"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, December 28, 2007

Salam Perpisahan PMIK !!

[Barisan koordinator Anak Kedah UIA 06/07]


Alhamdulliah. Akhirnya Allah telah mengizinkan utk saya berundur diri dari medan pentadbiran organisasi. Kini barulah saya mengenal erti kebebasan. Bukan bererti kebebasan mutlak. Jgn salah tafsir pengertian dan mafhum yang bakal saya bawakan. Berhentinya saya di sini bukan bererti berhentinya dari perjuangan. Tapi ini adalah satu koma dan bukannya noktah utk diri yang faqir ini. Allah memberi peluang kepada diri yang pacal dan hina ini utk menimba ilmu sedalamnya dari kita turath yang tebal dan penuh segala gugusan mutiara hikmah seribu satu pengajaran dan pemahaman. Tapi malang yang menimpa bertalu tika keizinan dan kelapangan waktu yang diberikan gagal memberikan suntikan pada orang yang bergelar hafizbad. Mungkin di sana perlu kepada sandaran dan teguran dari sahabat - sahabat.

Anak Kedah hanya selaku platform utk saya membina diri dan bermasyarakat. Amat malang sekali bagi orang tulen Kedah yang dilahirkan dengan I/C berkodkan -02- tidak menyertai perjuangan Anak Kedah. Perjuangannya bukan perjuangan peribadi, utk mengempen diri ataupun utk publisiti diri dan bukan bukan juga sebagai modal putaran bisnes membuta tuli. Tapi ia adalah perjuangan fitrah dan sejati bagi mereka yang memahaminya. Alhamdulliah syukur kepada yang Esa, saya sempat utk memimpin tangan bersama kepimpinan Anak Kedah ketika itu utk membela dan memperjuangkan kesengsaraan Sekolah Agama Rakyat. Itu adalah antara sumbangan Anak Kedah utk masyarakat peribumi di tanah tumpah sendiri.

Semoga perjuangan ini diteruskan kepada para pelapis kepimpinan Koordinator Anak Kedah UIA. Mudahan idea yang ada diperkemaskan, diperhebatkan dan ditambahkan nilai tambahnya (added value)

Wednesday, December 26, 2007

Jom Survey Handphone!!!

[Nokia 1200 - Gaya Ringkas utk Pelajar Sekolah]


[Nokia E90- Pilihan Korporat dan Professional]


[Nokia N73- Pilihan Remaja dan Belia]


[Nokia 5610 - Music Edition - Bagi yang meminati gaya Slide Up]


[Nokia N76 - Flip Up - Trend Wanita dan Beliawanis]

Kepada sahabat2, rakan2 mahasiswa, ibubapa2, teruna dan dara, bagi yang meminati handphone bleh terus menghubungi saya.
Kini daku bukan sekadar menulis, malah berniaga utk mencari sesuap rezeki Allah di bumi terbentang luas ini.

HAFIZBAD - 0173217913

Thursday, December 13, 2007

Wang Hantaran Tinggi;Wajarkah??

Sejak musim cuti sekolah, rumah - rumah di taman, kampung, banglo dan sebagainya yang mempunyai mempelai tak kira dara mahupun teruna sangat sibuk bersiap utk adakan kenduri raja sehari buat mereka yang sudah 'sampai seru'. Isu yang akan diketengahkan kali ini ialah adakah relevan mas kahwin dikenakan kepada pengantin lelaki dengan nilaian yang terlalu tinggi?

