"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, September 28, 2007

Tazkirah:Anjakan Paradigma dalam Puasa

Oleh Hafizbad
Tazkirah Ramadhan di Surau An Nur 22 September 2007

Pertama dan selamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah sw.t. tuhan pencipta makhluk di atas muka bumi. Sebelum kita meneruskan tazkirah pada hari ini marilah sama – sama kita sedekahkan bacaan Al Fatihah ke atas ruh adik Nurin Jazlin yang telah disemadikan pada hari ini. Semoga Allah merahmati jasad dan roh beliau. Amin.

Muslimin dan muslimat,

Kelebihan Ramadhan dan Ganjarannya
Alhamdulliah, pada malam ini Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk bernafas dan barada dalam fasa yang baru iaitu fasa keampunan kerana malam ini kita sudah masuk malam yang ke-11 ramadhan. Kita harus mengingati bahawa dalam bulan yang mulia Allah telah menurunkan semua kitab samawi. Menurut satu riwayat menyatakan bahawa Suhuf Ibrahim diturunkan pada 1 Ramadhan, Taurat-6 Ramadhan, Zabur - 2 Ramadhan, Injil – 18 Ramadhan dan Al Quran - 17 Ramadhan. Ini menunjukkan betapa mulianya bulan ramadhan ini.

Sebentar tadi saya telah membacakan sepotong hadis shahih yang bermaksud, “Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan berkira-kira mendapatkan ganjaran Allah, maka Allah akan ampunkan dosa – dosa yang lalu.” Maka secara jelas dan nyata untuk mendapat keampunan Allah, kita dituntut terhadap dua perkara; pertama, puasa dengan penuh keimanan dan kedua, dengan dorongan mendapatkan ganjaran Allah.

Muslimin dan muslimat,

Dr Fathi Yakan dalam sebuah kitab yang berjudul Aqidah telah menyatakan untuk mendapat Iman yang sempurna maka kita harus mempunyai tiga perkara iaitu, beriman dengan Al Quran, As Sunnah dan beramal dengan golongan salasfussoleh. Us. Saied Hawwa menyebut golongan sahabat – sahabat, ini dikenali sebagai jilul rabani atau generasi rabbani / generasi Al Quran. Maka marilah kita renung seketika adalah amalan kita ini bersandarkan kepada Quran dan sunnah serta golongan Salafussoleh.

Pengisian Ramadhan melalui Quran, Zikir, Doa, Solat Sunnah dan Sedeqah
Syarat pertama untuk diampunkan dosa pada masa lampau ialah berpuasa dengan penuh keimanan. Terdapat beberapa perkara yang dapat dilakukan bagi mendapat keimanan dalam berpuasa. Pertama ialah dengan memperbanyakkan bacaan Al Quran. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, “Sesungguhnya Syaitan akan bertempiaran lari dari rumah yang selalu memperbanyakkan bacaan surah Al Baqarah.”Hadith ini begitu jelas bahawa dengan memperbanyakkan bacaan Quran menyebabkan setan ‘panas’ dan lari. Amalan solafussoleh juga amat mengkagumkan ketika di bulan Ramadhan dalam pembacaan Al Quran. Sebagai contoh Qatadah akan mengkhatam Quran seminggu sekali dalam Ramadhan. Beliau akan mengkhatam Quran setiap hari pada 10 malam yang terakhir. Begitu juga Imam Mujahid yang mengkhatam Quran setiap malam Ramadhan. Masya-Allah. Itulah kekuatan golongan Quran dalam menyabut Ramadhan.

Kedua, kita perlu memperbanyakkan solat sunnat. Terdapat pelbagai solat sunnat yang boleh kita amalkan secara istiqamah. Antaranya ialah dengan memperuntukkan waktu sebelum sahur solat tahajjud paling kurang 2 rakaat. Kalau mampu kita amalkan amalan nabi seperti tertera dalam Kitab Riyadussalihin karangan Imam Nawawi yang menyebut antara sunat muakad dalam solat ialah solat rawatib. Nabi tidak pernah tinggalkan 2 rakaat sebelum subuh, 2 rakaat sebelum zuhur, 2 rakaat selepas zuhur, 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat selepas Isyak . Hadith nabi juga menyebut yang mafhumnya barangsiapa mampu banyakkan solat, maka perbanyyakanlah ia.

Muslimin dan muslimat,

Ketiga, memperbanyakkan zikir munajat kepada Allah. Zikir adalah untuk mengingati Allah dengan sebutan – sebutan yang memuji Allah. Di dalam sebuah kisah perbualan antara nabi dan golongan muhajirin ialah golongan muhajirin bertanya bagaimanakah mereka ingin menandingi kekuatan golongan ansar madinah. Mereka berkata kalau bercerita tentang berkahwin kedua2 (ansar & muhajrin) berkahwin, kalau makan dua2 makan, kalau tidur dua2 tidur maka apakah amalan yang mampu melebihi dari mereka (ansar). Nabi menjawab, maka berzikirlah kamu (muhajrin) tasbih 33x, tahmid, 33x dan takbir 33x maka ia menyelamatkan kamu di aklhirat kelak. Demikianlah betapa untungnya mereka yang selalu berzikir apatah lagi ia dituntut dalam syariat.

Keempat, dengan memperbanyakkan bacaan doa. Doa boleh dibaca di mana2 tanpa mengira tempat dan masa selagimana ia dibenarkan Islam. Antara doa yang dimakbulkan ialah ketika sepertiga malam, antara azan dan iqamat, sujud yang terakhir, dan dalam kitab Sirussalikin menyebut doa yang dimakbulkan ialah ketika waktu bersahur. Maka kalau boleh bersahur itu biarlah awal sikit. Memanglah nabi menyatakan sunat untuk melewatkan bersahur tapi jangan 5 minit lagi nak masuk subuh baru nak bersahur. Begitu juga ketika berbuka puasa disunatkan membaca doa. Namun apa yang terjadi akhir – akhir ini kita tak sempat nak baca doa hatta doa berbuka sekali. Kadang2 tu bukan tak sempat memang tak nak berdoa kiranya kalau berbuka itu kalau boleh makan kurma sekali dengan telan bijinya kerana nak cepat takut ayam dalam talam tuu diserang pihak musuh. Allahuakbar.

Kelima, ialah dengan memperbanyakkan sedekah dan pemberian Iftar kepada jemaah. Lihatlah di zaman Khalifah Umar Abd Aziz dimana dalam bajetnya yang dibentangkan ada peruntukan iftar setiap hari untuk rakyatnya. Tapi kita juga boleh bandingkan sendiri bajet yang dibentang oleh Amirul Mukminin kita dalam Bajet 2008 baru adakah bajet sedemikian??

Muslimin dan muslimat,

Syarat Kedua, ialah berpuasa dengan penuh Ihtisab (berkira2 untuk mendapat ganjaran Allah). Memang dituntut untuk berkira2 dalam mendapat ganjaran namun kalau apa yang kita bukan kerana Allah dan tidak mahukan ganjaran akan dikira yang terbaik.

