepaskan semula utk meneruskan perjalanan ke Matrik PJ. Di sana tiada siapa yang menyambut kami dan sekadar berhenti makan petang kerana ia merupakan perjalanan terakhir kami. Di situlah, saya terkenang kembali kisah ketika muda belianya saya dan bermulalah erti mengenal menara gading. Alhamdullilah, sehingga jari jemari yang memetik papan kekunci ini yang kini telah bergraduasi dari bumi waqafan, saya bersyukur kepada pensyarah - pensyarah yang telah mengajar saya dengan penuh dedikasi.

Banyak yang saya timba dalam konvoi ini. Antaranya saya berpeluang mengenali teman baru di samping memperkuatkan ukhwah saya sesama rakan - rakan yang lain. Saya juga depat bertemu 'grass root' UIA yang berkehendakkan hidup happy go lucky. Inilah antara medan dakwah terbaik dalam kita mendekati mereka.




[Di Mahallah Perempuan di UIA]


[gaya bersahaja Baim, Cicoi, Saya n Mudin]


[Bersuasana di ISTAC]


[Berlatarkan Masjid Matriks PJ]


[Mak!! Kami dah pulang UIA...]

Wednesday, May 14, 2008

Induction Course E-Fest 08 | 10 Mei 08

[Senyuman indah suria...]

[Berjayakah anda membawa teraju ini - Bad PM E-Fest 08]

Persatuan Mahasiswa Ekonomi UIAM (EMSS) akan mengadakan Economic Festival (E-Fest) pada awal bulan Julai. Maka satu Induction Course telah diadakan baru - baru ini di Convest Hill. Saya secara tidak langsung dijemput ke sini bagi meraikan mereka dan membimbing mereka dalam memahami gerak kerja berpersatuan.

Alhamdullilah, program ini berlangsung selama 3 jam. Kehadiran juga agak memuaskan walaupun bukan kehadiran penuh. Saya sempat memberi sedikit perkongsian modul ice breaking, special taaruf n first impression, paradigm, dan menara kepimpinan.

Rata - rata memberikan respon positif dan beraktiviti secara santai. Saya berpandangan bahawa mereka mempunyai potensi besar dalam bidang kepimpinan. Masing - masing berani bersuara dan memberikan pandangan. Termasuk juga idea kreatif dan invotif yang dilontarkan.

Antara sifat - sifat yang perlu dimiliki dalam organisasi ialah:

1.Tiada Istilah One Man Show
Istilah ini diperkenalkan apabila seseorang pemimpin tidak memberi kepercayaan kepada anggota persatuan bawahannya. Dia sanggup melakukan segala perancangan seorang diri. Maka hasil produktiviti tidaklah efektif.

2. Menghormati Pandangan Lain.
Organisasi yang terbaik ialah mereka yang terdiri dari orang yang sanggup menghormati pandangan lain. Maka segala persengketaan dapat dielakkan dan fokus kepada matlamat organisasi diberikan keutamaan.

3. Ego Merosakkan Organisasi
Sikap negatif seperti ini bakal mengundang kepincangan dalam struktur oragnisasi. Seseorang pemimpin perlu mengamalkan sifat keterbukaan. Tidak semua pendapatnya betul dan tidak semua pendapatnya salah. Apa yang penting ialah dia tidak bersifat ego dan mempertahankan hanya pandangannya sahaja yang betul.

Ini merupakan antara tips dalam mengendalikan mesyuarat dalam sesebuah organisasi. Maka dengan sifat yang dimiliki ini, secara tidak langsung mampu membawa kepada kesejahteraan sesebuah organisasi.

Anggota Mainboard dan Management Board E-Fest mampu menakhodai kapal ekonomi berlabuh ke tempat yang sepatutnya. Walaupun perkongsian sekadar ringkas dalam inductio ncourse itu, saya berkeyakinan bahawa anda semua mampu menjadi pemimpin yang terbaik dan memantapkan serta menggemilangkan EMSS bagi sesi kali ini.

[Sesi paradigm yang mampu memantapkan organisasi]

[Faisal APM E-Fest 08 berhujah dalam Menara Kepimpinan]

Selamat Berjuang buat Mainboard dan Management Board E-Fest 2008!!!

