"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Wednesday, January 30, 2008

Sekitar Humanitarian Nite 2008

[Bersama Tariq (Bangladesh) dan Rafi (Perakian)

[Sesudah 'dinner' - Us Wee - esok exam PP tapi dinner kena dtg!!]

Humanitarian Week berakhir dengan pelbagai wajah suka dan gembira pada minggu lalu. Tujuannya adalah untuk memberi fokus kepada semua kelab dibawah Cencerve Team mewar -warkan aktiviti masing - masing. Kalau tidak silap sewaktu saya menghadiri meeting dwi-mingguan Cencerve Team pada 'tenure' lepas bagi mewakili Ma'ruf Club, sebanyak 13 Community Service Clubs turut serta dan dipayungi dibawah Censerve Team.

Namun amat malang sekali bagi kelab2 dibawah Censerve Team apabila mereka gagal mengoptimumkan penglibatan mahasiswa antarabangsa. bagi saya, Ma'ruf Club (MC) berjaya berada terkehadapan apabila menambat kebanyakkan hati mahasiswa antarabangsa dengan penglibatan mereka. Sebagai contoh kegagalan kelab2 Censerve Team lain, pada malam Humanitarian Nite 2008, hanya MC sahaja berjaya membawa 2 orang 'internatioanl students' iaitu saudara Tariq (Bangladesh) dan Tajri (Filipina). Tahniah MC!! I'm proud to be a member of MC.

Kegagalan kelab2 lain tidak pernah disebut oleh SDev dalam isu ini. Hanya pujian diberikan kepada mereka yang sekadar melakukan program yang sama 'stereotype' yang tidak banyak memberikan manfaat kepada mahasiswa lain terutama mahasiswa antarabangsa. Saya juga berasa terkilan dengan polisi yang ditetapkan oleh SDev kepada MC berkaitan 'line up' baru MC. MC perlu memilih sekurang2nya 2 orang 'International students' utk diberikan 'endorsement' bagi 'new office bearers' tetapi tidak kepada kelab2 lain. Malang sekali bagi kelab lain kerana mereka lebih bersifat kelab yang punya unsur nasionalis tanpa unsur islamis dan global.

Tahniah Ma'ruf Club!! Keep up Your Good Work!!

[Presiden MC, Us Md Duan diapit Timb Pres. Us Hawari & Exconya Tajri (Filipina)]

[Bergambar kenangan bersama wakil MC (baru) dan lama serta Mantan YDP Censerve Team, Sdr. Ismail]

Monday, January 28, 2008

Kematian Bapak Suharto Didahului Kematian Mahasiswa Universiti Trisakti

[Wajah Diktator Indonesia - Al Marhum Suharto-Al Fatihah]


Bekas Presiden Indonesia, Muhammad Suharto yang memerintah Indonesia selama 32 tahun, meninggal dunia hari ini di Rumah Sakit Pusat Pertamina (RSPP). Beliau meninggal dunia pukul 1.10 petang (2.10 petang waktu Malaysia) setelah berada dalam keadaan kritikal dan koma sejak awal pagi ini. Suharto, 86, berada dalam keadaan kritikal semenjak dikejarkan ke RSPP pada 4 Januari lalu dengan mengalami beberapa masalah pada bahagian jantung, paru-paru dan buah pinggang. Pasukan doktor yang merawat Suharto menjelaskan bahawa beliau mengalami kegagalan beberapa organ untuk berfungsi sebelum koma dan seterusnya meninggal dunia.

Almarhum telah dikisahkan sebagai seorang negarawan berjaya terutama terhadap sumbangannya yang juga berjaya menangani (ancaman) komunis dan komunisme di Indonesia.
Ada yang berpendapat, Almarhum berjaya menggulingkan cubaan perjuangan komunis untuk mengambil alih Indonesia, dan sekiranya Indonesia `jatuh', Malaysia juga pasti turut `jatuh'.

Namun pemergiannya ada ditangisi kerana sikapnya sewaktu hidup yang keras menekan rakyat dan masyarakat. Walaupun dikatakan sebagai 'Bapa Pembangunan Indonesia' kerana berjaya membawa baik pulih ekonomi Indonesia di era 1980-an, negara tersebut kekal menjadi sebuah negara yang tidak membangun apatah lagi jauh sekali utk disebut maju. Bahkan ramai yang berpendapat Suharto menjadi Negarawan Ulung dan Terpenting di Asia sekitar abad ke-20 tetapi seperti 'Orang Hebat' lain beliau meninggalkan bayang - bayang hitam buat rakyat negaranya.