Ulama Tasawwuf telah menetapkan bahawa manusia yang bergelar mukmin boleh dibahagikan kepada 3 golongan. Golongan pertama disebut sebagai Golongan Al Ibad iaitu membuat amalan kerana ingin mendapatkan syurga Allah. Golongan kedua ialah Al Muridin iaitu ingin mendapatkan hidayah Allah dan yang terakhir ialah Al A’rifin yang membuat amal ibadah hanyasanya kerana Allah.

Oleh yang demikian dalam fasa kedua ini marilah kita menjadi golongan yang ketiga membuat segalanya kerana-Nya.

Video Skandal Ketua Hakim Negara, Tun Fairuz (dengan sarikata BM)

VK Lingam on phone with Ahmad Fairuz (subtitled)

Rakaman Video Melalui H/phone - Could it be tendered as an evindence before the Court??
Kalau Benar-Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan segera..

Wednesday, September 26, 2007

Apa Citer E-voting di IPTA M'sia???

[Ini Standing Order Sidney Sussex College]


[Ini Standing Order Cambridge University]

Memalukan!! Mungkin itu satu ungkapan yang sesuai buat IPTA di Malaysia apabila aku telah berjaya membuat sedikit research dan mendapati bahawa universiti - universiti tertua masih lagi menggunakan sistem yang lama iaitu 'secret ballot' dengan menggunakan ' ballot box' dan bukannya secara online. Hanya kita berlagak mahu tunjuk kemas dan megah dengan aplikasi sistem e-undi (dalam bahasa melayu) yang sudah pasti tercalar transparensi, keadilan dan ketelusan. Universiti luar negara terkemuka ini yakin bahawa hanya sistem lam yang mampu mengembalikan tertegaknya demokrasi kampus disamping menghapus secara total pembohongan, penipuan, manipulasi terhadap sistem elektronik itu.

Nantikan komen penuh berkaitan E-Voting. (Sekarang tak dapat buat lagi sebab byk assignment nak kena submit)

Monday, September 24, 2007

Tazkirah Subuh:Tuntutan Solat Berjemaah dan Berselawat

Oleh Hafizbad
Tazkirah Subuh Ramadhan di Surau An Nur 16 September 2007

Alhamdullilah sekalian pujian ke atas Allah kerana dengan rahmat dan inayahnya kita dapat menunaikan solat subuh secara berjamaah di pagi yang berbahagia ini. Bahkan kita juga bersyukur kerana sempat bertadaruss sebentar tadi dalam Surah Al Jumuaah.

Muslimin dan Muslimat,

Bila kita menyebut berkaitan solat ramai orang mengetahui kelebihan dalam solat berjemaah. Namun tidak ramai yang mempraktikkannya. Hadith shahih menyebut, solat berjemaah lebih afdal dari solat sendirian dengan kelebihan 27 kali ganda pahala berbanding solat nafsi (sendirian).

Namun dalam kita bersolat maka kita akan dapati antara kelebihannya ialah melalui solat wujudnya keperluan berpolitik. Lihatlah Imam yang dihadapan perlu diikuti oleh makmum. Ini menunjukkan konsep kepimpinan politik iaitu perlu ada ketua dalam sesuatu ketika. Selain itu, bacaan ketika solat dalam surah Al Fatihah, banyak disebut menggunakan lafaz kami sebagai contoh ayat ke-4 Al Fatihah, “Kepada kamu kami sembah dan kepada kamu kami memerlukan pertolongan.” Jelas sekali bahawa dakwaan yang menyebut politik tidak terdapat dalam Islam adalah silap dan berlawanan fakta.

Muslimin dan Muslimat,

4 Jenis Solat tapi Satu Sahaja Diterima ALLAH
Dalam solat berjemaah juga kita perlu mengikut Imam tanpa ragu –ragu. Kita juga diberikan hak untuk menegur Imam sekiranya beliau salah. Ulama telah menggariskan bahawa terpadat 4 jenis solat dan hanya satu diterima. Jenis yang pertama ialah mukhalafah iaitu bersalahan dengan perbuatan Imam. Kalau Imam ruku’ dia sudah sujud. Kedua, musabaqah iaitu lambat. Bilamana Imam sudah sujud’ beliau masih lagi ruku’. Perbuatan ini seringkali berlaku dalam masyarkat kita bila Imam dah tahiyat kita masih lagi sujud lama. Nasihat saya kalau nak sujud lama, solat sendiri. Kita ada Imam, perlu ikut dia dan solat seperti tadi mengurangkan pahala solat.
Ketiga ialah musawamah iaitu bersamaan dengan solat Imam. Ini bermaksud makmun itu bertindak serentak dengan tindakan Imam. Solat sebegini juga tidak diterima kata sebahagian Ulama. Ini kerana disebut di dalam sebuah Hadith yang mafhumnya, mereka yang tidak menjaga ruku & sujud (bangun awal dari imam) maka allah bangkitkan kiamat nanti mukanya ditukar kepada wajah himar (keldai) dan juga kepalanya ditukar kepala Himar (keldai) bahkan lebih teruk lagi seluruh anggota badan bertukar menjadi himar. Keempat, solat yang diterima ialah solat yang mutabaah (mengikut Imam). Kita perlu mengikut Imam ketika di dalam solat kerana ia dituntut oelh Syarak’. Oleh itu, saya menyeru kepada jemaah sekalin mari kita semak kembali solat kita dan mudah – mudahan tergolongan dalam solat yang mutabaah iaitu solat yang maqbulah (diterima) Allah.

Muslimin dan Muslimat,
Di dalam solat secara jamaie atau solat fardi, kita telah dididik dengan rukun Solat yang mempunyai 13 rukun. Apa yang ingin saya mengajak jemaah sekalian ialah dengan merenung sejenak salah satu rukun itu iaitu berselawat ke atas nabi. Dalam selawat kita akan dapati beberapa nama atau panggilan yang didoakan agar diberkati iaitu selawat nabi Muhammad, ahli keluarganya, para sahabat dan tabi’ tabiin.

Laksanakan 5 Perkara Apabila Menghadap ke Barat
Nabi Muhammad adalah rasul junjungan kita. Baginda merupakan nabi yang terakhir dan dimuliakan dengan sebuah kitab yang terakhir dan akan terus kekal sehingga Akhirat iaitu Al Quran. Kitab ini diturunkan dalam bulan yang mulia ini. Apa yang ingin saya katakan ialah nabi kita boleh dibahagikan kepada dua jenis; pertama, nabi yang rasul dan kedua nabi bukan rasul. Abu Laith As Samarqandi (Ulama feqah yang terkenal) pernah menyatakan bahawa beliau pernah mendengar sebuah kisah dari bapanya yang menyatakan bahawa pada waktu dahulu ada seorang nabi (bukan rasul). Beliau telah diperintahkan oleh Allah supaya apabila bangun dari tidur agar terus berjalan menghadap barat dan lakukan 5 perkara. Pertama apabila kamu temui maka kamu makanlah ia, kedua apabila kamu jumpai maka sembunyikanlah ia, ketiga jagalah ia, keempat jgn putuskan harapannya dan kelima maka tinggalkanlah ia.