Baru-baru ini ketika cuti semester yang lalu, saya sempat bertemu dan berbual dengan seorang pemuda yang umurnya hanya setahun tua dari saya namun sangat hebat dalam urusan perniagaan (business). Perniagaan yang beliau ceburi ialah konsultan yang menguruskan kursus perkahwinan. Bayangkan dalam masa sehari kursus perkahwinan, beliau pernah menghasilkan jumlah keuntungan RM 20,000. Begitulah kehebatan otak yang Allah kurniakan padanya ketika di usia muda. Kini beliau sudah mempunyai rumah dan kenderaan sendiri tetapi masih lagi menanti waktu utk digunakan 'talian hayat' yang pertama (berkahwin) tapi belum mempunyai sebarang ilham berkaitan tarikhnya. Perbincangan kami bukan sekadar berkisar kejayaan beliau yang boleh dikatakan sebagai usahawan tetapi pandangan beliau tentang isu mas kahwin.

Di Kedah, mengikut banciannya mas kahwin bagi wanita yang berkelulusan universiti kini mencecah RM 12,000. Astaghfirullah, hebatnya wanita di Kedah sampai begitu tinggi lagi maharnya. Betulkah mereka HEBAT??Saya juga pernah mendengar pandangan yang disampaikan oleh seorang pensyarah ketika saya menuntut di bumi KUSZA, Terengganu (kini dikenali sebagai UDM) di dalam kelas kenegaraan bertempat di Dewan Kulliyah Utama (DKU) pada tahun 2002. Beliau menyebut hantaran perkahwinan paling mahal di Malaysia ialah dari negeri Kedah. Kepada mereka yang ingin memetk bunga di taman larangan jelapang padi sila fikir dua kali. Ini adalah antara kenyataan yang dibuat.

Selain itu, isu ini sentiasa berlaku walaupun telah beberapa kali ditegur oleh mufti, agamawan dan sebagainya. Tetapi ia tetap berterusan tanpa mengetahui puncanya. Apa yang menyedihkan pihak lelaki akan terus menjadi mangsa keadaan selama2nya sekiranya ibu bapa khususnya masih lagi gagal memahami isu sebenar mas kahwin. Sebagai menyokong pandangan ini, saya kepilkan bersama komen Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, yang menyatakan pandangannya tentang isu mahar yang tinggi. Beliau berkata dari sudut agama memang tidak menjadi kesalahan bagi mereka berkemampuan, namun perkara itu akan dinilai sebagai perbuatan menunjuk-nunjuk oleh masyarakat.Beliau berkata, bakal pengantin tidak sewajarnya menjadikan matlamat perkahwinan berasaskan hantaran tinggi sebaliknya perlu mengutamakan kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga pada masa depan.Katanya, beliau juga khuatir jika perkara itu terus menjadi ikutan, matlamat perkahwinan mungkin disalah erti terutama bagi generasi muda.

Manakala Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria, berkata trend mas kahwin dan hantaran mewah boleh dilakukan jika mampu, tetapi tidak perlu dihebahkan kerana dibimbangi boleh menimbulkan pelbagai impak negatif dalam masyarakat. Katanya dengan perkembangan trend itu sekarang, kita khuatir wanita muda hanya akan mengejar lelaki berusia yang berstatus tinggi dan banyak wang sekali gus meningkatkan kuantiti lelaki yang tidak berkahwin. Ia juga boleh menimbulkan prasangka, hasad dengki dan iri hati di kalangan masyarakat. Memandangkan kita hidup bermasyarakat, kita perlu mengambil kira sensitiviti golongan kurang berkemampuan dan miskin.

Antara 'ground' (hujjah) yang diketangahkan mengapa mahar tinggi:
1. Dah itu harga pasaran sekarang (jual anak ke?)
2. Kalau dia tak mampu bagi tinggi, macam mana dia nak tanggung hidup anak kita?
3. Hanya orang yang sanggup bayar sahaja akan di terima lamarannya.
4. Malu pada keluarga dan jiran kalau 'letak harga' terlalu rendah.
5. Anak kita anak dara, barang baru, bukan barang second hand tau.

Kesan apabila harga Mahar tinggi:
a. Kita pakat himpun bersama-sama sampai cukup (joint account).
b. Kita pinjam lah merata pastu sesama ler bayar bila dah nikah nanti.
c. Kita kawin lari jer lah.
d. Tak payah kawin, kita tinggal sama sampai TER ....