Sejarah pemerintahannya yang begitu lama telah berjaya 'DIJATUHKAN' oleh mahasiswa apabila gelombang demonstrasi begitu kuat ditiup dan melanda di Indonesia sekitar Mei 1998. Kematian Suharto didahului dengan kematian beberapa orang pelajar elit Universiti Trisakti semasa tuntutan reformasi bergemuruh di Jakarta ketika berlaku wajah hitam demokrasi era Suharto. Kini ramai pihak yang cukup cemburu suasana demokrasi di Indonesia yang begitu berbeza di negara kita dengan walaupun mereka tidak menyedari ia lahir di atas titisan darah idealisme anak-anak muda di sana.

Kematian Suharto juga didahului dengan kematian aktivis hak asasi manusia Munir Said Talib pada tahun 2004. Kematiannya telah mendedahkan bukti menunjukkan konspirasi di peringkat tinggi yang dalamnya terdapat segala tanda-tanda pembunuhan yang didorong oleh kepentingan politik.7 September 2004, Munir mati dalam keadaan yang terseksa dari dos arsenik dalam penerbangan 974 dari Singapura ke Amsterdam, tiga jam dari destinasinya. Penerbangan oleh Garuda, datang dari Indonesia. Munir pertama kali dikenali pada tahun 1998 kerana mendedahkan salahguna kuasa rejim Suharto dan ia paling ke hadapan dalam memperincikan jenayah tentera di Timor Timur, Papua dan Aceh.

Dia mengasaskan dua kumpulan hak sivil, Suruhanjaya Orang-orang yang Hilang dan Mangsa Keganasan (Kontras) dalam tahun 1998 dan Pemantauan Hak Asasi Manusia Indonesia (Imparsial). Pada masa dia mati, rakan-rakan percaya yang Munir sedang menyiapkan satu laporan korupsi yang ada kaitan dengan operasi ketenteraan dan program sivik di Aceh. Tiada petanda yang dia sedang menyiasat Garuda atau mana-mana operasinya. Suruhanjaya mencari maklumat sudah menuding jarinya kepada Agensi Perisikan Negara (BIN), ketika pembunuhan Munir ialah pengarahnya bekas jeneral Ahmad Hendropriyono. Ahmad Hendropriyono seorang pegawai Kopassus yang dibenci, pernah menjadi komander Sumatra Selatan pada February 1989 apabila Kopassus menyerbu sebuah kampung di wilayah Lampung, membunuh lebih 100 lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Begitulah sejarah hidup diktator Indonesia yang telah mewarnai kegelapan dan 'mendahulukan' kematian sang pewira mahasiswa dan aktivis masyarakat.

Semoga Allah mengampuninya dan meletakkan dikalangan orang - orang yang beriman. AL Fatihah.

Friday, January 25, 2008

Perhimpunan Perpaduan Mahasiswa

[Selamat Datang ke Perhimpunan Perpaduan Mahasiswa]

[Junior saya- Ridzuan (Bob-UDM) & Izat Amin (MPP-UM) kedua2nya SPM 2003]

[Junior saya-Shamil (UKM KL) SPM 2005-tuanya aku]


Perhimpunan Perpaduan Mahasiswa berjaya berlangsung di Putrajaya International Convention Center yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program tersebut dijanjikan berlangsung pada jam 8.00am dan setiap IPT diharap dapat menghantar delegasi seramai mungkin lebih kurang 5 buah bas bagi menyambut ketibaan Pak Lah utk sesi perasmian program itu.

Sesi Pertama program itu dimulai dengan forum yang menampilkan seorang tokoh akademik, pakar bahasa dan astranaut negara. Ketiga2 panelis merupakan panelis yang berlainan bangsa yang telah mengupas tajuk forum tersebut iaitu "Perpaduan" tanpa menyebelahi mana -mana pihak. Namun pelbagai fakta disembunyikan dari persoalan yang ditimbulkan oleh pendengar (audience).