Keesokkan harinya beliau pun berjalan dan tiba2 bertemu dengan sebuah bukit hitam yang besar. Lalu beliau pun kehairanan kerana mesej yang bliau dapati semalam perlu dimakan maka agak mustahil jika memakan bukit. Maka beliau pun berjalan kearah bukit sehinggalah bukit itu mengecil seperti roti dan beliau makannya. Kemudian beliau berjalan sehingga bertemu dengan seketul emas dan teringat agar sembunyakan ia. Maka beliau pun mengorek tanah lalu menanam emas tadi tetapi setelah selesai emas tadi tetap timbul juga. Maka beliau pun berdoa dengan menyatakan bahawa beliau telah mencuba sehabis baik tetapi tidak terdaya juga. Maka ditinggalkanya emas itu.

Lantaran itu beliau meneruskan perjalanan sehingga tiba2 datang seekor burung lalu berkata yang ia dikejar oleh seekor burung helang. Maka nabi tadi pun menyembunyikannya kerana teringat kepada pesanan iaitu bantulah ia. Kemudian datang helang lalu merintih kepadanya bahawa burung kecil tadi adalah makanannya dan nabi tadi pun teringat satu pesanan iaitu jgn putuskan harapannya. Maka beliau pun mengambil sebilah pisau dan memotong sedikit daging dari pahanya dan diberikan kepada helang tadi. Maka perjalanan terakhir beliau berdepan sebuah bangkai yang busuk dan belaiu meninggalkannya.

Muslimin dan Muslimat,

Apa fadhilat kita mendengar cerita ini? Pertama pengajaran yang dipupuk ialah perasaan marah. Sebab itu pesanan pertama sampai dengan sebutan makanlah ia. Marah perlu dimakan kerana kalau dibiarkan kita akan dikawal oleh nafsu. Sebab itu dalam mafhum hadis pernah disebut, Sekuat2 mukmin ialah mereka yang dapat menahan kemarahan mereka. Pengajaran kedua, ialah kebaikan yang dilakukan walaupun disembunyikan tetap juga diketahui orang. Pengajaran ketiga, kita perlu menjaga amanah yang diberikan kerana jika kita khianati amanah maka kita bakal mempunyai sifat munafik. Pengajaran yang keempat pula ialah jangan kita putuskan harapan seseorang. Apabila jemaah menghadapi masalah bantulah mereka dan jangan putuskan harapan mereka. Bantu membantu itu merupakan tuntutan dalam beragama. Pengajaran kelima ialah apabila mendengar umpatan orang maka kita perlu tinggalkannya kerana ia seakan memakan daging orang yang diumpat tadi.

Muslimin dan Muslimat,
Selawat juga diajukan kepada ahli keluarga nabi kerana mereka merupa golongan yang akan bersama nabi di dalam syurga. Kehebatan ahli keluarga nabi banyak dinukilkan di dalam sirah dan jemaah boleh membaca sendiri melalui sirah ibnu hisyam atau sirah Ramadhan Al Buti. Ketiga, selawat ke atas para sahabat. Kita dituntut untuk meyakini 4 khulafa’ ar rasyidin al mahdiyyin iaitu, Abu Bakar As Siddiq, Umar AL Khattab, Ali Karamallahu wajha, dan Uthman Affan. Mereka banyak membantu kemenangan Islam. Keempat ialah berselawat kepada tabi’ tabiin’. Mereka ini tergolongan dalam golongan mujtahid. Sebab itu bila mereka mengeluarkan ijtihad, ijtihad mereka dipakai dan orang yang menentang ijtihad adalah orang yang berlagak dan mahu dirinya digelar sebagai mujtahid. Sedangkan kita sekarang merupakan muqalid.

Kenangan bersama SRC IIUM 06/07

Beberapa ari yang lepas AGM SRC 06/07 berlangsung. Segalanya sudah berakhir. Saat yang berlalu jadikan kenangan dan minit yang mendatang jadikan harapan. Aku tak sempat bersama di awal program AGM sebab tgh test PIL (Public International Law I). time depa dok bagi hadiah baru aku sempat join.

Kepada Zukhairi & the Geng..Congrat becoz you have put a lot of efforts to ensure students welfare as well as to be the most leading MPP in M'sia. Hopefully we can work together in future. Best of luck in your life.

Yours sincerely,
Muhammad Hafiz bin Badarulzaman,
Press Secretary of President,
Students Representative Council 06/07,
International Islamic University of Malaysia.

Friday, September 21, 2007

Oleh Hafizbad
Tazkirah Ramadhan di Surau An Nur 13 September 2007


Pertamanya marilah ktia memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana kita telah diberikan peluang untuk bersama dalam bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan dengan nikmat Iman dan Islam.

Fasa – fasa di bulan Ramadhan
Syariat telah menggariskan beberapa fasa, peringkat atau level di dalam bulan yang mulia ini. Fasa pertama ialah fasa kerahmatan. Fasa kedua ialah fasa pengampunan dan fasa terakhir ialah fasa dijauhkan dari api neraka atau pembebasan dari neraka. Setiap fasa ini merangkumi sepuluh hari.

Muslimin dan Muslimat,

Rahmat yang Allah turunkan sangat luas. Bertepatan dengan puasa yang memasuki hari ketiga dimalam yang keempat maka kita masih lagi meneruskan fasa pertama ini. Rahmat yang diturunkan melimpah ruah yang terdiri dari rahmat hidayah, nikmat dan sebagainya.Ini bertepatan dengan mafhum Al Quran, Sesungguhnya sekiranya kamu mahu berkira nikmat Allah maka tak mampu untuk kamu mengiranya.”

Fasa kedua ialah fasa keampunan dimana di dalam fasa ini kita perlu menyesali kembali segala perbuatan yang telah kita lakukan. Manakala fasa terakhir adalah fasa pembebasan dari api neraka. Ketika itu pintu taubat terbuka luas dan ganjaran besar menanti mereka yang berjaya menghidupkan malam terakhir.

Tiga Tangga Keburukan
Bila kita menyebut semua fasa ini maka kita sudah pasti terlintas di hati perkara yang perlu diambil berat ialah berkaitan amalan kita di bulan Ramadhan. Maka marilah kita merenung sebuah hadis yang dinukilkan oleh nabi ke atas kita berkaitan amalan di bulan ramadhan.Seorang sahabar meriwayatkan, “Suatu hari aku ternampak rasul menaiki tangga pertama kemudian beliau membalas amin. Beliau naik ke tangga kedua dan menyebut amin. Setelah itu naik ke tangga ketiga dengan menyebut amin.” Sahabat bertanya, “kenapa kamu menyebut amin di setiap tangga.” Nabi menjawab, “tangga pertama aku melihat mereka yang bila disebut namaku tetapi tidak berselawat kembali keatasku. Aku mohon perlinmdunganmu manakala tangga kedua aku melihat mereka yang disiksa kerana mengingkari ibu dan bapa mereka.aku mohon perlindungan darimu dan ketiga aku melihat yang diberada di bulan ramadhan yang dipenuhi rahmat dan maghfirah tetapi tidak memanfaatkannya. Aku pun mohon perlindungan dari Allah.”