Apakah akibat meletakkan 'harga tinggi' ini?
a) Lambatkan perkahwinan sedang umur gadis semakin lanjut.
b) Menutup peluang gadis untuk di lamar oleh orang yang dia cintai.
c) Menyebabkan kemungkinan berlakunya perzinaan.
d) Menyebabkan anak menanggung hutang yang tinggi.
e) Mendahulukan 'malu' pada masyarakat dari hukum 'wajib' menikahkan.

Oleh yang demikian, kita sepatutnya kembali kepada sunnah rasulullah. Nabi pernah bersabda, "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari )

Saya juga melihat ada yang berpandangan mengapa tidak sahaja mahar yang tinggi itu diberikan kepada isteri. Ini merupakan isu kedua dalam bab mahar yang tinggi. Persoalan ini perlu dirungkai dengan penuh ketelitian. Ada juga yang bertanya mengapa wang hantaran yang tinggi dan bukan mahar yang tinggi. Pada pandangan peribadi saya, di dalam enekmen syariah negeri masing -masing memperuntukan bahawa bayaran mahar ialah antara RM 20 - RM60. Ini bagi saya bahawa kehendak pembuat akta (draftmen) ketika itu, ialah ingin mengikut sunnah nabi yang meletakkan mahar yang rendah dan sunat hukumnya. Maka itulah sebab mengapa mahar dan hantaran diasingkan. Namun persoalan ini perlu dikupas oleh rakan2 pembaca sekalian. Apa pandangan dan komen anda?

Secara kesimpulannya, ketika idea untuk menulis entri ini pernah dihalang oleh rakan saya dengan berkata bahawa isu ini isu remeh dan tidak perlu diketengahkan. Dia juga ada berkata yang apabila saya menulis entri ini, ia seakan melambangkan kejatuhan nilai pemikiran kritis dan analitikal yang pernah ditulis oleh saya sendiri dalam weblog ini. Saya menyambut baik tegurannya namun hati tetap berkeras utk menulis kerana ini merupakan pandangan peribadi yang perlu dilontarkan oleh diri ini.

Monday, December 10, 2007

Nikah:Lets' Connected!!!

Alhamdullilah, akhirnya kawan2ku yang sumanya dah graduated atau coming soon sumanya sudah menempa ke alam baru iaitu alam laki bini. Selepas ini makin bahagialah mereka di dunia dan akhirat. Apa yang menarik, satu cerita yang mungkin akan memberikan satu semangat kepada mereka yang ingin berumah tangga ketika masih lagi 'study'. Cerita ini memang cerita sebenar dan bukan cut and paste dari mana2 blog @ website.

Ceritanya begini, seorang teman saya di UIA mempunyai seorang abang yang masih lagi menuntut di timur tengah (ketika itu). Namun gelojak usia muda, di tengah kesibukan dan tika dalam fatrah pengajian ilmu, panggilan pernikahan terngiang2 di ditelinganya. Maka disampaikan cita dan hasratnya kepada ibu dan ayah di tanahair.
Dengan penuh niat suci dan murni, maka 'tiang masjid' yang mulia ditegakkan demi menghalang bisikan syaitan durjana yang bakal menerpa tak kira pagi dan siang antara teruna dan dara.

Sebagai membalas budi dan jasa ayahanda bonda, maka kekanda kepada kawanku tadi, 'score' masa final xam di ibukota Firaun itu. 'Pointer' tetiba naik mencapap dek penangan hasil buah pernikahan. Subhanallah. Begitulah kuatnya roh mereka yang berkahwin ketika dalam pengajian. Namun tak kurang enak juga didengarnya kisah sebahagian rakan yang lain. Nasib mereka tidak seperti kisah awal tadi. Malang menimpa bertalu2. Si suami dan isteri sibuk mencari rezeki dalam masa yang sama masih lagi kalut dengan exam itu dan ini. Secara keseluruhannya, masa dipertaruhkan begitu banyak untuk mencari punca rezeki bagi menanggung perut 3 orang sekeluarga. Justeru, maka lambatlah mereka dalam gerak kerja Islam kerana bebanan yang kuat tadi. Inilah ujian yang Allah timpakan pada mereka.