Sesi permulaan forum itu mungkin agak hambar kerana panelis bukanlah mereka yang kritikal dan analitikal dalam memberikan pandangan. Mungkin sokongan diberikan lebih kepada mesej yang disampaikan oleh Austranaut Malaysia iaitu Dr Sheikh Mudzafar Shukor kerana beliau menjadi kegilaan ramai beliawanis negara. Seharusnya KPT menampilkan mereka yang 'berjiwa besar' dalam membawa isu ini. Tidak menjadi satu masalah utk menarik penalis yang egah berkarisma dari pelbagai bangsa. Sebagai contoh, KPT seharusnya menjemput Dr Khoo Kay Kim (SUHAKAM)/Tan Sri Lee Lam Thye(PLKN) , Dr Abd Aziz Bari (UIA)/Dato' Hamdan Adnan (Fomca) dan Dato' S.Subramaniam (Suhakam)/Mr Ragunath Keesavan (Majlis Peguam ).

Barulah mahasiswa yang hadir dapat mengenali dengan lebih dekat dan mengetahui pengertian sebenar PERPADUAN. Sesi soal jawab menjadi lebih menarik apabila mahasiswa bertalu - talu memberikan persoalan. Namun agak menggelikan hati apabila mahasiswa yang bertanya berani tampil mengutarakan persoalan yang bersifat melobi dan memuja sehingga tidak melambangkan jati diri mereka yang bersifat seorang intelek dan berpelajaran tinggi.

Saya sempat utk melontarkan satu persoalan dan pandangan peribadi berkaitan perpaduan. Isu saya ialah isu berat dan amat tidak digemari oleh panelis utk menjawabnya iaitu Rasuah. Saya masih lagi teringat ketika dalam sesi soal jawab yang sempat saya kemukakan, tiba2 saya dicelah oleh Moderator dengan berkata, "Jangan Berkempen!!" Saya pun sendiri tidak faham mengapa dan kenapa 'statement' itu dikeluarkannya. Bagi saya, itu adalah pendapat peribadi saya dan saya juga sempat memuji kerajaan yang peka dengan rasuah apabila menubuhkan Pelan Intergriti Nasional (PIN) dan Institut Intergiri Malaysia (IIM).

Namun persoalan yang saya timbulkan mengapa rasuah masih bermaharaja lela di bumi bertuah kita yang bakal meranapkan semangat perpaduan kita?? Adakah silapnya sistem pendidikan negara walaupun Penyata Rahman Talib mencadangkan supaya diwujudkan sekolah menengah kebangsaan bagi mewujudkan semangat perpaduan pelbagai bangsa namun sistem sekolah tetap gagal menyampaikan hasrat membasmi rasuah?? Pandangan saya pula dalam sesi itu berbunyi, mungkin gejala rasuah ini berlaku kerana suara mahasiswa tidak didengari. Bahkan ia juga turut berlaku kerana kemungkinan mahasiswa dibelengu 'culture of fear' (budaya takut) dan dihinggapi oleh 'Complacent Zone' (Budaya Senang lenang). Maka mahasiswa perlu ingat bahawa kitalah yang perlu berfikiran jauh dan serius dalam mengekalkan perpaduan negara yang telah kita kecapi selama 50 tahun kemerdekaan.

Inilah antara 'statement' yang sempat saya luahkan ketika berada dalam Perhimpunan Perpaduan Mahasiswa. Walaupun saya dipandang serong oleh sesetengah pihak namun bagi saya, segalanya bermula dengan soal prinsip dan jati diri. Ayuh bangkit Mahasiswa!!



[Di pintu masuk PICC]

[Asyraf Tajari (UIA) - my new protege - SPM 2004]

Tuesday, January 22, 2008

Kawalan Kehormatan Sempena Sambutan Jubli Perak UIA

[Bergambar beramai secara tak formal]

[Wajah Pelajar Tahun Akhir Undang - Undang UIAM]

Perbarisan kawalan kehormatan sempena sambutan Jubli Perak UIA (25 tahun) sangat memenatkan. Program yang terpaksa ‘tunggu’ orang besar ini mengambil masa yang terlalu lama. Kami tiba dihadapan CAC seawall jam 7.00am. Kedatangan awal ialah bagi persiapan minit terakhir untuk bersarapan dan memakai pakaian penuh uniform. Seperti biasa kami terpaksa berada dalam perbarisan selama hamper sejam setengah sementara menanti ketibaan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak ke CAC. Setibanya beliau, perbarisan diperiksa hanya melalui laporan kekuatan platun. Terdapat dua platun yang terlibat iaitu SUKSIS dan WATANIAH. Laporan hanya mengambil masa selama 2 minit dan itulah kesudahan bagi perbarisan kawalan kehormatan tanpa sebarang lagu negaraku dan sebagainya.

