"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Wednesday, October 31, 2007

Selamat Bermujahadah dalam 'FINAL EXAM'

Gendang Final Exam sudah dipalu. Ratusan pelajar mula membanjiri rumah kedua mereka iaitu 'Library' atau dalam bahasa UIA disebut 'Baitul Hikmah'. Semuanya hanya bermatlamatkan satu. Berjaya dengan cemerlang untuk mendapat segulung ijazah. Tertera di dalamnya PNGK atau 'pointer' yang bersinar. Untuk kebahagiaan masa hadapan.

Namun disebalik kesibukan kita pada waktu menelaah pelajaran, berbincang secara berkumpulan, membuat analisis secara analitikal kertas peperiksaan lampau dan sebagainya, jangan kita lupa pada tanggungjawab kita kepada Rabbi. Tuhan yang Esa dan akan menentukan kejayaan yang satu. Ramai dikalangan kita atas alasan sibuk 'study', maka hal-hal berkaitan ibadat dipinggirkan. Bukan sahaja ibadat nawafil, bahkan yang fardhu juga turut tergelincir.

Saya teringat seorang sahabat dunia dan akhirat saya pernah menyebut, " kalau diletakkan hak Allah dan hak manusia (bersahabat) maka kita pilihlah Hak Allah dan dahulukannya ia." Itulah kata - kata yang paling manis diberikan oleh seorang sahabat saya apabila berbicara bersamanya tentang ukhwah fillah abadan abada. Maka, secara teknikalnya kebergantungan kita perlu pada Allah seperti yang termaktub dalam surah Al Ikhlas ayat ke-2, "Sesungguhnya hanya Allah tempat bergantungan".

Kita perlu ingat bahawa kejayaan terletak pada Allah. Kalau kita berada dalam dewan peperiksaan dan secara kebetulannya tiba - tiba 'blank'. Siapa lagi yang dapat 'on' kan semula dan sambungkan 'transmission cable' dari 'power supply' kalau bukan 'Engineer' terhebat dunia yang tiada tandingnya iaitu Allah. Selain itu, doa dan keberkatan keluarga turut dilalaikan oleh pelajar. Seharusnya dalam waktu kita menghadapi imtihan ini, maka amat wajar sekali kalau kita meluangkan masa seketika dalam 5 - 10 minit untuk berbual bersama ayah, ibu dan memohon agar mereka dapat mendoakan kita. Bukankah itu lebih mulia dari 'bergayut' bersama awek kononya nak dapat tips kuatkan semangat. Itu hanyalah tahyul dan kurafat masyarakat melayu yang paling besar.

Maka yang bekalan terakhir dalam kita menempuh 'final', hubungan kita bersama rakan-rakan. Perkara ini selalu ditekankan oleh kebanyakan Ulama' Tasawuf. Seperti yang telah dibawa oleh Imam Al Ghazali rahimahullah dalam tintanya, Bidayatul Hidayah,"Carilah rakan yang bila kita melihatnya maka kita teringatkan Allah." Selain itu, muamalah kita bersamanya juga perlu dijaga jangan sampai menyakitkan hatinya. Siapa tahu, akibat dan angkara kita yang bergurau senda, secara tak langsung kita terlepas pandang kata - kata kita yang membungkam dan menyentak perasaannya. Ingat nabi pernah bersabda mafhumnya doa orang - orang yang dizalimi lebih awla untuk dimakbulkan Allah.

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester Satu buat rakan dan taulan sekalian..!!

Saturday, October 27, 2007

Video Dokumentari Malaysia 10 tahun Sebelum Merdeka


Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo.

Pengunjung Weblog Hafizbad.cjb.net semakin menggalakkan !!

Terima kasih kepada semua pengunjung yang tidak putus2 membaca dan mengikuti perkembangan semasa dari Hafizbad.cjb.net. Pelbagai berita dan artikel perlu diperbaiki dan ditingkatkan dari masa ke semasa. Saya juga selaku weblog owner berharap sekiranya ada sebarang teguran dan komen membina, agar dimajukan seberapa segera demi kebaikan diri dan weblog ini.

[ Pengunjung pada 18 September 2007 - dari luar negara]

[Pengunjung pada 25 September 2007 - dari luar negara bertambah]

Thursday, October 25, 2007

Kelab Ma'ruf dan Tekanannya!!!