Bagi saya, untuk berkahwin ketika belajar mahupun sudah bergelar graduan tidak menjadi kesalahan. Keputusannya ada di tangan masing2. Pasal rezeki, Allah yang punya kuasa. Namun, ikhtiar di tangan kita. Bahkan khittah (perancangan) yang rapi amat diperlukan. Bukannya hentam semborono mahu hidup berdua akhirnya, menyusahkan mak ayah mereka sahaja. Teringat satu pesanan sahabat saya yang berasal dari pantai timur tentang isu kahwin tika di tangga menara ilmu. Katanya, "kalau sapa2 yang nak menikah, saya syorkan selepas belajar." Itulah untaian kata2nya tika di majlis perpisahannya yang baru sahaja tamat belajar dan kini sudah punya 2 anak kecil ketika masih lagi bergelar pelajar.

Apapun tahniah saya ucapkan kepada kedua kawan saya Zulfadli Adenan serta isterinya dan Naufal Jamri serta isterinya di atas talian kasih yang suci dengan nama Rabbi. Jom Nikah!!!

Kepada yang bakal menyusul, tahniah diucapkan khas buat Najib dan Musfirah.

[Zul dan Noor Baizura bahagia meniti hari muda]

[Naufal dan isteri bergaya umpama laksamana]




Saturday, December 8, 2007

Gila - Gila Remaja !!!



[wasiat khas buat keluarganya]


[Wasiat yang ditulis olehnya]

Sejak kebelakangan nie banyak cerita berkaitan dengan remaja bermasalah. Tidak kira di mana kita berada serata dunia semuanya situasi yang sama cuma metod dan gaya berlainan. Antara yang menarik dan boleh menjadi satu ikhtibar ialah kisah yang berlaku di Amerika baru - baru ini. Kisah yang begitu menyedihkan. Seorang remaja yang dikenali sebagai Robert Hawkins, berusia 19 tahun telah melakukan tembakan rambang di sebuah pusat membeli belah. Segalanya bermula pada 5 Disember 2007 apabila dia telah membunuh 8 orang dan kemudian membunuh diri di Von Maur Department Store bertempat di Westroads Mall, Omaha, Nebraska. Gambar beliau telah dirakam oleh satu CCTV dan diedarkan oleh Reuters pada 7 Disember 2007.


[Hawkins yang menembak rambang ala2 Counter Strikes menggunakan AK-47]

Bayangkan sekiranya peristiwa seperti itu berlaku di negara kita. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Mengikut berita yang disiarkan oleh AFP dan Reuters, beliau merupakan seorang remaja yang bermasalah dan telah duduk di sebuah pusat pemulihan akhlak beberapa tahun. Kemudian dia bekerja di Mcdonald dan telah berkenalan dengan seorang gadis. Namun kariernya terpaksa berakhir apabila dia dihentikan dari terus bertugas. Bahkan, dalam masa yang sama, dia juga turut kecewa apabila gadis yang dicintainya itu telah memutuskan hubungannya. Akibatnya beliau mula berjinak - jinakuntuk mengedar dadah, membawa senjata ke hulu dan ke hilir.

Hal yang sama pernah berlaku di Malaysia namun dalam bentuk berbeza apabila seorang pelajar India yang gagal dalam UPSR membunuh diri. Maka, sekali lagi persoalan yang sama akan ebrmain di fikiran kita. Adakah media massa harus disalahkan? Atau benarkah ibu bapa yang gagal mendidik anak2 kerana terlampau sibuk dengan hal keduniaan?Kemungkinan juga sistem pendidikan sedia ada yang gagal menterjemahkan falsafah pendidikan negara. Malahan faktor yang sama juga kemungkinan besar berlaku kerana undang - undang yang ada tidak berupaya mengawal manusia melainkan dengan Undang -Undang Rabbani i.e. Hudud dan Qisas.