Itulah adat resam ‘orang besar’. Ketibaanya dinanti, dan pemergiannya ditangisi. Apapun, perbarisan ini adalah satu pengalaman yang indah buat daku.

[Pasukan Pengiring Trafik TPM]

[Privacy-Gambar bertiga bersama background IIUM Silver Jublee 25th]

Wednesday, January 16, 2008

Asean Law Students Conference (Alsic): Pengalaman di UKM



[Zukhari dan saya di sisi 'banner' ALSA]

[Separuh daripada delegasi UIA]

Asean Law Students Association (ALSA) baru - baru telah mengadakan satu konference betempat di UKM. Program itu telah dianjurkan oleh ALSA Malaysia pada 16 Januari baru - baru ini. Kehadiran begitu memuaskan apabila ia dimeriahkan dengan kehadiran delegasi pelajar undang - undang dari Korea, Jepun, Thailand, Filipina, Brunei, Indonesia, Singapura dan Malaysia. Saya bersama rakan - rakan menjadi perwakilan UIA dan seterusnya menjadi antara perwakilan Malaysia. Program ini dianjurkan selama seminggu utk delegasi luar namun UIA dan universiti lain tidak dapat mengikuti sepanjang minggu itu kerana privilege hanya diberikan kepada plejar luar.


Antara agenda program pada hari itu ialah ucaptama dari Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato' Mustapha Mohamad dan ucapan aluan dari Majlis Peguam (Bar Counsel) yang diwakili oleh timbalannya Mr. Ragunath Kesavan. Ia turut disusuli dengan persembahan kebudayaan dari Kementerian Pelancongan (kalau tak silap). Yb Dato' Mustafa Mohamad (Tok Pa) bijak dalam mengambil hati mahasiswa undang - undang. Beliau menyebut berkaitan sejarah pemerintahan negara yang semuanya perdana menteri berlatarbelakangkan Undang - Undang kecuali dua PM yang terakhir ini.

Kesimpulan yang dibuat olehnya pada program itu, "We can see everywhere in Malaysia there will be a lot of lawyers in every field." Ketika tamatnya majlis tersebut, saya bersama rakan - rakan lain sempat bergambar kenang - kenangan. Saya juga sempat bertemu Timb Presiden Bar itu dan Zukhairi memulakan salam dengan bertanya adakah beliau masih mengingati kami (saya, Zukhairi dan Faridzul). Dia dengan selamba menjawab. "Yes, I still remeber. You are the trouble maker." Kenyataan itu dibuat berdasarkan prestasi kami ketika berada di Konferens yang dianjurkan SUHAKAM pada tahun lalu berkaitan dengan 'Election'. Saya pun sempat bertanyanya, "When can we have some further discussion pertaining to the amendment of AUKU?" dia menjawab, "Last time, I'm waiting for your call!" Perbualan kami berakhir disitu. Kami juga sempat bersua bersama rakan - rakan 'management board' utk program itu. Alangkah terkejutnya saya apabila mengetahui yang rata -rata urusetia program itu adalah terdiri dari mantan persatuan undang - undang UKM (PERUNDANG) 'tenure' saya. Apalagi secara kebetulan presiden PERUNDANG, adalah junior saya di sekolah waktu dulu. Maka atas rasa kasih dan sayang, kami diberikan kelebihan berada di 'VIP Table ' berhampiran dengan Yb Tok Pa.