Muslimin dan Muslimat,

Hadis di atas jelas sekali memberi gambaran kepada kita supaya sentiasa berselawat ke atas nabi. Di dalam satu mafhum hadis nabi, “barangsiapa yang berselawat ke atas sekali maka malaikat akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” Tangga yang kedua tadi kita dapat memahami bahawa ingkar kepada ibu bapa tidak seharusnya berlaku. Ketika saya berjalan ke Darul Ehsan (rumah orang2 tua) banyak yang telahsaya pelajari. Oleh itu, saya menasihati diri saya dan muslimin dan muslimat agar terpelihara dari fitnah ini pada masa sekarang dan depan. Manakalan tangga yang ketiga tadi ialah kerana kegagalan kita meng’ihya’kan ramadhan. Marilah kita renung kembali dengan kekuatan yang kita ada ini adakah kita mampu berhadapan dengan pihak musuh Allah kalaulah di bulan yang barakah ini kita gagal hidupkannya.

Muslimin dan Muslimat,

Kisah pengembala kambing dan paderi Kristian
Bila menyebut pihak musuh Allah, saya teringatkan satu kisah dimana dihikayatkan di sebuah Negara terdapat seorang raja yang patuh kepada Islam. Pada waktu itu, berlaku majlis perdebatan yang dibawa oleh paderi Kristian yang mempertikaikan Islam. Disebabkan ramai ulama’ yang gagal menjawab persoalan paderi itu, maka Sultan telah menjanjikan kepada sesiapa yang berjaya menjawabnya akan dinikahkan bersama tuan puterinya. Berita itu sampailah ke pengetahuan seorang pengembala kambing. Selepas diasak oleh rakan2nya untuk menyahut seruan raja maka pengembala kambing itupun bersedia bertemu dengan padari itu.

Ketika bersemuka paderi itu, maka dia telah menetapkan suatu syarat iaitu perdebatan perlu dilakukan secara sirriyah (senyap) iaitu tanpa bercakap dan menggunakan bahasa isyarat. Maka pegembala kambing bersetuju dan paderi pun memulakan sesi debat itu. Paderi pun mengangkat tangan kanan yang menunjukkan jari satu. Maka pegembala kambing membalas jari dua. Paderi kemudian menunjukkan empat jari. pegembala kambing membalas lagi lima. Kerana tidak puas hati, paderi itu menunjukkan bentuk bulatan menggunkan kedua2 tangannya. Maka pegembala kambing terus membalas dengan menggenggam buku lima yang berisyaratkan penumbuk. Paderi itu terkejut dan akhir sekali mengangkat tongkatnya menghala ke langit dan seraya itu pegembala kambing menolak tongkatnya ke tanah. Setelah selesai maka paderi itu terus berlalu dengan sedih kerana belaiu gagal dalam debatnya.

Sahabat pegembala kambing berjumpa paderi kenapa dia pulang dengan sedih. Paderi tadi bercerita, “bila aku tunjuk jari satu bererti adakah kamu hanya iman kepada tuhan saja? pengembala kambing membalas dua yang aku fahami ialah Islam beriman dengan tuhan dan rasul. Bila aku angkat tiga jari yang bermaksud adakah kamu hanya beriman kepada tiga kitab terdahulu saja iaitu zabur, taurat dan injil. pengembala kambing menjawab empat iaitu ditambah Quran. Aku pun terus angkat 5 jari yang bermaksud adakah kamu hanya ada rukun Islam yang lima? Dia membalas dengan enam jari yang aku fahami bahawa Islam juga ada rukun iman yang enam. Lalu aku pun membuat bulatan yang bererti kalau kata Kristian merosakkan aqidah suma Muslim apa akan berlaku? Dia menunjuk penumbuk yang aku fahami ialah mereka akan berjihad habis - habisan. Lalu aku mengangkat tongkat bermakna adakah tuhanmu itu berkuasa di langit saja tapi dibalasnya dengan meletakkan tongkat ke tanah yang bermaksud tuhan Islam bukan berkuasa sekadar di langit malah turut di bumi.”

Disebabkan masih tidak berpuas hati maka sahabat tadi mendapatkan respon pengembala kambing. Ditanya apa rahsia berjaya mengalahkan paderi. pengembala kambing itu membalas bahawa, “paderi angkat satu jari yang bermaksud dia mahu 1 ekor kambing aku. Jadi aku angakt 2 jari iaitu aku nak bagi 2 ekor. Dia angkat tiga jari iaitu nak 3 ekor lalu aku angkat 4 sebab nak bagi 4 ekor. Aku ingat sudah habis tapi dia angkat 5 (5ekor) aku pun balas 6 jari (6 ekor). Seketika kemudian, dia menunjukkan bulatan seakan mahu semua maka aku pun akan penumbuk sebab kalau dia amik semua kambing aku, aku nak mengembala binatang apa plak? Jadinya aku angkat penumbuk sebab dia seakan nak cari gaduh. Selepas itu dia mengangkat tongkatnya. Aku pun tengok dia lalu aku pun tunjuk juga yang aku pun ada tongkat bukan dia sahaja yang ada.”

Muslimin dan Muslimat,

Moral of the story, serangan aqidah akan sentiasa berlaku dimana-mana sahaja tanpa mengira kaedah dan metodologi. Kisah tadi menggambarkan usaha pendakyah melalui cara senyap. Di Sungai Ular, Kulim, Kedah pada waktu dulu pendakyah mengumpan dengan menggunakan duit, handphone dan sebagainya. Oleh itu kita perlu berhati – hati mulai sekarang.



Thursday, September 20, 2007

Betulkah wujud skandal antara Ketua Hakim Negara dan Peguam??

Memorandum Skandal antara Ketua Hakim Negara dan Peguam VK Lingam akan diserah kepada kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 11.30 pg di Pejabat BPR Wilayah Persekutuan, Jln Hishamuddin, KL

Tuesday, September 18, 2007

Salam Ramadhan Kareem

Sedar atau tidak sekarang sudah berlalu 5 hari kita berpuasa. Hari ini dah masuk hari keenam kita berpuasa. Perkara yang perlu disebut ialah dalam 5 hari kita berpuasa ini sudahkah kita tunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah??

[juadah berbuka di Masjid Zakaria]

Saturday, September 15, 2007

Jadual Tazkirah Mingguan

Jom Bersama Saya (HAFIZBAD) bertarawikh dan bertazkirah (Tarawikh dan Subuh).
Tazkirah yang akan saya sampaikan seperti berikut.

