Motivasi UPSR |Motivasi PMR | Motivasi SPM | Motivasi STPM | Pecutan Terakhir | Motivasi Pekerja | SMART SOLAT | Motivasi Kepimpinan | Team Building | Bijak Belajar | Setting Goal | Smart Learning | Power of Change | Ice Breaking | Mind Mapping | 7 Hats | Transformasi Diri | Khutbah Jumaat | Kuliah Agama | Tazkirah
Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!
Friday, June 15, 2007
Pelajar Mesir M'sia DIBUNUH KEJAM
Tuesday, June 12, 2007
Penyokong DAP fanatik Kebebasan Beragama
Kesian Lina Joy, tidak ada keadilan dalam Hak Kebebasan Beragama dan biarkan mereka keluar dari Islam adalah antara yang dibicarakan dalam Forum tajaan DAP. Kita yang hadir dalam forum itu akan terkejut dengan laungan TIDAK BENAR ! TIDAK BENAR bila wakil dari ABIM Sdra Yusri membicarakan bahawa Malaysia mempunyai toleransi, hubungan baik antara agama dan keharmonian yang terbaik di dunia. Rata-rata yang hadir adalah dari kaum Cina memekik se olah - olah mereka tertindas dengan sistem yang ada di Malaysia khususnya kebebasan beragama.".
Dalam forum ini ada hero Melayu yang menyokong membenarkan Lina Joy menukar agama dengan alasan bahawa beliau lebih rela memberi salam kepada orang Muslim sebenar dan sekiranya mereka mahu menukar agama biakan. Hero Melayu itu Dr Azmi Sharom, Associate Prof UM Fakulti Perundangan digegarkan dengan tepok sorak bila beliau mengatakan - dari apa yang beliau tahu tidak ada hukuman dunia dalam Al Quran untuk mereka yang murtad. Sdra Yusri dari ABIM pula mengatakan sungguhpun ada dalam Al Quran melarang kita berada dalam kumpulan yang menghina Islam tetapi beliau hadir bukan untuk menerangkan secara mendalam kerana beliau bukan penguasa dalam Agama Islam tetapi berpendapat forum ini tidak sesuai untuk mencari jawapan mengenai isu 'murtad."
KONTROVERSI ISLAM DI MALAYSIA
Islam itu Indah - Gambar hiasanNamun pandangan saya dipandang lekeh oleh panelis dengan sekadar berkata, “I love when young angry man speaks” dan saya dihentam secukupnya sehingga mendapat tepukan gemuruh oleh hadirin yang menandakan sokongan kepada panelis itu.Walaubagaimanapun, negara kita tidak lari daripada tohmahan dan kontroversi terhadap Islam. Mehnah dan tribulasi ini ditimbulkan oleh penganut ajaran Islam sendiri. Kontroversi yang ditimbulkan terhadap Islam boleh saya simpulkan kepada dua kategori. Kategori pertama ialah melalui penulisan dan kenyataan dan kategori kedua ialah melalui penyelewangan akidah dan ajaran sesat. Sejarah telah mengukir beberapa nama yang terlibat dalam penulisan yang jelas mengenepikan agama kerana mahu mendabik dada sebagai pejuang kebebasan bersuara dan berpendapat. Akhirnya Islam diletak tepi dek nafsu serakah yang meruntun dan bergelora. Antara kenyataan yang menghiris hati umat islam ialah tulisan Farish A. Noor di dalam New Straits Times pada tahun 2000 yang menyatakan sifat kemanusiaan nabi terbukti apabila mengadakan seks bersama 15 orang perempuan dan dituruti oleh seorang gundik yang tidak beragama islam. Wacana ini bersifat perjudis dan mencabar sensitiviti umat Islam.