Saturday, December 1, 2007

18 Tuntuan HINDRAF : Antaranya Tidak Munasabah!!

Hindraf atau Barisan Bertindak Hindu di Malaysia telah mengadakan satu demonstrasi besar - besaran di Malaysia baru - baru ini. Dianggarkan hampir 20 ribu kaum India berkumpul dan berhimpun untuk mendesak Ratu Elizeberth menyaman Kerajaan British yang telah membawa mereka ke Malaysia kerana mereka mendakwa bahawa kehidupan mereka di Malaysia seakan merempat di sana sini. Mereka juga turut mendakwa telah berlaku 'ethnic cleansing' di Malaysia yang dilakukan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional. Media Massa Malaysia hanya menyentuh atau 'highlight' isu berkaitan tindakan saman mereka tetapi tidak menjurus tuntutan mereka yang melampau dan lebih dari itu. Oleh itu, hasil kajian yang saya telah lakukan mendapati bahawa mereka telah membariskan 18 tuntutan yang berkaitan Hindu serta menyentuh beberapa aspek yang tidak munasabah. Antaranya Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera, Hak Kebebasan Beragama (Murtad), Desakan campurtangan Mahkamah Sivil dalam urusan Islam, Negara Islam dsb.

Sebagai mahasiswa, bagaimana kita melihat isu ini?Apa respon anda semua?

Pertama, ada sesetengah pihak menyokong perhimpunan ini. Bagi saya, saya bersetuju dengan pandangan itu tetapi tidak bersetuju dengan tuntuan mereka. Kebebasan berhimpun adalah satu hak yang termaktub di dalam perlembagaan. Namun, perhimpunan perlu diadakan secara aman. Lihatlah negara maju di barat, mereka merestui perhimpunan aman di negara mereka. Namun keadaan berbeza di Malaysia, disebabkan provokasi, maka perhimpunan bertukar menjadi rusuhan.

Kedua, setelah perhimpunan ini diadakan, kita dapati PM telah mengarah MIC untuk membentuk jawatankuasa khas. Kenapa bila BERSIH mengadakan perhimpunan satu masa yang lalu tiada sebarang bentuk follow up dari PM? Tetapi bila orang India membuat tuntutan, terus tindakan drastik diambil bagi membantu mereka. Adakah kerana perhimpunan BERSIH didominasi oleh Melayu dan tuntutan mereka tidak dihiraukan.? Inilah masalah yang kita hadapi kerana kita terlalu berlembut dengan kaum lain tetapi kita lupa yang kaum kita dinodai.

Ketiga, tuntutan berkaitan Islam dan melayu. Kita hairan mengapa tuntutan ini diadakan? Antara lain ialah ingin mengajak dunia mengetahui bahawa masyarakat India di Malaysia telah berlaku kesempitan hidup. Adakah benar dakwaan ini? kenapa perkara ini berlaku? Hindraf tidak perlu mempersoalkan hak melayu. Seharusnya mereka menjatuhkan pimpinan Samy Vellu yang begitu lama dalam tampuk kerajaan kerana beliau gagal membela kaumnya. Seterusnya Hindraf juga tidak perlu mempertikaikan hak Islam di negara ini. Saya suka menggunakan hujah pensyarah saya, Prof Dr Abd Aziz Bari bila menyentuh berkaitan hak kaum lain. Baginya, kita perlu kembali kepada sejarah. Siapa penduduk asal negara ini dan law of the land (lex loci)?Sekiranya kita memahami prinsip asas dalam sejarah di Malaysia maka tiada berlaku sebarang tuntutan sebegini. Melalui sejarah juga kita akan mampu bertolak ansur. Ini kerana sejarah yang mengajar kita segalanya. Keputusan dan tindakan hanya terletak di tangan kita.