Setelah selesai makan, maka Timbalan Naib Canselor UKM (TNC) bertegur sapa bersama saya dan rakan. Dia sempat bertanya, 'Dari IPT mana semua ini?' kami pun membalas dengan menjawab dari UIA. Lalu soalan yang mengusik kalbu saya darinya ialah, "Kenapa UIA ramai sangat atas tempat VIP?" Terus jer saya pandang ke muka Presiden LAwsoc, Faridzul yang ada di sisi saya. Namun, saya tak rasa malu dengan perlu yang penuh sinis itu kerana kami datang ke sana dengan dijemput bukan atas dasar 'muka tak malu.' Kami mencetuskan 'havoc' sekali lagi dengan bergambar bersama YB Tok Pa di meja VIP tanpa kehadiran UKM. Apa lagi, TNC tadi sekali lagi sound depan Tok Pa, " Kalau UIA, ada semua orang kalah." Mungkin itu adalah kenangan yang indah utk kami. Mengikut maklumat dari seorang rakan TNC UKM adalah pengerusi TNC2 di Malaysia dan agak sangsi dan perjudis terhadap UIA. Biasalah, itulah adat.

Jom Survey!!: Kereta Nasional Baru dari Proton (BLM)

[ Pandangan Sisi]

[Pandangan depan]

[Interior Simple]

[Pandangan belakang]

Produk Terbaru Proton:Apa Komen ANDA?

Saturday, January 12, 2008

Pusat Latihan Polis (PULAPOL) merupakan antara tempat bersejarah kepada mereka yang pernah mengikuti latihan di sana. Tempat latihan itu dibahagikan kepada beberapa peringkat bagi mereka yang mengikuti latihannya berdasarkan kepada 'rank' atau jawatan masing - masing. Sebagai contoh utk anggota polis 'regular' mereka perlu mengikuti latihan selama 9 bulan dan bagi anggota kenaikan pangkat mereka perlu mengikuti 6 bulan. [Kiri-Bersama Pegawai Polis UTK]

Pada 12 Januari 2008 ini, sekali lagi saya telah melangkah kaki ke PULAPOL bagi mengikuti sesi tamat latihan dan tauliah kenaikan pangkat Inspektor yang diadakan penuh gilang gemilang. Program itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DIGP Dato' Ismail Hj Omar. Bagi yang meminati kawad, program tamat latihan adalah suatu program yang menarik apabila kita melihat dengan dekat bagaimana sesi kawad perlahan jalan, kawad kaki, dan kawalan kehormatan. Mereka yang menyertainya melakukan kawad secara terbaik kerana ia seumpama majlis konvokesyen yang meraikan mereka hari graduasi mereka dari 'University of Pulapol.' Ia sungguh mengasyikkan.

Apa yang boleh dikongsikan ialah apabila saya sempat berbual mesra bersama seorang pegawai dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang juga dikenali sebagai SWAT dalam bahasa Inggeris. Beliau telah berada di dalam perkhidmatan awam selama 5 tahun sebagai polis regular, 5 tahun sebagai anggota komando dan seterusnya hingga kini sebagai anggota yang baru dinaikkan pangkat sebagai pegawai UTK. Beliau memulakan karier sebagai anggota polis sejak 1979. Perkara yang menarik ialah berdasarkan kepada pengalaman beliau sepanjang penglibatannya dalam PDRM.

Adakah latihan ini termasuk dalam urusan dharurah,maslahah dan segala hujah berkaitan ilmu Usul Fiqh?

UTK tegasnya mempunyai kemahiran serangan dan strategi dalam bandar dan laut. Ini amat berbeza dengan Komando 69 yang mempunyai kemahiran taktikal dalam bandar, luar bandar serta di laut. Apa yang menarik apabila beliau menceritakan kehebatan dan ketepatan Unit UTK dalam latihan menembak. Mereka melalui latihan ketepatan menembak dalam jarak 1000 meter dengan menggunakan senjata ala2 'sharp shooter.' Beliau juga ada menegaskan yang terdapat juga latihan dalam jarak 300 meter utk menembak sekeping duit 50 sen yang dipegang oleh anggota dalam latihan menembak tepat. Pendek kata, polis Malaysia kini sudah berada diambang kejayaan dan kehebatan yang mutlak. Alhamdullilah. Maka keamanan dan gangguan dari musuh luar akan berjaya dihadapi bersama dengan kekuatan yang tuhan kurniakan kepada anggota keselamatan kita. Kita mendoakan umur anggota2 ini diberkati dan dimurahkan rezeki atas pengorbanan mereka.