15, 22,29 Septembar dan 6 Oktober 2007
8.30pm 6.30am [Sabtu-Ahad]
Surau An Nur
Saujana Puchong
Puchong

Friday, September 14, 2007

Hari Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

Pada 9 September 2007, seperti biasa SUHAKAM akan menganjurkan program konvensyen dan mengisytiharkannya sebagai Hari Hak Asasi Manusia Malaysia. Aku berkesempatan untuk meluangkan masa dengan turut serta dalam program ini. Kali ini program ini diadakan di Hotal Grand Mutiara Plaza Hotel (formerly known as Grand Plaza Hotel) di tengah bandaraya,Jalan Sultan Ismail. Saban tahun aku tidak pernah 'miss' program anjuran SUHAKAM. Aku bukannya datang nak bersedap -sedap di Hotel atau menikmati juadah 'lunch', 'brunch', 'desert', 'appetizer' dan segala mak nenek term yang sesuai itu bukan tujuan utama. Ya, aku mengaku memang dilubuk hati nie sangat seronok mengikuti program di Hotel ternama apatah lagi sekiranya hotel itu berbintang - bintang, tetapi tujuan aku datang adalah satu, untuk bersuara bagi pihak Mahasiswa yang DITINDAS, bersuara atas nama DEMOKRASI, dan berbicara atas nama KETELUSAN dan KEBENARAN.

[Ketika lunch berada di sisi Pres. MPPUIAM]

Alhamdullilah, kali ini aku masih lagi diberikan peluang untuk bersuara. Ini tahun keempat aku menyertai program ini. Cumanya tidak seperti tahun sebelum ini, aku terpaksa menelefon dan email untuk 'reserve' atau 'book' tempat aku (attendance). tapi kali ini aku telah dijemput secara rasmi oleh SUHAKAM melalui surat yang telah difaks kepada Pejabat Kulliyah Ahmad Ibrahim. Timb. Dekan,Dr Iqbal Wahab, sangat bersetuju dengan kehadiranku. Cuma persoalan timbul apabila seorang EXCO Persatuan Mahasiswa Undang - Undang UIA (AIKOL), mendakwa bahawa aku telah salah guna kuasa dengan tidak mengikut prosedur asal iaitu sebarang surat perlu melalui pengesahan persatuan. Sampai hari ini aku tak clarify secara formal. Yang aku jumpa hanyalah Timb Presiden 1 Lawsoc dan memaklumkannya bahawa program itu jemputan rasmi pada aku dan bukannya AKU PANDAI -PANDAI SALAH GUNA KUASA. Malahan aku juga telah ditelefon oleh EN Firdaus, urusetia program SUHAKAM yang memohon aku agar turut serta. Alhamdullilah aku bersyukur, bila partisipasi aku selama ini memberikan respon positif dari urusetia SUHAKAM.

Apa yang menarik untuk program kali ini ialah tajuk yang dibincangkan iaitu Human Rights & Election. Tajuk yang begitu hangat dan panas untuk dibincangkan. Sehinggakan telah menarik partisipasi dari pelbagai parti politik. Yang sempat aku perhatikan, kehadiran Presiden Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah, Pengarah Pusat Penyelidik Pas Pusat,Dr Zulkifli, ahli-ahli Barisan Nasional, Peguam Jenayah terkenal (Prominent Criminal Lawyer) Dato' Shafie Abdullah.

Panelis yang hadir pun tidak kurang hebatnya. Terdapat 4 Ahli panel dimulakan dengan seorang bekas hakim kot (tak pasti), professor UKM dalam bidang sains politik (tak pasti gak nie), Timb Presidan Bar Council, Prof Abd Aziz Bari. Ulasan yang diberikan sangat mantap dan meletup. Pendek kata macam bahasa sekarang, 'cantik menarik tertarik kau memang the bom'. Soalan yang diajukan begitu padu dan terkena tepat pada hidung (orang yang salah). Antaranya ialah persoalan yang dibangkitkan oleh Dato' Shafie Abdullah berkaitan dengan 'Transparency of General Election in the sense of Judicial Decision.

Katanya, segala kes yang dibentangkan antaranya Re Tanjung dan Ismail Kamus's case telah dinyatakan oleh beberapa hakim dan ditafsirkan oleh sebahagian peguam bahawa piliharanya belum lagi telus dan adil. Oleh itu, Dato' Shafie ingin menegaskan bahawa sekiranya badan kehakiman sendiri tidak dapat memutuskan keadilan dalam kes piliharanya, jgn kita beretorik ingin mencapai free and fair election pada masa akan datang. Jawapan yang diberikan oleh Timb Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) begitu mudah iaitu cara dan skema pemilihan hakim yang dilantik. Katanya kalau hakim dilantik tidak berdasarkan kepada ketelusan sudah pasti keputusan yang akan dibuat tidak dapat memenuhi kriteria yang dipanggil sebagai (without fear and favour). Aku pernah dulu mencadangkan agar Suruhanjaya Kehakiman ditubuhkan dalam memastikan transparency tercapai dan dimuatkan dalam bahagian rencana akhbar berita harian.
Yang menariknya bila Zukhairi mula bertanya soalan, Dato' Moderator itu bertanya "Are you also from IIU?" Malahan aku dan Zukhairi sempat disapa oleh beberapa perwakilan yang datang. Ada yang bertanya,"Are you both debaters or invovle in debate club in IIU?"Subhanallah, kami dengan penuh segan silu menjawab kami nie student biasa. Lihatlah betapa masyarakat luar memandang pelajar UIA.

Kemudian persoalan turut dibangkitkan oleh Dr Zulkifli berkaitan keganasan yang berlaku di Batu Burok. Apa yang menarik perwakilan UIA turut berhujah dan memberikan persoalan, Zukhairi sempat memberikan dua soalan dan aku juga turut sempat memberikan dua soalan. Namun aku sempat menjadi orang kedua bagi program hari tu dalam memberikan persoalan. Persoalan yang aku sempat lontarkan ialah pertama berkaitan e-voting. Bagi aku e-voting adalah satu sistem yang tidak adil dan diragui kesahihannya. "E-voting is a system whereby it could lead to fraud and no transparency at all. For me, certain higher authorities could interfere, maipulate and misuse their powers by using e-voting system in campus election." aku juga sempat berseloroh dengan berkata, "Student leaders have submitted the proposal or petition to the university authority to regain back the common campus election system but sadly to say, their petition was rejected by the university" selepas itu ramai hadirin mula berbisik2 dan ada juga yang ketawa kecil dengan hujah yang pertama itu.