Keempat, kenapa perhimpunan ini diadakan? Ini kerana pemimpin Melayu kita sedang lena dibuai mimpi. Kenapa Hindraf mempertikaikan hak kita? Hal ini kerana hak yang sepatutnya dimiliki oleh semua melayu telah dimonopoli oleh beberapa kerat sahaja bangsa melayu. Hak yang diperuntukan seperti pegangan ekuiti bumiputera dimonopoli oleh kroni - kroni sahaja. Rasuah bermaharajalela. Lihatlah Adun Pelabuhan Klang yang berjaya membina empayar dan istananya. Manakan tidak menyentuh emosi kaum lain. Kita mahukan kerajaan yang sederhana, tidak menghabiskan wang rakyat, maka tuntutan gila ini tidak akan terbit dari mulut Hindraf. Maka perubahan dalam pimpinan tertinggi negara perlu dirombak serta merta. Ayuh, kita lakukan perubahan ini dalam PRU kali ini.

Berikut 18 tuntutan HINDRAF yang tidak munasabah. Apa pendapat anda?

MEMORANDUM HINDRAF

50th year Merdeka (Independence) demands by the two (2) million ethnic minority Indians in Malaysia to Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi Prime Minister of Malaysia on Sunday the 12th day of August 2007 at 10.00a.m at Seri Perdana, Putrajaya Malaysia.


1. Whereas:
The Reid Commission was appointed by her Majesty the Queen of England and the Conference of Rulers in 1956 with the view to Malaya (and now Malaysia) achieving independence by August 1957.Among the primary terms of reference of the Reid Commission were a Common Nationality for the whole of the Federation.

2. And whereas
The overwhelming of the 131 written memoranda submitted to the Reid Commission as evidenced by the declassified documents from the Public Records Office, Kew, London, United Kingdom which represented the will and wishes of the then Malayan population were primarily equality and equal opportunities etc for all Malayans irrespective of race or religion as follows: -

2.1 In the grant of state land,
2.2 Admission to public and administrative service;
2.3 To trade and do business, licenses, permits etc
2.4 Primary, secondary, skills Training, university and overseas university education.
2.5 No special privileges for the Malays,
2.6 No discrimination of any ethnic community based on race or religion,
2.7 The retention of all their places of worship in particular Hindu temples, crematoriums and burial sites,
2.8 Freedom of Religion,
2.9 Malaya is to be a Secular State and not an Islamic state,
2.10 Right to mother tongue education in particular Tamil schools to be fully aided,
2.11 Minimum wage for the lowest paid, and
2.12 Equal recognition as sons of soil for all Malayan born.


3. And whereas
Based on the aforesaid proposals the Malaysian Federal Constitution, which is the supreme law of Malaysia as drawn out by the Reid Commission in 1957 was passed by the inaugural Malayan Parliament and which formed the basis of independent Malaysia.

4. And whereasOver the last 50 years since independence on the 31st day of August 1957, the United Malays Organisation (UMNO) controlled Malaysian government with their majoritarian might, and backed by police, Attorney General’s Chambers, Judiciary, civil service and the media continuously violated the Malaysian Federal Constitution by their racist and Islamic extremist policies and which in effect have created an apartheid system ala Malaysia and especially resulting in the degeneration of at least 70% of the ethnic minority Indians to become the underclass of Malaysia who end up in the poor and hardcore poor category. The rest of the 29% raised above the poor and hardcore poor category wholly and/or substantially through their own efforts, sacrifices and labour with no or very little assistance by the UMNO controlled government. The 1% of the cream thrives anyway.

5. And whereas
The plight of the Indians have been made worse by the racist UMNO mindset having spilled over to even almost all of the Opposition parties, NGOs’, Civil society, Malaysian Human Rights Commission (Suhakam), Bar Council, the media etc who do not take up the Indian plight for they are deemed to be lacking “political mileage” (race based) and/or no funding.

