"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Wednesday, April 30, 2008

Selamat Bersidang wahai Ahli Parlimen...

[Pertemuan antara YAB PM dan DSAI-pagi tadi]

Hari ini merupakan hari pertama Parlimen bersidang secara rasmi. Saya sempat mengikuti persidangan Parlimen melalui siaran langsung RTM melalui internet dengan hanya melayari weblog saya. Apa yang menarik ialah isu teknikal berkaitan bilangan soalan lisan dan jumlah perkataan soalan tambahan dibangkitkan oleh Ahli PArlimen Jelutong, Karpal Sing yang juga merupakan Pengerusi Kebangsaan DAP.

Disebabkan persoalan itu, maka pihak kerajaan hanya mampu menjawab tiga soalan dari pelbagai perkara yang dibangkitkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Nazri Aziz menyatakan bahawa pihak pembangkang cuba mengambil kesempatan kerana Parlimen telah bersidang secara langsung melalui RTM.

Apapun alasan yang diberikan, sebagai rakyat bawahan kita mengimpikan sebuah perdebatan yang sihat dari kerajaan dan pembangkang. Ini bagi melahirkan sebuah kerajaan yang sihat dan menyanjung tinggi konsep demokrasi. Pembangkang juga diperlukan sebagai agen 'check and balance' dalam membantu kerajaan membantu rakyat.

Selamat Bersidang!!!

[Majlis angkat sumpah semalam oleh kerajaan dan pembangkang]

Setelah bergelar Graduan...

Alhamdullilah, semester lepas merupakan semester terakhir saya dalam pengajian utk jurusan Undang -Undang - 'Common Law'. Kini saya sudah bergelar sebagai graduan dan bakal menduduki utk Ijazah Kedua - Ijazah Syariah di universiti yang sama dan perkara yang sedang saya alami ialah pertanyaan yang bakal menyelubungi setiap manusia saya kira:-

[Hafizbad dah Konvo??]

a)Kalau habis belajar sekolah orang akan tanya-SPM gred apa?

b)Kalau habis keluar keputusan UPU orang akan tanya - Masuk U apa?

c)Kalau habis belajar universiti orang akan tanya - Keja apa?

d) Kalau sudah kerja orang akan tanya - Bila nak kahwin?

e)Kalau sudah kahwin org akan tanya - Bila nak dapat anak?

Tapi soalan yang popular saya kira dua sahaja. Pertama, nak kerja apa? dan Kedua, nak kahwin bila? Bagi saya semua ini rezeki Allah. Yang tentukannya Dia dan yang usahakannya kita. Kalau ada rezeki akan saya beri jawapan dua soalan bila saya habis belajar utk ijazah kedua ini.

Apa pun saya nak ucapkan tahniah kepada semua rakan di AIKOL yang sudah bergelar Graduan.

Tahniah juga kepada rakan2 yang berada di kulliyyah lain yang telah pun tamat pengajian.

Tahniah juga kpd adik saya-Haidar, yang telah pun tamatkan pelajaran di Politeknik Seberang Perai dalam jurusan Mekanikal. Bulan 8 nie juga adik kedua saya, Kakngah akan tamatkan pengajian di UKM dalam jurusan Pembangunan Manusia. Kesimpulannya dalam family kami tiga beradik pakat dok konvo bersama tahun. Banyak juga duit mak bapak yang akan kami 'siatkan.'

[Bersama abgnya yang gitu2]


[Dart bersama rakan dan teman]

[Bersama bonda yang tersayang]

Bersama SMSS di UKM

[Bersama wakil pelajar SMSS di UKM]

Sehari yang sama masa tamat seminar di Lumut, saya sempat meluangkan masa bersama RK Training and Management berprogram di UKM (Kolej Pendeta Zaaba). Program tesebut melibatkan pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor selama dua hari bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR. Saya sempat mengikuti panduan dan tips yang diberikan oleh Sdr. Fadzli Yusuf dan Sdr Amin Idris.