Ia diteruskan lagi dengan peristiwa dimana beberapa Mufti pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan tegahan menonton Filem Hindi yang keterlaluan dikalangan umat Islam. Maka seorang penulis yang bernama Akhbar Khan telah menulis di dalam The Sun bertarikh 2001 yang menyatakan bahawa serban – serban mufti terlalu ketat hingga menyebabkan oksigen tidak dapat masuk ke otak dan berfikiran tidak waras. Kenyataan itu bertujuan bagi mengutuk dan menghina pandangan yang diberikan oleh mufti. Malahan perkara yang memeritkan ialah kenyataan serius oleh Pengarah Eksekutif Sister in Islam (SIS) yang menyatakan di dalam Utusan Malaysia pada tahun 2000 bahawa pentafsiran sumber – sumber Islam bukanlah milik ulama semata –mata. Menurut kepada kenyataan tersebut, beliau mahukan pentafsiran tidak boleh dimonopoli oleh ilmuan agama semata-mata. Ini sangat bertentangan dengan disiplin ilmu Islam, kalau tidak masakan wujud ayat – ayat yang melarang kita untuk menafsir sesuka hati. Terkini ialah artis yang telah mengeluarkan pendapat berkaitan penghinaan isteri nabi kita. Sungguhpun begitu, hasil tindakan pantas beberapa NGO dan aktivis Islam yang menuntut supaya permohonan maaf dilakukan, maka artis yang menyindir itu telah bersedia bersemuka media dan mengadakan pengakuan dan permohonan maaf dihadapan umat Islam. Justeru, penghinaan berbentuk ekpresi ini amat menyentuh sensitiviti kita sebagai umat Islam dan pelbagai alternative perlu digariskan segera.
Kategori kedua ialah berkaitan penyelewangan akidah dan ajaran sesat. Terbaru isu Azlina Jailani atau Lina Joy yang memakan masa selama sembilan tahun gara – gara mahu menukar status agama dalam kad pengenalan dirinya telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan. Keputusan itu telah mengukuhkan penjelasan undang – undang yang menyatakan bahawa agama Islam boleh dipraktikan secara bebas dan bukan sekadar amalan ritual. Melalui keputusan ini juga kuasa mahkamah syariah tidak dipinggirkan dan dijadikan sandaran kepada kes yang berkaitan Islam. Saya pernah menyatakan pandangan saya berkaitan isu ini di dalam program Hari Hak Asasi Malaysia yang dianjurkan oleh SUHAKAM di sebuah hotel ternama di ibu kota. Di dalam program itu saya menyatakan bahawa semua agama mempunyai ajaran dan nilainya tersendiri yang perlu dihormati. Begitu juga Islam yang mempunyai nilainya tersendiri dan masalah murtad adalah salah satu nilai yang perlu dihormati. Namun pandangan saya dipandang lekeh oleh panelis dengan sekadar berkata, “I love when young angry man speaks” dan saya dihentam secukupnya sehingga mendapat tepukan gemuruh oleh hadirin yang menandakan sokongan kepada panelis itu. Isu ini berlarutan dan dimainkan sehingga tertubuhnya idea untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC). Sebanyak 14 tuntutan telah dikemukakan dalam usaha kononnya menyokong kebebasan beragama. Namun tuntutan tersebut ternyata menyinggung perasaan umat Islam sehingga tercetus beberapa siri demonstrasi yang menuntut pemansuhannya. Kerajaan Malaysia akhirnya membuat keputusan supaya menangguh dahulu penubuhan itu. Oleh itu, sebahagian umat Islam masih mendesak kerajaan supaya terus bertindak dengan menghentikannya bukan sekadar menangguh.
Satu lagi isu yang panas dan jelas kontroversinya ialah penyelewengan akidah yang dipimpin oleh beberapa ajaran sesat. Antaranya ialah ajaran yang disampaikan oleh pengikut Al Arqam yang membawa ajaran Aurad Muhammadiyyah. JAKIM telah bertindak agak lewat namun berjaya mengharamkannya dari terus tersebar luas. Kes ini telah berlaku di awal tahun 1968 sehinggalah diharamkan sepenuhnya oleh kerajaan pada tahun 1994.. Tetapi ia kini berkembang melalui sebuah syarikat dan terdapat rungutan bahawa penubuhan syarikat itu adalah bertujuan bagi menghidupkan kembali jemaah itu. Apa yang jelas ajaran Abuya Ashaari boleh dikatakan tidak melampau setanding ajaran Haji Kahar yang mengaku sebagai nabi melayu yang telah dibongkarkan oleh Edisi Siasat terbitan NTV 7. Ketika beliau ditangkap dan dihukum di mahkamah syariah, beliau sempat membuat ulasan yang beliau telah meletak jawatan sebagai nabi melayu. Lihatlah betap hodohnya pemikiran bangsa kita yang sanggup memperjudikan maruahnya hanya terpesong dengan akidah songsang. Di sebalik kebobrokan akidah mereka yang menjadi ‘abuya’ dan ‘nabi’ ini, Malaysia sekali lagi dimalukan dengan pengakuan seorang penduduk melayu di Terengganu yang mengaku sebagai Tuhan. Ajaran beliau dikenali sebagai ajaran Ayah Pin. Apa yang menyedihkan beliau telah berjaya memurtadkan beberapa muslim tetapi sehingga kini belum pernah dikenakan sebarang hukuman. Kalau abuya dahulu dikenakan hukuman ISA, tetapi Ayah Pin yang terkenal dengan kerajaan langitnya lesap begitu sahaja. Kalau Arqam dahulu hanya melibatkan akidah dari sudut amalan dikenakan hukuman yang berat, maka Ayah Pin yang mengaku tuhan ini patut ditangkap dan dikenakan hukuman berat semaksima mungkin. Kita amat berdukacita kerana Ayah Pin boleh terlepas begitu sahaja. Tiada sebarang berita penyiasatan berkaitannya malah pihak berkuasa seperti lepas tangan tanpa menghirau sentimen umat Islam yang malu dan kecewa dengan tindakan Ayah Pin.