Maka dengan kekuatan yang ada, aku majukan soalan yang kedua pula berkaitan interview session yang dilaksanakan di sebuah universiti ternama bertaraf antarabangsa..opss.. "the interview session has infriged student rights to be freely elected by the students. It shows that there was a selection before election. It is totally no tranparency, unjust and undemocratic..."

akhirnya soalan aku sempat berbalas oleh ahli panel i.e. Timb presiden Bar..katanya beliau juga menyatakan tidak puas hati terhadap e-voting sistem dan interview session..sebab ia terlalu suspicious..dia akan berusaha bersama BAr Council untuk meminda AUKU yang dianggap mencengkam pelajar. Alhamdullilah, bilamana sahaja aku mendengar hujah beliau. Tapi sesuatu perlu dilakukan kini iaitu pertemuan perlu diatur bersama para pemimpin pelajar untuk meminda dan menghapuskan AUKU yang begitu zalim pada pelajar.

Zukhairi plak sempat bertanya berkenaan proses yang dilakukan oleh SUHAKAM apabila memorandum dihantar kepada mereka. Apa tindakan mereka. Selain itu, beliau juga sempat memberi pandangan bahawa pilihanraya umum perlu diberikan kebebasan kedua2 pihak dari segi media. Yang menariknya bila Zukhairi mula bertanya soalan, Dato' Moderator itu bertanya "Are you also from IIU?" Malahan aku dan Zukhairi sempat disapa oleh beberapa perwakilan yang datang. Ada yang bertanya, "Are you both debaters or invovle in debate club in IIU?"Subhanallah, kami dengan penuh segan silu menjawab kami nie student biasa. Lihatlah betapa masyarakat luar memandang pelajar UIA. Kalaulah mereka pernah mendengar sendiri hujah debater UIA mesti sangat terkezut. Kami yang 'cikai' ni bercakap pun orang bagi respons yang begitu positif. Antaranya juga, "Most IIU students used polite and well structured sentences". Itulah kelebihan yang ada pada pelajar UIA. Walaupun kita ke mana-mana tidak kira sebagai orang bawahan atau atasan..kita tetap berkualiti dan berani..To be dare and outspoken. Tahniah UIA yang telah melatih aku..terutama bila kau join society..exposure dia sangat besar.

Semoga kita bersama dapat mendirikan kampus yang bebas dan penuh dengan ciri2 pusat intelektual..

[bersama dengan faridzul,protege, lawsoc]


[kontijen UIA ke Grand Mutiara Plaza]

Kenyataan Akhbar : Selebriti Muda Terkenal Dituntut Mohon Maaf

Kelab Ma’ruf memandang serius terhadap satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh seorang selebriti muda terkenal yang sering terlibat dalam bidang pengacaraan dan lakonan. Kenyataan beliau berkaitan fotonya dalam adegan bercumbuan di Pulau Bali yang tersebar dalam internet dan dilaporkan oleh media perdana baru – baru ini amat dikesali apabila beliau mengakui kejadian itu dan menyifatkan sebagai cumbuan yang penuh bermakna dengan disertai perasaan. Walaupun beliau menyatakan bahawa keadaan itu terjadi dengan kebetulan dan bukan sekadar suka – suka namun ia menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di negara kita.

Seharusnya kita mempunyai fikiran yang jelas bahawa tindakan sedemikian adalah terlarang dan bakal memberikan fitnah yang besar terhadap Islam. Bahkan kenyataan dan tindakan beliau akan mempengaruhi remaja dan menggalakan mereka terhadap aktiviti sosial yang bebas dan tidak terbatas tanpa menghiraukan adat dan budaya ketimuran. Sesungguhnya beliau perlu memahami bahawa sebagai seorang idola remaja (public figure), beliau perlu mempunyai adab dan sopan selaras kehendak agama agar dapat dicontohi belia dan remaja kita.

Justeru, Kelab Ma’ruf mengharap beliau agar memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ummat Islam di Malaysia. Selain itu, beliau juga perlu menyesali dan tidak akan mengulanginya lagi demi kepentingan akidah dan ketinggian Islam. Semoga Allah memberi hidayah dan maghfirah kepada beliau dan kita semua.
Sekian, terima kasih.


Muhammad Hafiz bin Badarulzaman
Timb. Presiden 1
Kelab Ma’ruf
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Tuesday, September 11, 2007

Lawatan Muhibbah ke Darul Ehsan

[bersama rahman dan rakannya dua2 org indon]


Pada 8 September 2007, aku bersama rombongan Maaruf Kelab sempat meluangkan masa dengan mengadakan kunjungan terakhir kami ke Darul Ehsan @ Old Folks Home di Kuala Kubu. Program ini diadakan setiap bulan dalam semester ini sebagai salah satu cara maaruf yang kami namakan sebagai Dakwah Welfare Project. Dalam kami membuat dakwah kami akan turut membuat aktiviti kebajikan.

Kunjungan itu memberikan sedikit detik keinsafan di benak ulu hatiku ini. Lihatlah betapa warga tua yang berusia emas ditinggalkan anak. Nak kat derhaka tak sampai hati. Tapi inilah mereka yang kita katakan sebagai Juraij dan Al Qamah The Return in Broadband Age. Aku sempat berbual dengan beberapa orang. ada yang sudah nyanyuk. Bila ditanya nama, asal usul dan kerja masih lagi betul jawapannya. Tapi jawapan mula menjadi pelik dan jelik bila berbicara tentang hasil pekerjaan. dia kata punya 10000 hektar tanah kelapa sawit. Mesin berharga RM 10,000 setiap satu. hatiku menjadi sedih bila yang tua berkain pelikat ini mula ditinggalkan hanya sanya nyanyuk. Allahu Akbar, zalimnya anak mereka.

Selain itu, aku juga digembirakan dengan seorang tua yang berasal dari Indon yang begitu bijak di berpantun. Ajak saja dia berpantun tanpa segan silu pantunnya boleh dikatakan setaraf dengan Sasterawan Negara. Namun selesai saja bagi pantun kembali kepada nyanyuk. Bila aku cakap aku bijak berpantun dan memberikan pantun biasa..buah cempedak di luar pagar.. terus dia gelakkan aku sebab katanya itu pantun budak2 sekolah dan tak setaraf dengan aku. tak kurang juga cerita yang begitu serius disampaikan oleh seorang pakcik yang menceritakan sejarah 16 mei 1969 di mana ketika itu melayu dan cina bertempur dan darurat diisytiharkan. Dia salah seorang yagn bergaduh dengan cina menggunakan parang panjang dan lembing. Ngeri plak telinga aku dengar..

Yang paling bermanfaat bila aku berborak dengan pakcik India bila aku tanya apa sebab bas selalu jatuh gaung. Pakcik ini dulu driver lori tapi sekarang dia punya kaki sudah kena potong sebab kencing terlalu manis. Dia ada cakap, bas jatuh gaung tuu sebab masalah pemandu yang gagal bawa bas dengan baik. Katanya dulu bas tak da power steereng, jadi kita jarang dengar accident. Sekrang sebab bas dah banyak ada power steering maka dengan mudah tayar bas akan berpusing jauh walaupun tangan tertolak steering skit (konsep power steering). benda itu jadi bila terlelap.