Namun yang menjadi persoalan ialah berkaitan latihan yang dilalui oleh anggota UTK. Beberapa ketika, saya sempat berbual dengan seorang pegawai polis yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai PGA (polis hutan) dan katanya antara latihan yang dilalui utk menjadi anggota UTK ialah apabila mereka disumbat di dalam sebuah van yang memuatkan seramai mungkin yang melebihi had maksimum kapasiti van tersebut. Tambahan lagi mengikut riwayat lain ada yang mengatakan mereka terpaksa berada tanpa pakaian kecuali seluar dalam dan riwayat lain juga ada berpandangan terpaksa bermalam selama seminggu dalam van itu. Kalaulah benar, adanya latihan sedemikian, bukankah tindakan ini telah melanggar garis panduan syarak yang tidak membenarkan solat dan menutup aurat? Memang benar ada mengatakan ia sebagai satu latihan utk berhadapan 'mentally and physically tortured', tapi adakah ini latihan yang pernah nabi laungkan dan amalkan ketika tentera Islam menghadapi musuh Islam? Adakah latihan ini termasuk dalam urusan dharurah, maslahah dan segala hujah berkaitan ilmu Usul Fiqh?

Jawapannya berada ditangan kalian. Saya sekadar melontarkan persoalan dan menantikan respon dan balas pembaca budiman.

Salam Maal Hijrah 1429: Tekadkan Azam, Laksanakan Harapan!!

Salam Maal Hijrah Buat Seluruh Rakan- Rakan Bloggers. Semoga Dengan Niat Yang Baru, Azam Yang Baru, Hidup Kita Menjadi Serba Baru !!!

Friday, January 11, 2008

Pengalaman Katering Yang Menyeronokkan...

[Daging kambing bakar dicicah dengan black pepper]

Setelah mula 'bersara sepenuh masa' dalam bidang organisasi, maka kini visi dan misiku tertumpu pada perniagaan atau bisnes yang menjadi kegilaan ramai muda belia seusia kita. Pelbagai bisnes telah kuranduk demi mencari setitis rezeki Allah Yang Esa. Antara bisnes yang berjaya aku 'running':-

1. Menjual Prepaid
2. Menjual Handphone
3. Membuat Katering
4. Menjual Perfume
5. Kereta Sewa
6. Part Time Computer Lab Assistant
7. Bisnes Rencam dll

Setelah melalui pelbagai proses dan tarbiyah serta jihad ekonomi maka barulah diri yang faqir ini mengetahui betapa susahnya nak mengeajar semangkuk dua rezeki Allah. Masya Allah. Benarlah apa yang dikatakan nabi bahawa perniagaan adalah 9/10 rezeki di atas muka bumi yang terbentang luas. Dengan hasil usaha yang gigih dan tak mengenal erti letih, saya berjaya 'maintain' 'profit' atau 'ar ribhu' sepanjang penglibatan ini. Duit yang berjaya dicari adakalanya disimpan dan adakalanya digunakan utk wat 'research artikel' sebagai penulis bebas atau 'freelance writer'.

Pengalaman Bekerja


Perkara paling menarik utk dikongsi bersama ketika berbisnes ialah apabila saya bekerja sebagai 'waiter' dalam satu 'function' yang melibatkan 'international participants'. Mana tidak cuaknya dengan berbaju serba putih dan hitam kini (ketika itu), hafizbad bukan berdiri sebagai pengarah program, ex officio mahupun sebagai urusetia program tetapi berdirinya hafizbad sebagai pekerja 'kasta bawahan' (maaf terpaksa sebut). terpaksa melayan tetamu kehormat yang menghadiri program di ISTAC (Institut Ketamadunan Islam).


[Roti Nan yang sudah dibungkus utk dimakan dibilik]

Alhamdullilah perkara pertama yang perlu saya lalui ialah dengan mengangkat dan memindah ayam2 ke dalam trail utk buffet. Itu hanyalah kerja mudah. Instruction seterusnya ialah menjaga ABC (Air Batu Campur) atau dalam dialek Sg Petani, Ais Kacang. Mak oi tak pernah2nya buat ais kacang malam tu, terpaksalah menyerah diri sebulat2nya pada Allah utk memahirkan diri saya nie memegang ais dan mengisi 'bahan' ABC.