6. And whereas
The Indians having no or very little opportunities for upward mobility or hope either turn to crime (60% of Malaysian detainees are Indians though they are only 8% of population-Suhakam 2005) or end up committing suicide which is 1000% higher than Malays (Utusan Malaysia 12.9.2005).

7. And Whereas at a public forum attended by 1,000 over Indians on 28.7.2007 at 7.00p.m at the Selangor Chinese Assembly Hall, the participants unanimously resolved to forward their 18 point demands and which this peaceful assembly gathered here today on the 12th day of August 2007 at Putrajaya once again unanimously resolves to demand as hereinbelow outlined. And now it is hereby demanded for and on behalf of the two (2) Million ethnic minority Indians in Malaysia from the UMNO controlled Malaysian Government their 18 point demands as follows:

(1) End 50 years of violations of the Malaysian Federal Constitution.

(2) End Racism, end Islamic extremism and end Malay privileges on the 50th year golden jubilee mega Independence celebrations of Malaysia on 31st August 2007.


(3) Call for affirmative action plans for all poor Malaysians especially the ethnic minority Indians.A Protection of Ethnic Minority Malaysian Indian Act 2007 be passed to secure and safeguard the interests of the poor and defenseless ethnic Indian Minority Community.

(4) All 523 Tamil Schools in Malaysia be made fully aided government schools with immediate effect and to have equal and same facilities as granted to national schools especially in terms of financial allocations, sufficient graduate teaching staff, financial allocation for extra tuition, ample computers, Information Technology facilities, school fields, sports, recreational facilities, air conditioned library, textbook loans, kindergarden, school uniforms and pocket money for poor pupils, nutritional food programmes, teaching aids, school building, infrastructure, film screening room and facilities, financial assistance for poor students, rehabilitation classes, non Muslim religious classes, etc. A RM 100 Billion grant @ 20 Billion per year with effect from 2007 be allocated to Indians under the 9th Malaysia Plan (5 years) for refurbishing the existing 523 Tamil schools and rebuilding of the 300 Tamil schools demolished over the last 50 years.

(5) Extend and implement with immediate effect to Indians the affirmative action plans, grants, scholarships, loans etc as extended to Malay Muslim citizens with the view to providing equal opportunities for higher education, university education, admission to foreign universities, post graduate studies locally and overseas, Trade and Skills Training Institutions, Science Colleges especially for each and every Indian student from the 70% poor and hardcore poor Indian category.

(6) Extend and implement with immediate effect affirmative action plans as extended to Malay Muslim citizens with the view to provide equal opportunities in acquiring wealth, venturing into business, trade, industries, medium and small scale industries, government linked companies, corporate sector, procurement of direct government contracts, in acquiring licenses for contractors, blue chip and / or guaranteed return shares, lorry, taxi and bus permits, loans and licenses to venture into trade, business banking and the corporate sector for each and every Indian from especially the 70% poor and hardcore poor Indian category.
To this effect the UMNO controlled government allocates RM100 Billion at RM20 Billion per annum with effect from 2007 and implements successful strategic schemes in investments for the Indians as implemented for the Malay Muslims with the view to the Indians acquiring at least 10% of the nation’s equity.

(7) All the aforesaid is to be handled directly by the UMNO controlled government and UMNO is to stop “playing politics” through the “Mandore” (supervisor) system by dishing out on a piecemeal and/or peanuts basis or merely public and/or newspaper announcements and declarations by the Malaysian Indian Congress (M.I.C) who have no or very little power or say in the UMNO controlled Malaysian government.

(8) 20% of the Government top most level postings (Secretaries Generals), Middle level Management (Directors) and management level (Managers) postings, and the same for the Private Sectors, and positions of District Officers; Foreign and Diplomatic Service positions, civil service positions are reserved for Indians for the next 15 years.