Semasa aku berborak dengan pakcik2 nie, aku berada dalam dorm yang suma pesakit tak mampu berjalan dan banyak kaki dipotong sebab kencing manis. Aku pun tak segan dan malu terus jer tanya pakcik nie sebab2 kaki kena potong. Dia cakap untuk hilangkan mengantuk, depa kena singgah kedai minum. minuman favourite dia teh tarik. Disebabkan terlalu dan selalu sangat minum manis tanpa pantang maka kakinya terpaksa potong. ramai yang ending pemandu bas nie kaki dipotong. Kesian kan??

Pakcik paling best dan sporting sekali ialah pakcik mat yang gambar dia kat bawah nie. Dia nie bukan dimasukkan ke umah orang tua2 tapi dia sendiri apply nak masuk. MANTAP!!! tak pernah aku jumpa orang tua macam dia. Dia byk bercerita tentang Darul Ehsan. Dia nie dikenali sebagai muazzin disitu. Dia akan balik sebelum raya nie. Katanya anak2 malu kalau dia masih tingal disitu sebab mereka suma ngaji universiti jadi orang akan pandang pelik kat anak2 dia. Alhamdullilah kerana masih ada anak macam tu..

Sepatutnya kita sebagai student take note benda nie. Maaruf buat benda nie pun nak bagi muhasabah diri agar kita sendiri tidak terpalit dengan nanah yang teruk ini suatu hari nanti. Ingatlah, kalau mak ayah mampu membela anak 10 orang tapi kenapa anak 10 orang tak belah nak bela mak ayah dua orang?? Sedih kan??

[pakcik mat yang baik hati sudi berkongsi citer]

[jadual waktu makan hari itu]

[dihadapan pintu masuk Darul Ehsan]

Friday, September 7, 2007

Jom Mengaji !!!

Sehari Bersama Fadilatus Sheikh Nuruddin Al Banjari AL Makki


Tempat
Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM


Hari dan Tarikh
Sabtu & 8 September 07


Masa
8pg-11mlm


Agenda
Pembacaan Kitab Hadith, Hizb, Burdah dan Ghasidah, Soal Jawab Agama dsb


Anjuran
Biro Dakwah dan Tarbiyyah Persatuan Mahasiswa Arkitek UIA

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Masuk adalah PERCUMA.

Mafhum AL Quran,
" Allah akan mengangkat martabat dan darjat sebahagian dari kamu yang menuntut ILMU"

Thursday, September 6, 2007

Negarakuku by NameWee with English Translation (Re-Open)

Penghinaan terhadap Islam Secara Berani dan Kurang Ajar

Adakah ANDA bersetuju dengan lirik ini??

Saya baru menerima lirik sepenuhnya lagu rap Negaraku yang dinyanyikan oleh anak Cina biadap dari Muar itu(Namewee). Berikut saya berikan bahagiannya yang saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam menanggap sangat menghina dan biadap terhadap agama saya:

Pukul 5 pagi
Malah ada yang memanggil untuk gerakkan aku diwaktu pagi
Kadangkala mereka menyanyi beramai-ramai
Bila didengar, macam duet lagu cinta
Suaranya bagaikan lagu R&B
Walaupun kadangkala nyanyiannya sumbang
Walaupun kadangkala mereka menyanyi sehingga pecah-pecah suara
Ada yang macam bunyi kokok ayam jantan, tetapi mereka bangun lebih awal (dari ayam jantan)
Lalu kita boleh tahu bila untuk bersiap sedia untuk ke kerja
Kalau laungan azan disamakan bagai orang menyanyi, menyanyi sumbang, macam ayam berkokok, ini bukan lagi ekspresi realiti seorang anak muda, ini kenyataan biadap dan kurang ajat. Tidak layak seorang warga Malaysia tidak menghormati agama sesama rakyat Malaysia.
Saya tidak pernah mendengar seorang Muslim Malaysia mempermainkan atau menghina agama Hindu, Buddha atau Kristian, dalam apa cara sekali pun lalu menganggapnya sebagai kebebasan bersuara dan ekspresi. Tetapi anak Cina dari Muar ini dipertahankan, dilindungi seolah-olah kita membuka pintu pagar untuk maki hamun dan mencaci sesama agama dan bangsa!

Tuesday, September 4, 2007

Perarakan Merdeka yang MELETIHKAN tapi MenGEMBIRAkan !!

[Bersama dgn Wataniah Yang berceloreng]


[En.Hamdan, Komando 69 yang punya luas pengalaman]


[Team Suksis & Team Polis PBB]

Sambutan Kemerdekaan pada 31 Ogos yang lalu amat memeritkan. Kalau ramai yang berasa selesa dan seronok tapi bagi aku satu yang menyeksakan. Mahunya tidak aku terlibat dengan Perarakan Kemerdekaan ke-50 di Dataran Merdeka. Kami berkumpul di Main Stairs seawal 6.00am dan bergerak ke sana pada jam 6.45am utk mengelakkan traffic jam.

[Yerkh..Where are all the demonstrators???]

[Bersama M16 kepunyaan PGA Batolion 6]

Sesampainya di sana (Masjid Negara), nasib baik makanan dah disediakan. Kami pun makan dengan bersyukur sebab semalam tak makan maa..Then kami bersiap siaga dalam kul 8.45am. Lepas tu start kawad dari Masjid Negara. Mendengar teriakan squad leader (tak silap SM) yang penuh serak basah, "PDRM!!!! Dari Kiri Cepat..Jalan!!," mak oi, suma gerombolan polis bergerak seraya teriakan tuu.. Start dari Polis Pemegang Panji Malaysia & Sang Saka Biru, Polis Pelancong sampai ke belakang tak silap aku PGA kot. Suma kawad serentak sambil dok jaga step.

Pernah salah seorang menceritakan ketika melalui latihan airborne (parachute) seorang rakan mereka terbunuh kerana tidak berjaya membuka payung terjun. Hasilnya tubuhnya berkecai seperti buah tembikai (minta maaf terpaksa disebut). Yang tinggal hanyalah cebisan daging dalam bajunya.

Nak dijadinya citer, time kawad masuk di Dataran Merdeka, maka geng BAND PDRM pun start balun dia punya gendang. Maka kami akan kawad ikut bit BAND tadi, tapi organiser yang tak berapa reti tuu, pi pasang plak lagu Malaysia Gemilang. Abis terabur kami punya kawad. Bukan Suksis saja tapi samapi belakang terabur. Letih plak kawad sampai 3km lebih. Berhenti kat Hotel Plaza lepas dariapada Maju Junction. Letih, tuhan saja ketahui..