"Saya rasa kos awak nie, kos membuat ais kacang kot!!" terus jer dia ketawakan saya.

sambil kami (saya dan kawan,Mudin) buat ais kacang itu, kami dihiburkan dengan persembahan ghazal dari wakil Malaysia. Merdu sungguh suara mereka itu dan petah betul gaya dan rentak yang dipalu. Datang dua foreigner minta ABC kat kami. Apa lagi, kami pun taram jer sebab orang asing bukan tahu rasa sebenar ais kacang. Tapi bila kami buat utk orang Malaysia, orang yang tadi datang kali pertama terus jer datang kali kedua. Ingatkan nak ucap kata sedap tapi datang utk minta ais kosong sahaja tanpa perlu diisi 'bahan'. bila ditanya kenapa, dia bingkas menjawab, "Manis sangat ABC ni..." Saya dan Mudin terus tersenyum. Maklumlah kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Selepas pada itu, setelah dua tiga jam berhempas pulas di situ maka kami pun menjadi mahir dan mampu membuat ais kacang setanding KLCC.

Penghinaan

Bila menyebut mencari rezeki, maka apa yang kita bayangkan adalah rezeki yang halal. Maka keberkatan akan diberikan kepada mereka yang mencari rezeki yang halal oleh Allah s.w.t. Namun kadangkala mereka yang bertungkus lumus mencari rezeki ini utk sesuap nasi ditertawakan malah dihina oleh mereka yang kononnya bangga atas nama pangkat dan darjat. Pengalaman penghinaan ini pernah kurasa tika membuat katering ini. Bayangkan bila datang dua orang yang kononnya VIP bertanya, "buat part time ker full time katering?" Saya terus menjawab dengan berkata kerja ini hanyalah part time.

Lalu ditanya lagi, "abis tu kerja apa?" Dengan penuh rasa rendah diri, memberanikan diri saya menjawab, "belajar lagi..." VIP tadi tengok saya dan berkata lagi, "Belajar? Kos apa?" Lalu, saya dengan niat mahu meneruskan dialog menjadi menarik terus mengajak dia meneka kos saya. Apa lagi, VIP tadi dengan selamba berkata, "Saya rasa kos awak nie, kos membuat ais kacang kot!!" terus jer dia ketawakan saya. Hati ini panas membara, tahulah malam itu dia berbaju batik dan saya berbaju 'black n white' atau dengan mudah bahasa berpakaian pekerja. Namun disebabkan malam itu saya bekerja sebagai orang bawahan, saya redha dengan kata - katanya. Mungkin, beliau sekadar berjenaka dan tidak serius ucapan tadi. Namun tampak kemut wajahnya dapat kubaca kata2ya mahu menyinggung perasaan sang pekerja ini.

Dengan penuh rendah hati, saya membalas dengan berkata, "Saya pelajar tahun akhir fakulti undang2." VIP tadi yang gelak sakan terus senyap dan tidak berkata apa apabila mendengar yang saya masih lagi dalam pengajian dan bakal bergelar peguam pada suatu hari nanti, I'allah. Beliau kemudian berlalu pergi dalam keadaan sengap.

Ibrah dan Pengajaran

Kepada pembaca yang sentiasa mengikuti perkembangan weblog ini, ingin saya berpesan pada diri saya dan semua agar kita jangan mudah membuat 'prejudgment' atau 'jump into conclusion.' Kekadang orang yang disangka miskin dan tidak berpelajaran, mereka itulah hebat dan 'kemas ' dari diri kita. Mungkin saya ini bekerja sambilan sebagai katering tetapi jangan ktia pandang hina mereka yang berkerja sebagai orang bawahan ini. Kita takut Allah dengan mudah menjatuhkan kita kerana bongkak dan riya'nya kita. Nauzubillah.

Apa pun paling penting pelbagai pengalaman dan pengarajan yang saya dapati sepanjang pekerjaan saya. Di sana ramai 'kawan baru' yang memegang post yang sama seperti saya iaitu pekerja merupakan penjawat awam iaitu tentera. Kata mereka, tujuan bekerja katering adalah sebagai satu usaha dan tabung mereka utk menampung perbelanjaan pada masa akan datang. Mereka menambah dengan memaklumkan yang had bekerja dikenakan kepada tentera utk hanya berkhidmat selama 3o tahun amat menyusahkan. Bayangkan kalau mereka bekerja sebagai tentera pada usia 20 tahun dan mereka akan pencen pada usia 50 tahun, iaitu lima tahun awal dari persaraan wajib penjawat awam. Kesiankan.?Yang penting malam tu, kami berjaya bawa balik semua menu function itu antara lain kambing bakar, ayam tandori, ayam golek dll. raya sakan dibilik. Itulah pengalaman yang dikatakan sbg 'sambil menyelam minum air.'