Idea berkenaan dengan penulisan ini sudah terlintas di benak hati beberapa bulan yang lalu kerana terlampau geram dan panas gara - gara MC yang 'unconstitutionally suspended' oleh HEP UIA @ Students Development Division;S-Dev. Sememangnya penggantungan (suspension)ini memberi impak maksima (bukan filem noh) kepada MC kerana semata - mata mahu mematikan perjuangan dakwah ampuh yang berjaya dilakukan oleh MC pada semester yang lalu. Namun persoalan yang boleh diutarakan di sini ialah kenapa dan mengapa serta apa motif sebenar suspension ini. Adakah wujudnya 'hidden agenda' oleh interested party sehingga suspension ini diteruskan untuk 'survival political will' mereka??

Mari saya bawakan semua pembaca kronologi 'penggantungan' tidak bertali MC. Pertama, mari kita lihat terlibih dahulu wadah perjuangan MC yang bertunjangkan Amar Makruf Nahi Mungkar. Disebabkan wadah ini maka kami diperingkat MGB (Management Board) MC ingin me'masyarakat'kan MC dengan program kebajikan. Maka satu usul telah dikeluarkan dalam sebuah meeting sebelum bermulanya semester satu dan hasilnya Ma'ruf Volunteer Team ditubuhkan utk membantu pelajar baru dalam Taaruf Week (Minggu Haluan Siswa). Maka dalam mencantikkan MVT ini (Ma'ruf Volunteer Team), maka kami telah 'come out' dengan proposal utk buat 'banner', 'leaflet' and 'bookmarks' semata - mata utk kemudahan pelajar baru. Namun banner telah kami buat dan mahukan 'approval'; pengesahan, dari S-dev, tidak berjaya didapati kerana pegawai yang bertugas dalam kursus. Oleh yang demikian, banner telah dibuat dan digantung apabila bermulanya Ta'ruf Week di CAC (Culture Activity Centre). Disitulah segalanya2 bermula.

Hari Taaruf Week

1. Kehadiran MVT MC disambut baik oleh AJK Taaruf Week.
2. Banner yang dipasang seawal pagi lagi terserlah menyambut kehadiran New Intake Students.
3. Bro Latif, HEP, tiba2 datang dan menyerbu saya seterusnya merampas banner MC.
4. Berlaku sedikit perbincangan antara saya dan HEP namun rayuan saya ditolak.
5. Sekoyong2nya budak2 GPMS berjalan dengan pakaian mereka relax bersama payung khas
6. Mdm Martinelli,HEP, menelefon saya dan mengarahkan projek MVT.
7. Perbincangan telefon panas apabila saya memberikan beberapa hujah agar diteruskan MVT:-

i - bookmarks-tiada propaganda kerana dalamnya muatkan ayat dari surah berkaitan ukhwah
ii - leaflet- ialah route map UIA dan Gombak
iii - banner - muka saya dan suma presidential secretariat (final year) - x bleh bertanding SRC
iv - adakah mengangkat beg pun perlu mendapatkan approval?
v - kenapa kita masih prejudice terhadap Islam dan persatuan berasaskan Islam?

8. Akhirnya, disebabkan hormat maka saya menghentikan progress MVT.
9. Petang itu, adakan pertemuan dengan Bro Latif memohon semula banner, sekali berlaku perbincangan matang:-

i - Bro Latif kata banner tak dapat approval, kalau dapat maka boleh gantung.
ii - Selepas itu terus saja saya minta maaf kerana x ada approval dan terus saja minta approval
iii - Bro Latif terkedu sebab saya terus saja meminta approval, masakan dia menolak.
iv - Alasan diberikannya banner patut digantung pada mula prog taaruf, waktu lain x relevan
v - Saya beralasan balik kata banner akan relevan sepanjang Taaruf bukan limit satu hari saja
vi - banner dijanji approve esoknya tapi malang pembohongan telah berlaku,

10. Beberapa hari selepas itu, kami terus berjumpa Dr Akmal utk clarification status MC.
11. Dr Akmal menyatakan arahan top management supaya disuspend
12. Kami menunggu sebarang surat utk suspend, tapi tak kunjung tiba.
13. Diplomasi diteruskan lagi apabila kami berjumpa Mdm Martinelli. Namun x berjaya.
14. Apabila hampir sebulan barulah mereka verbally suspend kami.
15. Sekali lagi memohon suspension letter tapi tetap x di'issue'kan juga.
16. Kami memohon juga dari Bro. Abu Bakar Omar utk rujukan surat kuar masuk-ditolak.
17. Selepas itu program telah dibekukan sehinggalah di akhir semester.