Penyelesaian kepada pelbagai kontroversi yang melanda ini perlu dicermati oleh semua pihak. Tidak kira kontroversi itu samada berrbentuk ekspresi dan penulisan mahupun berbentuk ajaran dan penyelewangan, ia tetap dikira sebagai penghinaan kepada agama Islam. Saya ingin mencadangkan agar kita merujuk semula sebuah resolusi yang dikeluarkan dalam Kolokium Mahasiswa Undang – Undang Nasional (KOSMOS 06) di UIAM yang dipersetujui oleh majority mahasiswa undang- undang Lembah Kelang agar masyarakat pada setiap peringkat hendaklah menyelesaikan masalah keagamaan berpandukan sudut akademik, sejarah, toleransi dan pendekatan harmoni. Selain itu keharmonian pelbagai agama turut boleh dicapai melalui dialog berterusan tanpa perlu kenyataan yang berbaur sensitif dan menubuhkan suruhanjaya. Kesedaran moral juga perlu dipertingkatkan setinggi yang mungkin agar perkara yang sama tidak berulang. Kita agak kecewa kerana negara kita mempunyai pelbagai badan agama yang terdiri dari negeri, persekutuan, dan badan bukan kerajaan (NGO) namun pemahaman dan penghayatan Islam masih berada di takuk sebelum zaman kemerdekaan. Hakikatnya dengan berganjak usia kemerdekaan Negara kita, maka kita harus turut melangkah dalam memastikan ketinggian Islam dimartabatkan di tanah tumpah sendiri.
Thursday, June 7, 2007
"KUASA MAHASISWA KUASA PERUBAHAN"
.jpg)
Maklumat lanjut sila hubungi Simon Ooi 012-4202264
Pagi ini, Abdullah memaklumkan hasratnya untuk mengahwini Jeanne kepada Yang di-Pertuan Agong selain menyampaikan berita gembira itu kepada menteri-menteri pada mesyuarat mingguan Kabinet. Selepas mesyuarat itu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan mengenai perkahwinan tersebut.Menurut kenyataan itu, Jeanne dilahirkan pada 29 Julai 1953 di Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan setelah terlibat dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka seperti Hotel Hilton dan Hotel Pan Pacific. Jeanne sebelum ini bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana. Jeanne mempunyai dua anak daripada perkahwinan lalu, Nadiah dan Nadene.
Semoga dengan perkahwinan ini pentadbiran Pak Lah bertambah baik dan tidak lagi goyah dengan pelbagai kontroversi dan konflik.
"The Federal court not only denied me right to believe
(in religion of one`s choice) but to all Malaysian who value fundamental freedoms"
-Lina Joy.