[Ikan Merah digoreng hancur]

Friday, January 4, 2008

Tahun Baru 2008

Salam Kemahasiswaan,

Dah lama rasanya menyepi kerana kesibukan masa yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya sempat jugak utk menulis sedikit entry ini. Sedar atau tidak, kini kita telah melangkah ke tahun yang baru iaitu 2008. Tahun yang bakal menyingkapkan pelbagai sejarah sama ada gembira ataupun resah buat seluruh rakyat Malaysia. Tahun ini bakal menyaksikan pilihanraya umum yang bakal dilaksanakan pada atau sebelum April ini. Pelbagai teka - teki dan teka tekuk dimainkan rakyat tentang PRU namun Pak Lah tetapi membisu seribu bahasa sambil berkata,"tak ada ilham lagi".

Tirai tahun 2008 dimulai dengan penyingkiran Dr Chua Soi Lek, Menteri Kesihatan Malaysia kerana terlibat dengan skandal seks pada dua tahun yang lalu. Beliau bertindak demikian (meletak jawatan) disebabkan untuk menjaga nama baik parti. Tetapi tindakan beliau bertentangan dengan kenyataannya yang pada mulanya enggan melepaskan jawatan parti dan kerajaan. Namun sebagai 'common practice' mereka yang enggan berbuat demikian bakal berhadapan pemecatan. Perkara tersebut pernah berlaku ketika DSAI dituduh atas nama seks dan rasuah. Walaubagaimanapun ramai yang beranggapan itu adalah percaturan politik dari mereka yang tidak berpuas hati dengannya apabila klip itu banyak diedarkan dikawasan dun beliau. Hakikatnya beliau tetap mengaku salah kerana berbuat demikian.

Perkembangan tahun baru juga disusuli dengan rasa tidak puas hati rakyat marhaen terhadap yuran sekolah yang dikenakan. Walaupun kerajaan telah berikrar bahawa mereka menjadikan kebajikan rakyat sebagai misi nombor satu namun tindak tanduk mereka seakan melepaskan batuk di tangga. Pancingan mereka tidak mengena apabila mereka sering melolong tentang penghapusan yuran sekolah yang diumumkan pada bajet 2008 yang lalu. Maka sekonyong2nya rakyat yang sempat mukanya masuk TV memuja muji kerajaan yang katanya adil, berhikmah dan murah hati menghapuskan yuran sekolah. Sedangkan secara faktanya yuran tersebut hanya RM6 sahaja. Inilah masalah rakyat yang mudah lupa. Maka rakyat kini dibebani dengan yuran PIBG, yuran insuran, yuran koko, yuran kelas tambahan dan macam2 yuran lagi.

Rakyat kini sedang menanti musibah kedua yang bakal melanda iaitu kenaikan harga minyak dan harga tol. Minyak dikatakan bakal naik sekitar awal tahun ini atau pertengahannya kerana struktur ekonomi semasa dunia tidak seimbang. Oleh itu, sifir politik kerajaan semakin jatuh merudum apabila mereka gagal memimpin negara dengan mengutamakan sistem kronisme dan salahguna kuasa.

Apa sekalipun dikala tahun baru ini, kepentingan azam yang baru perlu diawlakan. Sebagai mahasiswa kita kini perlu berazam kearah memperbaiki diri, akademik dan hubungan kita dengan Sang Pencipta. Tohmahan dan serangan telahpun diberikan tetang sambutan baru tahun ini. Walaupun ada yang mengatakan sambutan ini tidak harus dirayakan oleh orang ISlam kerana ia mula diperkenalkan oleh Kristian namun kita sepatutnya ada cara tersendiri meraikaannya. Jgn terus membuta tuli dengan berkata itu dan ini haram seakan menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang HALAL dan HARAM semata. Sambutan tahun baru boleh diraikan dengan membuat azam baru dan solat taubat serta kenduri kesyukuran dan bukannya hanya mempunyai 'mind block' tentang menari, seks dan sebagainya.