(9) The UMNO controlled government makes public and is transparent on all of the aforesaid affirmative action plans i.e. the aforesaid education places, licenses, scholarships, grants, loans, permits, licenses, opportunities etc by publishing the same in the official website of the Government of Malaysia as and when the same is granted and/or on a monthly basis specifying the Indian beneficiaries thereto.

(10) Stop the indiscriminate unconstitutional and unlawful demolitions of Hindu temples, crematoriums and burial sites in Malaysia. All existing Hindu temples, crematoriums and burial sites be granted state land and permanently gazette as Hindu temple reserves as has been done for all Islamic places of worship and burial sites. Compensation at RM10 Million per temple be paid by the UMNO controlled Malaysian Government for the 15,000 Hindu temples demolished up to date over the last 50 years.Every individual given the Right to practice and profess Religion/s of his/her choice in accordance to Standards adopted by the Universal Declaration of Human Rights 1948. The State and its Authorities barred from interfering in the personal beliefs and conscience of individual citizens . Disputes between Muslims & Non Muslims should be adjudicated in the Civil Courts.

(11) Stop the victimization and direct discrimination by the Police and all other state authorities of the Indians. All Malaysians earning RM 3,000.00 and below are to be fully borne by state funded legal aid for any criminal charges they face.

(12) The UMNO controlled government forms with immediate effect a Royal Commission of Inquiry into the Kg Medan Mini Genocide, condemns the violence thereto, apologizes to the Indian community on this mini genocide, undertakes not to repeat the same in future and pay a compensation of RM1,000,000.00 for each and every citizen killed, permanently maimed, maimed or injured in this tragedy.

(13) Each and every Indian especially the Indian poor in the aforesaid 70% Indian poor and hardcore poor category is paid compensation which is to be adjudicated and determined by the United Nations Secretary General for the aforesaid 50 years of Constitutional violations by the UMNO controlled government.

(14) All homeless Malaysians are to be provided affordable homes and not low cost flats by law. A minimum wage of RM1,000.00 for each and every Malaysian be made law.

(15) A Royal Commission of Inquiry is initiated to report on the aforesaid constitutional violations by the UMNO controlled government and appropriate recommendations for amongst others further affirmative action plans for especially the 70% Indian poor and hardcore poor category.

(16) All forms of racial and religious discrimination, oppression and suppression of the Indians / Hindus in both the public and private sectors are stopped with immediate effect and a Race Relations Commission Act 2007, an Equal Opportunities Commission Act 2007 and a Freedom of Religion Commissions Act 2007 be passed and powerful Commission thereto be put into force to give effect to anti racism, anti Islamic extremism and anti direct discrimination practices by the UMNO controlled government in both the public and private sectors.


(17) The UMNO controlled government passes specific laws to give effect to the Independence of the Judiciary, the Attorney General’s Chambers, Civil service, Police Force, Army, the Malaysian Human Rights Commission and the Malaysian media and for the Opposition parties, NGOs’ Civil Society groups, Bar Council and the media not to discriminate and side step Indian issues but instead to voice out the same without fear or favour. The Malaysian media is also to be legislated to report the real happenings especially on the 70% Indian poor and hardcore poor without fear or favour.

(18) A minimum of 20 Opposition members of Parliament are elected exclusively by the Indian Community to represent their interest at the highest political level and also as a Parliamentary Democracy check and balance and the same is safeguarded and entrenched into the Federal Constitution and which is to be increased proportionately with the increase in Parliamentary seats.


Proposer: P.Waytha Moorthy Seconder: V.K Regu; (Chairman, Hindraf) (Secretary, Hindraf) Compiled by P.Uthayakumar legal Adviser, Hindraf based on the ground reality, sentiments, pulse, blood, sweat and tears of the Malaysian Indians after 50 years of marginalisation, discrimination, oppression and suppression by the UMNO controlled Malaysian Government.