Tuesday, May 13, 2008

SMA Hira' - Buktikan Kemampuan

[Abg Razak-Guru Vokal Part Time]

[Pelajar Puteri yang bersemangat]

Di dalam menyampaikan mesej dakwah dan motivasi, para duat perlu memastikan diri mereka berada dalam lokaliti mad'u. Begitu juga di RK Training, Pendekatan Sekolah Beragama agak beerbeza dengan pendekatan yang digunakan di sekolah kementerian. Ini kerana, di sekolah kementerian pelbagai kaum, bangsa dan agama duduk belajar dan bersekolah bersama. Berlainan pula keadaan di sekolah agama. Saya sempat bersama dan luangkan masa bersama RK Training di Sekolah Hira, Jeram. Ini merupakan kali kedua kaki saya menjejaki bumi Hira.

Dalam kesempatan ini saya turut diamanahkan oleh konsultan kanan utk menguruskan satu sesi ice breaking. Beberapa tips yang dapat dikongsi sepanjang modul Pelajar Super diberikan:

Terdapat TIGA TAHAP PEMBELAJARAN yang perlu diketahui oleh para pelajar:-

1. Faham
Di dalam menjawab soalan peperiksaan dan mengulangkaji pelajaran para pelajar perlu memahami subjek yang dibaca. Selepas memahaminya, barulah para pelajar bersedia untuk menguasainya.

2. Ingat
Selepas para pelajar memahami sesuatu tajuk dan pelajaran, barulah mereka mula melakukan aktiviti mengingat. Sekiranya mereka tidak menguatkan ingatan maka fakta yang dibaca dan diulangkaji akan hilang dan luput.

3. Jawab
Setelah melalui tahap Faham dan Ingat, maka strategi pembelajaran ini berpindah kepada proses untuk menjawab. Jawab perlu kepada kefahaman dalam menguasai subjek tertentu dan ingatan itu perlu diterjemahkan dalam bentuk jawaban.

Itulah sedikit sebanyak tips permulaan ringkasan yang disampaikan dalam modul Pelajar Super oleh Sdr Fadzli Yusof. Semoga keceriaan yang tergambar di kalangan para pelajar Sekolah Hira' terus gemilang. Selamat Maju Jaya Semua!!

Tuesday, May 6, 2008

Kilang Sawit Felcra bersama RK Training and Management !!

[Bergambar dulu sebelum sarapan pagi]

[Backdrop program sehari bersama RK Training]

Genting Highland merupakan antara pusat peranginan yang digemari oleh pelancong luar dan dalam negara. Ia merupakan sebuah tempat pelancongan yang sejuk dan sesuai kepada mereka yang ingin berbulan madu di sini. Perkara yang menarik di sini ialah terdapat juga tempat riadhah yang dinamakan Taman Tema Dalam dan Luar (Theme Park-Indoor and Outdoor).

RK Training and Management telah diberikan kepercayaan untuk menguruskan sebuah program di bawah Kilang Sawit Felcra, Bidor. Program ini telah berlangsung selama satu hari. Penglibatan peserta terdiri dari pekerja yang berusia 20-an hingga usia 60-an. Rata2nya merupakan pekerja bawahan dari ladang sehingga ke pejabat. Lihatlah betapa mereka mahukan kejayaan dan kecermerlangan dalam meningkatkan produktiviti syarikat mereka. Tahniah pekerja Kilang Sawit Bidor.

Tumpuan yang diberikan begitu baik semasa sidang pembentangan dilaksanakan oleh Saudara Ahmad Fadzli Yusof. Bayangkan peserta berusia emas yang berasal dari kampung. Adakah mereka mampu mengikuti kursus selama sehari walaupun mereka tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke alam kursus motivasi sebelum ini. Alhamdullilah, pembawakan menarik dengan penuh riang berselang selikan permainan bermotif dan berobjektif dapat memaut hati para peserta emas ini.

Selama hampir 7 jam program dijalankan pelbagai modul telah diberikan kepada mereka. Antaranya:-

1.Modul menghargai pandangan rakan sekerja
2. Modul teamwork
3. Modul mentaati pengurus atau ketua syaraikat
4. Modul peningkatan produktiviti
5. Modul Mencapai Sasaran (Specif Target)
dsb.


Bagi saya, RK Training mengucapkan jutaan penghargaan kepada Kilang Sawit Felcra di atas sumbangan mereka dengan memeberikan penginapan percuma, makan malam dan sarapan pagi percuma beserta tiket permainan Taman Tema dan Kereta Kabel percuma amatlah kami hargai dan terima kasih.