7 June 2007 (Thursday)
7.30 pm
Hotel Armada, Petaling Jaya
1. Yusri Mohamad, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2. Ambiga Sreenevasan , Presiden Malaysia Bar Council
3. Leonard Teoh, Legal Advisor, Malaysia Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism & Sikhism
4. Lim Kit Siang, DAP
5. Lim Guan Eng, DAP Secretary General
Pengalaman Indah Bersama SMA MAWIP
Mangsa TsunamiMungkin ini kali pertama aku menulis blog nie meng’citer’kan secoret pengalaman indah. Sebelum nie pun ada, tapi blog lain - friendster…Mmm.. Indahnya Ukhwah sekiranya Ikhlas kerana Allah..semalam aku join RK Training & Management…sebuah motivational consultant…tempat aku keje part time…disebabkan time tuu aku free jadi kejelah skit bleh tambah pengalaman dan aktiviti berfaedah…lebih kurang 3 ari gak program kat Sri Raudhah Gombak…nie bukan kali pertama aku join tapi dah masuk dekat 5-6 kali gak…Tq Abg Mat, senior consultant yang benarkan aku join.. J kali nie…program bersama sebuah sek agama i.e. SMA MAIWP (Sek. Men.Agm Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)…
dalam keadaan terdesak sempat lagi posing
Byk gak aktiviti best..tapi yang pasti aku nie Person In Chare for Dakwah and Ibadah…mmm…bleh tahan gak jobscope…ala-ala macam ustaz yang tengoik bebudak solat…but that’s not the point…I enjoyed with my post and happy to deal with those children…bebudak nie bagus betui…bila kita cakap 5 minit sebelum program …. Tp dah terpacak awal 10 minit sebelum program…tak pernah gak aku jumpa sekolah cam nie… nak kata semua nie pemimpin pengawas ker…bulan sabit merah ker….pengakap ker…tak juga sebab sumanya classmate depa gak…
Ari pertama memang depa kaku gak ngan aku sebab tak kenai…tapi when we were having ice breaking session…everybody became nice to me…biasalah…dah start nak memanja…program ari pertama stat kui 3.00pm…awai betui..tapi time tuu…aku dok kat UIA lagi…tgh tgk moto aku overhaul…menyirap gak aku tgk moto tuu…bukan per… overhaul sampai cost incurred dia RM500 plus….bleh tahan gak..terpaksa ler aku buat loan kat banker aku si ucop…nasib baik ada dia…kalau tak…tak jalan aku gi kelas setiap ari…
.jpg)
Tapi tuu bukan penghalang sebab aku dah join suksis….jadi banyak gak idea senaman yang aku bg ker bebudak nie…pastu bagi skit games modul…abis tu..time tgh ari …kita jump to modul slot….we’ve run for 7 moduls…time panas matahari tegak atas kepala…terus jer kita buat modul ukhwah, teamwork, strategic palnning…dan byk lagi…kira smpi budak nie pening ler…tapi petang tuuu diaorang asyik Tanya bile nitewalk, jungle trakingg..penat gak nak menjawab..lps negotiate ngan abg afyan maka kami came to conclusion that were will be having our first time swiiming in the river near to the camp…cari modul skit camner nak bagi bebudak nie bleh mandi sungai…bila gi sungai…abg amin suruh aku monitor and observe bebudak nie takut hanyaut plak .(padahal sungai takat lutut jer..)tapi biler aku ngan zukhairi gi jer…bebudak prank kami…depa terik kami terjun dalam sungai abis basah kuyup aku…
Belia pada hari ini masih lagi ketinggalan di belakang terutamanya dari segi pemikiran. Mereka terlalu mudah mengikut perasaan dan nafsu. Maka tidak hairanlah pelbagai berita yang terpampang di dada akhbar seringkali berkaitan dengan masalah belia. Yang terbaru, ialah perbicaraan kes penderaan pelatih tentera udara yang dilakukan oleh pelajar ‘senior’ di Kolej Tentera Udara Kepala Batas, Kedah. Perkara ini amat memalukan kerana pelatih ini yang berada di usia belia dan boleh dianggap sebagai golongan professional pada suatu hari nanti mencemar diri mereka dengan terjerumus dalam budaya gansterism atau buli. Oleh itu, belia melayu yang beragama Islam perlu kembali atau melakukan ‘come back’ kepada Islam dengan menjadikan Rasullulah sebagai ‘role model’.