Begitulah kronologi yang dihadapi MC sepanjang semester satu ini.

Maaruf Club telah DINAFIKAN hak berpersatuan di atas isu kecil (teknikal) selama satu Semester. Inilah Kebobrokan dan Birokrasi Terhina oleh HEP UIA. Bayangkan kita gagal membawa suara Islam ini tapi balasannya. Inilah salahguna kuasa yang paling TIDAK DEMOKRATIK dan TERHINA. Kebebasan diCABUL dengan sesuka hati dan diratah dengan penuh Nafsu.

Nantikan pembongkaran lagi terhadap 'penghinaan' Maruf Club dari HEP UIA.

Ma'ruf Club dalam kenangan

[Office Bearear of MC 06/07]

Semalam segala peristiwa yang berlaku sepanjang saya menjadi Timb Presiden 1 Ma'ruf Club akan menjadi satu pengalaman indah. Apa tidaknya tanggal 24 Oktober 2007 ialah satu tarikh keramat apabila mesyuarat agung tahunan (AGM) telah diadakan dengan penuh kesederhanaan.

Pun begitu majlis itu menjadi menarik apabila buat pertama kalinya dalam AGM Ma'ruf kami menerima tetamu jemputan dari PMIUM dan juga ISIUKM. Satu penghargaan buat tenurship kali ini. Apapun sepanjang penglibatan saya dalam perjuangan students society, Ma'ruf atau MC merupakan kelab yang tidak sempat utk saya merasai pengorbanan yang besar dalam kehidupan sebagai pelajar.

Mahunya tidak apabila tekanan yang saya dan para sahabat terpaksa menghadapi apabila kami telah di'DIAM'kan oleh HEP UIA selama satu semester ini. Apapun saya merasa begitu bertuah apabila sempat menyumbang beberapa perkara walaupun ia tidaklah begitu besar namun kesan yang ditinggalkan bakal memberi 'signal' dan guideline kepada tenure selepas kami.

Antaranya ialah 'repackaging' dari kelab dakwah biasa kepada kelab dakwah yang punya matlamat kebajikan. Yang kedua, Alhamdullillah dalam tenure saya, konsep PR bersama universiti lain sempat di'extend'kan. pada tenure itu, antaranya kami membuat lawatan kerja ke UTP berjumpa Rakan Masjid ala2 MC di UIA. Kemudian lawatan kerja bertemu PMIUM serta penglibatan lawatan utk majlis penutup TEMASYA, UM. Ketiga, konsep professionalism dalam MC. Kali ini, saya bersama rakan2 sempat menggunakan konsep separation of powers yang mana saya selaku Timb Pres. 1 yang telah ditaklifkan bagi membantu Pres memantau gerak kerja dengan konsep ini. Maksudnya konsep utilizing man power dari subcomm. ini kerana sebelum ini gerak kerja hanya dilakukan oleh exco pada tenure yang lalu. Selain itu dalam professionalism ini sempat juga saya bersama rakan2 memberi sentuhan dengan mewujudkan bussiness card, name tag dan amalan memakai baju batik dalam majlis rasmi. Pernah satu ketika pada mula memegang jawatan MC, saya pernah di 'back bitting' sebab terlalu merumuskan MC seakan society yang compicated. Kena ada itu dan ini. bukan mudah utk mengajak orang membuat semua itu kerana gambaran yang diberikan orang macam nie agak poyo. Inilah mind setting yang perlu diubah.

[Barisan Mainboard yang komited dengan MC]

Saturday, October 20, 2007

Kenyataan Akhbar | Press Statement

Parti Politik Diseru Duduk Semeja Raikan Aidilfitri

Oleh:
Muhammad Hafiz bin Badarulzaman
Timb. Presiden 1
Kelab Ma’ruf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Bulan Syawal adalah bulan mulia di mana umat Islam seantero dunia meraikan kemenangan dalam mengongkong nafsu ketika di bulan Ramadhan. Bahkan kebanyakkan ulama’ dan hukama’ menyatakan bulan mulia ini ialah bulan kembalinya kita kepada fitrah. Antara perkara yang terbaik dalam meraikan bulan ini ialah dengan amalan kunjung – mengunjung bagi menyemai kasih sayang sesama ummah.