Saya pun sempat mencuba segala macam permainan yang ada sehingga tak terkata. Terima Kasih dan semoga cemerlang selalu dalam lapangan kejayaan untuk semua.


[Sesi fotografi yang ditunggu2]

["saya target mangkuk 100 tuu.."]

[Tak jadi nih..Mula balik dari awal, jari tergantung]

[ Sesi perbincangan tengah hangat]

[Dua beradik yang 'happy go lucky' selepas program]

[Ceh..skema betul dalam gondola]

Saturday, May 3, 2008

Program Sehari di Tioman

Pada 26 April 2008 yang lalu, saya sempat mengikuti satu program di sekolah yang terletak di Pulau Tioman. Sekolah ini merupakan satu2nya sekolah di sana. Apa yang menyedihkan ialah rupa bentuk sekolah di samping kemudahan asas di sana tidaklah sehebat dan se'gagah' nama pulau tersebut di semenanjung.

Pelajar di sekolah tersebut terdiri hampir dari 90% ke atas yang berbangsa melayu. Namun kegigihan guru2 di sana berjaya memaut hati saya demi membangunkan anak bangsa. Sekolah tersebut terpaksa digabungkan antara sekolah rendah dan menengah. Bentuk geografi Tioman agak berbeza dengan Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Terdapat beberapa kampung yang terpisah kerana bukit menjadi penghadang keduanya. Oleh itu, ada yang tinggal kampung di sebalik pulau yang berhadapan dengan Laut Cina Selatan dan adayang tinggal di kampung yang menghadap Mersing, Johor. Bagi mereka yang tinggal di kampung berhadapan Laut Cina Selatan, pelajar terbabit akan tinggal di asrama walaupun pelajar sekolah rendah kerana bot tambang balik ke rumah mereka agak mahal. Ini yang merupakan perbezaan sekolah di sini dan di semenanjung.

Seperti biasa, Abg Mat telah berjaya membawa para pelajar berkaitan tips untuk menjadi Pelajar Super.Respon yang diberikan oleh para pelajar cukup baik dan matang. Walaupun kondisi sekeliling sederhana, namun mereka tetap memberi tumpuan dan fokus sehingga program tamat.

Kepada seluruh pelajar SMK TEKEK, Tioman, Tahniah saya ucapkan kerana anda semua bakal menjadi Pelajar Super sekiranya anda betul2 komited dengan segala tips yang diberikn.

[Bergambar bersama guru di Tioman]

[Side Car merupakan kenderaan idaman setiap pengunjung Tioman]

[Sedia menanti dinner yang bakal terhidang oleh Restoran Peladang]

[Datang dengan 'ferry', balik dengan 'speed bot']

[Kenangan indah team mate RK Training berbelakangkn feri]

Takziah kepada Keluarga Pengasas Naza : Al Fatihah

[Arwah Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin]

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amindi atas kehilangannya kerana meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.Allahyarham yang merupakan salah seorang ahli perniagaan Melayu terkaya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.15 pagi Khamis waktu Los Angeles (1.15 pagi Jumaat waktu Malaysia).3

Antara kecemerlangan NAZA:

Allahyarham memulakan perniagaan automotifnya ketika berumur 21 tahun dengan modal RM80,000 yang dikumpul semasa bekerja dengan ayahnya dalam perniagaan pembinaan.

Dalam tempoh setahun sahaja, beliau membuat keuntungan berjuta. Sejak itu, Allahyarham mencipta kejayaan demi kejayaan dalam perniagaan.

Kumpulan Naza ditubuhkan oleh Nasimuddin dengan sokongan keluarganya. Hari ini Kumpulan Naza mempunyai 14 cabang perniagaan, antaranya perdagangan kereta dan motosikal, pembuatan, kejuruteraan, perladangan, kredit dan pajakan, hartanah, operasi perhotelan, makanan serta agensi insurans.

Kumpulan itu juga merupakan pemegang francais di Malaysia untuk kenderaan Ferrari, Kia, Peugeot, Brabus, Hamann dan motosikal Ducati di samping turut memegang permit import bagi kenderaan Mercedes Benz dan Mazda.

Selain itu, Kumpulan Naza terlibat dalam pembangunan hartanah melalui Naza TTDI Sdn. Bhd. dan memiliki hotel di Malaysia dan Amerika Syarikat. Kumpulan Naza memiliki Hotel Howard Johnson di Torrance dan Crowne Plaza Hotel di San Pedro, Los Angeles.