Kehebatan pemimpin agung ini memang tidak dapat disanggah oleh seluruh pelusuk bumi. Malah rasullulah pernah dinukilkan oleh seorang cendikiawan barat sebagai orang yang paling popular di muka bumi. Baginda kaya dengan pelbagai sifat mahmudah iaitu sifat kepujian yang boleh dijadikan contoh teladan. Maka tidak hairanlah di dalam Al Quran, Allah berfirman di dalam surah Al Ahzab yang bermaksud, ”Sesungguhnya bagimu Rasulullah itu sebagai contoh ikutan.” Antara kehebatan rasulullah yang perlu diteladani oleh belia Islam ialah sifat belay yang utama iaitu Siddiq (Berkata benar), Amanah (Bertanggungjawab), Fatanah (Kebijaksanaan) dan Tabligh (Menyampaikan). Sesungguhnya nabi junjungan besar kita sememangnya kaya dengan pelbagai dan ribuan sifat mahmudah namun saya hanya ingin menarik sifat dominan baginda yang boleh menjadi ikhtibar kepada kita sebagai golongan belia yang menjadi aset negara.
Sifat pertama rasulullah ialah berkata benar. Ketika di usia muda baginda, majoriti penduduk Mekah menghormati baginda kerana baginda kaya dengan sifatnya yang berkata benar. Baginda tidak pernah berdusta dan berbohong kepada sesiapa walaupun mereka itu adalah lawan. Marilah kita melihat kembali kepada sirah bagaimana rasulullah telah berjaya mengotakan katanya apabila menadah tangan berdoa supaya Allah memberi kemenangan Islam kepada salah seorang dari Umar. Ketika itu, nama yang digeruni ialah Umar bin Hisyam ( Abu Jahal) dan Umar bin Khattab. Natijahnya Umar Al Khattab telah memeluk Islam dan sepanjang pemerintahannya Islam telah tersebar luas di benua Asia. Benarlah segala yang dibawa oleh rasul kepada para sahabatnya. Oleh itu, belia kita pada hari ini perlu berani berkata benar. Pepatah arab ada menyebut, ‘katakanlah yang benar walaupun ia adalah pahit.’ Maka pelbagai perancangan dari sudut diskusi ilmiah, forum, seminar dan bengkel perlu diwujudkan oleh belia dalam menyatakan kebenaran yang semakin ditenggalami dengan kejahilan dan kejumudan. Belia perlu memahami isu terkini dan berfikir secara kritis sebelum mengutarakannya seperti isu Azlina Jailani atau Lina Joy. Mereka perlu menghayatinya dan bukan bertindak sekadar membabi buta mengikut nafsu.
Manakala sifat kedua rasulullah ialah Amanah. Baginda bukanlah seorang yang kianat apabila diberikan amanah. Menurut riwayat Ibnu Atsir, rasulullah telah diamanahkan oleh Siti Khadijah untuk berdagang di Syam bersama Maisarah apabila perkhabaran tentang amanah dan kejujuran baginda diketahui oleh Khadijah. Oleh itu, rasulullah terlah berniaga dan mengaut keuntungan yang besar hasil keberkatan dan amanahnya baginda. Sungguhpun begitu, belia Islam masih lagi ketinggalan perkara berkaitan amanah dan tanggungjawab. Walaupun kerajaan telah membariskan tema sambutan hari belia setiap tahun, namun paradigma belia masih di takuk yang lama. Kita mengharapkan tema sambutan hari belia tahun ini iaitu ‘Belia Peneraju Kemerdekaan Gemilang’ dihidang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah dari segi technical skill (kemahiran ilmiah) dan soft skill (kemahiran bersosial). Kemahiran ini perlu bertunjang kepada prinsip dan format – format yang telah ditetapkan oleh Islam. Tambahan lagi, sifat bertanggungjawab ini perlu dipupuk berlandaskan kepada saranan Hasan Al Banna iaitu tanggungjawab pada diri sendiri (fard muslim), keluarga (baitul muslim), masyarakat (mujtama’ muslim), Negara (daulah islamiyah) dan pemerintahan (khilafah Islamiyyah) sekiranya berjaya ditegakkan.