Seperti biasa, Sdr Abd Razak Muttalib merupakan Ice Breaker Man RK Training yang cemerlang. Banyak perkara yang sempat saya ikuti dan alami sendiri terutama apabila terpaksa 'handle' slot Games pada pagi selepas Subuh. Satu lagi perkara yang saya kagumi terhadap sekolah ini ialah, setiap 'batch' akan mempunyai nama tersendiri yang akan menggambarkan identiti mereka. Kepada batch 'Enigma', tahniah kerana anda semua berpeluang utk berjaya apabila bersama RK Training. Satu pengalaman menarik bersama pelajar genius Selangor.



[Abg Amin ketika serius dalam ceramahnya]

[Abg Razak, nampak tenang tapi mantap]

Sunday, April 27, 2008

Nuqaba' Training Course 2008

Pada bulan April ini, saya bersama rakan telah sempat bersama mengikuti NTC yang telah diadakan di Lumut, Perak. Pelbagai aktiviti menarik telah sempat saya ikuti dan banyak rakan2 dari negara asing telah sempat saya kenali.

[Gaya santai bersama Mudin]

[Bersama barisan peserta Antarabangsa]

[Marina Cove - Bukti kami di sana]

[Bersama Ustaz Ismail Chong - Koordinator Nuqaba' Training Course]
[Teman setia saya - Mudin]

Dektar UKM-Pertemuan Rasmi bersama Tan Sri Abd Hamid Othman

Selang beberapa hari selepas menerima kunjungan dari Permadah UM, saya kemudiannya di panggil utk menghadiri Malam Darul Aman anjuran Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah (PKMK) UKM. Tetamu kehormat pada malam itu ialah Tan Sri Abd Hamid Othman. Namun apa yang menyedihkan ialah saya tidak sempat untuk mendengar keseluruhan amanatnya kerana kereta yang dipandu oleh saya telah 'tersepit' dengan kesesakan lalulintas yang menyebabkan jem teruk.

Walaubagaimanapun, saya sempat juga utk menghadiri program tersebut tetapi sekadar mendengar suku amanatnya. Apa yang penting ialah ikatan dan keterbukaan Tan Sri Abd Hamid Othman utk menghadiri program bersama mahasiswa. Saya melihat kebanyakkan pemimpin perlu dan harus mendampingi mahasiswa kerana mereka merupakan pemimpin muda yang bakal mewarnai negara.

(Bersama Taufiq yang tak sabar nak jamu selera)

(Fauzul Fitri-Wakil UPM yang merupakan mantan Presiden Anak Kedah UPM)


(Bersama dengan perwakilan UM, UKM dan UIA)

(Wakil UIA keseluruhan yang hadir)

Secara tuntasnya, mahasiswa juga perlu melaksanakan dasar keterbukaan tanpa dipengaruhi dengan warna politik agar mereka lebih mudah bergaul dengan pemimpin negara. Satu harapan dan matlamat perlu digarap utk kebaikan bersama.

Kenangan di Hotel Singgahsana sempena Hari Memperingati Almarhumah Sultanah Bahiyyah

Hasil bingkisan kenangan ketika menghadiri program anjuran PERMADAH UM yang dihadiri oleh Tunku Intan Shafinaz anak perempuan kepada KDYMM Sultan Kedah. Majlis diadakan dengan gilang gemilang oleh pihak UM.

(Bersama wakil UIA)

(Reunion Maktab Mahmud - Aku Paling Tua)

(Barisan Perwakilan Anak Kedah UM, UIA dan UKM)

(Adikku, Izat Amin - Segak Bergaya)

Friday, April 4, 2008

PENGUMUMAN !!!

Kepada Bloggers yang Budiman!!

Adalah dimaklumkan bahawa sepanjang minggu ini bemula 23hb MAc 2008 - 7hb April 2008 blog ini tidak dapat dikemaskini kerana saya sedang menduduki Peperiksaan Akhir Semester.
Hingga ke tarikh ini saya masih lagi berbaki 2 kertas:

1. Professional Practice II
2. Usul Fiqh

Diharapkan semua bloggers dapat mendoakan kemudahan saya sepanjang menempuh Peperiksaan Akhir Semester.

Salam Ceria,