Kelab Ma’ruf UIAM selaku mewakili mahasiswa di IPTA Lembah Klang, ingin menyeru kepada semua parti politik samada parti kerajaan atau pembangkang agar dapat meninggalkan sementara idealogi politik masing – masing dengan dikumpulkan dalam satu majlis sambutan Aidilfitri yang boleh mengeratkan ukhwah antara satu sama lain. Ini sejajar dengan amalan kunjung mengunjung yang digalakkan agama. Oleh itu, dalam merealisasikan impian ini Kelab Ma’ruf ingin menyarankan agar badan – badan bukan kerajaan (NGO) yang membawa aspirasi perpaduan dapat menjadi ‘orang tengah’ dalam menjalinkan hubungan parti politik yang berlainan ideology ini. Perpaduan antara parti politik boleh dilihat beberapa tahun lalu apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berjaya mengadakan pidato keamanan berkaitan isu Palestin yang dihadiri oleh dua parti politik Melayu terbesar di Malaysia. Mereka berjaya duduk semeja dan menghentikan seketika perbalahan demi kemaslahatan ummah sejagat.

Justeru, Kelab Ma’ruf berbesar hati sekiranya peristiwa yang mengukuhkan perpaduan tanpa mengira sempadan politik dapat diulang semula demi memaut kasih agar terus terlestari. Kami menyokong penuh hasrat NGO yang berani tampil kehadapan untuk merakamkannya supaya tercatat dalam lipatan sejarah Malaysia.
Sekian, terima kasih.

Friday, October 19, 2007

Sambutan Lebaran 2007

[Bersama ngan barisan pelakon Filem Keluarga Bahagia -Those are my siblings]

[Macam laki bini plak-my gorgeous sister]

[Bakal Ahli Parlimen Merbok-raya kat umah tok]

Tuesday, October 9, 2007

Jom Pi Haflah Az - Zawaj Ikhwah Akhwat Kita

SALAM PERNIKAHAN BUAT SAHABAT - SAHABATKU:

1) Ahmad Naufal b Jamri & Siti Hasnah bt Hamzah

Tarikh:
8 Disember 2007

Masa:
12:00 - 4:00pm

Hari:
Sabtu

Alamat:
Lot 314,Kg Tersusun Klebang Selatan,
Batu 6, Jalan Ipoh-Chemor,
31200, Ipoh, Perak

2)Mohd. Zulfadli bin Adenan (ZUL) & Wan Norbaizura binti Wan Ismail (NOR)

Rumah Nor:
Hari Sabtu, 14 Zulkaedah 1428H bersamaan 24 November 2007
di alamat 169, Kampung Kutan Hilir, 16250 Wakaf Bharu Kelantan.
Jamuan makan: 12 tgh – 6 ptg

Rumah Zul:
Hari Sabtu, 21 Zulkaedah1428H bersamaan 1 Disember 2007
dialamat Lot 79B, Lorong SGG 7/1, Kampung Sungai Gulang-gulang, 45500, Tanjong Karang, Kuala Selangor.
Jamuan makan: 11 pg – 4 ptg

.:. Aku nie bila plak nak menikah???

Majlis Wacana Ramadhan (WARA') bersama Kerajaan Kedah anjuran PERMADAH UM (7 Oktober 2007)

[Ex-PA aku dulu masa aku kat matrik-Elias-baiknya Allah saja yang tau]

[YB Dato' Azimi Daim-Exco Pelajaran dan Modal Insan K'jaan Kedah]

[Bersama wakil setiap Persatuan Anak Kedah IPTA-UM,UKM,Uia]

[Aku a.k.a Ketua Kontijen Kedah UIA bersama geng PMK UKM]

Monday, October 8, 2007

Iftar Suksis 06 Oktober 2007

[muka2 baru untuk klip rakaman Sampaikan Salam Hari Raya]

[Time makan memang port cantik utk bergambar-mudin cam besa ngan cara posing dia]

[Pelapis ASP (Polis) yang Islamik dan Berintegriti]