Bijaksana pula merupakan sifat dominan yang ketiga bagi nabi Muhammad. Maka ulama telah bersependapat bahawa mustahil baginya sifat bodoh dan jahil. Kehebatan dan kebijaksanaan rasulullah terserlah melalui kisah perletakan batu Hajarul Aswad melalui riwayat Imam Ahmad bin Hanbal. Pertelingkahan telah berlaku antara Bani Abdid Dar, Bani A’diy dan Quraish serta beberapa kabilah lagi. Seorang di kalangan mereka telah mencadangkan agar diberikan hak keputusan kepada orang pertama yang masuk pintu ka’bah yang dikenali Ash Shafa. Akhirnya orang pertama itu ialah Muhammad dan mereka bersetuju agar Muhammad menjadi perantara kerana ketika itu baginda dikenali dengan gelaran Al Amin (yang dipercayai-beramanah). Maka nabi pun meminta sehelai kain dan diletakkan Hajar Aswad di tengah kain itu. Baginda memanggil setiap daripada kabilah supaya memegang setiap bucu kain sehingga masuk ke dalam Ka’bah. Apabila tiba di dalam, nabi sendiri merupakan orang yang meletak batu itu pada tempatnya. Aplikasi yang boleh dibuat dalam belia Islam di Malaysia ialah mereka perlu bijak dari segi akademik. Hal ini kerana masyarakat kita kini memandang kepada segulung ijazah dan kesarjanaan. Oleh yang demikian, belia kita perlu dipupuk untuk menyayangi ilmu dan dihapuskan dari penyakit kelayuan ilmu seperti virus pesta, virus badut (sophisticated relaxation) dan sebagainya. Selain itu, konsep bijaksana juga perlu diterapkam melalui bijaksana dari sudut kepimpinan. Rata – rata belia Islam tidak mempunyai kemahiran yang menyeluruh dari sudut kepimpinan. Kepimpinan belia pada hari ini tidak kritis dan kritikal dalam memberi pandangan. Ini menandakan bahawa mereka masih lagi tidak bijak dalam memimpin kerana mereka terlalu ‘murah’ dari sudut bahan bacaan am dan kajian. Lihatlah kehebatan Tun Mahathir, bagaimana beliau ketika di usia mudanya di bangku universiti sering menulis dalam akhbar –akhbar membicarakan isu bangsa melayu dengan mengguna nama penanya iaitu Che Det.
Belia perlu memahami isu terkini dan berfikir secara kritis sebelum mengutarakannya seperti isu Azlina Jailani atau Lina Joy. Mereka perlu menghayatinya dan bukan bertindak sekadar membabi buta mengikut nafsu.
Di samping itu, sifat menyampaikan merupakan sifat fitrah bagi seorang nabi. Baginda menyampaikan berita mengenai kegembiraan (tabsyir) dan berita kesedihan atau peringatan (tanfir). Rasul sentiasa menghantar utusan supaya menyampaikan Islam ke seluruh jazirah (tanah arab). Mengikut riwayat Ibnu Sa’ad dan Ibnu Hisyam, nabi telah menghantar Khalid Al Walid ke Najran, Ali ke Yaman dan juga untuk misi yang sama nabi mengutus Abu Musa al Asya’ari dan Muaz ke Yaman. Di dalam menghayati sifat nabi (menyampaikan), belia perlu menjadi agen integrasi dan perpaduan. Mereka perlu menjadi jurubicara ummah. Inilah ungkapan yang sering disebut dalam hampir setiap makalah dan warkah yang berkaitan mahasiswa dan belia. Namun ungkapan ini sekadar retorik dan tidak bermakna kerana tiada sebarang usaha dalam menyahutnya. Ungkapan ini dapat direalisasikan sekiranya beberapa perkara berkaitan kebebasan berucap di dalam Akta Universiti Kolej Universiti dipinda atau dimansuhkan. Ini sejajar dengan saranan yang telah dibentangkan oleh Prof. Dr Ismail Salleh (Naib Canselor Kolej Universiti Twintech) di dalam Seminar Hak Asasi Manusia pada tahun 2004 bahawa akta tersebut perlu dipinda sebahagiannya kerena mencengkam dasar intelektualisme belia yang bergelar mahasiswa. Selain itu, belia juga perlu bijak dalam mendepani isu antarabangsa. Isu – isu anti peperangan seperti di Afghanistan, Iraq dan Lubnan perlu diperluaskan informasinya oleh golongan belia Islam. Kita mahu belia kita berdiri seiringan dengan nama belia antarabangsa seperti Daniel Cohn-Bendit dan Abby Hoffman yang menjadi barisan hadapan (frontline) dalam gerakan anti perang.
Belia Islam perlu sedar peranan dan tanggungjawab mereka dalam memberi contoh (Qudwah Hasanah) kepada belia lain. Kita tidak mahu belia Islam lebih terpesong dan tergugat kehidupannya dari belia lain di tanah air sendiri. Semoga usaha dan berkat doa dapat memberi satu anjakan kepada belia Islam hari ini.