Apa pun yang menariknya aku dapat banyak pengalaman dari pelbagai cawangan dan bahagian dalam pasukan Polis. Pengalaman itu aku kutip semasa mula berbicara dengan Skuadron 69 (Komando). Katanya pasukan itu ditubuhkan pada tahun 1969. Mereka dibekalkan sepucuk pistol Victor, Pisau Rambo, Google, Selaras MP5 A3 (kalau tak silap). Bagi mereka utk melalui latihan komando bukannya semudah berkata di mulut. Pernah salah seorang menceritakan ketika melalui latihan airborne (parachute) seorang rakan mereka terbunuh kerana tidak berjaya membuka payung terjun. Hasilnya tubuhnya berkecai seperti buah tembikai (minta maaf terpaksa disebut). Yang tinggal hanyalah cebisan daging dalam bajunya.

Mereka juga menceritakan pengalaman seorang pegawai yang terbunuh dalam latihan mencari periuk api. Nama pegawai tersebut kini diabadikan di Kem Latihan Grik, Kem Zambri, sempena kematiannya di situ. Di dalam komando ini terdapat beberapa asas iaitu Scuba, Airbone, Sniper. Hanya orang yang layak sahaja boleh mempunyai kelebihan ketiga asas itu. Orang yang sempat saya amati ialah En Hamdan, yang berjaya mengumpul tiga asas ini dan tersemat dibajunya. Satu lagi badge yang ada di bajunya ialah badge yang menunjukkan bahawa beliau pernah mengikuti latihan asas bersama US/Britain.

Hakikatnya, mereka terpaksa menyabung nyawa malah sehingga tahap meninggalkan keluarga demi menyelamatkan maruah negara tercinta. Semoga Allah membalas jasa mereka yang terkorban. Al Fatihah.

[Sama hati tapi lain rupa - Polis Marin PDRM]

[Steyer buatan M'sia milik TLDM]

[Kereta Kebal Buatan Poland kepunyaan M'sia]

Monday, September 3, 2007

Kenduri Sepupuku yang Meriah...

[Aku dan Hazami-Sama tak??]

Keindahan Ukhwah tidak terbatas dengan jauhnya sempadan. itulah ungkapan yang layak ditujukan buat diri ini. Sebelum pelancaran pesta konvo (opening ceremony Convest), family aku datang ke UIA untuk menghadiri majlis perkahwinan adik Hazami (Winter Sonata). Mesti ramai yang pelik plak apa kaitan antara aku dan Si Hazami tu. Sebab itulah yang aku mulakan dengan kasih sayang tanpa sempadan.

Kami berdua merupakan saudara dekat dan bukannya bau-bau bacang. Mak Hazami adalah kakak ayah aku. So, it is not a mootable or grey area anymore. Tentang beliau suka menyanyi, itu tak boleh bagi komen sebab kami nie dah berpisah lebih kurang 17 tahun. Jadi aku tak berapa rapat dengan dia. Nak tegur-tegur pun susah. Tapi pada majlis perkahwinan adik dia tu (perempuan), dia sendiri terkezut bila dapat tahun aku dah berusia 20-an. Katanya,"cepat sungguh membesar, tinggi dari saya nie!" Nak buat macam mana perpisahan itu terlalu lama. Dalam masa kenduri itu, kami jumpa ramai sanak saudara. Antaranya ialah pakteh aku seorang yang pegawai tertinggi dalam TUDM (tak perlu diceritakan sapa dia) yang berpangkat kolonel. Aku sempat berbual dengan dia beberapa perkara berkaitan keselamatan negara antaranya pembelian Jet Sukhoi, pesawat Nuri, pertahanan udara dsb.


[Me and my beloved sister]


Katanya, kemalangan yang banyak menimpa ialah disebabkan masalah pemanduan.Beliau sanggup membeli sekiranya kerajaan mahu menjualnya.
Banyak perkara menarik berkaitan Jet Sukhoi. Kenapa Malaysia membelinya tidak pula F-15 atau F-16 buatan Amerika. beliau menjelaskan bahawa pesawat buatan US jauh lebih mahal dari buatan Rusia. Kalau Sukhoi kita boleh membeli sebanyak 18 (kalau tak silap) tapi F-16 kita boleh membeli 8 pesawat sahaja. Jadi kerajaan telah mengambil inisiatif utk mempertahankan negara dengan menambah kuantitinya. Kelebihan Sukhoi ialah ia mampu untuk berlawan dari Kuantan ke Labuan dan berperang di sana kemudian patah balik utk mengisi minyak. Ini kelebihan pesawat pejuang kita yang tak ada pada pesawat pejuang lain. Yang membezakan antara negara kita dan negara lain adalah weapon system

Berkaitan dengan Nuri. Katanya, kemalangan yang banyak menimpa ialah disebabkan masalah pemanduan. Beliau sanggup membeli sekiranya kerajaan mahu menjualnya. Mungkin kata - kata itu macam (spoken by jest) atau mungkin juga beliau sangat bermaksud pada kenyataan itu. Apapun kerajaan telah membelanjakan ratus ribuan ringgit untuk maintenance pesawat itu. Beliau juga menambah bahawa pesawat itu mampu utnk bertahan selama 10-15 atau 20 tahun lagi.

Aku terus lagi berasak nak tau banyak perkara berkaitan pertahanan udara. aku pun bertanya satu soalan yang cukup sensitif iaitu berkaitan negara jiran kita, Singapura. Kenapa mereka dapat membeli Apache satu pesawat yang digeruni pihak lawan. Beliau menjawab dengan mudah dan berkata bahawa kewangan kita terbatas berbanding negara jiran. Singapura hanyalah sebuah negara sebesar Penang @ Langkawi. Maka hasil keluaran kasarnya hanya sekitar kepulauan itu, tetapi dibandingkan dengan negara kita yang memiliki 13 negeri, pembahagian kewangan (residue) perlu diberikan secara adil maka sistem pertahanan kita hanya dapat semampu yang mungkin walaupun belanjawan peruntukan negara sebanyak jutaan ringgit diberikan setiap tahun kepada pertahanan.

Hujah beliau yang kedua ialah sewaktu peperangan Vietnam dan Kemboja satu ketika dahulu, negara kita telah membekukan segala urusan peniagaan dengan perbelanjaan penuh kerana ingin memantapkan pertahanan negara. Waktu itu atau 'rumours' kata Komunis Kemboja dan Vietnam nak masuk Malaysia. Maka itulah perbelanjaan paling besar, katanya dlm sejarah ketenteraan negara kita. Jadi, aku simpulkan bahawa kalau kita nak pertahanan negara dikukuhkan cuba mulakan dengan rumours mana2 negara nak serang kita. Maka semua aset kita dibekukan dan peruntukan besar akan diberikan.

Opening Ceremony Convest - Kenangan Tak Dilupakan

[bersama juara AQ 1 di Main Audi UIA saudara Abdullah Fahmi]


[ Dah abis pun-batu tu utk gimik Opening Convest]

Pres MPP UIA di JAKIM

[Pandangan penuh 'stage' JAKIM]

[menerima hadiah dari Ketua Pengarah JAKIM]

[Tengah Menggoreng]